Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•1:07 AM
Kejadian semalam, lawak ada, tragis pun ada..Kisahnya, ptg semalam kami menerima panggilan telefon menyatakan seorang teman ditahan polis kerana disyaki menaiki motor curi. Motor EX5 itu pernah dilaporkan hilang oleh seorang pengadu pada tahun 2004.
Dipendekkan cerita, ia adalah motor kami yang suami saya beli menerusi pejabat lamanya. Kami sempat menggunanya hampir 4 tahun. Tahun lepas kami membeli sebuah motor baru. Suami saya tak menjual EX5 itu sebaliknya diberikan kepada seorang temannya, Z.
Kebetulan si Z berulang dgn van syarikat ke pejabat, jd EX5 itu cuma duduk diam di rumahnya. Kebetulan juga motor si S dah tak berfungsi, jadi dia pun pinjam EX5 dr Z.
Semasa dia parking motornya, tiba2 datanglah pegawai polis menahannya. Terkejut la kawan saya ni. Dia dibawa ke balai polis berhampiran.
Semasa kami menerima berita tersebut, saya dan suami menghadiri satu majlis pelancaran di Palace of Golden Horses di Sri Kembangan. Slps maghrib saya pulang ke rumah sebaliknya suami terus ke balai utk mengurus hal si S...Ia tdk dapat diselesaikan krn laporan polis di buat di balai polis Shah Alam. Jam 10 malam mrk berlepas ke Shah Alam menaiki jip polis!
Walaupun suami membawa geran motor tersebut, masalah masih belum boleh diselesaikan. Stlh berbincang, jam 1.00 pg baru beliau dibebaskan dengan jaminan polis.
Suami tiba di rumah hampir pkl 2.00 pg. Hari sebelumnya beliau pulang jam 3.00 pagi kerana mempunyai urusan selama dua hari di Pahang dan Johor.
Selain iktibar supaya berhati2 dgn segala kemungkinan, apa yg menarik ingin saya kongsikan di sini ialah nilai persahabatan antara mereka. Sejurus mendapat panggilan, mrk memanjangkan kpd sahabat2 yg lain. Mrk berlima dan dua abang kandung S bersama2 di balai polis sehingga jam 1.00 pagi. Bersama2 berurusan dengan pegawai polis. Tiada istilah letih atau urusan keluarga yg membuatkan salah seorg dpdnya pulang ke rumah. Sebaliknya menunggu sehingga segalanya selesai.
Kesimpulannya, ketika susah, yg datang menghulurkan bantuan kpd kita, dialah 'sahabat' sejati. Sebaliknya berhati2 dgn mereka yg menghimpit kita ketika kita senang!
Bravo utk Zali, Champ, Midun & Bob...
4 comments:
betul tu milah...sahabat ketawa mmg sng nak kutip, nak cari sahabat yg boleh sama2 susah, mmg payah. Alhamdulillah, akak ada seorang kwn yg selalu bersama waktu susah senang!!
salam lah..
akak baca rasa nk gelak pun ada.. mcm mana lak motor tu boleh direpot hilang.. sedangkan motor tu anissopiang pnya hehehe
Betul Kak Ain...so jagalah nilai persahabatan itu ye!
Kak Nik, had anissopiang tu mmg la lucu tp yg plg lucu yg kena & merengkok di lokap ialah S...b.! Kesian dia...
Salam Ainis,
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, kecuali diri sendiri. Tetapi… di dalam kita bersendirian,kita beruntung kerana mempunyai sahabat yang memahami, ikhals dan jujur. Semoga persahabatan mereka berkekalan. Insya-Allah.