Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•12:38 AM
Sepatutnya posting ini siap sblm bercuti, nampaknya tak sempat saya menyiapkan coretan2 seterusnya. Ketika ada sedikit masa ini saya cuba juga merajinkan jari2 ini menaip...
Kita telah pun berada di penghujung Ramadan. Terasa begitu cepatnya masa berlalu. Di dalam tazkirah Ramadan yg sempat saya ikuti, ustaz yg mengajar pd malam tersebut ada menyatakan, sesungguhnya masa itu juga adalahsalah satu dari makhluk Tuhan. Maka, jika Allah memerintahkannya mencepatkan peredarannya, maka ia akan menurutnya. Lihat, putaran masa dalam sehari begitu cepat kini kan?
Suasana Ramadan di sana sama seperti hari2 biasa. Bezanya cuma restoran ditutup dan di waktu malam meriah dengan solat terawih. Saya berada di sana di awal Ramadan, suasana mula sesak. Manusia dari seluruh dunia berduyun memasuki Kota Mekah untuk merebut fadilat Ramadan di sana. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana situasi di pertengahan dan penghujungnya, difahamkan Masjidil Haram melimpah sehingga ke Hotel Hilton (di hadapan masjid). Suasananya sungguh berbeza dgn Malaysia. Tiada gerai2 makanan di buka. Ramadan bg kita seumpama berpesta makan. Iklan hari raya dan lagu raya mula dipasang sebelum puasa lagi. Nampak sgt kita melayan, bukan melawan nafsu!
Berada di penghujung Ramadan ini mengingatkan saya peristiwa ketika saya berada di Mekah. Sepanjang seminggu di sana cuaca begitu terik. Hingga pada petang 30 Syaaban yakni keesokannya umat Islam mula berpuasa, ketika pulang dari masjidil haram selepas solat asar, buat pertama kalinya (sepanjang saya di sana) hujan turun di sana. Namun suasananya amat mendebarkan. Angin ribut bertiup kencang. Untuk badan bersaiz saya, saya perlu berpaut di tempat kukuh krn jika tdk mungkin saya akan diterbangkan sekali! Pasir berterbangan, mata tak boleh buka. Manusia bertempiaran. Pekedai2 menutup premis masing2.
Saya bersama teman sebilik berlindung di sebuah premis. Tiada jln lain melainkan redah juga ribut sebelum hujan turun. Dalam fikiran saya....apakah Kiamat akan berlaku? Kebetulan ketika itu hari Jumaat, hanya itu yg bermain di fikiran saya. Beginikah gambaran hari pembalasan? Manusia berduyun2 menyelamatkan diri....Mmg suasananya amat mendebarkan...Saya berdoa, seandainya telah tiba hari pembalasan-Mu Ya Allah, tempatkanlah aku, ahli keluargaku, anak2ku dan seluruh pejuang Islam di tempat yg mulia.....janganlah Engkau tempatkan kami bersama orang2 yg Engkau laknati Ya Allah.....Amin....
Ujian budaya & selera
Seminggu sblm berangkat pulang, kesabaran saya diuji. Sepanjang seminggu di sana, walau ramai, masih ada ruang solat utk kami, utk lebih selesa kami perlu awal ke masjid. Tetapi apabila masuk sahaja Ramadan, suasana begitu sesak berbanding sblm ini. Menjadi budaya masyarakat Arab mrk akan menempek di mana sahaja ada ruang utk solat. Sbg orang Asia, bkn budaya kita bertekak didalam masjid hanya krn berebut saf. Mmg ia menguji kesabaran. Bayangkan dgn tubuh bdn sekecil saya, kiri kanan dihimpit dgn org yg tiga kali ganda besarnya, lemas! Walaupun cuba bersabar, namun sedikit sebanyak ia menganggu konsentrasi kita. Belum lg mrk melangkah / lalu lalang ketika kita sdg solat. Di malam terakhir, saya mendpt idea utk bersolat di hadapan tiang, barulah selesa, kurang sikit org lalu lalang...
Semasa di Madinah, kami dihidang makanan Melayu. Sambal belacan ada setiap hari. Tiba di Mekah, hanya makanan Arab, Pakistan menjadi hidangan kami. Ia amat merunsingkan saya krn dari Malaysia lg saya kurang berselera dgn briyani atau kambing. Sehari dua saya boleh makan walau dgn jumlah yg sedikit. Selera saya begitu teruk apabila tiba bulan Ramadan. Saya cuma bersahur dgn 2 biji kurma, secawan kopi Radix atau kdg2 cuma sebiji vitamin C. Berbuka juga dgn 2 biji kurma dan sebuku roti. Selesai solat terawih iaitu kira2 jam 11.00 malam baru mkn nasi, itupun paling banyak cuma tiga suap. Saya tak berani nak cakap tak lalu mkn, risau ia benar2 terjadi. Dalam tak mahu cakap tu, ia betul2 terjadi. Selera saya begitu teruk. Akhirnya pd malam sblm berangkat pulang seorg teman memberitahu ttg Restoran D'Saji yg terdapat di bangunan hadapan masjid. Apalagi, slps Maghrib beria2 saya mengajak suami. Saya order cuma telur dadar & terung bercili dan saa makan umpama sebulan tak jumpa nasi....
Pulang ke Malaysia semua org tegur saya kurus. Memang saya terasa sebab kain & seluar saya semuanya longgar. Bila timbang, ternyata berat saya turun 4 kg dlm masa 10 hari!
This entry was posted on 12:38 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

On September 17, 2009 at 6:44 AM , mujahidah a.k.a shams said...

dalam bayank-banyak coretan akak, coretan ini sangat menyentuh hati! Air mata tiba entah dari mana, kak andai betul lah saat itu Yaumul Akhir, bertuahnya akak kerana berada di sana...betapa sebenarnya kita tak pernah ada jaminan utk hidup tapi jaminan untuk mati itu pasti.. Ya Allah jemputlah aku sebagai tetamuMu di tanah istimewa itu...ameen.

 
On September 26, 2009 at 5:23 PM , Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Milah..
kalau tak bulan ramadhan pun memang kena berebut dengan minah arab untuk dapatkan saf, sebab itu..akak akan cari orang yang bertelekung berwarna putih iaitu orang2 asia duduk dengan mereka, di Haram. Mereka lebih bersopan.
Ribut pasir ni memang menakutkan, bukan sahaja di Mekah, di Madinah di Turki sendiri pun ada..abis mata2 kita dan mulut kita dimasuki pasir..
sebab itu orang berkata, pengalaman adalah sesuatu yang cukup mahal..