Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•7:35 PM
Teater NATRAH baru sahaja tamat pd 13 Disember lalu. Ia mula dipentaskan pd 30 November sehingga 9 Disember namun dilanjutkan sehingga 13 Dis kerana sambutan yang menggalakkan.



Saya turut tidak ketinggalan. Pada hari Jumaat (11/12) lalu saya ke IB menonton Natrah. Mempercayai hasil buah tangan Erma yg pasti tidak mengecewakan, saya begitu teruja utk menontonnya. Tambahan saya mengikuti kisah tragis ini menerusi tulisan Datuk Fatini Yaacob di majalah Dewan Masyarakat sejak di zaman bangku sekolah lagi. Bagi saya, kisah Natrah begitu dekat dgn jiwa saya, entah kenapa.

Natrah merupakan kisah tragis seorang gadis Belanda yg terpaksa berpisah kasih dengan ibu angkat dan suami tercinta. Isu ini pernah mencetus tragedi berdarah di Singapura dan Malaya kerana kebangkitan masyarakat Islam mempertahan kesucian agama.



Namun, saya memuji sikap Erma dlm menjawab soalan mengenai kesudahan hidup Natrah. Persoalan penghabisan usianya. Tidak perlu diutarakan sama ada beliau telah murtad atau sebaliknya. Meskipun beliau telah ditukar kembali ke agama asal oleh ibubapanya, namun menerusi penulisan Fatini, sepanjang hayatnya Natrah mengalami tekanan yang begitu hebat krn segala apa yg berlaku bukan di atas kerelaannya. Semoga roh Islam sentiasa lekat dihatinya hingga saat beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Kedua, saya tertarik dengan fakta yg diselitkan di dlm teater ini. Kebetulan saya baru sahaja selesai membuat editing buku "Membina Jiwa Merdeka" karya Sdr. Mohd Fadli Abd Ghani , mengenai kebangkitan masyarakat Melayu di dalam kisah Natrah. Masyarakat semakin marah dan kecewa kerana ketika kejadian tersebut pihak pemerintah tidak campur tangan mempertahankan agama krn Malaya ketika itu belum mencapai kemerdekaan. Dek bimbangkan British tdk memberikan kemerdekaan kpd Malaya, pemerintah tdk mahu campur tangan krn bimbang proses kemerdekaan Malaya akan menemui kegagalan, akhirnya mrk lihat kes Natrah begitu shj sehingga mengorbankan banyak nyawa. Di sini Erma meletakkan watak Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Karim Ghani dalam berjuang mempertahankan kes Natrah.
Semoga ramai lagi penggiat teater mementaskan kisah sejarah utk tatapan generasi kini. Yang pasti, biarlah terkandung visi & misi di sebaliknya.
This entry was posted on 7:35 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: