Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•6:31 PM
Kawan saya bercerita tentang kawannya (brp byk kawan daa...). Kisahnya kwn dia pening tengah cari pengasuh. Maklumlah anak dah lima (sekolah dua orang). Dia kecewa sebab pengasuh lamanya minta RM700 utk 4 orang anak.
Menurut kawan saya ni, menangis2 dia bercerita masalahnya. Ye lah, gajinya bukan 5-6 angka. Terbeliak dengar RM700 utk pengasuh anak, belum masuk yuran sekolah, rumah, kereta, bil...bla....bla....
Dia tak pernah tukar pengasuh. Sejak dari anak sulung lagi. Terkejut juga dia dgn permintaan pengasuhnya tu. Akhirnya, selepas berfikir panjang, dia menghantar anaknya ke nurseri kawannya dengan bayaran cuma RM500. Ok la tu utk 4 org.
Rupa2nya si pengasuh tadi dtg ke rumahnya dgn seorang besfrennya. Siap frennya tu sembur2 kwn saya...tak bertimbang rasalah....bla...bla...
Macam2 manusia ni kan. Difahamkan pengasuh itu baru sahaja berpisah dgn suaminya. Terhimpit dgn masalah peribadi dan kewangan, org lain dijadikan sasaran. Dari mengharap RM700 utk menampung sewa rumah, akhirnya semua lesap melayang. Satu habuk tak dapat!
Sepatutnya, bila sudah lama berurusan sepatutnya ada give & take. Jgn cuma fikirkan masalah diri sendiri. Bkn dia seorang perlukan duit, org lain pun sama. Kalau dr awal dia bertimbangrasa mesti kawan kpd kawan saya tu tak terus cabut mcm tu je...
Mencari pengasuh anak mmg memeningkan. Saya bersyukur krn dikurniakan pengasuh yg tak bermasalah. Ketika mula dpt anak sulung dulu, Ahnaf dijaga pengasuh yg kami panggil 'opah'. Alhamdulillah, cukup mudah berkira dan anak2nya pun sgt pandai melayan budak2. Semasa sorang dia minta RM180 (thn 1997). Bila ada baby baru kami menganggarkan RM360 tp dia cuma minta RM250 je. Dan bila tambah 3, dia minta RM350 je..itupun dia cakap, "Ikut hangpa la...kalau tak dak duit hangpa bg RM300 pun takpa...." Tp sendiri mau ingatlah, takkan nak jawab, "Ok, kami bg RM300 je lah..." Nampak beno tak berbahasa....hihihi.....(Masa tu standard dah RM400-RM450 utk 3 org anak)
Mmg opah & family baik sgt2. Bila susu Afiqah habis, ada note kat lampin kotornya, "Susu Anje habis." Anje panggilan manja utk Afiqah masa tu...!
Dan bila dia tdk berkira dan melayan kami spt anaknya sendiri, hubungan kami jadi begitu rapat. Maklumlah, masa tu kerja saya tak menentu. Ambik malam tu biasa la..Bila out station budak2 tidur situ, dia kata tak payah ambik. Dan jd amalan kami juga setiap hujung tahun kami memberikan 'saguhati' pd Opah. Yelah kami suami isteri dpt bonus, apa salahnya panjang2kan pd Opah juga...(tp bkn sebulan gaji la).
Kami juga selalu membelikan mcm2 makanan dan buah tangan utk mrk sekeluarga. Lagi satu saya suka tgk didikan dia pd anak2nya. Walau tak sesenang mana, anak2 cukup faham situasi keluarga. Walau duduk rumah pangsa 2 bilik dgn bilangan 7 anak (2 org dah kawin, duk asing), akhlak mrk cukup terpelihara. Mungkin kasih sayang yg ditunjukkan opah dan tok wan membuatkan mrk tdk mencari hiburan di luar.
Selepas berpindah ke Gombak, kami masih menghantar Awatef (masih baby) ke Keramat. Suami yg hantar sorang sbb saya kerja di Gombak. Kami siapkan bakul dlm kereta. Kalau dia menangis suami berhenti kereta, beri susu. Kiranya berbulan jugalah suami saya jd bapa mithali...hehehe....
Kini walau dah 5 tahun anak2 tak lagi duduk dgn opah, hubungan kami masih rapat. Opah masih menjaga cucu2 jiran, tp dah tak ramai sbb kesihatannya dah tak mcm dulu. Dan, paling menyedihkan apabila Tok Wan Nan pergi menyahut panggilan Ilahi pd 20 Februari lalu.
Semoga Allah menempatkannya di kalangan hamba yg soleh....Amin...
Kami akan memastikan agar hubungan ini akan terus berkekalan. Salam rindu buat Opah Som sekeluarga...pst...Cik Su bila nak kawin...he..he..he...
This entry was posted on 6:31 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 comments:

On July 8, 2009 at 8:37 PM , Hamba Allah said...

Hmm..beat kan jumpa org2 yang baik hati macam tu. Kalau buat baik ngan orang, dan ikhlas insyallah nikmat persaudaraan tu akan manis terasa..kalau buat tak elok dengan wpun sorang...hati kita mesti berkeluh kesah....

 
On July 8, 2009 at 11:38 PM , Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Mmg Kak Mawar..tak susah buat baik dgn org, tp ada orang yg suka balas buruk ye? Manusia ni mcm2 kan? Saya syg org2 yg baik dan jika sebaliknya, semoga mrk memperolehi hidayah...

 
On July 9, 2009 at 1:21 AM , NIk Fauziah Nik Hussin said...

A'ah lah.. apa kabo yer opah Som? Lama tak dengar citer dia. Cik Su pun sama.. dulu ada gak sesekali terjumpa Cik Su kat bas stop ttwangsa... Mmg btollar.. kalu orang buat baik kat kita rasanya mcm 10 x kita nak balas kebaikan dia kan?

 
On July 13, 2009 at 12:11 AM , zara said...

Payah nak dapat pembantu rumah yang baik ni. Macam2 cerita yang didengar dan dibaca. Akak tak pernah ada pembantu rumah sebab dulu2 anak2 mak mentua jaga. Tetapi akak ada pembantu kedai makan. Memang tak guna langsung! Bekerja tidak ikhlas... Pemalas! Cepat tangan. Tipu duit pelanggan.