Saya sibuk berjual, depa dua beradik berposing rupanya!
•8:04 PM
Saya sibuk berjual, depa dua beradik berposing rupanya!
Dunia kanak-kanak penuh kegembiraan. Mrk cuma berfikir soal main dan ada keluarga yg menjaga mrk. Mrk ketawa ketika gembira dan menangis jika bergaduh, sakit atau tak dapat apa yg dihajati. Mrk ketakutan jika tiada ibubapa di sisi. Selebihnya masa mrk dihabiskan dgn aktiviti yg menceriakan.
Mrk belum lg mengerti erti kesusahan hidup. Tekanan menghadapi peperiksaan spt yg tlh dialami kakak dan abg2 mrk. Yg mrk tahu, bila pergi ke kedai, dapat beli ais krim atau gula2, sudah memadai.
Mereka belum menghadapi zaman remaja yg penuh cabaran, dunia mahasiswa yg menekan emosi dan alam pekerjaan yang menuntut berbagai dugaan dan tekanan.
Ketika dia mula memasuki tahun 1 ('Awatef) saya kata pd suami saya, "Dah besar dia. Rasa mcm baru smlm dia baby. Rasa mcm tak nak je bg dia besar..."
Sebabnya? Dia manja, lemah lembut & sensitif. Merenung redup matanya, menyejukkan jiwa kami. Pantang sesiapa naik suara, dia menundukkan wajahnya. Ada air jernih bertakung di kelopak matanya.
Ketika bersekolah tadika dulu, dia sering menyebut nama guru2nya. Mjd tabiatnya bila tiada murid2, dia akan duduk di sebelah guru dan bercerita macam-macam. Bila masuk darjah satu dia masih berperangai begitu, hingga mjd 'isu' oleh si kakak dan abang, "Umi, adik ni mengadalah, dia peluk ust Solehin!" Si abang mengadu.
"Tak boleh la dik....masa tadika boleh lah, cikgu perempuan bolehlah, ni cikgu lelaki, tak eloklah..." Terang saya.
Mungkin sifat manjanya mjd kan dia tak dapat membezakan situasinya kini. Si kakak pula mengadu, "Adik ni semua benda nak bawak sekolah bagi cikgu, sampai gelang2 manik Umi pun dia bawak ke sekolah, bagi Cikgu Asiah, seronok kena cium la tu!"
Oh....baru saya tahu kenapa rajin benar dia bawak brg2 ke sekolah, cikgu cium rupanya!
Itulah jiwa anak-anak. Suka bila diberi perhatian. Bila melihat giginya patah dua minggu lepas, hati saya terdetik, ini satu lagi petanda proses kematangan usianya. Dia semakin membesar. Tidak lama lagi akan memasuki tahun 2 pula. Apakah dia terus-terusan manja begini? Setiap petang dia akan menelefon saya di pejabat. Dgn kata2 manjanya yg pasti akan diakhiri,
"Bye Umi, I love U".
Selalu jugak suami saya mengusik, "Siapalah agaknya suami adik nanti, camne lah agaknya dia jaga adik." (Walaupun ada seorang adik, panggilan 'adik' masih lekat pdnya!).
Ketika harijadinya saa membelikan set pari-pari padanya. Seronok sangat dia. Setiap kali lepas main, dibungkusnya mainan tu, tabiatnya mmg begitu menghargai pemberian orang. Saya kata pd suami, "Biarlah dia teroka zaman kanak-kanaknya (suami bimbang sbb dia kuat berangan!). Kita kena layan dia sesuai dgn usianya. Ia akan menjadi kenangan bila dia besar nanti. Zaman kanak-kanaknya takkan berulang..."
Begitu, macamana sikap saya bila mrk dewasa besar nanti ye? Bagaimana perasaan ibubapa di saat melepaskan anak di tangan orang lain? Mungkin mak lebih memahami kerana telah melepaskan 9 orang anak perempuannya kepada orang!
famili
|
This entry was posted on 8:04 PM and is filed under
famili
. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
8 comments:
jamilah, jeles ler akak...akak cuma tengok anak sedara membesar. Emm...dah lama mencari, tapi semalam baru jumpa majalah Muslimah, jgn mare ni 1st time akak baca...lepas ni akan jadi pelanggan tetap ler, kat sini payah nak cari...alhamdulillah terjumpa. anyway keep up the good work. Dah buat ker kari jantung pisang???
akak pun kalau boleh tak nak anak yg bongsu besar. masih x puas nak cium gomol!!
nape eh..bergenang air mata..baca entry ni..adeeeiii rindu pulak kat awateef ni..lama sngat dak jumpa dia 6 bulan ade kot..last jumpa masa sham makan beradab :-) Moga anak itu senntiasa di bawah lindungan dan kasih sayang Allah..begitu juga dengan adik beradik dan keluarganya..moga suaminya seorang insan yang soleh..inshaAllah..
hehehe....
Kak Mawar...mmg muslimah tu limited sket...nak suruh org round the world carik dia kot...hehheh, jantung pisang? Tak buat2 lagik...teringinnya, rasa cam nak terus makan jer, tak nak masak!
Kak Ain...mmg itu perasaan ibu2 kot ek...esok anak2 kawin, kita yg masuk bilik menangis!
ishk...ishk....awak mmg ratu air mata Sham...jage mare..., dah besar anak dara tu...suka ngendeng2 tepi org, cakap bisik2...ust2 dia selalu komen kat Ahnaf ngan Fikah, time hafazan suka baca pelan2...apa lagi hangin la dua beradik tu, balik umah ngadu, dia dengar je kakak & abg dia komen, ek dak uk pun dak....takut la tu kat abg & kakak dia...very cool little girl....
salam lah..
tomey2nya si awatef.. kak yati kata ada rupa dak effa lak hahah! tang mana la ek??
dah besar budak tu. Akak klu ingat citer kak Timah pasal awatef ngn naufal rasa nak tergelak!
Semasa mereka kecil-kecil ni la dapat dipeluk cium puas-puas. Bila dah besar panjang mereka tak mau lagi terutamanya anak lelaki. Macam akak, anak2 semua dah besar2... terasa rindu gak nak peluk cium budak2...
Hehehe...Kak Nik... Effa Si Mata Bulat!, tu la pasal....menantu saya tu (Naufal)...heheh kelakar Awatef citer, masa Awatef dok umah dia, blkg org dia pegang tgn Awatef! hii...bahayo tuh!Ok gak kalu dpt Naufal tu...putih melepak you....mak ayahnya pun kita dah kenal...senang citer...xyah pening2 investigate dah!
Tu la Kak Zara...kena carik menantu cepat2 tuh....boleh cium cucu lak!