Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•7:20 PM
Hari ni Jumaat 05/02/10, bermakna tepat seminggu kami kembali dr Perlis menjenguk anak teruna kami. Tak berkesempatan pun nak post entri baru....dah seminggu baru berkesempatan...

Anak & bapa di Kuala Perlis...

Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan. Walaupun train delay 1/2 jam pergi dan balik....Setiba di Arau kami dijemput pemilik kereta sewa. Kami terus ke Padang Besar kerana Ahnaf outing di rumah sepupu saya. Selepas makan tengahari dan duduk sebentar kami meminta diri dan terus ke MATRI, bertemu warden utk membawa dia keluar dan tinggal bersama kami.

Setelah selesai urusan di MATRI, kami menguruskan hal berkaitan homestay pula. Alhamdulillah, ia terletak berhampiran MATRI jd mudahlah segala urusan berkaitan abg Ahnaf. Disebabkan ia dilengkapi berbagai kemudahan, saya mengambil kesempatan mencuci pakaian & cadar tilam si anak teruna tu.


Sebulan terpisah, ada perubahan dlm dirinya. Lebih berdisplin dan yg pasti lbh sabar dan memahami situasi sekeliling. Di sebelah petang kami ke pekan Kangar membeli keperluannya yg masih belum mencukupi.

Abaikan saja muka toya uminya yg dah mcm ikan buntal....kekenyangan stlh dipaksa menghabiskan terubuk bakar, ikan gerut sweet sour, terung bercili, ulam-ulaman ...bla...bla...

Kami berjalan hingga ke sebelah malam, makan malam di Kuala Perlis. Pekena ikan bakar fresh. Jam 10 mlm baru kami tiba ke homestay dan sesi berkemas brg2 Ahnaf. Sepanjang malam, bermacam cerita kami sembangkan. Sebulan berpisah, mcm2 cerita sebenarnya!


Alhamdulillah, dia mula dpt menyesuaikan diri. Cuma masalahnya, dia selalu didenda krn lewat bangun pagi....biasala dia....katanya mlm dia tak blh tidur awal....ramai yg suka menempek di katilnya...(dia mmg peramah...Afwan menurun dia la tu..talkative...menurun sapa la tu...umi abahnya santun gitu....)


Keesokannya, Isnin (01.02.2010) slps Subuh kami menghantarnya ke sekolah. Dan kami kembali ke homestay dan keluar ke pekan utk urusan tertentu yg perlu dibereskan. Sebelum pulang ke KL, jam 4.00 ptg (tren kami jam 6 ptg) kami singgah ke sekolahnya utk bertemu Ahmaf. Sayu jugak rasanya, tapi nak buat macamana....


Setibanya di KL kami pun tunjuklah gambar2 Ahnaf dekat adik2nya. Si Awatef yg tgk gambar di handphone abahnya puji abg dah hensem! ha..ha..ha...Afiqah pula bila tgk gambar abgnya di kamera saya terkejut, abang dah besar katanya, tinggi. Kami pun tak perasan Mula2 tiba saya tgk mcm biasa saja cuma badannya sedikit berisi, dan bila tgk di kamera ..mmg betul...dah macam anak muda...oh....anak teruna saya dah besar!!!

Nak tahu knp dia ketawa besar?...Penat berposing, blh kluar perkataan ini dr bf den...."Nak tekan kat mana?" waduh.........!

This entry was posted on 7:20 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

On February 5, 2010 at 4:00 AM , ain said...

salam jamilah. apa khabar?? selalunya kalau anak2 dah dok jauh dr parents, dia akan jd lebih berdisiplin dan lebih berdikari. mcm anak akak yg lelaki dok asrama dekat je ngan umah, so every kena dtg amik baju kotor la. nak suruh dia basuh, mcm tak yakin je.

 
On February 7, 2010 at 5:38 PM , NIk Fauziah Nik Hussin said...

lah..sungguhlah, nmpak besar dah si bujang ko..hahaha.