Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•1:26 AM
Dewan Muslimat sekali lagi akan menganjurkan Umrah Tarbawi buat kali keempat pada 23 Mac ini. Alhamdulillah, nampaknya sambutan memang menggalakkan. Difahamkan, kumpulan Ust Rosli di Kuantan sahaja mencecah 400 orang!
Setiap hari ada sahaja peserta yang naik ke pejabat saya berjumpa pihak yang menguruskan program umrah ini. Rasanya macam nak pergi je lagi, teringat keterujaan saya tahun lepas. Saat2 macam ni saya mula sibuk membuat pasport, suntikan & membeli barang keperluan...rindunyaa.....Maklumlah pergi umrah sebenarnya bukan mcm pergi melancong, lain sungguh perasaannya!
Menurut pegawai yang menguruskan soal jemaah kali ini, banyak perkara yang tidak sedap saya dengar perihal mereka. Pihak Kuala Lumpur cuma menguruskan sekitar 25 orang jemaah sahaja, selebihnya semua peserta dari Pahang. Dari 25 orang itulah bermacam perangai ada. Ada yang menelefon 2-3 kali semata2 mahu tahu keperluan yang disediakan. Walau diterang, masih mahu ikut kehendak sendiri. Biasa yang menjadi persoalan ialah soal makan, sedap tak makanan sana, ada masakan Melayu? Lagi satu soal hotel, pertanyaan mereka, selesakah, boleh duduk bersama keluarga, nak duduk 2 orang sebilik, nak hotel dekat dengan masjid dan macam2 lagi.
Puas diterang, nama program ini umrah Tarbawi, umrah yang diisi dengan konsep tarbiyah (latihan). Jamaah perlu faham erti kesusahan dan segala kekurangan yang bakal ditempuhi di sana.
Semasa di sana, sebagai tetamu-Nya kita kena reda dengan segala yang ada. Melalui pengalaman pertama kami, saya akui, kami terlalu naif. Kami serahkan segala2nya kepada-Nya. Terfikir kami berada di Tanah Suci, bumi yang penuh berkah, terima sahaja apa yang ada di depan mata.
Di Madinah mmg begitu selesa, kami pandai membawa diri walau ada juga jamaah yg sesat. Di Mekah, ujian mula terasa ketika mula check in di hotel. Hotel lama, lif agak daif. Timbul beberapa kesulitan hingga terhamburlah perkataan yg benar2 tidak sedap didengar dari mulut jamaah....(agak sedih mengenangkan situasi ini....)
Bila difikirkan kembali sebenarnya taklah seteruk mana. Hotel menempatkan 3 orang sebilik, tersedia katil , bilik air dan sebuah dapur kecil. Tak jauh pun dari Masjidil Haram, 10 minit berjalan rasanya dah sampai ..(warga emas pun boleh berjalan tau).
Selepas sehari, keadaan kembali reda. Jamaah semakin pandai menyesuaikan diri. Program ziarah berjalan dgn lancar. Hubungan antara jamaah mulai rapat, usik mengusik antara satu sama lain....mmg membahagiakan....(kami plg kerap diusik krn mrk menyangka kami baru kahwin..ha...ha...ha...)
Kesimpulannya, rendahkanlah diri kita tatkala dijemput menjadi tetamu-Nya. Ingat, Dia memperhatikan kita...Kunci utama, sabar....yelah...kita berada di tanah suci, di tempat orang, manakan sama dengan tanahair sendiri. Lupakan sebentar kesenangan / kemudahan yg biasa kita kecapi....Apabila kita membuat keputusan untuk menjejakkan kaki ke sana, mentaliti kita juga perlu bersedia dgn segala kesulitan. Jika ingin selesa, ambillah pakej selesa, berbelas ribu...tapi sampai bila kita ingin selesa? Apa salahnya kita belajar bersusah tatkala menjadi tetamu-Nya. Takkan dengan Allah pun kita nak berkira? Allahu Aklam...
This entry was posted on 1:26 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: