Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•8:47 PM
Balik kerja jumaat lepas, buka pintu terus Afiqah menunjukkan 'surprise' pd saya. Ha..seekor kucing putih gebu! Rupa2nya ptg tu, kwn saya, Kak Safiah menghantar kucing ke rmh. Apalagi, seronok benor 3 beradik tu...Saya yg telefon Kak Safiah, mintak rekemen kot2 ada kwn2 yg nak bg kucing utk mengubati luka lara anak saya dek kehilangan Manja dulu...Tak sampai hati saya tgk 'Awatef menangis 3 mlm berturut..!




Kehadiran Manja Uteh (1st name mesti 'manja') menambah keceriaan kami. Bulunya yg putih melepak dan sepasang mata hijau & birunya yg menawan menjadikannya kesayangan bdk2 tu. mcm double standard la pulak sbb layanannya melebihi kucing2 sblm ni. Afiqah siap nak beli sangkar, takut dia merayap & dicuri org. Mula2 mmg dia takut, asyik menyorok di bwh meja. Skrg dah 3-4 hari ni ok sikit...Walaupun pd mula dulu saya tak berapa setuju tp bila depa ni dah pandai 'membuang' dan tak mengotorkan rmh, rasa mcm ok jgk...Sdgkan Nabi s.a.w menyayangi makhluk Allah ini, saya fikir apa salah jika kami pun menuruti jejak baginda.
Teringat saya dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Beliau menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).

Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing. Kita pulak camne?
This entry was posted on 8:47 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: