Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•5:48 PM
Khamis lalu (5/3/09) saya ke Parlimen atas jemputan Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Zailah Yusof (Kak Lah). Saya pergi bersama pembantu peribadi beliau, Salwati dan rakan sepejabat, Kak Ar. Agak lama juga saya tidak ke Parlimen, akhir sekali kalau tak silap saya tujuh tahun lalu ketika bertugas di Muslimah. Mengenangkan sudah lama saya tidak ke Parlimen, maka kali ini saya mengambil kesempatan utk mengikuti perjalanan dewan bersidang. Tambahan bkn sekali dua Kak Lah menjemput kami, tak sampai hati pula nak menolaknya kali ini.
Seperti biasa suasananya masih sama walau susun atur dewan tlh berubah. Pd pandangan peribadi saya ahli2 yg berhormat ni kalau duduk dlm dewan tak mcm Yang Berhormat pun...ejek mengejek..tak ubah mcm bdk2. Rasa2nya ahli mini Parlimen kelolaan Pak Cik Jamal lbh beretika! Tambah menjelekkan bila menteri yg bertanggungjawab tdk menjawab soalan, spt soalan Kak Lah ketika menteri agama membentangkan isu halal Jakim. Beliau menerangkan pasal prosedur cop halal, Kak Lah bertanya pula bgmana dgn halal haram membabitkan hiburan, pemakaian, minuman keras, pusat perjudian dsb, dgn selamba dia menjawab bknkah tlh diterangkan pd awal tadi dan siap perli lg Kak Lah agaknya duduk di luar semasa dia membentangkan tadi. Amboi..senangnya bg jawapan utk memudahkan kerja dia! Padahal dr awal memang dia tak sentuh langsung bab itu melainkan halal membabitkan makanan saja.
Itulah bahananya jika Islam diambil separuh2. Atas kepentingan peribadi, terpaksa disorok perkara yg benar dan jawapan pula terpusing2. YB Dr. Lo'lo' (MP Titiwangsa) dan YB. Ust Taib Azamuddin (MP Baling) pula mempersoalkan isu musawah yg baru berlangsung dan kedudukan Sisters In Islam yg nyata semakin berani dan mengelirukan. Spt biasa jawapan dr menteri berkenaan masih dlm sambil lewa, beliau berkata musawah tersebut dlm pemantauan sedangkan bg kita SIS tdk perlu lg dipantau sebaliknya haramkan saja penubuhannya!
Slps mkn tengahari (terima kasih YB belanja & gift tag parlimen tu...) kami berkesempatan menemui wakil muslimat PKS (Parti Keadilan Sejahtera) Indonesia. Mereka menemui YB Dr. Lo'Lo' utk membincangkan isu berkaitan wanita. Mereka diketuai Dr. Pinta (ketua muslimatnya). Antara isu yg dibincangkan ialah masalah muslimat Indonesia yg bekerja sbg pembantu rumah di sini. Kak Lah menceritakan satu kes yg baru diterimanya iaitu seorg pembantu rumah yg lari dr majikan (bkn Islam) krn mjd mangsa perkosaan majikannya. Menurut Kak Lah lagi, gadis itu mengalami trauma yg amat sangat.
Perbincangan yg berlangsung kira2 40 minit itu turut disertai beberapa ahli Parlimen yg kebetulan berada di situ.
Di sebabkan masa yg agak terhad saya tdk dpt mengadakan sesi temubual dgn mereka. Saya bercadang utk mengadakan pertemuan dgn Dr Pinta dan rombongannya utk membincangkan isu wanita Indonesia dan peranan PKS dlm politik Indonesia. Insya Allah ia akan disiarkan dlm Muslimah akan datang...
YB Nurul Izzah turut serta, disebelahnya Dr Pinta
0 comments: