Bertepatan dgn demam pilihanraya kecil Bukit Gantang, saya ingin juga melihat perkembangan di sana. Perang poster & bendera masih belum meriah (biasanya slps penamaan calon). Hari Sabtu tiga acara sukaneka rakyat tlh diadakan iaitu di Dun Trong, Kuala Sepetang & Changkat Jering. Saya pergi ketiga2 DUN tersebut & sambutan dr masyarakat setempat amat memberangsangkan.
Bkt Gantang mjd medan pertempuran slps kemelut ini. Serahkan saja pd pengundi utk membuat penilaian terbaik. Sebolehnya kita mahu isu ini diselesaikan secepat mungkin. Dan mlm tadi pengumuman calon PAS tlh diumumkan Presiden PAS, Tn Guru Dato' Seri Abd Hadi Awang. Spt jangkaan ramai, calon favourite, Dato' Seri Nizar Jamaluddin dipilih sbg calon pilihanraya kecil ini. Beliau akan berlawan dgn calon BN, Ismail Saffian & calon Bebas.
Kini, petugas mula menjlnkan tugas masing2. Sbg negara demokrasi, rakyat bebas memilih pemimpin yg benar2 layak. Seorg pemimpin ialah yg memahami erti kepimpinan dan amanah yg dipertanggungjawabkan. Bkn sekadar pemimpin di kalangan masyarakat ttp pemimpin yg akan dipertanggungajwab di sana kelak.
Ketika itu baru saya perasan, bertahun duduk di KL, kita trlepas menikmati mkanan fresh. Kuah mee rebus di sini mmg asli. Cendolnya pun lembut..sedap...ulam2an kampung mcm2 jenis (saya peminat ulam), kuih muih betul2 terasa di tekak sampaikan asyik teringat bila blk KL.
Mmg rancang nak makan mee udang, tp sibuk dgn aktiviti ...langsung tak sempat....Time balik, pagi2 mana ada gerai mee udang yg buka. Terus naik highway Cht Jering...kwn2 kata, "takpe, minggu depan kita dtg lg, pekena terus 2 pinggan mee udang!" Masalahnya, minggu dpn saya dtg lagi ke?...Mee udang....oo...mee udang....
Yg pasti, minggu ni saya tak sempat lg nak snap gambar2 baju!
0 comments: