At last, pagi Sabtu lalu, spt biasa aktiviti pagi mesti bagi 'diorang' makan...yang ada cuma Mayau @ Oyen...Manja Uteh tak ada...jarang dia tak ada time macam ni. Namun saya berprasangka baik...mungkin sikit lagi dia masuk..(maklumlah, minggu lepas dia terlajak merayap, lepas makan mesti keluar).
Hingga ke petang suami bgtau dia masih tak ada. Saya dah rasa tak sedap hati. Kebetulan weekend ni byk pula aktiviti saya. Baru petang semalam (Ahad) saya sempat keluar bersama Afiqah mencari. Tanya jiran semua tak tahu, tak nampak katanya. Dengan panjang lebar saya menerangkan,
"Bukannya apa, dia lawa sangat, putih melepak, gebu, mata sebelah hijau, sebelah biru, memang kalau orang tengok mesti berkenan. Kesian dekat budak2 ni, depa sayang sangat..."
Nasib ada budak2 tu, boleh la saya cover line! Yang sebenarnya saya sendiri gundah memikirkan kehilangannya!
Hari ni tepat tiga hari dia tak pulang2...Geram betul saya memikirkan jika benar dia diculik orang...Takkan tak tahu ia milik orang, peliharaan orang. Budak2 dah bising bagi cadangan,
"Umi, suruh abah print gambar Manja, tulis WANTED...MANJA UTEH, letak nombor telefon rumah dengan gambar dia sekali..."
Lor...kena ikut ke cadangan diorang ni!!?
Apapun kpd yang mengambil atau terambil 'dia', tolonglah kembalikan semula, kami baru sebulan bersamanya...Please.......Kesian dekat budak2..semua tgh kesedihan tu....
5 comments:
lor Lah.. ilang lagi ker??? mesti sedey kan? Bela lar ikan.. tak de kaki hehehe!!
Apapun akak doakan si putih tu balik
Salam milah
Kalau tidak diambil orang, mungkin mati bercakar dgn anjing atau digelek kereta orang tak? Akak ada kucing2 liar yang kerap datang dan singgah untuk makan di rumah akak, sampai satu stage hingga 8 ekor,tapi kerana da terbiasa bagi makan, bila ilang seekor dua tu perasanlah, akhirnya kami tahu..mereka mati bergaduh dengan anjing..memang walau bukan hak kita, tetap rasa sedih..
alahai...putih hilang..???payah gak nak mencari kan..??hopefully jumpa le si putih secpt mungkin.
p/s..akak bela ikan je..tu pun letak dlm bilik air.
Kak Yati..Kak Ain...
Saya syak org curi sbb biasanya dia main area dekat2 rmh je...
mmg terasa bile depa takde...tak ceria...
Milah,
Memang sedih bila kucing tak balik, Oyen akak dulu pun macam tu, tak balik sampai la ni..hu..hu.. masa tu cuma takut digulaikan dek orang Vietnam jer...harap Puteh balik nanti.