•5:51 AM
Tak pernah2 saya menulis entri time malam2 gini kat rumah...hehehe...semangat tu...biasa lps breakfast kat ofis...kenapa semangat benor ni?
Sebelum bercerita, saya nak ucapkan ribuan ucapan terima kasih utk Kak Nik, Kak Ain, Kak Yati & Kak Mawar yg prihatin dgn si Uteh tu...
Petang tadi pulang dari kerja, Ahnaf, Afiqah & 'Awatef ajak saya sekali lg mencari Uteh. Kami berjalan di lorong belakang rumah sambil memanggil2 namanya. Sekali pusing, masih hampa. Kami pusing sekali lagi, terserempak dgn Hj Ya, jiran tiga pintu dari rumah kami (Hj ni peramah & kelakar sikit orgnya)
"Dari mana?" dia menegur anak2 saya.
"Cari kucing. Dah tiga hari hilang." Ahnaf menjawab.
"Kecik, besar? Warna apa?" dia menyoal lagi.
"Putih. Lebih kurang mcm ni." jawab Ahnaf sambil menunjuk Mayau Oyen.
"Hmm...tak perasan pulak. Kami tak bela kucing. Tapi ada baru seminggu ni ada kucing beranak kat belakang ni. Nak ambillah sekali dgn mak dia". Dia mempelawa kami, ada tiga ekor anak kucing dlm kotak belakang rumahnya. Saya geli.
Panjang juga dia berbual dgn Ahnaf.
"Orang sebelah ni suka juga kucing, tapi tak ada bela rasanya". Dia merujuk kepada jiran sebelah rumah saya.
"Tapi, pagi tadi rasanya ada seekor kucing putih semua, main pasir belakang rumah kamu".
"Ha? Putih semua, tak kecil sangat?" tanya Ahnaf penuh minat. Hati saya pun dah mula menaruh harapan bila dia kata begitu.
"Ya, putih semua. Besar yg macam kamu pegang ni la. Main2 sini je tadi." Mungkin mula2 berbual tadi dia tak teringat ttg Uteh. Dah lama berbual baru dia perasan agaknya.
Kami meminta diri utk beredar dan mencari satu pusingan lagi. Maknanya dia ada di kawasan ini. Pusing2 masih tak jumpa. Kami ingin berjumpa Hj Ya lagi utk meninggalkan pesanan seandainya esok dia terjumpa lagi kucing tersebut kami nak suruh dia perhatikan matanya.
Pukul 6.30 hubby telefon tanya kami di mana. Saya pun menerangkan yg kami dlm misi mencari & menyelamat. Dia tanya kami dah jumpa Uteh ke, saya jawab belum. Dia menyuruh kami pulang, dah petang katanya.
Kami pun pulang ke rumah. Masuk ke rumah, Afiqah terkejut. Uteh ada di dapur! Menurut suami ketika dia pulang dia terdengar spt pintu dapur ditendang2 & suara kucing mengiau. Tak mungkin Mayau katanya sbb kami bawa dia bersama. Bila buka pintu dia terkejut krn Uteh di muka pintu. Dia memberikan ikan rebus kpdnya. Memang Uteh lapar sangat.
Memang menghairankan. Tiga hari berturut kami mencarinya langsung tak nampak bayangnya. Telahan saya mungkin dia sesat, tak ingat rumah kami. Namun saya terfikir, umpama dia disorokkan di dlm rumah seseorang. Masakan sepanjang kami mencari tdk ternampak langsung kelibatnya tetapi slps sahaja perbualan kami dgn Hj Ya, tiba2 dia muncul di pintu rumah!
Mungkinkah dia cuma berada di sebelah rumah kami? Dan ada yg mendengar perbualan saya bersama Hj Ya dan terus mengeluarkan Uteh dr rumahnya? Memang pelik...namun kami beranggapan mungkin mrk tidak tahu ia kepunyaan kami...ttp mengapa dia bermain (keluar) ketika kami bekerja dan anak2 bersekolah?
Huh...pening juga memikirnya! Apapun syukur Alhamdulillah Manja Uteh telah kembali ke pangkuan kami. Barulah ceria wajah si Afiqah tu! Dia kata pagi tadi dia tak boleh buat hafazan kat sekolah tadi, asyik teringatkan Uteh katanya. Fuh! naya kalu camni!!!
This entry was posted on 5:51 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
4 comments:
Alhamdulillah...jumpa juga manja uteh akhirnya. ada yg berkenan le tu sampai x kasi balik.hehe
Milah..anggaplah uteh pergi berjumpa kekasih hati..ha..ha, memang ada waktunya kucing akan ilang berhari2 untuk mengawan..kalau bukan skrg, satu masa nanti..bersedialah untuk dia 'hilang' sekali lagi...
Hahaha...tu la masalah problemnya...dia betina, lawa pulak tu...ramai teruna yg berkenan!Bknnya apa, anak2 saya dah serasi sgt dgn dia...risau sgt bila dia tak balik2...mmg disembunyikan saya rasa...
Betul kata Puan Norhayati tu,
Dah tiba tahap gaban agaknya... maka dia ilangkan diri mencari jejaka idaman. Lepas ni senyap ler dia. ha3x
At last! Balik gak dier...