•7:11 PM
Pukul 4.30 petang semalam saya menerima sms berbunyi:
"Assalamualaikum, nie kak lydia tadi kena pergi ke mahkamah syariah di kuala langat utk memfailkan dan utk mendgrkan ttg lafaz cerai dan wang serta barang mas kahwin serta cincin yg dato ada memintak lydia pulangkan balik semuanya barang2 itu yg akan di dgr dan di sebutkan di mahkamah pd 30hb nie tidak jadi diatas sbb yg tidak blh dielakkan oleh pihak hakim jadi kes lydia akan di dgr pada 5/5 jam 9.00 di mahkamah yg sama ok...Pd lydia perkara perceraian lydia dgn "DATO" azhar tak menjadi masalah dan tak menjejaskan apa2 jua ttg diri dan rezeki serta keadaan lydia...Hari ini adalah hari yg paling gembira sekali buat lydia sekali kerana hari ini adalah harijadi lydia yg ke 43 dan hadiah yg istimewa yg lydia dpt adalah hadiah "Perceraian" dari "DATO" azhar ok...Dan jugak pd 5/5 dan 6/5 adalah harijadi anak lydia yg pertama munira dan yg ke siti...jadi harijadi anak2 lydia jatuh pada hari lafaz talak di mahkamah dan hadiah yg anak2 dpt dari lydia adalah "Perceraian" daripada "DATO" azhar!!! Jgn risau hadiah ini yg anak2 lydia mahukan agar kami anak beranak dpt tinggal serumah bersama mcm dulu ok... Jgn lupa pada 5/5/09 pukul 9.00 pagi ok bye."
Habis membaca saya membalas, "Semoga Kak Lydia tabah menghadapi dugaan dr Allah ini. Mungkin ada hikmah di sebaliknya."
Tidak lama kemudian dia membalas, "alhamdulillah. tq. amin3x. takbir!!!3x"
Nombor yg tertera bukan yang ada dlm simpanan saya. Saya pernah menemubual beliau untuk Muslimah keluaran 211, pelakon Lydiawati. Ketika itu beliau baru saja mendirikan rumah tangga, tapi saya tidak mengetahuinya jadi temubual itu hanya berkisar mengenai kariernya sahaja. Ketika itu memang dia ada membawa seorang budak kecil dan memanggilnya 'mama', tidak pula saya bertanyakannya, bimbang jika ia sensitif atau pada tanggapan saya mungkin itu anak angkatnya.
Berita mengenai keruntuhan rumah tangga keduanya memang ada disiarkan di dada akhbar baru-baru ini, saya mengambil sikap mungkin setakat itu jodoh mereka...
SMS itu mungkin dikirim untuk semua press. Dari pemahaman saya ternyata beliau sedang tertekan dengan masalah rumah tangganya. Saya amat bersimpati dan meminta dia banyak2 bersabar dan memohon pertolongan dan petunjuk dari Allah SWT.
Sebagai selebriti mungkin dia memerlukan orang media seperti kami untuk mengikuti kesnya. Tetapi kami pengamal media Islam, punya landasan tertentu yg perlu diikuti. Jika kami mengikuti kes ini pun, mungkin kami akan ambil dari sudut perundangan dan hak wanita dalam perceraian. Bukan bercerita kesalahan di pihak siapa bukan juga mengorek sedalam-dalamnya kisah rumah tangganya.
Teringat ketika saya mengikuti kes perceraian pasangan (bkn selebriti) suatu ketika dahulu. Paparan kami ialah mengenai kelewatan mahkamah syariah dalam menyelesaikan kes perceraian sehingga menyusahkan pihak wanita. Sumber ini sebagai rujukan kes. Tidak semena-mena bekas suaminya menelefon dan mengugut kami, menyalahkan bekas isteri yang bercerita di media. Kami diumpamakan menyebelahi bekas isterinya.
Kami sedar, pengamal media seperti kami bukan menulis sekadar 'syok sendiri'. Menyedari MUSLIMAH adalah media wanita Islam, maka kami bertanggungjawab terhadap apa yang kami laporkan. Media Islam mesti jujur, ikhlas, seimbang dan berani menanggung risiko.
Suatu kisah yang dipaparkan bukan berniat untuk membuka pekung di dada tetapi mesti ada input yang positif untuk pembaca. Pembaca membeli untuk memperoleh ilmu dan kami menulis pula untuk mengembangkan ilmu.
Amat rugi kepada pengamal media jika tugasnya menambah porak peranda masyarakat. Saya pernah menonton satu rancangan yang asalnya untuk menziarah si polan yang terlantar sakit. Wartawan terbabit bertanya perihal penyakit suami. Isteri menerangkan serba sedikit. Bila isteri tiada di sisi, si wartawan dengan tidak beretikanya bertanyakan suami tersebut. Dengan penuh kepayahan (strok) beliau cuba gagah juga menjawab. Paling menyakitkan hati saya, si wartawan ini boleh pula bertanya sepanjang sakit ni isteri kedua tak jaga ke? Apa yang dia buat? Kenapa dia tak menjenguk...bla...bla...bla...Bayangkan dalam keadaan menziarahi pesakit mereka boleh lagi membuat provokasi. Rancangan ini bukan ditonton seorang dua!
Mengapa perlu mencampuri urusan rumah tangga orang dan menjadi tontonan jutaan manusia? Di manakah etika kewartawanan mereka?
Amat menyedihkan bagi mereka yang memilih kerjaya ini jika tugasnya hanya untuk bercerita hal berkaitan tepi kain orang...mencari kesalahan orang itu orang ini, mengapi-apikan sesama mereka....apa yang mereka dapat? Apakah rating diukur sebagai kemuncak kejayaan kerjaya mereka? Fikir-fikirkanlah...
Buat Kak Lydia, saya berasa amat bersalah kerana tidak mampu melakukan apa-apa selain mendoakan akak tabah menjalani kehidupan mendatang. Anggaplah ia asam garam kehidupan yang perlu akak tempuhi. Mungkin ramai lagi yang meghadapi situasi yang lebih teruk dari akak. Banyakkan berdoa kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui untuk hamba-Nya...Amin
semasa
|
This entry was posted on 7:11 PM and is filed under
semasa
. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.
4 comments:
akak setuju dgn jamilah. kita jgn le suka mencari peluang membuka keburukan orang,wlupun atas alasan nak melariskan jualan majalah/akhbar. Byk gossip yg ditulis semuanya mengenai aib org sana sini. byk rekaan semata2. lps tu timbul fitnah.sebab tu akak x suka baca majalah berbentuk hiburan. kena ketawakan ngan hubby pun ye gak. baik akak baca buku tentang decoration, at least tambah cantik lg umah akak.hihihi
p/s...pas ni akak nak baca muslimah pulak le, ada jamilah ngan kak nik.
biasala Lah.. bukan je tepi kain.. dlm kain pn depa nak selidik...
Tular kalau dah takdak etika Islam tuh.
betul...betul...betul...
saya cukup geram tgk rancangan ala2 gitu...abis nak dikoreknya, sian kat orang...
btul..btul..btul, masa tengok rancangan tu, akak pun terfikir perkara yang sama.