Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•12:32 AM
Minggu ni tepat dua minggu Abg Ahnaf mengikuti kelas tusyen di kawasan perumahan kami. Sblm ini dia mengikuti kelas di sebuah pusat tusyen yg baru dibuka tetapi selepas tiga bulan dia mahu berhenti dengan alasan suasana pembelajaran di sana tidak memberangsangkan.

Sebolehnya saya tdk mahu memaksanya. Biarlah dia belajar dengan hati yg tenang. Sebelum itu dia selalu bercerita tentang kawan2nya yg mengikuti kelas di perumahan kami itu. Menurut kawan2nya guru tersebut garang, tapi teknik pengajarannya bagus.

Akhirnya dia sendiri memberitahu saya yg dia setuju utk belajar di situ. Saya tanya, tak kisah ke kalau gurunya garang? Dia bersedia katanya...Setelah seminggu mengikuti kelas, ternyata gurunya bukan garang sangat, cuma tegas sahaja. Semestinya dalam memberi ilmu, guru perlu tegas, supaya pelajar tidak naik lemak. Menurut Abg lagi setiap pelajar mesti memahami setiap subjek yg diajar. Mereka dilatih menyiapkan latihan sehingga memperolehi jawapan yang betul. Maknanya jika jawapan seseorang itu salah, dia akan membuat latihan sehingga memperolehi jawapan sebenar.

Saya amat bersetuju dan memberi sepenuh kebebasan kpd anak sulung saya ini. Masa di tahap satu memang saya memantau pelajarannya, tetapi setelah dia berada di tahap dua, tahap kesabaran saya amat teruk. Saya tidak sabar melayan kerenahnya. Tidak menumpu, bersembang, bergaduh dgn adik2, dan byk lagi lah yg membuatkan hati saya... hmm...

Saya membenarkan dia mengikuti tusyen utk membolehkannya belajar dlm suasana aman, dikelilingi teman2 yg sama2 membuat kerja sekolah dpd terus kena marah & leter dpd saya!

Satu mlm dia bercerita, ada seorang pelajar di kelas tersebut amat lemah. Bkn setakat pelajaran yg memang susah (of course math & science la...) tapi BM pun dia lemah.

"Cikgu tu pukul kepala dia, Mi..."

"La...betul ke? Kalau marah atau rotan je takpe la...kepala ialah tempat terkumpulnya ilmu, mana boleh main ketuk suka hati aje..." balas saya.

"Tu la, budak2 lain pun gelak je. Abg diam je, kesian dia. BM pun dia tak pandai..."

"Budaknya macamana? Mesti pendiam kan?"

"Ha ah.."

"Itu maknanya dia malu. Dia malu dibuat mcm tu dan orng ketawakan pula..."

"Abg, macamana?"

"Abg budak baru. Mana ada kena apa2."

"Kalau teacher tu sentuh kepala, cakap je kepala anggota yg mulia, bukan utk diketuk. Kalau teacher nak rotan, tak apa. "

Hati saya amat tersentuh setiap kali mendengar anak2 bercerita perihal kawan2 sekolah yang lemah tahap akademiknya. Afiqah pernah bercerita ttg seorang teman sekelasnya, perempuan, warga Indonesia, lemah di dalam kelas.

Saya menasihatinya; "Tolong dia buat kerja sekolah, ajar sampai dia faham. Jgn hina dia, kasihan mak ayah dia. Tentu mereka sedih kalau kawan2 mengejek anak mereka."

Saya pernah mengikuti perbualan jiran saya, antara seorang guru dan ibu yang mengeluh perihal pengasingan kelas (yg lemah, cerdik dan....saya tak berapa pasti sbb semua saya sekolah swasta).
"Ida mengadu dia kena campur dgn budak lemah dalam kelas sebab periksa hujung tahun keputusannya menurun. Susah nak belajar katanya." kata si ibu.
"Memang tak boleh buat apa dah kalau budak2 kelas corot tu. Tak tau apa. Memang tension kalau dapat ngajar kelas tu..." balas si guru pula. Apa persepsi mereka mengenai anak2 lemah ini?
Setiap tahun akhbar cuma melaporkan berita kejayaan pelajar cemerlang. Memang ia baik sbg motivasi kpd pelajar2 yg bakal menghadapi peperiksaan utk tahun berikutnya. Tetapi apakah langkah kepada pelajar yg corot / lemah? Memang ada institusi kemahiran utk mereka selepas tamat persekolahan ttp bagaimana layanan yg diberikan kpd mereka ketika sesi pembelajaran?
Tdk dinafikan mereka dibiarkan duduk di dalam kelompok mrk, ada juga segelintir guru yg menggelar mrk dgn gelaran yg tidak sepatutnya. Mungkin guru2 tdk brsetuju dgn pendapat saya, tetapi ia realiti yg pernah berlaku di depan mata saya sendiri. Mereka didenda berdiri dlm kelas, disebut lembab, bangang dsbnya. Mungkin ketika itu umurnya baru 9 atau 10 tahun tetapi dia juga mempunyai perasaan spt kanak2 lain.
Situasi ini menyebabkan mrk tidak minat belajar. Sudahlah tak faham pelajaran di sekolah, kena marah, di rumah ibu bapa juga tak faham, nak hantar kelas tambahan, keluarga pula susah. Pernahkah kita terfikir apakah dilema kanak2 sebegini?
Tdk dinafikan profesion guru adalah profesion yg mulia. Di era yg mencabar ini guru turut tertekan menghadapi kerenah pelajar masakini. Ia jauh berbeza di zaman dahulu di mana guru dimulia, disanjung dan dihormati. Di zaman canggih ini murid sudah berani menampar dan menyaman guru!
Tiada kerja yg mudah di dunia ini. Kita memilih profesion menurut minat, kelulusan dan sumber pendapatan. Jangan dibiarkan generasi ini terus terkontang kanting, mrk perlu dahan utk berpaut. Insya Allah berkat kesabaran kita mendidik dan mengasuh mereka, besar ganjaran-Nya nanti.
Saya sering terfikir mengenai anak buah sebelah abg ipar saya. Berusia 9 tahun, kematian ibu ketika dia baru berusia 4 tahun. Bapa berniaga di pasar. Kini menumpang di rumah bapa & ibu saudara. Masih belum boleh membaca. pernah saya mengutarakan kpd anak2 saya.
"Nanti ajak la ...... datang rumah. Umi ajar ia membaca." (ketika itu dia darjah 2)
"Payah la Mi...dia tu nakal, degil, malas, nak main aje..." balas anak2 saya.
Sayu saya mengenangkan nasibnya. Hidup menumpang kasih dr satu rumah ke satu rumah saudara yg lain. Keluarga sendiri tdk memberikan kasih sayang. Sepupu pula asyik membuli dan memarahinya...Bagaimana nasibnya nanti?
Saya bersyukur kerana walaupun anak bukannya excellent spt Sufiah atau Adi Putra tetapi mereka mempunyai guru2, rakan2, persekitaran sekolah yg baik dan ibu bapa yang mengambil berat tentang persekolahan mereka. Setiap anak itu lahir dengan kemampuan tersendiri. Tidak ada istilah 'bodoh' atau 'bengap' pd mereka. Mereka bolah dilentur, dididik dan diasah minda mereka. Terpulang kpd cara dan usaha kita bagaimana...
This entry was posted on 12:32 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 comments:

On April 29, 2009 at 11:38 PM , ain said...

anak akak tahun ni akan mengambil UPSR dn PMR. So boleh bygkan betapa tense nya akak. Nasib baik yg nk pmr tu dok asrama, so akak tumpukan yg no 2 je (lelaki). Adoiii...sungguh berbeza dr si kakak. Mmg mkn hati. kurang fokus dn selalu cuai.

psl pengasingan kelas tu ada dimana2. Mmg kasihan dgn murid2 yg seolah olah dianaktirikan. Guru2 hanya menumpukan perhatian yg lebih pd murid2 yg berpotensi untuk berjaya.
Ini berlaku di semua sekolah.

 
On April 30, 2009 at 3:32 AM , Shams Ali said...

sayu pulak artikel ni...artikel mengejutkan impain saya yang sedang tidur seketika..impian untuk menjadi guru dan berbakti kepada anak bangsa..

 
On April 30, 2009 at 9:08 AM , Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Mmg Kak Ain, sungguh mencabar kita sbg ibu di zaman millenium ni kan...Semoga anak2 kita akan berjaya dlm pelajaran mereka...Kita cuba berikhtiar sekadar termampu...selebihnya tawakal 'alallah

Sham...bagus impian & cita2 Sham tu...buktikan Sham sbg guru / pendidik yg berwawasan & memandang anak didik sbg amanah ...