Saya ada menerima beberapa mesej dr rakan terdekat bertanyakan perkembangan terkini di Bukit Gantang & Bukit Selambau. Saya kata kena tunggu pengumuman malam nanti sbb saya tak berada di sana. Petangnya saya menghubungi suami, maklumatnya, kedua2 bukit dikuasai Pakatan Rakyat. Ye lah, nak tunggu pengumuman tv, pukul 9 belum tentu umum!
Saya bukannya pandai mengulas bab2 politik ini. Cuma menjadi pemerhati sahaja. Namun saya suka mengikuti perkembangan politik krn jika tak ambil tahu langsung terasa mcm duduk di bawah tempurung pula.
PRK dua bukit ini memang mendapat perhatian terutama di Bukit Gantang selepas isu rampasan kuasa pd 5/2/2009 lalu. Di Bukit Selambau pula ia selepas perletakan jawatan Adunnya, V Arumugam dan di Batang Air pula selepas kematian Adunnya.
Kemelut di Perak terjadi selepas rumahtangga yang bahagia dicampuri pihak ketiga. Melihat kejayaan / keharmonian PR dan kebijaksaan MB nya menerajui Perak, strategi mula dijalankan utk menggugat kebahagiaan tersebut.
Semua bermula dgn kehilangan 3 orang Adunnya. Masing2 memberi alasan bercuti sakit yg akhirnya melompat serentak hingga terjatuhnya kerajaan Perak. Umum mengetahui ia satu perancangan, mustahil hilang serentak, sakit serentak dan muncul juga serentak melainkan adanya konspirasi.
Sejak itu, politik Perak mula meruncing hinggalah campur tangan istana yg juga tidak memihak. Ia bertambah mengeruhkan keadaan. Perak sehingga kini mempunyai dua Menteri Besar.
Kemuncaknya, Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Roslan Shaharum meninggal dunia akibat serangan jantung. Keengganan mengadakan PRK utk 3 kerusi (adun lompat), akhirnya akur utk mengadakan PRK di Bkt Gantang.
Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin dipilih sbg calon utk kerusi tersebut. Tidak dinafikan aura beliau begitu kuat. Kemarahan rakyat dieksperiasikan menerusi PRK ini. Kesannya, beliau mendahului calon BN sebanyak 21 860 manakala Ismail Saffian 19 071 dengan majoriti 2 789. Majoriti beliau juga bertambah berbanding PRU 12 lalu iaitu sebanyak 1566 (Allahyarham Roslan). Malah peratusan mengundi juga bertambah.
Di Bukit Selambau pula calon PKR, Manikumar memperolehi 12 632 berbanding calon BN Datuk S. Ganeson memperolehi 10 632 dgn majoriti 2403.
Media mula menyiarkan keputusan PRK ini dgn ulasan dr penganalisis politik dan pimpinan parti yg bertanding. TPM baru, Tan Sri Muhyidin Yassin yg juga Pengarah Jentera Pilihanraya utk ketiga2 kerusi ini menyatakan ia bukan referendum rakyat spt dinyatakan pembangkang. Menurutnya ia bukan petanda rakyat menolak kepimpinan baru.
Keputusan ini merupakan satu peringatan kpd parti2 yg bertanding. Pakatan Rakyat mendapat kepercayaan rakyat manakala rakyat pula mempamerkan kemarahan menerusi pilihanraya slps tragedi rampasan tersebut.
Ada juga suara sumbang di belakang menanyakan kenapa perlu ada byk parti dgn ideologi masing2 yg cuma mengeruhkan suasana. Yg tidak faham pula bertanya mengapa perlu PAS lahir setelah adanya Umno yg memperjuangkan Melayu? Saya tertarik dgn ulasan Menteri Besar Kelantan. Beliau menyatakan, "Seandainya Umno memilih Islam sbg dasar perjuangan, maka secara automatik PAS dibubarkan."
Ia sungguh jelas utk menerangkan soalan2 nakal spt ini. PAS pernah bergabung dgn Perikatan (skrg Umno) pd thn 1969 malangnya slps itu PAS dicampak keluar krn dasar2 tertentu.
PAS pernah melalui zaman suram, pernah digelar parti kampung, ortodoks dsbnya. Namun ia terus bertahan malah kini mula diterima non muslim. Kerana apa? Kerana dasar perjuangan yg bersandarkan al-Quran & sunah.
Kekuatan PAS adalah pd ketaqwaan pemimpin dan istiqamah ahli2nya. Setiap wakil rakyat sbm dipilih sbg calon mrk perlu menjalani bai'ah. Mrk sedar ia bukan jawatan utk kepentingan peribadi ttp amanah yg akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Memetik kata2 Dato' Haron Din, " Mengundi adalah memilih pemimpin. Bagi pemimpin Islam, ianya tidak habis di dunia sahaja malah akan dipertimbangkan dan dipertanggungjawab oleh Allah sampai kiamat. Sehingga di kiamat ada satu episod dalam surah dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 berikut ;
"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.
"Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! "
PAS biasa diuji, namun krn pergantungan yg tinggi kpd Allah SWT, mrk berjaya dlm ujian2 tersebut. Saya masih ingat semasa pilihanraya umum 2004 PAS mengalami kekalahan teruk apabila Terengganu jatuh di tgn BN. Ketika itu Pak Lah baru menerajui negara manakala Dato' Seri Abd Hadi Awang pula baru memimpin PAS menggantikan Presiden PAS ketika itu, Allahyarham Dato' Fadzil Noor.
Namun sikap wala' (patuh pd pimpinan) menyebabkan tiada suara2 sumbang dr ahli yg meminta Tn Guru Abd Hadi meletakkan jawatan. Berkat pimpinan beliau & sokongan ahli akhirnya pd PRU 2008 PAS berjaya mengekalkan Kelantan dan menawan Kedah di samping Menteri Besar Perak di lantik dr PAS. Pembangkang berjaya mengurangkan majoriti 2/3 di Parlimen.
Kini, PAS berjaya melahirkan seorg lagi pemimpin. Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin amat disenangi di kalangan rakyat. 10 bulan menerajui Perak beliau berjaya melahirkan imej keadilan Islam kpd masyarakat bkn Islam. Ketua Penerangan DAP Perak, Dato' Ngeh Kor Him khabarnya mula menyelak tafsir al-Quran (bhs Inggeris) utk mencari ayat2 yg sering beliau bacakan setiap kali memulakan mesyuarat exco. Beliau juga mengikuti tazkirah yg disampaikan Dato' Seri di sebuah surau semasa sambutan Hari Raya korban. Malah beliau begitu menghormati agama Islam.
7 comments:
Takbir! Allahu akbar...!
Suka atau tidak, mahu atau tidak selagi kita ini hamba-Nya, kita mesti patuh hanya pada Dia.. dalam berumah tangga, bermasyarakat dan bernegara.
Wah...boleh jadi pengulas politik juga nie...he..he..he, akak antara yang tersenyum dengan berita ni.
no comment.
Hahaha...
Dah ramai yg brtanya Kak Mawar...trpaksa gak ulas ikut faham sndiri!
Takpe Kak Zara...semua org mmpunyai pandangan menurut sisi msg2...saya pun x pandai bab politik2 ni..tp suka baca
Sebenarnya dah malas nak beri komen tentang politik ni lagi. Dah banyak blog akak komen pasal 'dua bukit satu batang Ai' bila baca macam lucah. Tapi memang betul.
hahahha kelakar tul...cam kebetulan lak ek..mmg la bunyi nye sensored tul!
tahniah kak milah..ulasan yg mnyentuh jiwa..tp nilah yg brsarang dlm lubuk hati pndukung islam!