Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•12:55 AM
Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’uun…

Itu lafaz yg keluar tatkala membaca mesej di handphone suami jam 8.00 pg tadi (22/10/2009). Sayu membacanya. Tepat seminggu kami baru menziarahinya, hari ini beliau telah dipanggil Ilahi. Adik Nur Fatimah, 3 bulan, anak pasangan Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Ilyas dan sahabat saya Khadijah, menghembuskan nafas terakhir jam 6.20 pagi tadi. Setelah dua minggu bertarung nyawa di ICU Hospital Putra Jaya, anakanda Nur Fatimah telah kembali ke Rahmatullah pada jam 6:20 pagi, di subuh hening 3 Dzulqaedah 1430H.

Sukar untuk ditentukan apakah punca kepada keadaan anakanda Nur Fatimah ketika itu.
Beberapa ujian sudah dilakukan dan kebarangkalian berkaitan jangkitan. Tanpa sebarang tanda trauma yang ketara di luaran tubuh anakanda, apa yang tinggal adalah kebarangkalian insiden gegaran otak yang berlaku atas sebab yang pelbagai.

Gegaran boleh berlaku dengan timangan kasih sayang yang sederhana, henjutan buaian malah ada kes yang membabitkan anak yang dihimpit seketika oleh ibu atau selalunya bapa semasa tidur bersama.
Jenazah tlh selamat disemadikan di Seri Kembangan. Semoga kalian tabah menghadapi dugaan ini...Aminn....
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•6:53 PM
Semalam (15/10/2009) saya menziarahi seorang anak seorang teman, Khadijah Ismail (pernah menghiasi ruangan Generasiku, Muslimah) di Hospital Putrajaya.
Melihat kondisi puteri sulungnya, Nur Fatima yang baru berusia tiga bulan amat menyayat hati. Beliau dimasukkan ke hospital selepas tidak berhenti menangis. Menurut doktor, terdapat jangkitan kuman di otaknya, dipercayai akibat gegaran yg kuat.
Menurut Khadijah, tiada perubahan yg berlaku terhadap bayinya hinggalah pd hari kejadian pihak nurseri menelefon memberitahu anaknya menangis tanpa henti.
Dan, ketika kami menziarahi smlm, selepas seminggu keadaannya koma di ICU, doktor memberitahu kpd mereka untuk bersedia dengan segala kemungkinan, anak kecil itu hanya bergantung kpd alat bantuan pernafasan shj kini....
Ternyata ia ujian hebat buat Dijah & suami, Ust Mohamad Ramadan Fitri. Bukan mudah menghadapi saat getir apabila bayi kesayangan yg baru tiga bulan didakap dikatakan berada dalam keadaan kritikal. Tambahan pula belum tahu apa puncanya. Sesungguhnya bg pasangan sebaik mrk, mungkin Allah ingin menguji mrk & seandainya hanya setakat ini usia Nur Fatima, InsyaAllah, dia akan menunggu umi dan abinya di sana....
Buat Dijah & Ust, kami mendoakan agar kesihatan Nur Fatima akan kembali pulih spt sediakala dan semoga kalian bersabar di atas dugaan ini...
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•6:19 PM
Byk juga msg yang saya terima perihal sikap membisu saya akhir2 ini. Ustazah engineer mahukan saya menulis pasal hari raya....
Memang...sejak pulang selepas cuti panjang hari raya lalu, saya diserang penyakit 'm' yang terlampau....ditambah kepala yg 'fenin2 lalat' & kerja2 pruf reading yg perlu saya selesaikan, jd blog ini terpaksa saya ketepikan buat seketika...
Rasanya masih belum terlambat utk saya mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua teman2 yg mengenali saya, begitu rakan2 blogger yg seakan begitu hampir dgn diri saya. Seronok juga membaca kisah berhari raya kalian...saya pula tdk sempat mencoretkan apa2 cerita krn pd saya hari raya tahun ini begitu memenat & meletihkan ....
Kenapa saya berkata begitu? Sejak pulang dr umrah, saya merasakan masa begitu singkat. 5 hari bekerja dalam seminggu, hari minggu juga saya perlu bekerja...seterusnya minggu berikutnya saya mula membuat biskut raya & sibuk berkemas rumah dan minggu terakhir sblm pulang ke kampung saya membuka gerai jubah selepas solat terawih. Itu yg membuatkankan rutin saya begitu padat. Saya hanya pulang ke kampung dua hari sblm hari raya, itupun perlu dibahagi kpd dua kampung. Keadaan bertambah kelam kabut apabila bapa mertua diserang minor stroke, jd byk keperluan terpaksa diuruskan anak2 dlm masa yg singkat. Di kampung saya pula, ibu saya juga tdk sihat.
Kami sudah lama tdk mengamalkan budaya giliran balik kampung sebelah mana. Biasanya ikut kpd keadaan & keperluan semasa. Disebabkan sudah terlalu lama kami tdk beraya dulu di kampung saya, jd tahun ini kami merancang utk beraya di kg saya dulu. Kebetulan ibu saya juga tak sihat dan tak ramai ahli keluarga yg pulang, jd autoriti diletakkan di kg saya....
Melihat keuzuran ibu meruntun perasaan saya. Dlm tempoh setengah hari saya perlu mencari keperluan hari raya, barang dapur, mengemas rumah & memasak. Bahkan di sebelah ptg kami terpaksa berkejar ke bandar sekejap untuk mencari baju raya anak2...!
Baju melayu Ahnaf juga yg masih tidak dapat kami sediakan. Dia cuma minat baju melayu Raihan, susah nak cari yg ready made. Sudahnya kami minta dia pakai saja baju tahun lepas , itupun baju seragam kumpulan nasyid sekolahnya! Hasilnya....smlm sekolahnya mengadakan majlis hari raya, tema pakaian 'baju raya'. Pulang sekolah dia bercerita, "Mi, ustaz Fauzi tegur abg, ini baju raya ke?" Dengan selamba abang jawab...."Tak sempat la ustaz...."
Nasib la baik pulak mood si anak terunaku ini!!!