Sayu hati membaca entri Anak-Anak Kita dari blog Kak Norhayati Berahim. Penulisan yg lahir dr hati, begitu ikhlas, terbuka. Alangkah bagusnya jika ramai berpandangan seperti beliau.
Ikhlas begitu mudah dilafazkan ttp utk mempraktikkannya bkn mudah, krn ia terletak jauh di sudut hati. Bukan org lain, ttp ingatan untuk diri sendiri.
Pengumuman UPSR Khamis lalu memberi khabar gembira buat ibubapa yg anak2nya berjaya. Pada mrk yg memperolehi keputusan kurang memberangsangkan, pasti berasa kecewa dgn apa yg diperolehi. Buat pertama kali dlm hidup, saya mengalami perasaan sedemikian. Abg Ahnaf memperolehi keputusan yg kurang excellent walaupun dia lulus kelima2 mata pelajaran. Sebagai ibubapa kami bersyukur dan redha dgn ketentuan ini.
Menurut Kak Yati lagi, ibubapa terlalu obses dgn A anak2. Kerana apa? Kerana bangga utk diceritakan kpd keluarga dan rakan2? Akhirnya anak menjadi mangsa, kita tdk sedar setiap kemampuan anak itu berbeza malah UPSR bkn kayu pengukur pengakhiran hidup anak2 tersebut.
Ptg slps pengumuman, seorg rakannya dtg ke rumah kami. Mengajak anak saya keluar. Bila saya bertanyakan keputusannya, dia tunduk dan menjawab , teruk. Dia gagal dua kertas. Menurutnya ibubapanya tidak tahu lagi, dia cuma memberitahu abangnya sahaja. Dia mengajak Ahnaf bermain bola, walaupun pd awalnya Ahnaf menolak, saya menyuruhnya menemani temannya itu. Dari raut wajah anak itu, dia benar2 tertekan. Suami mengurut belakang badannya, sambil memberi perangsang yang beliau masih mempunyai jalan dan harapan, jangan mudah berputus asa dan kecewa.
Itulah jiwa kanak2. Walau mrk masih mentah tetapi mrk tetap mempunyai perasaan cuma tdk boleh diluahkan kpd org dewasa melainkan di kalangan rakan sebaya mrk. Mrk punya cita2 dan impian utk membahagiakan hati orang yang mereka sayang, namun ada ketika mrk tersasar jua. Kita sbg org dewasa sepatutnya lbh memahami perasaan mrk. Malangnya di kala mrk memerlukan kata2 semangat dan perangsang, kita tdk pernah memberi malah memperlekehkan mrk. Antaranya,
"1A je...kenapa tak 2A ?"
Atau gagang telefon terus diletakkan sebaik mengetahui keputusan anak2 ini. Mana kata-kata perangsang yg sepatutnya mereka dengar dari saudara terdekat mereka? Di kala jiwa mereka sesak dengan keputusan yang diperolehi, keluarga menjauhkan diri malah mengeluarkan kata-kata sinis tanpa menyedari mereka juga punya naluri kemanusiaan spt orang lain.
Di kesempatan ini jutaan penghargaan dan terima kasih buat Kak Ana yang banyak menasihati saya. "Ala....semua tu halwa telinga saja, banyak lagi peperiksaan yang akan datang selepas ini, jangan mudah kecewa".
Begitu juga sahabat saya Na, "Jangan kecewa sangat, ok apa result dia. Bayangkan ada anak yang dapat 5E. Bayangkan macamana pula perasaan mak ayah dia. Ahnaf ok, ada juga A".
Dan dua orang sahabat suami saya, Ust Halim, "Ok sangat tu, saya dulu lagi teruk langsung takde A, akhirnya masuk juga al-Azhar."
Dan dari bussiness partner suami saya, "Pak cik dulu lagi teruk, takde A, lepas menengah pak cik usaha sungguh2 sampai masuk UTM..."
Terima kasih kpd mereka yang begitu memahami dan ikhlas memberi kata semangat. Juga kepada abang saya, Andak dan abang sepupu yang terus memberi motivasi kepada Ahnaf malah menganggapnya seperti anaknya sendiri. Di kala ini baru kita dapat menilai sejauh mana keikhlasan orang2 di sekeliling kita.
Dan, pesanan yang tidak putus2 saya titipkan kepadanya agar terus lekat di jiwanya ialah,
"Abang...ummi tidak pernah mengharapkan apa-apa melainkan sebagai anak sulung, abanglah harapan kami untuk menjadi imam jenazah ummi dan abah nanti. Wali kepada adik2 seandainya abah menutup mata ...."
Dan kata-kata sepupu saa menerusi perbualan dengan Ahnaf pada suatu hari, "Dia cakap kat akak dia sedih sebab dah kecewakan umi dia sebab umi nak sangat hantar dia ke Kelantan. Katanya dia nak belajar sampai Jordan..."
Syukur , Alhamdulillah...sekurang2nya ada cita-citanya untuk menimba ilmu di bumi anbiya'....