Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•7:35 PM
Teater NATRAH baru sahaja tamat pd 13 Disember lalu. Ia mula dipentaskan pd 30 November sehingga 9 Disember namun dilanjutkan sehingga 13 Dis kerana sambutan yang menggalakkan.



Saya turut tidak ketinggalan. Pada hari Jumaat (11/12) lalu saya ke IB menonton Natrah. Mempercayai hasil buah tangan Erma yg pasti tidak mengecewakan, saya begitu teruja utk menontonnya. Tambahan saya mengikuti kisah tragis ini menerusi tulisan Datuk Fatini Yaacob di majalah Dewan Masyarakat sejak di zaman bangku sekolah lagi. Bagi saya, kisah Natrah begitu dekat dgn jiwa saya, entah kenapa.

Natrah merupakan kisah tragis seorang gadis Belanda yg terpaksa berpisah kasih dengan ibu angkat dan suami tercinta. Isu ini pernah mencetus tragedi berdarah di Singapura dan Malaya kerana kebangkitan masyarakat Islam mempertahan kesucian agama.



Namun, saya memuji sikap Erma dlm menjawab soalan mengenai kesudahan hidup Natrah. Persoalan penghabisan usianya. Tidak perlu diutarakan sama ada beliau telah murtad atau sebaliknya. Meskipun beliau telah ditukar kembali ke agama asal oleh ibubapanya, namun menerusi penulisan Fatini, sepanjang hayatnya Natrah mengalami tekanan yang begitu hebat krn segala apa yg berlaku bukan di atas kerelaannya. Semoga roh Islam sentiasa lekat dihatinya hingga saat beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

Kedua, saya tertarik dengan fakta yg diselitkan di dlm teater ini. Kebetulan saya baru sahaja selesai membuat editing buku "Membina Jiwa Merdeka" karya Sdr. Mohd Fadli Abd Ghani , mengenai kebangkitan masyarakat Melayu di dalam kisah Natrah. Masyarakat semakin marah dan kecewa kerana ketika kejadian tersebut pihak pemerintah tidak campur tangan mempertahankan agama krn Malaya ketika itu belum mencapai kemerdekaan. Dek bimbangkan British tdk memberikan kemerdekaan kpd Malaya, pemerintah tdk mahu campur tangan krn bimbang proses kemerdekaan Malaya akan menemui kegagalan, akhirnya mrk lihat kes Natrah begitu shj sehingga mengorbankan banyak nyawa. Di sini Erma meletakkan watak Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Karim Ghani dalam berjuang mempertahankan kes Natrah.
Semoga ramai lagi penggiat teater mementaskan kisah sejarah utk tatapan generasi kini. Yang pasti, biarlah terkandung visi & misi di sebaliknya.
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•11:50 PM
Isnin lepas (07.12.2007) birthday Ahnaf yg ke -12. Apa lagi...dah setiap thn jatuh pd cuti sekolah, dia pun demand la....Di sebabkan suami yg payah sikit nak cuti lama2, so destinasi yg paling mudah & dekat, Port Dickson je la....tp kali ni malas dah nak suasana laut....so kami pilih themepark Tiara Beach Resort....mmg sesuai untuk kanak2 spt mrk....apalagi berendam saja la kerja mrk sampai bila balik KL muka terbakar semacam! Kami turut membawa dua anak buah yg sebaya Ahnaf & Afiqah iaitu Arif & Syuhada....layan jer lar....saya? cukuplah jd minah pacak sambil nyum...nyum ais krim.....



Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•8:13 PM
Dah masuk minggu kedua cuti sekolah. Biasalah, cuti sekolah ni lah musim orang buat kenduri kahwin. Hari Raya Haji kedua, kami memenuhi jemputan Ust Rahim & Kak Yam, perkahwinan puteri sulung tunggal mereka, Shahida (Kak Long) di Kota Sarang Semut, Kedah. Biasalah, sibuk dgn makan2 & menyembang lupa nak snap gambar, tambahan masa kami sampai pengantin ada sesi bergambar, so tak nak la kacau....apapun Selamat Pengantin Baru diucapkan kpd Kak Long & suami, semoga dilimpahi rahmah wa mawaddah dlm rumahtangga kalian....



Biasalah...dah alang2 sampai ke utara mesti nak ronda2...Suami dpt idea nak ke Sg Petani pekena Radix Fried Chicken keluaran HPA Industries...ok jugak...ramai bercerita ttg RFC ni....rasanya ok....ayam organik yg mmg tak was-was utk di makan, walaupun tidak se'gah' KFC namun kita patut berbangga krn HPA merupakan syarikat bumiputera pertama mengusahakan restoran makanan segera di Malaysia.


Bahkan di Sg Petani byk sungguh saya lihat logo HPA. Dengan stokis dan pejabat jualannya merata tempat, restoran organik, kedai buku, pusat multimedia bahkan kalau tak silap saya HPA juga mempunyai sebuah hotel. Tahniah diucapkan kpd Tn Hj Ismail (Pengarah Urusan HPA). Beliau contoh usahawan yg konsisten dgn perjuangannya. Walau pernah mengalami jatuh bangun dunia perniagaan beliau tdk pernah berputus asa (sedih sbb sesi temubual dengannnya pd thn lepas terpaksa dibatalkan last minute krn beliau ada urusan di KL!)

aik, masa bila pulak berposing ni...sah kerja kakak dia...

mini playground...blh la mak ayah mkn sambil jeling2 anak bermain...
Beliau juga dikenali sbg seorang yg dermawan, mudah menyumbang untuk kerja2 Islam, mungkin itu salah satu sebab perniagaannya bertambah maju sekarang, alhamdulillah. Semoga ramai lagi usahawan bumiputera kita mengikuti jejak langkah beliau. Nak berjaya kita perlu membuang segala sifat yang sinonim dengan usahawan bumiputera, tak begitu?
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•8:11 PM
Sayu hati membaca entri Anak-Anak Kita dari blog Kak Norhayati Berahim. Penulisan yg lahir dr hati, begitu ikhlas, terbuka. Alangkah bagusnya jika ramai berpandangan seperti beliau.
Ikhlas begitu mudah dilafazkan ttp utk mempraktikkannya bkn mudah, krn ia terletak jauh di sudut hati. Bukan org lain, ttp ingatan untuk diri sendiri.
Pengumuman UPSR Khamis lalu memberi khabar gembira buat ibubapa yg anak2nya berjaya. Pada mrk yg memperolehi keputusan kurang memberangsangkan, pasti berasa kecewa dgn apa yg diperolehi. Buat pertama kali dlm hidup, saya mengalami perasaan sedemikian. Abg Ahnaf memperolehi keputusan yg kurang excellent walaupun dia lulus kelima2 mata pelajaran. Sebagai ibubapa kami bersyukur dan redha dgn ketentuan ini.
Menurut Kak Yati lagi, ibubapa terlalu obses dgn A anak2. Kerana apa? Kerana bangga utk diceritakan kpd keluarga dan rakan2? Akhirnya anak menjadi mangsa, kita tdk sedar setiap kemampuan anak itu berbeza malah UPSR bkn kayu pengukur pengakhiran hidup anak2 tersebut.
Ptg slps pengumuman, seorg rakannya dtg ke rumah kami. Mengajak anak saya keluar. Bila saya bertanyakan keputusannya, dia tunduk dan menjawab , teruk. Dia gagal dua kertas. Menurutnya ibubapanya tidak tahu lagi, dia cuma memberitahu abangnya sahaja. Dia mengajak Ahnaf bermain bola, walaupun pd awalnya Ahnaf menolak, saya menyuruhnya menemani temannya itu. Dari raut wajah anak itu, dia benar2 tertekan. Suami mengurut belakang badannya, sambil memberi perangsang yang beliau masih mempunyai jalan dan harapan, jangan mudah berputus asa dan kecewa.
Itulah jiwa kanak2. Walau mrk masih mentah tetapi mrk tetap mempunyai perasaan cuma tdk boleh diluahkan kpd org dewasa melainkan di kalangan rakan sebaya mrk. Mrk punya cita2 dan impian utk membahagiakan hati orang yang mereka sayang, namun ada ketika mrk tersasar jua. Kita sbg org dewasa sepatutnya lbh memahami perasaan mrk. Malangnya di kala mrk memerlukan kata2 semangat dan perangsang, kita tdk pernah memberi malah memperlekehkan mrk. Antaranya,
"1A je...kenapa tak 2A ?"
Atau gagang telefon terus diletakkan sebaik mengetahui keputusan anak2 ini. Mana kata-kata perangsang yg sepatutnya mereka dengar dari saudara terdekat mereka? Di kala jiwa mereka sesak dengan keputusan yang diperolehi, keluarga menjauhkan diri malah mengeluarkan kata-kata sinis tanpa menyedari mereka juga punya naluri kemanusiaan spt orang lain.
Di kesempatan ini jutaan penghargaan dan terima kasih buat Kak Ana yang banyak menasihati saya. "Ala....semua tu halwa telinga saja, banyak lagi peperiksaan yang akan datang selepas ini, jangan mudah kecewa".
Begitu juga sahabat saya Na, "Jangan kecewa sangat, ok apa result dia. Bayangkan ada anak yang dapat 5E. Bayangkan macamana pula perasaan mak ayah dia. Ahnaf ok, ada juga A".
Dan dua orang sahabat suami saya, Ust Halim, "Ok sangat tu, saya dulu lagi teruk langsung takde A, akhirnya masuk juga al-Azhar."
Dan dari bussiness partner suami saya, "Pak cik dulu lagi teruk, takde A, lepas menengah pak cik usaha sungguh2 sampai masuk UTM..."
Terima kasih kpd mereka yang begitu memahami dan ikhlas memberi kata semangat. Juga kepada abang saya, Andak dan abang sepupu yang terus memberi motivasi kepada Ahnaf malah menganggapnya seperti anaknya sendiri. Di kala ini baru kita dapat menilai sejauh mana keikhlasan orang2 di sekeliling kita.
Dan, pesanan yang tidak putus2 saya titipkan kepadanya agar terus lekat di jiwanya ialah,
"Abang...ummi tidak pernah mengharapkan apa-apa melainkan sebagai anak sulung, abanglah harapan kami untuk menjadi imam jenazah ummi dan abah nanti. Wali kepada adik2 seandainya abah menutup mata ...."
Dan kata-kata sepupu saa menerusi perbualan dengan Ahnaf pada suatu hari, "Dia cakap kat akak dia sedih sebab dah kecewakan umi dia sebab umi nak sangat hantar dia ke Kelantan. Katanya dia nak belajar sampai Jordan..."
Syukur , Alhamdulillah...sekurang2nya ada cita-citanya untuk menimba ilmu di bumi anbiya'....
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•11:33 PM

Sudah lama saya tdk menonton tv. Keadaan kepala saya yg sering 'pening2 lalat' membuatkan sudah lama saya tdk mengikuti program televisyen hatta siaran berita yg dulunya mjd kemestian saya. Tambahan selepas jam 8.00 mlm macam2 aktiviti yg perlu dibereskan. Hinggalah satu malam, suami memanggil ke ruang tamu, mengajak saya menonton bersama, walau hati berat. "Mai la tgk sama, cerita Aku Budak Minang", katanya, mengajak saya.


Selepas menonton episod kedua, saya tdk ketinggalan mengikutinya. Ia mengimbau kenangan kanak-kanak saya dahulu (bkn krn jln cerita) ttp mengimbau kenangan betapa minatnya saya ketika itu mengikuti majalah Gila-Gila. Mesti org menganggap jiwa & perwatakan saya gila2 masa kecil, bukan...semuanya krn saya meminati karya kartunis Ujang. Jika tak silap saya kartunnya ketika itu ialah siri Atuk, Aku Budak Minang & Aca. Menariknya, bukan saya beli, tapi tumpang baca saja! Macamana?


Kerana bapa saudara saya kerjanya menjual surat khabar. Disebabkan rmhnya jauh, setiap hari Jumaat dia akan tumpang solat Jumaat di kampung saya. Dia ke masjid dgn arwah ayah, jd sepanjang solat Jumaat itulah saya menggerudi motorsikalnya dan membaca majalah Gila-Gila! Blh dikatakan itulah kerja saya setiap Jumaat. Saya akan pastikan saya habis membaca sblm mrk blk solat, kalau ayah saya nampak, nahas!


Menariknya karya Ujang krn beliau menyelitkan unsur kasih sayang, konflik dan sedih dalam bentuk humor. Ketika membacanya hati saya tersentuh dan merasakan kepedihan yg beliau hadapi. Jiwa kanak2 saya tersentuh membaca bagaimana beliau sering mjd mangsa bebelan dan pukulan ibunya. Krn simpati, tdk sabar rasanya utk mengetahui kisahnya dlm keluaran bln akan dtg.
Itu kisah di zaman kanak2, stlh memasuki peringkat menengah, saya sdh tdk mengikuti perkembangan GG lg, tambahan bersekolah asrama. Hampir sepuluh tahun, ketika bekerja di Harakah, saya bertemu dgn Kak Suria (wartawan Tamadun) yg sekepala dgn saya. Dia lebih fanatik, selain mengikuti perkembangan kartunis tanahair (esp Creative Ent), perangainya juga ada iras2 kartunis ditambah kebolehannya melukis kartun! Tdk spt saya yg cuma minat membaca, Kak Su mempunyai koleksi karya Ujang. Malah pd hari tertentu dia mengajak saya masuk ke bilik berita utk menonton drama animasi pertama Ujang, Usop Sontorian!
Bkn sekadar menonton & meminati, beliau bercita2 pula utk menemubualnya. Kali pertama dia mengajak saya ke Creative Ent utk sesi temubual bersama Kartunis Rejabhad (Pak Jab, Allahyarham). Kali kedua pula dia mengajak saya ke syarikat penerbitan Karisma Ent (jika tdk silap saya) di mana Sdr Ujang sbg Pengarah Urusan yg menerbitkan majalah Lawak Antarabangsa (byk unsur keagamaan diselitkan dlm majalah ini).
Tdk salah Kak Su beria mahu menemuinya. Rupa2nya dia seorng yg berwawasan dgn menyelitkan unsur dakwah dlm kartun. Terkejut kami dgn perwatakannya yg mengenakan pakaian tabligh ketika itu. Kami membayangkan mesti orgnya rugged spt yg digambarkan dlm Aku Budak Minang!
Kini slps sepuluh tahun juga saya dgn dunia saya, nostalgia itu datang semula. Yang seronoknya, anak2 saya menanti setiap malam Rabu jam 8.30 mlm untuk menonton ABM. Awatef pernah bertanya saya,
"Kenapa mak Ujang tu suka marah2 anak dia?"
Saya menerangkan, "Memang ada ibu yg macam tu, sentiasa rasa anak dia salah, tapi cuba tengok, Ujang tak pernah lawan mak dia. Habis2 dia keluar dgn kawan2 dia. Dia tak buat benda tak senonoh. Itulah budak2 zaman dulu, walau garang macamana mak ayah dia, dia tak buat benda yg menyusahkan mak ayah dia."
"Anak2 skrg bertuah krn umi dgn abah masih mendengar penjelasan dan kemahuan anak2. Umi dgn abah tak pernah pukul tanpa bersebab..." terang saya panjang lebar.
Dan hari minggu lalu kami sekeluarga ke Giant, Batu Caves. Hati saya teruja apabila mendapati terdapat booth Creative Enterprise di situ. Saya sudah pun memesan suami saya membeli koleksi ABM & novel Jibam (kisah kanak2 terencat akal) bila dia ke sana petang nanti sbb saya tahu dia juga membesar sezaman dgn ABM!
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•6:08 PM
Hmm.....lama sungguh saya menyepikan diri. Blog ni pun dah mcm rumah buruk, usang dan bersawang. Malu dah nak bg alasan sibuk....yg sebenar2nya kesihatan saya benar2 tdk memberangsangkan dua tiga bulan kebelakangan ini...



Senang cerita, saya mengalami sindrom 3M (malas, mabuk & meloya...). Alhamdulillah, kami akan menerima kehadiran 'orang baru' dalam famili kami. Qurratu ain kami yg ke-5. Faktor itu juga yg menjadikan kepala saya pening setiap kali menghadap pc....alasan konkrit utk saya tak mengupdate blog!


Sempat candid aksi santai suami Cahaya Rohani, jgn mare Bro Bob!

Bonda (Kak Ana) berhati2 potong pizza! Cepat sikit ibu,kami dah lapar ni!!

Utk mengembalikan mood, saya cuma nak mengupload gambar saja kali ini. Walaupun majlis ini dah sebulan berlalu tetapi ramai kwn2 lama yg nak tgk gambar ni. Ia semasa majlis reunion ex-staff DMSB yg diadakan di Pusat Rekreasi Bukit Lagong, Selayang. Walaupun ramai yg cancel last minute kerana komitmen msg2, bak kata sifu kami, Kak Ana (bonda), walau seorang dua yg hadir majlis terus diadakan supaya hubungan tdk dilupakan terus.

Budak2 mmg pantang jumpa air!

Menerusi pertemuan ini kami membuat ketetapan majlis seumpama ini akan terus diadakan sebagai tanda ukhuwah yg berpanjangan. Alhamdulillah , ia merupakan perjumpaan kali ke-3. Jutaan terima kasih kpd yg telah memberikan komitmen yg begitu baik. Dalam masa sama majlis tersebut juga merupakan majlis meraikan pasangan pengantin baru, Kak Suria dan pasangan, Hedry.

Salute utk tiga sahabat, Sdr Aris, Razali dan Sharbi yg tdk pernah menguzurkan diri sepanjang kami mengadakan program. Malah awal2 pagi lg Sharbi & Zali tlh pergi ke lokasi utk booking tempat walaupun ia bkn tempat tumpuan org berkelah.



Kanak2 riang bawah 5 thn!

Dalam keadaan ceria, kami dikejutkan satu insiden apabila hero Kak Ana , Farhan, 8 thn hampir lemas! Berderau darah kami....nasiblah ada yg perasan....Tp spt biasa, pakwe Kak Ana, Abg Din relaks control macho tgk anaknya lemas...kami yg lebih2! Insya Allah, tahun depan akan ketemu lagi....biar seribu org pun sahabat yg muncul, jgn mudah dilupakan sahabat2 yg kita pernah ketawa & menangis bersama...
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•12:55 AM
Innaa Lillaah wa Innaa Ilayhi Raaji’uun…

Itu lafaz yg keluar tatkala membaca mesej di handphone suami jam 8.00 pg tadi (22/10/2009). Sayu membacanya. Tepat seminggu kami baru menziarahinya, hari ini beliau telah dipanggil Ilahi. Adik Nur Fatimah, 3 bulan, anak pasangan Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Ilyas dan sahabat saya Khadijah, menghembuskan nafas terakhir jam 6.20 pagi tadi. Setelah dua minggu bertarung nyawa di ICU Hospital Putra Jaya, anakanda Nur Fatimah telah kembali ke Rahmatullah pada jam 6:20 pagi, di subuh hening 3 Dzulqaedah 1430H.

Sukar untuk ditentukan apakah punca kepada keadaan anakanda Nur Fatimah ketika itu.
Beberapa ujian sudah dilakukan dan kebarangkalian berkaitan jangkitan. Tanpa sebarang tanda trauma yang ketara di luaran tubuh anakanda, apa yang tinggal adalah kebarangkalian insiden gegaran otak yang berlaku atas sebab yang pelbagai.

Gegaran boleh berlaku dengan timangan kasih sayang yang sederhana, henjutan buaian malah ada kes yang membabitkan anak yang dihimpit seketika oleh ibu atau selalunya bapa semasa tidur bersama.
Jenazah tlh selamat disemadikan di Seri Kembangan. Semoga kalian tabah menghadapi dugaan ini...Aminn....
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•6:53 PM
Semalam (15/10/2009) saya menziarahi seorang anak seorang teman, Khadijah Ismail (pernah menghiasi ruangan Generasiku, Muslimah) di Hospital Putrajaya.
Melihat kondisi puteri sulungnya, Nur Fatima yang baru berusia tiga bulan amat menyayat hati. Beliau dimasukkan ke hospital selepas tidak berhenti menangis. Menurut doktor, terdapat jangkitan kuman di otaknya, dipercayai akibat gegaran yg kuat.
Menurut Khadijah, tiada perubahan yg berlaku terhadap bayinya hinggalah pd hari kejadian pihak nurseri menelefon memberitahu anaknya menangis tanpa henti.
Dan, ketika kami menziarahi smlm, selepas seminggu keadaannya koma di ICU, doktor memberitahu kpd mereka untuk bersedia dengan segala kemungkinan, anak kecil itu hanya bergantung kpd alat bantuan pernafasan shj kini....
Ternyata ia ujian hebat buat Dijah & suami, Ust Mohamad Ramadan Fitri. Bukan mudah menghadapi saat getir apabila bayi kesayangan yg baru tiga bulan didakap dikatakan berada dalam keadaan kritikal. Tambahan pula belum tahu apa puncanya. Sesungguhnya bg pasangan sebaik mrk, mungkin Allah ingin menguji mrk & seandainya hanya setakat ini usia Nur Fatima, InsyaAllah, dia akan menunggu umi dan abinya di sana....
Buat Dijah & Ust, kami mendoakan agar kesihatan Nur Fatima akan kembali pulih spt sediakala dan semoga kalian bersabar di atas dugaan ini...
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•6:19 PM
Byk juga msg yang saya terima perihal sikap membisu saya akhir2 ini. Ustazah engineer mahukan saya menulis pasal hari raya....
Memang...sejak pulang selepas cuti panjang hari raya lalu, saya diserang penyakit 'm' yang terlampau....ditambah kepala yg 'fenin2 lalat' & kerja2 pruf reading yg perlu saya selesaikan, jd blog ini terpaksa saya ketepikan buat seketika...
Rasanya masih belum terlambat utk saya mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua teman2 yg mengenali saya, begitu rakan2 blogger yg seakan begitu hampir dgn diri saya. Seronok juga membaca kisah berhari raya kalian...saya pula tdk sempat mencoretkan apa2 cerita krn pd saya hari raya tahun ini begitu memenat & meletihkan ....
Kenapa saya berkata begitu? Sejak pulang dr umrah, saya merasakan masa begitu singkat. 5 hari bekerja dalam seminggu, hari minggu juga saya perlu bekerja...seterusnya minggu berikutnya saya mula membuat biskut raya & sibuk berkemas rumah dan minggu terakhir sblm pulang ke kampung saya membuka gerai jubah selepas solat terawih. Itu yg membuatkankan rutin saya begitu padat. Saya hanya pulang ke kampung dua hari sblm hari raya, itupun perlu dibahagi kpd dua kampung. Keadaan bertambah kelam kabut apabila bapa mertua diserang minor stroke, jd byk keperluan terpaksa diuruskan anak2 dlm masa yg singkat. Di kampung saya pula, ibu saya juga tdk sihat.
Kami sudah lama tdk mengamalkan budaya giliran balik kampung sebelah mana. Biasanya ikut kpd keadaan & keperluan semasa. Disebabkan sudah terlalu lama kami tdk beraya dulu di kampung saya, jd tahun ini kami merancang utk beraya di kg saya dulu. Kebetulan ibu saya juga tak sihat dan tak ramai ahli keluarga yg pulang, jd autoriti diletakkan di kg saya....
Melihat keuzuran ibu meruntun perasaan saya. Dlm tempoh setengah hari saya perlu mencari keperluan hari raya, barang dapur, mengemas rumah & memasak. Bahkan di sebelah ptg kami terpaksa berkejar ke bandar sekejap untuk mencari baju raya anak2...!
Baju melayu Ahnaf juga yg masih tidak dapat kami sediakan. Dia cuma minat baju melayu Raihan, susah nak cari yg ready made. Sudahnya kami minta dia pakai saja baju tahun lepas , itupun baju seragam kumpulan nasyid sekolahnya! Hasilnya....smlm sekolahnya mengadakan majlis hari raya, tema pakaian 'baju raya'. Pulang sekolah dia bercerita, "Mi, ustaz Fauzi tegur abg, ini baju raya ke?" Dengan selamba abang jawab...."Tak sempat la ustaz...."
Nasib la baik pulak mood si anak terunaku ini!!!
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•12:38 AM
Sepatutnya posting ini siap sblm bercuti, nampaknya tak sempat saya menyiapkan coretan2 seterusnya. Ketika ada sedikit masa ini saya cuba juga merajinkan jari2 ini menaip...
Kita telah pun berada di penghujung Ramadan. Terasa begitu cepatnya masa berlalu. Di dalam tazkirah Ramadan yg sempat saya ikuti, ustaz yg mengajar pd malam tersebut ada menyatakan, sesungguhnya masa itu juga adalahsalah satu dari makhluk Tuhan. Maka, jika Allah memerintahkannya mencepatkan peredarannya, maka ia akan menurutnya. Lihat, putaran masa dalam sehari begitu cepat kini kan?
Suasana Ramadan di sana sama seperti hari2 biasa. Bezanya cuma restoran ditutup dan di waktu malam meriah dengan solat terawih. Saya berada di sana di awal Ramadan, suasana mula sesak. Manusia dari seluruh dunia berduyun memasuki Kota Mekah untuk merebut fadilat Ramadan di sana. Tidak dapat saya gambarkan bagaimana situasi di pertengahan dan penghujungnya, difahamkan Masjidil Haram melimpah sehingga ke Hotel Hilton (di hadapan masjid). Suasananya sungguh berbeza dgn Malaysia. Tiada gerai2 makanan di buka. Ramadan bg kita seumpama berpesta makan. Iklan hari raya dan lagu raya mula dipasang sebelum puasa lagi. Nampak sgt kita melayan, bukan melawan nafsu!
Berada di penghujung Ramadan ini mengingatkan saya peristiwa ketika saya berada di Mekah. Sepanjang seminggu di sana cuaca begitu terik. Hingga pada petang 30 Syaaban yakni keesokannya umat Islam mula berpuasa, ketika pulang dari masjidil haram selepas solat asar, buat pertama kalinya (sepanjang saya di sana) hujan turun di sana. Namun suasananya amat mendebarkan. Angin ribut bertiup kencang. Untuk badan bersaiz saya, saya perlu berpaut di tempat kukuh krn jika tdk mungkin saya akan diterbangkan sekali! Pasir berterbangan, mata tak boleh buka. Manusia bertempiaran. Pekedai2 menutup premis masing2.
Saya bersama teman sebilik berlindung di sebuah premis. Tiada jln lain melainkan redah juga ribut sebelum hujan turun. Dalam fikiran saya....apakah Kiamat akan berlaku? Kebetulan ketika itu hari Jumaat, hanya itu yg bermain di fikiran saya. Beginikah gambaran hari pembalasan? Manusia berduyun2 menyelamatkan diri....Mmg suasananya amat mendebarkan...Saya berdoa, seandainya telah tiba hari pembalasan-Mu Ya Allah, tempatkanlah aku, ahli keluargaku, anak2ku dan seluruh pejuang Islam di tempat yg mulia.....janganlah Engkau tempatkan kami bersama orang2 yg Engkau laknati Ya Allah.....Amin....
Ujian budaya & selera
Seminggu sblm berangkat pulang, kesabaran saya diuji. Sepanjang seminggu di sana, walau ramai, masih ada ruang solat utk kami, utk lebih selesa kami perlu awal ke masjid. Tetapi apabila masuk sahaja Ramadan, suasana begitu sesak berbanding sblm ini. Menjadi budaya masyarakat Arab mrk akan menempek di mana sahaja ada ruang utk solat. Sbg orang Asia, bkn budaya kita bertekak didalam masjid hanya krn berebut saf. Mmg ia menguji kesabaran. Bayangkan dgn tubuh bdn sekecil saya, kiri kanan dihimpit dgn org yg tiga kali ganda besarnya, lemas! Walaupun cuba bersabar, namun sedikit sebanyak ia menganggu konsentrasi kita. Belum lg mrk melangkah / lalu lalang ketika kita sdg solat. Di malam terakhir, saya mendpt idea utk bersolat di hadapan tiang, barulah selesa, kurang sikit org lalu lalang...
Semasa di Madinah, kami dihidang makanan Melayu. Sambal belacan ada setiap hari. Tiba di Mekah, hanya makanan Arab, Pakistan menjadi hidangan kami. Ia amat merunsingkan saya krn dari Malaysia lg saya kurang berselera dgn briyani atau kambing. Sehari dua saya boleh makan walau dgn jumlah yg sedikit. Selera saya begitu teruk apabila tiba bulan Ramadan. Saya cuma bersahur dgn 2 biji kurma, secawan kopi Radix atau kdg2 cuma sebiji vitamin C. Berbuka juga dgn 2 biji kurma dan sebuku roti. Selesai solat terawih iaitu kira2 jam 11.00 malam baru mkn nasi, itupun paling banyak cuma tiga suap. Saya tak berani nak cakap tak lalu mkn, risau ia benar2 terjadi. Dalam tak mahu cakap tu, ia betul2 terjadi. Selera saya begitu teruk. Akhirnya pd malam sblm berangkat pulang seorg teman memberitahu ttg Restoran D'Saji yg terdapat di bangunan hadapan masjid. Apalagi, slps Maghrib beria2 saya mengajak suami. Saya order cuma telur dadar & terung bercili dan saa makan umpama sebulan tak jumpa nasi....
Pulang ke Malaysia semua org tegur saya kurus. Memang saya terasa sebab kain & seluar saya semuanya longgar. Bila timbang, ternyata berat saya turun 4 kg dlm masa 10 hari!
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•8:29 AM
Jabal Rahmah antara destinasi ziarah kami. Ia antara tempat mustajabnya doa. Difahamkan juga ia adalah tempat pertemuan antara Nabi Adam a.s dan Hawa setelah diturunkan ke bumi selepas diusir dari Syurga. Tiada pendapat tepat ttg tempat mrk diturunkan, sebilangan menyatakan Nabi Adam diturunkan di India, ada pula pendapat menyatakan di Sri Lanka manakala Siti Hawa diturunkan di Jeddah (Arab: nenek perempuan). Setelah terpisah beratus tahun akhirnya mereka bertemu di Jabal Rahmah (Wallahu Aklam).

Jabal Rahmah begitu terkenal di kalangan jemaah umrah mahupun haji. Bg orang bujang pastinya berdoa bertemu jodoh dan bg para suami pula, mungkin dlm hati masing2 berdoa utk buka cawangan baru...hmm...alahai...itulah antara gurauan para jemaah muslimin ketika tiba di Jabal Rahmah!
Jabal Rahmah
Jabal Rahmah bermaksud bukit kasih sayang. Menurut kisah selama beratus tahun terpisah, Siti Hawa begitu merindui Nabi Adam, begitu juga sebaliknya. Menyentuh mengenai kasih sayang, ia adalah fitrah semulajadi manusia. tidak dinafikan, program umrah dan ziarah juga mengeratkan kasih sayang antara suami isteri, ibubapa dengan anak dan sesama teman.
Ketika penerbangan ke Colombo, saya duduk bersebelahan dgn seorng mak cik yg berusia dalam lingkungan 60-an. Di sepanjang perjalanan, suaminya sering dtg kepadanya. Rupa2nya beliau sakit perut, gastrik. Bukan mrk saja, ramai lg pasangan veteran yg risaukan isteri / suami masing2. Seorng pak cik pernah bertanyakan hal penginapan di Mekah & Madinah. Disebabkan pakej kami berasingan lelaki / wanita maka permintaan pak cik tersebut yg mahu tinggal bersama isterinya tidak dapat dipenuhi.
Bg saya pula, blh dikatakan semasa di Madinah jarang sgt bertemu suami melainkan waktu ziarah. Disebabkan cuma tiga hari di sana tak lah terasa sgt. Di Mekah pun serupa, tambahan dia mula sibuk dgn umrah dan tugas2 khas (hehehe), lg la jarang berjumpa.
Ini bukan Jabal Rahmah, tapi Jabal Thur, tmpt persembunyian baginda ketika peristiwa hijrah
Bila berasingan rupa2nya ia mengeratkan hubungan. Terasa spt bercinta semula, maklumlah sblm kahwin hubungan kami cuma menerusi telefon. ttp situasi di sana lebih membahagiakan krn kami bebas bermesej 'ayat2 cinta', dating larut malam dan mkn bersama2 tanpa ada batasan. Kami berpeluang utk honeymoon utk kali kedua stlh 12 thn usia perkahwinan!...Pastinya ia satu kenangan yg manis krn kami bercinta semula di bumi anbiya'!
Hikmahnya, kami berpeluang berkoreksi ant satu sama lain. Tdk dinafikan selama hampir 13 tahun melayari bahtera rumahtangga bkn sedikit dugaan yg melanda. Perselisihan faham akibat berlainan idea, latar belakang keluarga dan budaya kdg kala mencetuskan ketidak senangan di hati masing2. Masing2 punya ego tersendiri. Sekali sekala duduk berasingan baru kita menghargai pasangan kita. Berada di bumi berkah mjdkan kita lebih menghargai ikatan yg terbina. Tambahan bila org kata berhati2 dgn kata2 & perbuatan sepanjang di sana, so....kira solehah lah saya di sana! hahahah
Tambahan seminggu sblm balik saya agak stress krn sering diganggu bangla yg bertugas di hotel kami. Selalu dia senyum2 & minta nombor telefon, saya pedulikan sahaja Hinggakan dua tiga malam dia mengambil kesempatan membuka pintu bilik tanpa mengetuk terlebih dahulu dgn alasan mahu mengemop lantai. Di sebabkan saya tinggal bersama seorg warga emas, pintu tdk brkunci krn anak lelakinya selalu masuk berjumpa ibunya.
Pd awalnya saya masih bersabar, hinggalah satu hari seorang jemaah Malaysia (saya bertemu di masjid) berceritakan kes seorang isteri yg keuzuran dirogol di hotel ketika semua org ke masjid. Berderau darah saya mendengarnya. Semenjak itu saya tdk berani berjalan seorng diri lg dan menceritakan kpd suami. Suami menyuruh saya mengunci pintu bilik dan dia akan memberitahu mutawif kami. Saya melarangnya krn tdk mahu memanjangkan hal tersebut.
Semenjak itu dia sering mesej bertanyakan hal keadaan saya. Dlm hati saya berkata, "Risau & sayang gak dia kat aku!"...he...he..he....Itulah berkatnya bercinta di bumi Anbia'!
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•8:51 PM
Sejak pulang, ramai kawan saya tanya knp lambat update blog...ala..sori la...selain 'bertapa', kesibukan saya berganda2 pula selepas kembali ke tanahair ni. Masa lagi sehari dua nak balik, hati saya berkata, "aku nak balik jumpa anak2 je...tp malasnya nak berdepan kembali dgn rutin harian...kerja rumah...ofis...kerenah manusia...bla...bla...bla"

Tp mana boleh beribadat tanpa bekerja kan? Kita ada kehidupan dan tanggungan sendiri...bila berfikir begitu barulah muncul semangat semula.

Walaupun ramai rakan2 blogger bercerita ttg puasa & Ramadan, spt yg dijanjikan saya kena habiskan juga kisah2 sepanjang berada di dua Tanah Haram. Lagipun, puasa dan persediaan Syawal saya sama spt tahun2 lalu...tiada bezanya...biasa2 saja...Di kesempatan ini saya mendoakan semoga Allah menerima segala amalan kita di sepanjang Ramadan ini... Semoga ketemu lagi Ramadan akan datang dan Selamat Menyambut Eid Mubarak...Maaf Zahir Batin seandainya sepanjang coretan2 saya ada bahasa2 yang menyentuh hati kalian....Di kesempatan ini juga saya mendoakan semoga kesihatan bapa mertua saya (yg baru semalam, 15/09, menghidapi minor stroke) cepat sembuh dan kembali ceria bersama kami...

Ok, kita sambung semula...

Hikmah pantang larang

Perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil masa kira2 enam jam. Di dalam perjalanan kami diberi tazkirah. Setibanya di Bir Ali, kami berniat ihram. Jika dahulu ibadah ini cuma belajar secara teori saja, ttp setelah mempraktikkannya ia tidak sesukar yg disangka. Saya teringat semasa taklimat sblm pergi dulu mengenai hukum wanita uzur yg perlu juga berniat ihram dan berpantang sepanjang tempoh sehingga suci. Walaupun nampak berat, ttp apabila kita menghadapinya, ia tdk sesusah mana. Bayangkan, sehingga memicit jerawat pun tdk dibenarkan krn ia termasuk memisahkan anggota badan. Seorang jamaah bertanya ttg hikmah pantang2 larang tersebut. Ust Rosli menjawab, ia sebagai tanda ketaatan kita kpd-Nya. Katakan, kita dihidangkan dgn satu hidangan daging spt daging ayam masak merah. Kita mkn dgn penuh berselera. Jika kita tahu ia adalah daging anjing, pasti kita tidak makan. Daging anjing rasanya tiada beza dgn daging ayam, bermakna Allah mahu melihat sejauh mana ketaatan kita mengikut perintah-Nya. Begitu juga Allah SWT menjadikan tanah Mekah yang kering kontang. Seandainya subur dan dipenuhi bunga2 cantik, berapa ekor kambing lah agak2nya kita kena dam sebab terlanggar pantang!

Sepanjang perjalanan, laungan talbiah bertalu-talu. Air mata menitis laju...masih terasa seolah bermimpi krn saya berada di antara tetamu-Nya...Tatkala memasuki kota suci Mekah, hati girang tidak terkata. Setiba di hotel kira2 jam 1 pagi. Jemaah lain memulakan umrah, saya pula terus tidur krn terlalu letih menguruskan beg2 jemaah yg tersangkut.

Keesokannya saya bersama suami mencari sarapan pagi. Hotel kami trletak di Jalan Ibrahim Khalil, tdk jauh dari pintu 1, King Abd Aziz. Disebabkan suami tlh selesai berumrah, dia mengajak saya ke Masjidil Haram. Rupa2 masjid cuma di belakang hotel kami! Subhanallah....cantiknya Masjidil Haram ini! Tak tergambar dek kata-kata utk org yg pertama kali menjejakkan kaki spt saya ini...

Tak sabar rasanya menanti tempoh saya berakhir. Bermakna saya berpantang selama dua hari di Mekah. Saya mencari peluang berjalan2 di sekitar hotel jika tiada program ziarah. Ketika itu saya masih berani berjalan seorang diri!

Tidak sah sekiranya sampai di Mekah kita tidak merasai kelazatan ais krimnya. Mmg terkenal, sampaikan ada jiran kwn saya pesan kalau sampai di Mekah jgn lupa beli ais krim! Kakak saya juga menceritakan hal serupa. Tanpa membuang masa, saya yg memang peminat ais krim tdk ketinggalan membelinya. Memang benar, yummy....& hampir setiap hari saya membelinya!



Lupa nak ambil gambar ais krim...tinggal bekasnya saja...2 org guard Arab yg menawarkan diri utk bergambar!

Saya memulakan umrah bersama Usth Nuridah. Pertama kali memandang Kaabah....hanya air mata menggantikan kata2. Alhamdulillah saya berjaya menyelesaikan umrah pertama walaupun pertama kali kaki saya mengalami kesakitan. Mungkin tiada pengalaman, jd saya melakukannya dlm keadaan tergesa2 sedangkan sebenarnya tawaf dan sai'e boleh dilakukan dlm keadaan tenang krn ia cuma melibat fe'li (perbuatan), tiada bacaan wajib yg perlu dihafal (qauli).


Umrah kedua, suami mengajak melakukan bersamanya. Kami lebih santai dan kaki saya semakin pulih. Puas rasanya tatkala dpt menunaikan solat sunat di hadapan Multazam & Hijr Ismail (Multazam lbh selesa krn ada ruang berbanding Hijr Ismail).


Istimewanya di sini kita bebas beribadah tanpa sebarang bebanan. Tiada tugas yg perlu difikir, lupa sebentar soal dunia. Soal memasak, membasuh, anak2 semua ditolak ke tepi. Kita juga mampu mengkhatam al-Quran dalam masa seminggu atau mungkin kurang dpd itu!



Sepanjang perjalanan dr Safa ke Marwah, hati terkenangkan betapa sukarnya Siti Hajar berulang alik demi mencari setitis air utk anak tercinta, Ismail. Kita begitu mudah, jalan ditile cantik, air zam zam ada sepanjang jalan, sedangkan Siti Hajar berjalan krn mencari air sedangkan kita air tersedia setiap ketika...Semoga kita juga dikurniakan kesabaran setanding Siti Hajar...

Dan berada di dalam Masjidil Haram yg indah membuatkan jiwa kita tenang setenang2 nya. Bacaan imam Syeikh Sudais yg sblm ini saya mendengarya menerusi kaset atau CD kini saya mjd makmumnya...alangkah indahnya...Dan di waktu senggang mjd hobi saya melihat telatah wanita2 Arab. Tidak dinafikan, mrk mmg wajib mengenakan niqab krn raut wajah mrk membuatkan kita tdk jemu memandang. Usth Nuridah pernah berkata (semasa kami merayap di Bin Dawod, pasaraya terkenal di sana), "Bila tengok mak2 Arab dgn Pak2 Arab ni terbayang macam ni lah agaknya keadaannya di syurga nanti, dipenuhi bidadari2 yg cantik2 dan bidadara (?) yg hensem2...."

Betul...saya setuju dan dalam hati saya pula terdetik, jika masyarakat Arab begitu tampan dan rupawan, bagaimana pula rupa rasul junjungan kita? Mesti terlalu tampan ditambah dengan nur iman di wajahnya. Jika wanita2nya begitu menawan, bagaimana pula rupa Saidatina Khadijah? Bagaimana pula rupa nabi Allah Yusuf a.s? Jika kesemua wanita memandangnya boleh terhiris jari masing2, bermakna, sehandsome manakah dia? Jika tidak masakan Zulaikha sanggup memfitnahnya semata2 ingin memilikinya! Subhanallah.....Semoga kita digolongkan di antara ahli Jannah.....Allahu Akbar....








Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•12:40 AM
Setibanya di Sri Lanka, segalanya berjalan lancar. Kami dibawa melawat bandar Colombo. Colombo bukan sebuah negara yang maju krn berdepan dengan konflik perebutan kuasa antara kerajaan dan Tamil Neelam sjak bertahun lamanya. Adalah satu pemandangan biasa terdapat askar2 bertugas menjaga keselamatan di merata2 tempat...mrk ini sentiasa ada di bawah pokok...kdg2 tak perasan sebab pakaian mrk sama dgn pokok!

Majoriti penduduknya beragama Buddha. Islam merupakan minoriti. Trdapat satu penempatan melayu yang dinamakan Jalan Melayu. Kami tdk sempat singgah ke tempat tersebut krn kesuntukan masa.


Berposing di hadapan Hotel Blue Oceanic, Negombo, Colombo


Salah satu masjid yg terdpt di Colombo

Tiba hari berlepas ke Madinah. Penerbangan kami berlepas jam 1 tgh dan tiba di lapangan terbang Jeddah sekitar jam 7 malam. Kami menunaikan jamak taqdim. Dan, ditakdirkan saya keuzuran ketika itu. Hanya Dia yang tahu perasaan saya ketika itu. Teringat perbualan saya bersama seorang peserta, Nor pd hari sebelumnya, beliau sedih krn keuzuran walaupun telah mengambil ubat. Saya mmg maklum tarikh2 itu krn saya tdk mengambil sebarang ubat krn saya dikategorikan sbg org2 yg tdk layak mengambil ubat...hehehhe...

Ketika dlm perjalanan ke Madinah, perasaan begitu sebak. Kami cuma tiga hari di Madinah, bermakna saya tidak dpt langsung menjejakkan kaki di Masjid Nabawi. Masjidil Nabawi yang terdapat makam Rasulullah, Raudhah... salah satu tempat mustajabnya doa...ah...sayunya jiwa ketika itu!

Saya reda. Ini fitrah kejadian-Nya. Kami tiba jam 2 pagi. Seterusnya jemaah bersedia untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi. Saya bersama ketua muslimat, Usth Nuridah, mengiringi jemaah muslimat ke masjid. Hotel kami tdk jauh dr masjid. Sayup2 kedengaran azan Subuh. Tenang...damai....sayunya krn tdk dpt menyertai mrk....

Terasa bagaikan bermimpi tatkala terpandang Masjid Nabawi terpampang di depan mata. Tersergam indah....saya melahirkan kesyukuran...."Ya Allah...aku bersyukur krn Engkau tlh melimpahi rahmat dan rezeki kpdku sehingga aku mampu menjejakkan kaki di Kota Suci ini....Alhamdulillah....terima kasih ....Ya Allah...."


Masjidil Nabawi yg trsergam indah...


Satu hari saya ditanya mengenai hukum wanita haid memasuki masjid. Seorang jamaah wanita ini beria mahu memasuki Raudhah. Menurutnya kebiasaannya tempohnya cuma enam hari tetapi pd ketika itu dia sudah melewati lapan hari. Saya menyatakan saya berpegang kpd larangan wanita memasuki masjid walaupun setengah pendapat menyebut cuma hanya di kawasan solat dan dikhuatiri menitis. Memandangkan ilmu saya tdk seluas mana, saya tak berani nak komen byk. Saya berpegang kpd ia fitrah kejadian-Nya. Sbg hamba kita kena reda dgn ketetapan-Nya dan saya percaya terkandung hikmah di sebaliknya. Difahamkan beliau memasuki Raudhah pada keesokannya...

Melihat kegusaran saya, suami menenangkan saya. "Jangan risau, abg dah pun doakan utk umi, anak2 dan keluarga..." Dan sbg gantinya, saya menyerahkan kamera kpdnya dan memintanya mengambil gambar di dalam masjid.


Raudhah...dr pandangan luar (gmbar bergoyang krn ditegur seorg lelaki Indonesia!)


Raudhah...di dalam masjid

Madinah Munawarah sebuah bandar yang besar, bersih dan teratur. Pertama kali menjejakkan kaki, tekak terasa amat kering walau di subuh hari. Cuaca ketika itu mencecah 50 darjah C. Alhamdulillah, sekeliling masjid disediakan air zamzam sejuk, ia mengurangkan dahaga kami. Aktiviti di Madinah ialah solat 5 waktu di masjid, beriktikaf dan ziarah. Namun, masa kami agak panjang krn bercuti, jd kami mengambil kesempatan berjalan di kawasan berdekatan sambil membeli cenderahati utk keluarga dan teman2.

Tiga hari di Madinah terlalu singkat bagi kami. Kotanya sentiasa hidup walau di tengah malam. Urusan jual beli masih berjalan walau telah melewati jam 1 atau 2 pagi. hati saya terdetik juga, "Tak tidur ke Pak2 Arab ni?" Yelah..mrk mula buka kedai selepas Subuh iaitu kira2 jam 4 pagi, bermakna sepanjang hari mrk bekerja selama lebih 20 jam!


Sebelum berangkat ke Mekah, kami melakukan ziarah Wida', iaitu ziarah meninggalkan kota Madinah. Tatkala berada di luar Raudhah, hati trlalu sayu krn akan meninggalkan kota yang pertama mengalu2kan kedatangan baginda Rasulullah s.a.w. Tatkala menyampaikan rasa hati, terasa bagaikan baginda berada dekat di sini...saya berpegang kpd kata2 seorg jamaah wanita yg bersama kami, "Jamilah 'cuti' krn akan dijemput untuk datang lagi ke sini slps ini...hati saya mengiakan...Insya Allah....






Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•12:29 AM
Alhamdulillah, kami selamat tiba di tanahair pada 26 Ogos lalu. Dek kesibukan yg melanda, saya tdk berpeluang langsung menjengah ke blog ini. Akan saya cuba mengupdate menurut kemampuan saya mencelah di antara waktu2 yang ada...

Buat sementara waktu ini saya akan menulis perihal umrah yg lalu. Meskipun ia akan memakan masa yg lama, namun saya mmg berniat utk mencatatkan serba sedikit pengalaman manis tersebut sebagai catatan peribadi saya menggantikan diari yg tlh lama ditinggalkan...

Buat catatan awal ini saya akan menceritakan perihal pakej yg saya sertai ini. Sebenarnya hajat utk ke tanah suci bermula selepas menghantar ibu dan abang saya ketika mrk menunaikan haji pd thn 2006 lalu. Kesayuan mengiringi mrk di KLIA menguatkan semangat saya. Saya nyatakan pd suami. Beliau mencadangkan spy kami menunaikan umrah dahulu. Saya tdk setuju pd awalnya, maklumlah kami ni bkn kategori "berduit" yg mampu utk ke sana acapkali. Namun saya berpegang kpd kata2 suami saya, "Kita pergi umrah dulu, lps tu di sana kita minta dimurahkan rezeki utk datang lg utk menunaikan haji pula." Dan, peluang menjejakkan kaki ke sana baru2 ini, tdk pernah saya melupakan doa tersebut....

Knp saya ingin bercerita mengenai pakej ini? Krn ia tdk seperti pakej2 lain. Dinamakan Umrah Tarbawi krn terkandung tarbiyah didalamnya. Menyebut mengenai tarbiyah (latihan), mental dan fizikal kita perlu brsedia dgn rintangan dan halangan yg bakal ditempuhi.

Ia adalah anjuran Unit Amal Pahang (sebuah bdn kebajikan) dgn kerjasama Dewan Muslimat PAS Pusat. Unit Amal merupakan sebuah badan kebajikan yg melakukan kerja2 amal terutamanya ketika dilanda musibah. Menariknya, matlamat utama mrk menganjurkan pakej ini adalah utk menggalakkan org ke Mekah, dlm ertikata lain, bukan sbg satu bentuk perniagaan. Atas faktor itu, mrk mengenakan kos yang amat rendah tanpa mendpt keuntungan yg besar. Menerusi kursus yg saya ikuti, menurut Pengarah Unit Amal Kuantan, Ust Rosli Abd Jabar, pakej ini adalah salah satu sumbangan amal mrk kpd masyarakat sbg galakan spy semua org dapat menunaikan umrah tanpa dibebani kos yg tinggi.

Pakej selama 17 hari ini ialah sebanyak RM 5200. Penerbangan menerusi Sri Lankan Airlines, transit selama 2 hari di Colombo, Sri Lanka. Disebabkan kami berpuasa selama 5 hari disana, kos agak tinggi berbanding hari biasa. Kos yg dikenakan sblm ini tidak akan melebihi RM5000.

Menyentuh mengenai ibadah umrah, byk perkara yg perlu diketahui. Menjadi tetamu-Nya bermakna kita menyerahkan seluruh jiwa raga kpd-Nya. Umrah yg penuh tarbiah memerlukan satu elemen penting iaitu SABAR. Menyebutnya mmg mudah, ttp menghadapinya.....(saya akan tulis mengenai kisah sabar dlm tulisan akan dtg).

Hero2 yg byk membantu kelancaran perjalanan Umrah Tarbawi ini!


Ujian di hari pertama ketika baru sampai di Colombo apabila satu keluarga kehilangan beg pakaian mrk. Berbagai cara dilakukan termasuk pembahagian kumpulan. Pencarian selama lebih sejam akhirnya berakhir apabila rupa2nya beg tersebut tlh dibawa keluar oleh seorang peserta bersama seorg peserta warga emas. Di sinilah kesabaran peserta mula diuji. Di sini pentingnya sifat bantu membantu sesama sendiri biarpun masing2 tdk mengenali antara satu sama lain...
Malangnya ada yg masih belum menghayati konsep 'sabar'. Kehilangan atau masalah bagasi adalah suatu yang lumrah apabila melibatkan kumpulan yg ramai.
Menariknya, hanya dua org ahli Unit Amal memimpin jemaah kami. Di dalam ucapan mutawif kami , Ust Sahruddin, beliau sekali lagi menekankan yg program ini adalah program amal, jd semua peserta adalah anggota amal, bermakna segala susah senang dihadapi bersama. Yang muda berperanan membantu golongan tua, begitu juga sebaliknya.

Bg golongan muslimat mungkin tidak begitu teruji, namun bg muslimin tenaga mrk diperlukan sepanjang program, krn mrk yg menguruskan beg2 pakaian golongan 'emas'. Bayangkan, dalam keletihan dan berdepan cuaca yg terik, mrk perlu bekerja. Suami saya ditugaskan menjaga 2 org jemaah veteran, kelakarnya dua jemaah ini sentiasa hilang (sesat). Lupa jln ke hotel baik di Mekah atau Madinah, tp jemaah ini lah juga penceria kumpulan kami! Mrk juga membantu membeli dan mengagih makanan, mengedar air zamzam dan berbagai tugas lain. Itulah istimewanya pakej ini, peserta bukan sekadar memperolehi ibadat malah beramal di Tanah Suci.


Dua orang jemaah penceria kami!

Di penghujung program, terasa kemesraan di antara jemaah. Itulah manisnya tarbiyah, semasa program ziarah jemaah diberi tazkirah mengenai sejarah tempat ziarah dan dikaitkan dgn kehidupan ini. Betapa sukarnya perjuangan Rasulullah menyampaikan risalah. Betapa jauh dan sukarnya perjalanan hijrah baginda dari kota Mekah ke Madinah. Kita hari ini diberi kemudahan pengangkutan yg selesa, sedangkan baginda, terpaksa melalui gurun, bukit, padang pasir dan sentiasa berwaspada dari serangan musuh yg sentiasa mencari ruang dan peluang. Bagaimana pula usaha dakwah kita? Astaghfirullah.....
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•3:45 AM
Inilah entri paling cepat saya buat....5 minit....sementara menunggu my lover sampai!
Terima kasih atas semua ucapan sahabat2...iringan doa kalian...
Suatu ketika kakak saya pernah mesej..."Apa ko rasa dah nak dekat pergi ni?"
Saya jawab, "Entahlah...seronok, risau, berdebar....mcm2 ada, x tau nak ckp camne.."
Semua teman mengucapkan tahniah krn terpilih mjd tetamu-Nya. Syukur
Alhamdulillah....namun tak dinafikan saat ini hati brdebar..yelah, spt yg saya nukilkan dlm Muslimah keluaran September, pemergian ini bkn spt melancong ke negara lain...Mengunjungi bumi suci Tanah Haram , byk perkara perlu diketahui. Umpama kata kwn saya, umpama di syurga...jgn salah ckp sikit..dalam hati pun Dia tahu...Namun saya yakin, doa dari sahabat2 semua mengiringi perjalanan kami....
Akhir kata saya bersyukur krn masih mempunyai sahabat2 dan ahli keluarga yg menyayangi
diri ini...walaupun saya menerima sms dari kakak2 dan abg, walau ada mms atau webcam namun kesayuan tetap ada krn merindui pelukan dan ciuman dari mrk mengiringi pemergian saya...
Wa ilal liqa'
Maas salamah...Ana uhibbuk!!!
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•12:28 AM
Bersempena kedatangan Ramadan al-Mubarak yang bakal menjelang, saya mengambil kesempatan memohon ribuan ampun, maaf zahir dan batin dari semua sahabat2 dan rakan2 blogger sekalian...(syahdu la plak).

Insya Allah saya bersama suami akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah pada 9 hingga 27 Ogos ini. InsyaAllah penerbangan kami pada jam 4.00 ptg 9 Ogos menerusi Air Lanka Airlines.

Kpd sahabat2 yg mungkin saya pernah menyakiti hati kalian, ribuan ampun dan maaf dipinta. Terlalu daif diri ini, tidak lari dari salah dan silap. Doakan semoga perjalanan kami dipermudahkan dan memperolehi umrah maqbullah. Doakan juga semoga dikurniakan kesihatan yang baik serta bersabar menghadapi segala ujian yang datang....maklumlah ia pengalaman pertama buat kami.

Inilah antara faktor yg menjadikan rutin harian saya terlalu sibuk sejak kebelakangan ini. Banyak perkara yang perlu saya selesaikan krn akan bercuti lebih daripada 2 minggu. Seminggu ini saya sibuk menyiapkan kelengkapan keluarga dan anak2, yelah mereka akan tinggal bersama atuk dan opah (mertua saya) di sini. Saya perlu pastikan keperluan harian dan persekolahan mereka semuanya selesai. Alhamdulillah... segalanya berjalan lancar.

Sekian, wassalam.....Bertemu kembali di bulan Ramadan nanti....
Labbaikallahu Malabbaik....
"Hambamu datang menyahut panggilan-Mu
Ya Allah,
Hambamu datang menyahut panggilan-Mu
Hambamu datang menyahut panggilan-Mu,
Tidak ada sekutu bagiMu,
Hambamu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala pujian
Dan nikmat
Dan pemerintahan adalah kepunyaan Mu
Tidak ada sekutu bagi Mu…"
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•7:18 PM
Ahmadineejad merupakan Presiden Iran. Di samping kelantangan, keperibadiannya sering mendapat perhatian. Walaupun seorang ketua negara, kehidupannya juga seperti rakyat marhaen lain.
Ahmadineejad memang terkenal dengan kesederhanaannya. Antara bukti gaya hidup sederhana Presiden Iran yang paling digerunii oleh kuasa Barat ini ialah:

1. Saat pertama kali menduduki pejabat Presiden, Ahmadineejad menyumbangkan seluruh karpet pejabat yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Tehran, manakala karpet pejabat Presiden yang didudukinya digantikan dengan karpet biasa yang sederhana.

2. Di banyak kesempatan beliau kelihatan begitu ramah dan mesra dengan semua petugas pejabat, termasuk pekerja kebersihan pejabat.


3. Langkah pertamanya sebagai presiden ialah mengisytiharkan hartanya yang terdiri dari sebuah kereta tua Peugeot 504 tahun 1977 dan sebuah rumah sederhana warisan ayahnya berusia 40 tahun yang lalu yang terletak di sebuah desa terpencil di Tehran. Baki akaun bank dalam simpanannya pula sangat kecil dan satu-satunya wang masuk adalah wang gaji bulanannya .

4. Gajinya sebagai tenaga akademik di sebuah universiti tempatan hanya sekitair US$ 250.

5. Sehingga kini Ahmadineejad masih tinggal di rumahnya yang amat sederhana itu dan bukan di kediaman presiden.

6. Ahmadineejad tidak pernah mengambil wang gajinya sebagai presiden, alasannya ialah semua wang gajinya adalah milik negara dan dia bertugas untuk menjaga negaranya.

7. Satu hal yang membangkitkan rasa kagum kakitangan pejabat presiden ialah sebuah beg kecil yang sentiasa dibawa setiap hari ke pejabat yang berisikan sarapan pagi terdiri dari kepingan roti atau roti keju yang disiapkan sendiri oleh isterinya di rumah. Beliau dikatakan memakan makanan yang disediakan isterinya itu setiap hari dengan gembira dan mengenepikan kebiasaan menyediakan makanan khusus untuk presiden seperti sebelumnya.

8. Sebaik berkuasa, pesawat peribadi untuk presiden diubahnya menjadi pesawat kargo untuk berkhidmat kepada masyarakat dan untuk dirinya, ia meminta terbang hanya dengan pesawat biasa dengan kelas ekonomi.

9. Beliau boleh ditemui di pejabatnya tanpa temu janji dan protokol yang menyusahkan tetamunya.

10. Jika perlu menginap di hotel, Ahmadineejad hanya meminta disediakan bilik kecil kerana beliau tidak suka tidur di atas katil, tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.

11. Ketika solat berjemaah, jika tiba lewat beliau tidak mahu diberi layanan istimewa, sebaliknya hanya berada di saf tengah atau belakang seperti jemaah lainnya.

12. Sebaik sahaja masuk waktu solat, Ahmadineejad terus menghentikan aktivitinya serta merta untuk mengerjakan solat biar di manapun beliau berada. Jika waktu solat tiba ketika beliau berada di atas jalan, beliau akan bersolat di atas jalan, asalkan ianya bersih.

13. Ahmadineejad juga tidak berkompromi dengan hukum dan larangan Allah. Beliau tidak mahu bersalaman dengan wanita yang bukan muhrimnya, cukup hanya sekadar menundukkan kepalanya kepada wanita sebagai rasa hormat.

Alangkah indahnya jika kita mempunyai seorang pemimpin seumpamanya....Wujudkah?
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•6:53 PM
Dari Kak Mawar...walau tak penah jumpa...very friendly....


Kepada kedua2 sahabat saya ni, maaf ye, baru sempat nak ambik award & tempek kat NAC....heheheh

Dr cucunda Sham...dia panggil den nenek!....mengaku je lah, mmg nenek kpd 2 cucu sedara pun!

Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•6:47 PM
Klise sgt bunyinya tajuk ni kan? Tp saya nak jgk bgtau yg dua tiga menjak ni saya terlalu sinonim dgn istilah tu....hmm....alahai....

Nasib baiklah penulisan blog tak sama mcm penulisan magazine yg ada deadline, tatabahasa, ejaan kena betul dan mcm2 lagi tu...kalau dak, mmg berbulan la NAC ni bersawang rasanya!

Kesibukan brtambah krn 'deadline' tertentu yg perlu saya kejar. Komitmen di ofis & rumah tak pernah selesai. Tambahan pula saya perlu menyiapkan bhn utk Muslimah utk 3 bln, dan skrg nampaknya pc di rumah saya sentiasa menyala sepanjang malam dan sambil tersengguk2 saya menyiapkan artikel2 ke Muslimah sblm Kak Nik bising...

Tiada apa yg ingin dibicarakan cuma ada sedikit kisah yg saya & suami baru mengetahuinya hari Isnin lalu. Balik sekolah dgn cerianya Awatef menunjukkan RM4.00 kpd abahnya. Hasil jualan sticker katanya. Ooo...baru saya tahu kenapa dua beradik tu rajin benar membeli sticker di kedai. Rupa2nya mrk ceraikan sticker2 tersebut dan jual kpd kawan2 di sekolah. Rupa2nya bkn mrk berdua saja, ramai lg pelajar puteri yg bisnes mcm tu!
Suami tanya brp adik jual? Ada yg 20 sen, 30 sen dan yg besar 50 sen. Saya tak galakkan krn kasihan dekat kwn2 nya, mesti mrk menggunakan wang belanja yg diberi ibubapa. Suami bertanya lg, "mcm adik jual?"..."Taburkan je atas meja, kwn2 pun datanglah..." Aduh...mana plk la dia dpt teknik ni? Maknya jual jubah je...tak pernah pula mengajar cara bisnes....rupa2nya diorg ni ada agenda sendiri pulak....


Satu hari saya tanya pulak anak Kak Nik, Dikman yg sekolah sama mrk. "Iman pun ada jual sticker jugak ke?" Dgn selamba dia jawab, "Ha ah, sticker Upin Ipin..." Isk...isk...rupa2nya umi dgn abahnya pun tak tahu! Samalah kita Kak Nik oii...like father mother, like daughter! hua...hua...hua...






Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•9:54 PM
Saya pernah posting ttg anak2 angkat saya kan? Sapa lagi kalau bkn kucin2 tuh...


Nama blog bisnes alih2 byk citer kucin jer...nak wat camne...

Dlm satu entri saya ada bercerita pasal baby angkat kami, si Baby Dear, kami tak bela cuma anak2 akan ambil utk main2 saja. Dan suami saya yg tak minat pun akhirnya jadi terlebih, dia kata dia nak jaga kucing tu , itu dia punya....

Baby Dear ni comel, ada keturunan Parsi kot sbb bulunya kembang. Ibunya kucing jalanan, jiran2 yg beri makan, tp saya tak suka si ibu ni sbb garang, suka gaduh dgn kucing2 kami...

Setelah diberitahu oleh Afiqah yg dia adalah ibu Baby Dear, saya pun layan la dia makan, sbb dia dlm pantang...kena byk susu utk diberikan kpd anaknya...

2-3 bulan, Baby Dear tu pun membesar & semakin comel. Kdg2 je dia ada di luar rumah kami. Hujung minggu anak2 saya bawa masuk ke rumah, bermain2 dgn mrk.

2 minggu lps dia sakit mata. Kesian pula saya tgk, wlpun bkn kucing kami, tp naluri tu rasa belas sgt tgk matanya yg bengkak & berair. Kebetulan Mayau pun sakit mata juga. Spt biasa si Abg Ahnaf bersyarah, takkan nak biarkan mrk sakit, mrk pun makhluk Allah juga...

Petangnya kami bawa ke vet...mrk diinject dan diberi ubat...kosnya?....Biarlah rahsia!

Seminggu kmd, keadaan mrk ok. Tp Baby masih tak berselera. Yg kami geram, bila dia nak menyusu, ibunya mcm tak nak bg je...menyondol2 dia kat badan ibunya...

Jumaat lepas, ketika mengangkat kain di jemuran, saya perasan hampir 2 hari dia tak dtg. Mungkin dia tak nak masuk kot, kata hati saya.

Hari Sabtu, (18/07), pun bayangnya tak nampak. Si Ibu je yg mengendeng luar pagar, minta saya berikan makanan agaknya.

Saya tanya anak2 saya, mrk pun tak nampak. Saya syorkan Ahnaf cari kat luar. Ketiga2 beradik mencarinya di luar. Tdk lama kemudian, Ahnaf membawanya masuk.

"Umi, dah dua hari Tok Wan (jiran) kata dia tak bangun. Terbaring je. Ahnaf meletakkan di lantai. Dia terkulai. Dadanya berombak. Sayu saya lihat keadaannya. Ahnaf meminta kami membawanya ke klinik. Hati saya kuat mengatakan yg dia sdg nazak...

Stlh berbincang dgn suami, kami bersetuju utk membawa ke klinik, ttp bkn utk rawatan, cuma ingin bertanya kondisinya, nasib bdk2 faham...saya cuma pergi dgn suami, naik motor shj sbb sudah lewat ptg...

Setibanya di klinik, Dr mengatakan, "it's very bad," benarlah telahan saya. Stlh berbincang, Dr mengesyorkan diberikan glukos. Jika warded sekalipun, peluang utk sembuh tipis sgt...

Kami membawanya pulang. Keadaannya masih lemah. Saya bersama Ahnaf & Afiqah menyuapkannya glukos, alhamdulillah dia mahu menerimanya.

Saya dpt merasakan ketika kami menyuapnya, baru keluar suaranya yg halus (umpama mengadu kesakitannya). Dan satu ketika, seolah dia mengerang dan ...dua minit slps itu dia sudah tdk bernyawa...

Anak2 menerima kehilangannya wlpun air mata msg2 menitis.

Saya teringatkan ttg charge yg sempat saya tanya tempohari:-

Registration - RM50
Drip - RM 50
Medicine - RM 50 - 70
Warded RM50 perday

Rasanya saya mula rasa serik utk menjaga kucing2 lg. Wlpun baru mula jaga, tp mmg rasa kasih sgt pd mrk. Ia satu perasaan halus yg sukar digambarkan. Saya katakan pd suami & anak2 cukup lah 2 ekor yg ada tu sbb pedihnya perasaan bila kehilangan mrk.

Rasa bersalah antara naluri kemanusiaan & tanggungjwab...tdk hairanlah melihat kucing2 berkeliaran krn tiada siapa yg sanggup utk membela mrk. Saya terbaca papan tanda di klinik haiwan tersebut mengenai pengkasian kucing yg disertakan keterangan dr Jabatan Agama mengenai hukum kasi, bertujuan utk mengelakkan lambakan haiwan2 yg tdk diingini...

Utk menenangkan perasaan anak2 saya mengatakan, "Doakanlah spy kita ada duit byk spy kita tak teragak2 utk merawat kucing2 ini dr awal..." (yelah, pasti semua org tak terfikir utk melakukan rawatan rutin utk haiwan peliharaan dlm budget bulanan mrk kan? Seorg jiran saya memperuntukkan hampir RM600 sebln utk rawatan kucingnya!)
Dan sehari dua ni msg2 sayu bila pandang tmpt landing Baby Dear....fuh....










Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•6:31 PM
Kawan saya bercerita tentang kawannya (brp byk kawan daa...). Kisahnya kwn dia pening tengah cari pengasuh. Maklumlah anak dah lima (sekolah dua orang). Dia kecewa sebab pengasuh lamanya minta RM700 utk 4 orang anak.
Menurut kawan saya ni, menangis2 dia bercerita masalahnya. Ye lah, gajinya bukan 5-6 angka. Terbeliak dengar RM700 utk pengasuh anak, belum masuk yuran sekolah, rumah, kereta, bil...bla....bla....
Dia tak pernah tukar pengasuh. Sejak dari anak sulung lagi. Terkejut juga dia dgn permintaan pengasuhnya tu. Akhirnya, selepas berfikir panjang, dia menghantar anaknya ke nurseri kawannya dengan bayaran cuma RM500. Ok la tu utk 4 org.
Rupa2nya si pengasuh tadi dtg ke rumahnya dgn seorang besfrennya. Siap frennya tu sembur2 kwn saya...tak bertimbang rasalah....bla...bla...
Macam2 manusia ni kan. Difahamkan pengasuh itu baru sahaja berpisah dgn suaminya. Terhimpit dgn masalah peribadi dan kewangan, org lain dijadikan sasaran. Dari mengharap RM700 utk menampung sewa rumah, akhirnya semua lesap melayang. Satu habuk tak dapat!
Sepatutnya, bila sudah lama berurusan sepatutnya ada give & take. Jgn cuma fikirkan masalah diri sendiri. Bkn dia seorang perlukan duit, org lain pun sama. Kalau dr awal dia bertimbangrasa mesti kawan kpd kawan saya tu tak terus cabut mcm tu je...
Mencari pengasuh anak mmg memeningkan. Saya bersyukur krn dikurniakan pengasuh yg tak bermasalah. Ketika mula dpt anak sulung dulu, Ahnaf dijaga pengasuh yg kami panggil 'opah'. Alhamdulillah, cukup mudah berkira dan anak2nya pun sgt pandai melayan budak2. Semasa sorang dia minta RM180 (thn 1997). Bila ada baby baru kami menganggarkan RM360 tp dia cuma minta RM250 je. Dan bila tambah 3, dia minta RM350 je..itupun dia cakap, "Ikut hangpa la...kalau tak dak duit hangpa bg RM300 pun takpa...." Tp sendiri mau ingatlah, takkan nak jawab, "Ok, kami bg RM300 je lah..." Nampak beno tak berbahasa....hihihi.....(Masa tu standard dah RM400-RM450 utk 3 org anak)
Mmg opah & family baik sgt2. Bila susu Afiqah habis, ada note kat lampin kotornya, "Susu Anje habis." Anje panggilan manja utk Afiqah masa tu...!
Dan bila dia tdk berkira dan melayan kami spt anaknya sendiri, hubungan kami jadi begitu rapat. Maklumlah, masa tu kerja saya tak menentu. Ambik malam tu biasa la..Bila out station budak2 tidur situ, dia kata tak payah ambik. Dan jd amalan kami juga setiap hujung tahun kami memberikan 'saguhati' pd Opah. Yelah kami suami isteri dpt bonus, apa salahnya panjang2kan pd Opah juga...(tp bkn sebulan gaji la).
Kami juga selalu membelikan mcm2 makanan dan buah tangan utk mrk sekeluarga. Lagi satu saya suka tgk didikan dia pd anak2nya. Walau tak sesenang mana, anak2 cukup faham situasi keluarga. Walau duduk rumah pangsa 2 bilik dgn bilangan 7 anak (2 org dah kawin, duk asing), akhlak mrk cukup terpelihara. Mungkin kasih sayang yg ditunjukkan opah dan tok wan membuatkan mrk tdk mencari hiburan di luar.
Selepas berpindah ke Gombak, kami masih menghantar Awatef (masih baby) ke Keramat. Suami yg hantar sorang sbb saya kerja di Gombak. Kami siapkan bakul dlm kereta. Kalau dia menangis suami berhenti kereta, beri susu. Kiranya berbulan jugalah suami saya jd bapa mithali...hehehe....
Kini walau dah 5 tahun anak2 tak lagi duduk dgn opah, hubungan kami masih rapat. Opah masih menjaga cucu2 jiran, tp dah tak ramai sbb kesihatannya dah tak mcm dulu. Dan, paling menyedihkan apabila Tok Wan Nan pergi menyahut panggilan Ilahi pd 20 Februari lalu.
Semoga Allah menempatkannya di kalangan hamba yg soleh....Amin...
Kami akan memastikan agar hubungan ini akan terus berkekalan. Salam rindu buat Opah Som sekeluarga...pst...Cik Su bila nak kawin...he..he..he...
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•12:15 AM
Semalam 07.07.2009 birthday kakak, Nur Afiqah yg ke-10. Dia dah besar, so takde la demand apa2. Cuma kami saja nak celebrate anak beranak, kami membelikan sebiji kek, crab stick & nugget utk juadah ptg semalam.
Patung Barbie ni la penyebab ada yg terasa!

Sampai rumah kami pun wish la hepi birthday padanya. Sambil tersipu2 dia ucap terima kasih.

Saya sibuk di dapur menggoreng nugget2 itu. Tak lama kemudian suami beritahu adik, 'Awatef tak ada. Saya suruh dia cari. Afiqah beritahu dia ada dalam bilik, menangis! Lor...knp pulak? Suami saya bertanya, rupa2nya dia sedih sebab kek kakaknya cantik, kek dia dulu bunga2 je...


He eleh...sensitip benor minah sorang ni...Akhirnya masa potong kek tu suruh la dia potong skli...barulah senyum...dan spt biasa, setiap kali birthday sesiapa, yg paling kecoh si hero tu lah...siapa lagi kalau bkn Afwan..(skrg sibuk gelar dirinya 'Bio-Nik')
Punya la kecoh dia sampai tak sempat nak letak kek tu elok2, sibuk suruh buka kotak & dia nak potong
Lps makan terkejut saya tgk si Manja Uteh, habis hitam berdebu badannya. Entah dari mana dia datang, dgn sapa dia bercanda kat luar sana entahlah. Betul kata Kak Yati, agaknya dah ada pakwe!
Sambil snap gambarnya, saya membebel kat dia, tgk lah...duduk diam, tunduk...takutlah tu...Malasnya saya nak mandikan lagi, baru hari Sabtu lepas saya mandikan, dahlah masa mandi suara dia dengar satu taman! Manja...manja...

Tengoklah...tgn punya hitam...

Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•6:47 PM
Happy Birthday utk anak dara Kak Ain (Better homes and garden). Disebabkan tak boleh nak pos kek2 ni, jadi saya mengirimnya menerusi alam maya jer.....heheheh......

Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•8:04 PM



Saya sibuk berjual, depa dua beradik berposing rupanya!

Dunia kanak-kanak penuh kegembiraan. Mrk cuma berfikir soal main dan ada keluarga yg menjaga mrk. Mrk ketawa ketika gembira dan menangis jika bergaduh, sakit atau tak dapat apa yg dihajati. Mrk ketakutan jika tiada ibubapa di sisi. Selebihnya masa mrk dihabiskan dgn aktiviti yg menceriakan.
Mrk belum lg mengerti erti kesusahan hidup. Tekanan menghadapi peperiksaan spt yg tlh dialami kakak dan abg2 mrk. Yg mrk tahu, bila pergi ke kedai, dapat beli ais krim atau gula2, sudah memadai.
Mereka belum menghadapi zaman remaja yg penuh cabaran, dunia mahasiswa yg menekan emosi dan alam pekerjaan yang menuntut berbagai dugaan dan tekanan.

Ketika dia mula memasuki tahun 1 ('Awatef) saya kata pd suami saya, "Dah besar dia. Rasa mcm baru smlm dia baby. Rasa mcm tak nak je bg dia besar..."

Sebabnya? Dia manja, lemah lembut & sensitif. Merenung redup matanya, menyejukkan jiwa kami. Pantang sesiapa naik suara, dia menundukkan wajahnya. Ada air jernih bertakung di kelopak matanya.

Ketika bersekolah tadika dulu, dia sering menyebut nama guru2nya. Mjd tabiatnya bila tiada murid2, dia akan duduk di sebelah guru dan bercerita macam-macam. Bila masuk darjah satu dia masih berperangai begitu, hingga mjd 'isu' oleh si kakak dan abang, "Umi, adik ni mengadalah, dia peluk ust Solehin!" Si abang mengadu.

"Tak boleh la dik....masa tadika boleh lah, cikgu perempuan bolehlah, ni cikgu lelaki, tak eloklah..." Terang saya.

Mungkin sifat manjanya mjd kan dia tak dapat membezakan situasinya kini. Si kakak pula mengadu, "Adik ni semua benda nak bawak sekolah bagi cikgu, sampai gelang2 manik Umi pun dia bawak ke sekolah, bagi Cikgu Asiah, seronok kena cium la tu!"
Oh....baru saya tahu kenapa rajin benar dia bawak brg2 ke sekolah, cikgu cium rupanya!
Itulah jiwa anak-anak. Suka bila diberi perhatian. Bila melihat giginya patah dua minggu lepas, hati saya terdetik, ini satu lagi petanda proses kematangan usianya. Dia semakin membesar. Tidak lama lagi akan memasuki tahun 2 pula. Apakah dia terus-terusan manja begini? Setiap petang dia akan menelefon saya di pejabat. Dgn kata2 manjanya yg pasti akan diakhiri,
"Bye Umi, I love U".
Selalu jugak suami saya mengusik, "Siapalah agaknya suami adik nanti, camne lah agaknya dia jaga adik." (Walaupun ada seorang adik, panggilan 'adik' masih lekat pdnya!).
Ketika harijadinya saa membelikan set pari-pari padanya. Seronok sangat dia. Setiap kali lepas main, dibungkusnya mainan tu, tabiatnya mmg begitu menghargai pemberian orang. Saya kata pd suami, "Biarlah dia teroka zaman kanak-kanaknya (suami bimbang sbb dia kuat berangan!). Kita kena layan dia sesuai dgn usianya. Ia akan menjadi kenangan bila dia besar nanti. Zaman kanak-kanaknya takkan berulang..."
Begitu, macamana sikap saya bila mrk dewasa besar nanti ye? Bagaimana perasaan ibubapa di saat melepaskan anak di tangan orang lain? Mungkin mak lebih memahami kerana telah melepaskan 9 orang anak perempuannya kepada orang!