Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•12:48 AM
Saya sempat menyaksikan kemeriahan hari penamaan calon pd 29.3.2009 lalu di Padang Majlis Perbandaran Taiping. Demam pilihanraya ini mmg terasa dgn kebanjiran penyokong pd hari tersebut...

Saya berhajat utk pergi ke seberang utk melihat suasana di sana (kawasan Umno) malangnya kawalan FRU begitu ketat... Akhir sekali selamat mengundi kpd pengundi P059 Bkt Gantang.....Pilihan di tangan anda...Anak Bkt Gantang...balik yoep, yong...ghugi seundi kome tak balik!

























































Dan.....ini misi terakhir saya!
Hahahah....!











Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•6:53 PM
Selesai mesyuarat mlm Jumaat lalu spt biasa slps makan hidangan yg disediakan, saya dan kakak2 cawangan bersembang sekejap. Biasanya hal semasa atau keluarga masing2. Saya lihat Kak Kamariah & Kak Ros begitu khusyuk bercerita. Saya menghampiri mrk utk mengetahui hal yg dibincangkan. Bila masuk separuh, mana la nak faham apa yg diceritakan.
Nada mrk begitu serius. Bila saya bertanya, alangkah terkejutnya saya ttg apa yg dibicarakan. Ia mengenai jiran Kak Kamariah (deret hujung rumah saya). Seorg wanita tua berusia 90 thn lebih, tinggal bersama anak lelakinya dlm lingkungan 50-an. Menurutnya anak lelaki itu bersara dari tentera atau diberhentikan, kami tdk pasti. Lelaki ini menghidap penyakit kulit. Menurut mrk, dia selalu ke kedai berhampiran dgn ber t-shirt dan berkain sarung sahaja.
Khabarnya sudah lama mereka menyewa di perumahan ini, tetapi saya tdk perasan pula sblm ini. Kehidupan mrk susah. Semua bermula slps seorg anak perempuan lelaki ini yg berusia 18 tahun datang ke KL utk mencari pekerjaan. Menurut Kak Ros, lelaki ini tlh berpisah dgn isterinya kira-kira 15 thn lalu. Anak2 bersama bekas isteri di Terengganu.
Sblm ini khabarnya kakak perempuan itu terlebih dahulu dtg ke KL dan tlh bekerja di kedai buku bersebelahan kedai Kak Ros. Jadinya, kakaknya memperkenalkan adiknya kpd Kak Ros, dan Kak Ros mengambil adiknya bekerja di kedai pakaian Kak Ros.
Adik ini rajin bekerja dan Kak Ros amat menyenanginya. Hinggalah satu hari ketika masuk bekerja sambil menangis teresak2 dan tangan terketar-ketar beliau menemui Kak Ros.
"Kak Ros....tolong saya...saya takut...."
"Kenapa". Kak Ros bertanya kepadanya.
"Saya takut, malam tadi ayah dtg masuk bilik, selak kain saya...saya takut..."
"Astaghfirullahal azim....Dia ada buat apa2 dekat kamu tak?" tanya Kak Ros.
"Tak...saya lari, menjerit, keluar bilik.."
Kak Ros memberitahu suaminya. Suaminya mengambil sebatang kayu dan meninjau2 kawasan luar kedai. Tdk lama kemudian nampak kelibat bapa gadis tersebut seperti mencari sesuatu. Kak Ros memberitahu hal tersebut kepada kakak gadis tersebut di kedai sebelah. (Di fahamkan kakak gadis ini kurang cerdik sikit berbanding adiknya).
Malam itu Kak Ros tidak membenarkannya pulang ke rumah, sebaliknya tidur di kedai saja. Keesokannya Kak Ros memberikannya gaji utk bulan itu dan memintanya pulang ke kampung atau mencari pekerjaan lain, untuk keselamatannya. Dengar khabar, kini dia dan kakaknya sudah bekerja di Ampang.
Berderau saya mendengar cerita ini. Ia bukan cerita rekaan, bukan juga drama televisyen, malah berada di sekitar kejiranan saya. Kak Ros dan Kak Kamariah meminta kami mengawasi anak perempuan masing-masing.
Teringat saya kisah Allahyarhamah adik Nur Syuhada, Nurul Huda, Nurin Jazlin dan beberapa lagi kanak-kanak yang menjadi mangsa manusia berjiwa syaitan ini. Apabila nafsu menguasai diri, tdk dikira lagi sama ada anak kandung, anak tiri atau kanak-kanak yang tidak mengenal apa-apa. Itulah sifat si syaitan ini!
Mengetahui kebimbangan saya, Kak Ros dan Kak Kamariah menasihati saya, banyakkan berdoa kepada Allah SWT agar menjauhkan kita dari perkara yg tidak diingini. Hanya kepada Nya kita berserah dan berlindung...Na'uzubillah minzalik...
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•7:37 PM
"Kenapa nurafiqahcollections?" Ramai juga kawan2 yg bertanya saya soalan ini ketika blog ini mula dilahirkan. "Ko nak bisnes online ke?''

"Online bukan prioriti...cuma nak berkongsi pengalaman & memperluaskan NAC." jwb saya. Lagipun NAC sudah begitu di kenali di kalangan teman2 rapat. Tdk salah rasanya menamakan blog ini dgn jenama produk saya...habis2 pun dia nama ahli keluarga saya juga...
Perniagaan bkn bidang saya. Alkisah pd permulaannya saya membeli jubah pd thn 1999(pregnant anak ke 2, umur 24 thn, kalu tak silap) di muktamar. Saya beli 2 pasang. Saya berkenan pd satu gerai tu...jubah2nya mmg cantik...Sbg wartawan, saya pun ambillah contact name akak tu..Nurul Azan Collection, pondok Pasir Tumboh, Kelantan. Bosnya, Kak Zainab (Kak Nab).
Hinggalah slps melahirkan, bila saya pakai jubah yg saya beli dr Kak Nab, mesti ada yg bertanya, "beli mana jubah ni, cantik." ..(mmg saya pakai jubah, kalu pakai bju kurung terserlah 'kesekepingan' saya!)


Adik ipar mencadangkan saya menjual jubah2 spt yg saya pakai...ok juga...sekurang2 nya save cost utk koleksi pakaian saya! Lalu saya menghubungi Kak Nab dan saya bertolak ke Kelantan utk sesi temubual ruangan usahawan utk majalah Muslimah..Sambil menyelam minum air....saya memborong kira2 20 helai jubah dengan modal awal RM1000++.
Slps itu hubungan saya dgn Kak Nab begitu rapat. Sementelah dia pun gembira sgt bila saya masukkan story nya dlm Muslimah. Dia mula membekalkan jubah2 kpd saya...bkn cash lg ttp consignment..

Slps itu saya tdk la begitu aktif sgt...biasa2 saja...maklumlah tak meluas lg & kebetulan masa tu officemate saya, Suzi, anak tokeh pakaian...jd kat ofis Muslimah tu dia la yg supply pakaian secara court mammoth!!! kah 3x..
'Bangle' yg penuh nostalgic....bli lps penat 1st time niaga!

Tp saya masih terus mengambil bekalan dr Kak Nab (jika dia turun ke KL, buka gerai ketika konvo). Pelanggan saya di kalangan teman2 & ahli keluarga.

Hinggalah pd thn 2002...juga ketika berbadan dua..(ke 3) suami saya berhenti kerja krn ingin serius di dunia perniagaan percetakan. Ketika bln Ramadan, seorg kenalannya mempelawa beliau membuka sebuah gerai slps solat terawih. Dia setuju, kwnnya cuma nak membantunya, sewa cuma RM100 utk sebulan!

Dgn konfidennya dia setuju...Se canopy tu! Bila semua selesai dan tunggu utk masuk barang, tiba2 dia ckp kat kawannya yg dia tak ada barang! Konon nak jual buku, tp tak sesuai dgn suasana nak menyambut raya...kawannya pun kata..."Bkn 'org rumah' ko jual jubah ke...letak la jubah..."

Bila suami mencadangkan kpd saya, dgn rasionalnya saya memberi alasan.."Satu canopy nak penuhkan sekurang2nya kena 4-5 guni baju tu...dgn keadaan saya mcm ni..camne la nak jaga..."

Akhirnya disebabkan semua kelengkapan dah tersedia...nak tak nak..kena la jgk buka....Alhamdulillah Kak Nab sanggup mengirimkan jubah2nya utk saya jual tanpa sebarang deposit! (timacih Kak Nab...muah...)

Dan spt dijangka..saya la yg kena jaga tiap2 mlm...pakwe tu kdg2 je ada...mcm2 la plak urusan dia...Teruk juga masa tu sbb habis niaga, baju2 tu kena ditolak ke dlm dewan...biskut2 raya kena masukkan ke dlm kotak....dekat pkl 12 jugak la abis berkemas...letihnya...esok kerja la plak...

Sejak itu nama saya mula dikenali di kalangan jemaah di situ. Sebulan berniaga, ok jugak pendapatannya. Thn berikutnya mrk mula bertanya, "Thn ni tak buka gerai ke?"

Setiap Ramadan saya akan buka gerai. Tp bukan secanopy lg...cuma letakkan di coridor, tmpt lalu lalang jemaah. Itupun 2 minggu terakhir Ramadhan...so..saya tdk terikat lg & pkl 10 mlm saya sudah selesai...

Sejak itu minat berniaga saya semakin brtambah. Jika dulu saya mengambil dr Kak Nab, kemudian saya ambil terus dr pemborong dan kini saya lbh selesa menghasilkan produk dr jenama saya sendiri.

Pelanggan saya sudah semakin bertambah, trutama teman2 rapat...(sistem court, sapa yg tak nak?!).

Jika dulu saya naif ttg bidang ini, kini saya semakin mahir. Malah saya memperolehi kepuasan yg tdk blh digambarkan ketika jenama saya disarung org! (cewah...mcm la Gucci!)

Sasaran saya kini bkn individu, bkn utk kepentingan diri saya sendiri, tp saya ingin mengajak teman2 melakukan sesuatu utk membantu diri sendiri.

Ketika dilanda kegawatan saya mengirim beberapa sms kpd teman2 ...."Ingin menambah pendapatan di musim gawat ini? Ingin menjual sutera China dgn untung besar? Hubungi saya utk maklumat lanjut...."

Alhamdulillah...sambutan amat menggalakkan. Niat saya ingin berkongsi kesenangan bersama. Seorg teman sering meminta bantuan kewangan krn selalu 'poket tenat' di pertengahan bln...saya cadangkan pdnya.."Cuba ko jual apa2 brg...kalu ko pinjam aku RM50, bln dpn kena bayar blk, masalah tak selesai...bila berniaga sekurang2nya untung dpt kat ko.."

Beliau mencuba dan kini mula seronok dgn aktiviti barunya...Setiap bln dia memperolehi pndpatan sampingan tanpa perlu meminjam lg...

Itu hasrat saya...NAC lahir bkn sekadar berniaga online ttp lbh kpd membantu rakan2 yg ingin mencuba dlm bidang ini. Mmg pd mula kita tdk nampak jln ttp selepas lama menceburinya kita mula faham & menyukainya.

Jgn berniaga krn bermatlamat utk kaya semata...ttp keberkatan itu yg lbh utama...Ingin kaya cepat kita boleh mencuba berbagai cara (mcm2 lar...) tp bgmana utk memperolehi kaya yg berkat?

Bg teman2 rapat saya mengamalkan sistem consignment ttp bg yg baru saya terpaksa membuat sistem COD. Saya lbh menggalakkan bisnes Sutera China krn kosnya lbh rendah. Knp Sutera China..krn ia bukan trend....corak yg lembut & sesuai utk semua golongan..Minima utk pemborong ialah 10 helai dgn harga RM29 shj...

Jika ingin menjual jubah pula, penghantaran akan dilakukan sekitar Lembah Kelang. Jubah2 NAC tdk begitu menekankan aspek fesyen yg keterlaluan...ia lebih kpd jenis kain yg bermutu tinggi dgn kos yg begitu memadai....(RM40 - RM160)....Tp saya masih tdk sempat utk menyiarkan koleksi jubah2 tersebut! Insya Allah, coming soon...! (Byk lg yg blum siap kat tailor saya...)

Terima kasih diucapkan kpd tailor2 saya yg begitu komited memenuhi permintaan saya...


















Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•9:00 PM
Dua tiga bulan lalu saya ditugaskan mencari bahan berkaitan seorg penulis era 50-an yg dikenali dgn nama 'Cikgu Ustaz'. Tulisan beliau disiarkan di majalah Hiboran antara tahun 1954-1956. Juga artikel mengenai Dr Burhanuddin al-Helmy yg disiarkan di majalah yg sama.

Maka bermulalah sesi mentelaah saya di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa & Pustaka. Hampir 2-3 minggu juga saya menjadi pengunjung tetap sana hingga kenal pak cik2 staf di sana (maaf...kena panggil pak cik, tak kan abg kot!).

Suasana library yg sunyi amat menenangkan...bertahun saya tak menjengah library. Walaupun mata saya sungguh tak tertahan di antara jam 11-12 tgh! Sunyi & sejuk membuatkan tulisan2 kat majalah2 tu saya nampak mcm bantal2 je.....!

Hari terakhir saya di sana, tugas saya selasai awal. Dalam pkl 3.30 ptg. Malas nak ambil cab...susah jgk area tu...jd saya pun turun ke ting 2. Aras yg menempat bahan penulisan.

Leka btul saya melihat buku2 yg ada....Sejarah Melayu, tokoh2 sasterawan...biblografi...bla..bla..mcm2 ada...Minat lama muncul kembali...kesibukan membuatkan saya tak sempat pergi ke tempat sebegini...Mata saya tertangkap pd sebuah buku yg mmg saya cari2. Sblm ni masa pergi ke Pertama Complex dgn Kak Nik pernah tanya buku ni, tp dah habis. Kena pesan la pulak...pernah jugak singgah kedai buku lain sblm ini, jawapan sama...dah habis...tggu stok baru...

Apa lagi...saya pun ambil baca...satu helaian...satu...mengasyikkan...nak habiskan hari tu tak sempat...so...terfikir..nak pinjam ke tak nak....nanti mcm pulak nak memulangnya? Saya dah tak dtg ke sini lps ni, tp tak puas kalu baca trgantung...nak beli kena singgah kedai lain la pulak...tp bila nak perginya? Hmm...mcm2 fikir, tgh syok baca tiba2 tergantung tak best la pulak....

Fikir2..pinjam jugak la...sekurang2nya semangat membaca tu msti tinggi sbb ada 'deadline' utk hantar! Tp tak kan sebuah je kot...dan cari lg...jumpa sebuah lg...Ilmu Mengarang Melayu, Edisi Ejaan Rumi Baharu, Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba). Wow! alang2 dah minjam elok ni, pinjam dua sekali...tak la segan ngan pak cik kat kaunter tu nanti!

Dan...buku ini mmg betul2 best. Bkn sebarang buku motivasi. Semua org blh menulis buku motivasi tp pengalaman itu lbh berharga utk memotivasi org lain.

Saya pernah bertemu penulis dlm satu sesi temubual...seorg yg lemah lembut & berwibawa. Tokoh pendidik yg brjaya keluar dr kepompong kemiskinan. Bkn sdkit cabaran yg beliau hadapi...pengalaman memasuki sekolah Inggeris dlm keadaan tdk faham langsung bahasa itu benar2 menyebabkan beliau tertekan. Kata2 gurunya yg amat pedih..."Hey Sidek! You better go back to kampung, tanam kacang lagi baik!" . Kalau tak kuat semangat mau berhenti sekolah dibuatnya.

Malah byk lg perkara2 yg menguji ketahanan beliau. Saya begitu kagum dgn semangatnya. Kekentalan jiwanya. Membuang rasa malu dan rendah diri semata2 utk menambah ilmu di dada...Baginya kemiskinan hanya blh dibasmi menerusi pelajaran...Betapa beliau terpaksa menduduki peperiksaan Higher School Certificate (HSC) sebanyak tujuh kali semata2 utk memperolehi Sijil Penuh iaitu syarat minima utk menjejakkan kaki ke Universiti Malaya. Tidak kisah digelar mahasistua...malah dirinya sudah lali dgn kata nista masyarakat sekeliling..

Tdk cukup rasanya utk saya mengulas panjang lebar di sini melainkan kita perlu membaca sendiri dan menjadikannya koleksi di rumah... Saya sdg berusaha utk membelinya utk dijadikan tatapan anak2 saya. Saya menceritakan serba sedikit mengenai tokoh ini kpd Ahnaf, dan dia benar2 berminat dgn perjalanan hidup beliau...Ia tdk sama dgn kisah drama tv kerana dia tahu itu lakonan...ini adalah susur galur kehidupan yg beliau sendiri alami...

Saya berjanji kpd Ahnaf utk membawanya menziarahi tokoh ini..(bila dah beli buku ler...nak signature) krn rumahnya dekat je dgn kami...!

Kata2 yg menyayat hati...

Mendengar tangisan ayah pd waktu mlm amat menyayat hatiku utk dikenang. Mendengar batuknya yg bertalu2 mengocak hening malam menjadikan aku hiba. Betapa luhurnya hati seorg insan kerdil spt ayahku, seorg ayah yg tdk pernah putus harap utk berdoa dan mengadu kpd -NYA..
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•11:51 PM
Ptg smlm saya menerima panggilan dr putera sulung, Muhd Ahnaf.

"Ummi, abg dpt kucing baru. Comel...putih, oren sikit2..."

"Biar betul bang, kot org punya..." Kata saya.

"Dak...kuku dia kotor, patah pulak tu..." Katanya bersungguh2.

Balik kerja, terus saya ke ruang ampaian di bhg blkg dapur rmh. Hmm..mmg comel, tp agak garang sikit, mungkin tak biasa lg dgn tempat barunya.


"Eh, ni mmg org punya ni, bersih & bdn berisi." ujar saya.

"Mana ada, klau org punya takkan dia sampai hati rosakkan kuku kucing dia. Mgkin anak2 dia yg dera kucing ni. Dpd kena dera baik kita bela dgn baik.." Ahnaf masih dgn pendapatnya.

"Org tak tegur ke abg blk sekolah bawak kucing?" tanya saya.

"Ada...ada pak cik tu tanya, "adik ni pergi sekolah bawak kucing ke?".

Akhirnya saya mengalah. Nampaknya brtambahlah ahli 'keluarga' kami. Nasiblah bhg dapur saya ada ruang berteduh (ampaian) bersbelahan longkang, jd 'sisa buangan' mrk akan terus di alirkan ke longkang. Tp kebiasaannya slps seminggu mrk sudah pandai keluar dan 'membuang' di luar.

Nak dilarang, tak boleh la pulak...nanti mrk kata tak sayang makhluk ciptaan Allah...Dan...yg pasti itulah diri saya 20 tahun yg lalu...mana tdk tumpahnya kuah kalau bkn ke nasi!

(Sesapa blh suggestkan nama dak???)




Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•1:40 AM
Hujung minggu lalu saya ke Bukit Gantang, Perak. Kebetulan ada kereta kosong, lalu saya pun mengikut pelawaan kawan. Bkn utk berkempen, ttp menghadiri sambutan Hari Wanita & pelancaran kempen Kita Bersaudara. Sementelah sudah lama saya tdk berkunjung ke destinasi kenangan saya...(Trong, dulu bersekolah di sana ....byk kenangan best2, mana kwn2 lama ni?).














Hanya sempat snap gambar istana Ngah Ibrahim, x sempat masuk!

Bertepatan dgn demam pilihanraya kecil Bukit Gantang, saya ingin juga melihat perkembangan di sana. Perang poster & bendera masih belum meriah (biasanya slps penamaan calon). Hari Sabtu tiga acara sukaneka rakyat tlh diadakan iaitu di Dun Trong, Kuala Sepetang & Changkat Jering. Saya pergi ketiga2 DUN tersebut & sambutan dr masyarakat setempat amat memberangsangkan.


Di sebelah ptg saya ke majlis pelancaran hi tea 'Kita Bersaudara' yg diadakan di Simpang Halt, Kuala Sepetang. Kehadiran juga amat memberangsangkan, rata2 yg hadir ialah masyarakat bkn bumiputera. Tiga pertunjukan dr tiga kaum iaitu tarian singa, tamil dan paluan kompang di persembahkan.

Pertandingan 3 penjuru ini (BN, Pas & Bebas) bakal mewarnai landskap politik Perak yg ketika ini masih gawat dgn kemelut politiknya. Perak kini menghadapi krisis politik yg meruncing sejak dua bulan ini...kita semua maklum permasalahannya...

Bkt Gantang mjd medan pertempuran slps kemelut ini. Serahkan saja pd pengundi utk membuat penilaian terbaik. Sebolehnya kita mahu isu ini diselesaikan secepat mungkin. Dan mlm tadi pengumuman calon PAS tlh diumumkan Presiden PAS, Tn Guru Dato' Seri Abd Hadi Awang. Spt jangkaan ramai, calon favourite, Dato' Seri Nizar Jamaluddin dipilih sbg calon pilihanraya kecil ini. Beliau akan berlawan dgn calon BN, Ismail Saffian & calon Bebas.

Kini, petugas mula menjlnkan tugas masing2. Sbg negara demokrasi, rakyat bebas memilih pemimpin yg benar2 layak. Seorg pemimpin ialah yg memahami erti kepimpinan dan amanah yg dipertanggungjawabkan. Bkn sekadar pemimpin di kalangan masyarakat ttp pemimpin yg akan dipertanggungajwab di sana kelak.

Bkt Gantang sinonim dgn mee rebusnya. Kami cuma sempat merasa mee rebus di pasar minggu 24 jam di Changkat Jering. Pekena jugak pecalnya. Fuhh...betul2 kaw. Dan di Kuala Sepetang pula amat terkenal dgn Mee Udang nya. Sblm pergi, Kak Su (pen pengarang Dewan Masyarakat) bagitau, "Kalau pergi Kuala Sepetang jgn lupa mkn mee udang banjir, berekor2 udang dalamnya!"


Ketika itu baru saya perasan, bertahun duduk di KL, kita trlepas menikmati mkanan fresh. Kuah mee rebus di sini mmg asli. Cendolnya pun lembut..sedap...ulam2an kampung mcm2 jenis (saya peminat ulam), kuih muih betul2 terasa di tekak sampaikan asyik teringat bila blk KL.

Mmg rancang nak makan mee udang, tp sibuk dgn aktiviti ...langsung tak sempat....Time balik, pagi2 mana ada gerai mee udang yg buka. Terus naik highway Cht Jering...kwn2 kata, "takpe, minggu depan kita dtg lg, pekena terus 2 pinggan mee udang!" Masalahnya, minggu dpn saya dtg lagi ke?...Mee udang....oo...mee udang....

Yg pasti, minggu ni saya tak sempat lg nak snap gambar2 baju!
























Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•1:03 AM
Yes...! Tgh tadi keluar cari pesanan si kecik2 tu...(cuti sekolah mcm2 demand!). Nak balik ke ofis, ternampak sebuah kedai borong kelengkapan pakaian. Cantiikk...
Niat dah lama nak bli patung, tp tak jugak beli2. Maklumlah show room cuma sebuah bilik kecil je...(doa2kan moga impian utk memiliki butik terlaksana). Tanya harga patung dewasa dlm RM100+, budak2 pun RM100+ jgk. Tapi besar sangat la pulak, mana muat nak tumpang kancil Kak Ar.
Cadang nak juga beli bulan depan..tiba2 mata tertangkap kat sample patung cacat (bahagian atas je..kaki & kepala tak ada). Guna hanger. Ok jugak saya rasa, utk permulaan. Sekurang2nya baru blh saya nak post gambar2 koleksi saya di sini. Minggu lepas shoot gambar budak2 tu kat rumah, jenuh jugak. Nak bersiap, iron tudung la pulak, nak touch up sikit2, belum lg dgn telatah Afwan yg terhendap2 dpn kamera, last2 soru terngahari terlepas.
Saya pun beli la patung cacat dewasa satu & kanak2 satu. Tapi sampai rumah masih tak blh shoot jugak....bz manjang...nampaknya kena tunggu weekend jgk la...
Try masukkan gaun bdk2, ok. Gantungkan saja hanger badan dewasa tu. Tak lama Awatef tegur, "Umi, pakaikanlah dia baju....nampak tutt...nanti abang marah." Ooo....baru saya perasan, patung tu seksi. Saya sangkutkan tanpa seurat benang! Balik si abang Ahnaf nanti jenuh dikomennya, malas saya nak layan. Terus saya kenakan sepasang jubah seluar pdnya...baru sopan...
Ok lah...saya akan usahakan utk snap gambar jubah2 tu.... (Tugasku kini sudah bertambah....oh.....tidakkkkkk!!!!!!)
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•7:51 PM
Sempena sambutan Maulidur Rasul pd 12 Rabiul Awal (9 Mac), berbagai sambutan diadakan. Memang digalakkan kita memperingati junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. Bukan ketika 12 Rabiul Awal saja, malah sepanjang tahun kita wajib mengingati & mengasihi Baginda.

Tahun lalu saya berpeluang menonton teater muzikal Sirah Junjungan, hasil karya sutradara terkenal, Erma Fatima. Saya pergi bersama rakan setugas, Ria dan jurufoto, Farid. Kedua-dua mrk begitu teruja dgn pementasan ini. Sekembali dr menonton saya bercerita kpd suami dan saya berhasrat utk membawa anak2. Namun hasrat itu tak terlaksana krn saya pergi di minggu terakhir pementasan.


Minggu lalu, ketika menonton berita keluar mengenai pementasan teater ini utk kali kedua. Keesokannya saya menghubungi Istana Budaya meminta no tel Nanee (pa Erma - saya dah kehilangan nombornya!). Spt biasa, Nanee memberikan kerjasama yg amat baik..thanx Nanee...tp kali lain sikit, selain coverage saya ingin membawa anak2 menonton.

Saya meminta Nanee menyediakan 3 tiket kanak2 (kadar pelajar sekolah) .
Malam smlm, saya menyuruh mrk bersiap. Ahnaf dah tahu sblm ni, cuma Afiqah yg masih terpinga2. Saja nak surprisekan dia. Kebetulan anak buah tidur di rumah (Syuhada - 10 thn) saya pun bawa dia sekali menggantikan 'Awatef yg tak blh pergi , demam...siannya (hantar kat lobi je).

Tiba di IB, memang teruja bdk2 tu...Maklumlah bkn budaya kami bab menonton wayang atau teater ni.. Cuma bila teater memperingati baginda Rasulullah, adalah sikit kelonggarannya.

Spt dijanjikan saya bertemu Nanee. Ucapan terima kasih kpd Nanee krn tlh memberi empat tiket percuma kpd kami (tq daun keladi!)

Sempat lagi Ahnaf berposing main-main

Saya bkn pandai bab2 karya seni ni. So, bg saya ia satu karya yg hebat. Sekurang2nya ada inisiatif utk mementaskan teater sebegini walaupun mgkin sambutannya tdk seperti teater muzikal lain. Usaha perlu ada & berterusan. Dan sambutan yg saya lihat mlm tadi, tingkat bawah penuh, cuma tingkat kami (atas), byk juga kosong. Ok juga, blh la anak2 saya duduk di hadapan.

Ini merupakan hari pertama yg mempersembahkan Dato' Siti Nurhaliza sbg penyanyi jemputan. Mungkin ini juga faktor yg menarik penonton, entahlah. Tidak dinafikan aura Siti mmg tersendiri. Lagu2 yg dibawa mmg menusuk kalbu, ttp bagi pandangan peribadi saya, saya lebih puas jika Jamal Abdillah yang menyanyikannya spt Sirah Junjungan I dulu. Seperti persembahan Jamal, pementasan kali ini Siti bergandingan dgn Salleh dari kumpulan Brothers.

Selesai persembahan saya bertanya Ahnaf, "Macamana, seronok?"

"Ok, jugak, tapi kenapa tak ada perang Khandak, perang2 lain. Kenapa tak ada kisah Khalid al-Walid? Menari byk sangat, buang masa je..."

Hmm...boleh tahan jgk budak ni komen. Kata hati saya. Saya menerangkan, kisah2 tertentu saja dipaparkan. Mana sempat nak buat semua kisah. Tapi bagus juga, sekurang2nya apa yg dipelajari dri teori di sekolah byk digambarkan dlm teater ini.

Apapun, keperibadian Baginda membuat kita merindui Baginda. Spt kata2 perantara, Mazlan , "Walau sudah beribu tahun berlalu, walau tidak pernah kami menatap wajahmu, kami terus merinduimu, kami mohon ya Allah, agar kami dapat bertemu dengan mu, Ya Rasulullah..."
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•8:00 PM
Sabtu lps (14/3) tailor saya dr Klang dtg ke rumah. Kebetulan ada kenduri kahwin di Gombak, dia singgah ke rumah. Kebetulan mmg ada kain2 yg perlu ditempah (bln Mei ni baru siap!) , sekurang2nya mudah sikit kerja saya, tak perlu ke Klang utk hantar kain2 tu. Spt biasa slps memberi lakaran fesyen yg perlu dibuat, kami berbual2. Agak lama juga tak berjumpa dgnnya, cuma berhubung menerusi sms saja.

Lama berbual baru dia teringat, katanya dia sekarang baru nak cuba menjual biskut tart nenas yg diambilnya dari kampung, Kuala Pilah. Diberi sample kpd saya. Hmm...mmg sedap pd perkiraan saya. Dohnya dibuat dr mentega (buttercup) dan intinya pula dimasak sendiri (nenas diparut & dimasak, bkn ready made).

Mungkin beliau menganggap saya ramai kenalan yg boleh di 'promote' lalu melantik saya sbg salah seorg agennya. Utk tdk menghampakan harapannya, saya bersetuju dan membeli sebalang (50 biji, RM19). Kebetulan, si hero, Ahnaf mmg peminat tart.


Suami saya melintasi kami ketika sesi 'perbincangan' tu. Kwn saya ni secara spontan berkata, "Cik Anis, kita ni baru nak start berniaga..nak tolong suami..." Sambil ketawa saya mencelah...."Ye la.sorang jual baju, sorang pulak jual tart!."

Slps kepulangannya, kata2nya terngiang2 di telinga saya. "Kami ni nak tolong suami.." Sblm tu ada juga dia merungut..."Kita ni walau tak bekerja, tapi duduk rumah mcm2 kerja buat, uruskan anak2 sekolah & menjahit tempahan baju. Kdg2 masak lambat dia bising jgk, padahal utk tolong dia jugak!"

Kami tertawa...mungkin ia hanya gurauan atau mungkin juga hakikat. Ya...ramai wanita bekerja krn niat utk meringankan pendapatan keluarga. Mgkin org bujang mempunyai tuntutan tertentu ttp bg yg berkeluarga ia amat membantu utk saat2 getir, tambahan di saat org berbicara mengenai kegawatan ekonomi kini. Apakah wujud seorg isteri bekerja semata2 utk kepuasan dirinya? Kewangan rumahtangga biar suami yg urus, kan itu tanggungjwb dia. Duit aku, duit aku, duit dia duit aku! Huh...parah kalau ada isteri mentaliti mcm ni.
Apapun rata2 isteri berasa bertanggungjawab utk membantu suami masing2. Yg bergaji besar mgkin tdk begitu terbeban, bgmana jika suami bergaji sederhana, isteri tdk bekerja, anak ramai, pasti kekangan kewangan memerlukan mrk berusaha lbh demi utk menjamin kehidupan sekeluarga.

Jika anda juga ingin menambah pendapatan lebih, blh bermula dgn bisnes tart ni. Mana tahu, melihat usaha anda , suami akan lebih menghargai anda & menambah keharmonian rumah tangga anda!

Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•3:32 AM
Rasanya masih blum terlambat utk saya mengucapkan "Selamat Menyambut Ulangtahun Yg Ke-12" kpd diri sendiri & my hubby..hehehe...Sebenarnya tarikhnya jatuh pd 02/03/2009 yg lalu ttp disebabkan blog ini lahir pd 03/03 jadi tak sempat saya nak post kan ucapan ini. Tambahan pula kesibukan tugas harian membuatkan saya kiv dulu hasrat tu...

Sbnarnya sambutan tlh pun diadakan pa 01/03/09 lalu di rumah. Kebetulan keluarga mertua ada di rumah, jd saya buat la majlis makan2 sikit. Tp kami mention pd keluarga majlis tu bersempena harijadi Afwan (03/03)...suami cover line konon...jadinya tak ada la sapa2 yg wish kat kami...
Teruja!
Bila mengenangkan, alhamdulillah telah 12 thn kami mengemudi bahtera rumah tangga ini. Bak kata org 'sedangkan lidah lg tergigit, inikan pula suami isteri'. Mmg rumahtangga pernah trgigit tp taklah sampai berdarah! (jgn ada yg anggap lain ayat nih!).


Pg 02.03.2009 sambil mengucapkan ucapan selamat pd suami (Anissofian Amran) saya mengajukan satu soalan. 12 tahun kita melayari hidup berdua...Saudara saya (A) bermadu ketika usia perkahwinannya 11 thn, saudara (B) pula suaminya mula bermain cinta ketika usia perkahwinannya 10 thn dan seorang teman pula (C) juga mula main2 cinta juga ketika usia perkahwinannya 10 tahun. Soalan saya, apakah seorang lelaki mula ingin mencari 'spare part' ketika usia perkahwinan begitu? Tp biasa la pakwe saya ni jarang nak serius kalau bab2 ni...jawapannya..nak ke? Ishk...main2 plk...akhirnya dia jwb, itu semua bergantung pd individu tu...selalunya berasal dr melayan..kalau satu pihak mungkin tak jadi...bila dua2 melayan maka perasaan pun terbuai lah...


Apapun saya tak lah nak komen panjang lebar isu ini, cuma meminta kalau boleh fikirlah hal ini semasak2nya. Fikirkan tanggungjawab, kasih sayang dan kewangan yg jadi berganda. Dan jika menambah 'cawangan' juga, jgn sesekali dikecewa hati isteri pertama. Ramai yg saya tgk mula memburukkan isteri walhal selama berbelas thn boleh pulak tahan, tapi bila jumpa yg baru tiba2 keluar yg buruk2 ttg isteri tu...Sebolehnya hargailah perasaan isteri anda, abaikan kesilapannya selagi ia tidak melanggar akidah...jgn dijadikan alasan isteri tdk pandai bergaul, memasak atau mengemas rmh sbg alasan yg akan mengguris nalurinya...
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•2:33 AM
Sabtu lalu satu perhimpunan 100 ribu rakyat menentang pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik telah diadakan di Istana Negara. Himpunan anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ini berjaya menuju matlamatnya dgn kehadiran rakyat Malaysia yg prihatin dgn isu ini .

Ia diketuai bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa, Dato' Dr Hassan Ahmad. Turut serta beberapa tokoh sasterawan negara. Himpunan ini agak lain dr demo2 sblm ini kerana ia dihadiri tokoh2 akademik. Ya lah..sebut demonstrasi yg terlintas di fikiran kita pasti anjuran parti pembangkang melibatkan isu politik negara.


Tapi ini bkn isu politik, ia isu bahasa dan anak bangsa. Umum mengetahui tuntutan2 GMP yg paling utama iaitu menggesa kerajaan menghentikan pengajaran kedua2 subjek ini di sekolah. Sudah tujuh tahun ia dilaksanakan, namun pencapaiannya 'suam2 kuku'. Anak-anak kita masih terpinggir malah kita sudah letih mendengar hasil2 dari perbincangan meja bulat yg menyakitkan hati.

Jika dianjurkan parti pembangkang pasti jawapan/ulasan yg diterima menyakitkan tapi rupa2nya situasi tetap sama. Mereka masih prejudis dgn mengatakan perhimpunan ini didalangi pihak tertentu di belakang GMP! Kenapa masih berburuk sangka? Mereka ahli akademik, pakar bahasa, mereka tahu betapa rosak dan rendahnya martabat bahasa apabila ia tidak lagi digunakan dlm pengajaran di sekolah. Mereka berjuang atas kesedaran sendiri tanpa ada suntikan dr mana2. Sudah2lah dgn keegoan sendiri, terimalah hakikat bahawa ia mesti dihapuskan segera. Tidak salah kita mengakui kesilapan untuk masa depan generasi akan datang. Kasihanilah mereka yg terangkak-rangkak memahami fakta sains & matematik ini. Ibu bapa di rumah bertambah pening memikirkan cara terbaik utk mengajar anak2. Bg yg berkemampuan byk inisiatif blh diambil, bgmana dgn keluarga yg rezekinya umpama 'kais pagi makan pagi, kais ptg mkn ptg'?

Sepatutnya 'mereka' perlu mengkaji kaedah pengajaran yg diamalkan negara luar. Tak perlu pergi jauh, di Malaysia ini pun ada. Di mana, sistem apa? Yg saya maksudkan ialah Pusat Perkembangan KUMON, iaitu sistem pengajaran yg diasaskan di Jepun. Saya lihat sistem ini amat bagus utk perkembangan anak. Ia melatih tubi kebolehan anak. Cuma dua subjek di sediakan di sini iaitu Matematik & English (pelajar boleh pilih). Cuma bayarannya agak tinggi iaitu RM120 utk satu subjek. Nampaknya Kementerian Pelajaran kena belajar dr pengasas Kumon sbg persediaan utk menggantikan PPSMI!

Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•8:47 PM
Balik kerja jumaat lepas, buka pintu terus Afiqah menunjukkan 'surprise' pd saya. Ha..seekor kucing putih gebu! Rupa2nya ptg tu, kwn saya, Kak Safiah menghantar kucing ke rmh. Apalagi, seronok benor 3 beradik tu...Saya yg telefon Kak Safiah, mintak rekemen kot2 ada kwn2 yg nak bg kucing utk mengubati luka lara anak saya dek kehilangan Manja dulu...Tak sampai hati saya tgk 'Awatef menangis 3 mlm berturut..!




Kehadiran Manja Uteh (1st name mesti 'manja') menambah keceriaan kami. Bulunya yg putih melepak dan sepasang mata hijau & birunya yg menawan menjadikannya kesayangan bdk2 tu. mcm double standard la pulak sbb layanannya melebihi kucing2 sblm ni. Afiqah siap nak beli sangkar, takut dia merayap & dicuri org. Mula2 mmg dia takut, asyik menyorok di bwh meja. Skrg dah 3-4 hari ni ok sikit...Walaupun pd mula dulu saya tak berapa setuju tp bila depa ni dah pandai 'membuang' dan tak mengotorkan rmh, rasa mcm ok jgk...Sdgkan Nabi s.a.w menyayangi makhluk Allah ini, saya fikir apa salah jika kami pun menuruti jejak baginda.
Teringat saya dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.

Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Beliau menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).

Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing. Kita pulak camne?
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•5:48 PM
Khamis lalu (5/3/09) saya ke Parlimen atas jemputan Ahli Parlimen Rantau Panjang, YB Zailah Yusof (Kak Lah). Saya pergi bersama pembantu peribadi beliau, Salwati dan rakan sepejabat, Kak Ar. Agak lama juga saya tidak ke Parlimen, akhir sekali kalau tak silap saya tujuh tahun lalu ketika bertugas di Muslimah. Mengenangkan sudah lama saya tidak ke Parlimen, maka kali ini saya mengambil kesempatan utk mengikuti perjalanan dewan bersidang. Tambahan bkn sekali dua Kak Lah menjemput kami, tak sampai hati pula nak menolaknya kali ini.

Seperti biasa suasananya masih sama walau susun atur dewan tlh berubah. Pd pandangan peribadi saya ahli2 yg berhormat ni kalau duduk dlm dewan tak mcm Yang Berhormat pun...ejek mengejek..tak ubah mcm bdk2. Rasa2nya ahli mini Parlimen kelolaan Pak Cik Jamal lbh beretika! Tambah menjelekkan bila menteri yg bertanggungjawab tdk menjawab soalan, spt soalan Kak Lah ketika menteri agama membentangkan isu halal Jakim. Beliau menerangkan pasal prosedur cop halal, Kak Lah bertanya pula bgmana dgn halal haram membabitkan hiburan, pemakaian, minuman keras, pusat perjudian dsb, dgn selamba dia menjawab bknkah tlh diterangkan pd awal tadi dan siap perli lg Kak Lah agaknya duduk di luar semasa dia membentangkan tadi. Amboi..senangnya bg jawapan utk memudahkan kerja dia! Padahal dr awal memang dia tak sentuh langsung bab itu melainkan halal membabitkan makanan saja.

Itulah bahananya jika Islam diambil separuh2. Atas kepentingan peribadi, terpaksa disorok perkara yg benar dan jawapan pula terpusing2. YB Dr. Lo'lo' (MP Titiwangsa) dan YB. Ust Taib Azamuddin (MP Baling) pula mempersoalkan isu musawah yg baru berlangsung dan kedudukan Sisters In Islam yg nyata semakin berani dan mengelirukan. Spt biasa jawapan dr menteri berkenaan masih dlm sambil lewa, beliau berkata musawah tersebut dlm pemantauan sedangkan bg kita SIS tdk perlu lg dipantau sebaliknya haramkan saja penubuhannya!

Slps mkn tengahari (terima kasih YB belanja & gift tag parlimen tu...) kami berkesempatan menemui wakil muslimat PKS (Parti Keadilan Sejahtera) Indonesia. Mereka menemui YB Dr. Lo'Lo' utk membincangkan isu berkaitan wanita. Mereka diketuai Dr. Pinta (ketua muslimatnya). Antara isu yg dibincangkan ialah masalah muslimat Indonesia yg bekerja sbg pembantu rumah di sini. Kak Lah menceritakan satu kes yg baru diterimanya iaitu seorg pembantu rumah yg lari dr majikan (bkn Islam) krn mjd mangsa perkosaan majikannya. Menurut Kak Lah lagi, gadis itu mengalami trauma yg amat sangat.
Perbincangan yg berlangsung kira2 40 minit itu turut disertai beberapa ahli Parlimen yg kebetulan berada di situ.
Di sebabkan masa yg agak terhad saya tdk dpt mengadakan sesi temubual dgn mereka. Saya bercadang utk mengadakan pertemuan dgn Dr Pinta dan rombongannya utk membincangkan isu wanita Indonesia dan peranan PKS dlm politik Indonesia. Insya Allah ia akan disiarkan dlm Muslimah akan datang...





YB Nurul Izzah turut serta, disebelahnya Dr Pinta
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•7:15 PM
Alhamdulillah, setelah begitu lama menyimpan hasrat utk mempunyai blog sendiri akhirnya tercapai juga. Semestinya aktiviti utama saya di awal pagi melayari internet (esp website politik) dan blog2 tertentu. Hari ini saya pula berjinak utk bergelar blogger! Ramai juga teman2 yg bertanya bila nak start ada blog sendiri? Bila mengenangkan kekangan masa membuatkan saya terfikir apakah saya mampu menghasilkan yg terbaik? Mengambil jalan mudah, saya mendapat idea utk menghasilkan blog berkaitan perniagaan saya di selang selikan sedikit kisah-kisah peribadi dan isu semasa utk sedikit kelainan. Untuk pertama kalinya, perasaan itu agak teruja.

Kadangkala saya terfikir, mampukah aku meng'update' blog ku ini? Dgn kerjaya sbg petugas parti, editor Muslimah, businesswoman (cewah!-kecil-kecilan je la..) isteri dan ibu menuntut komitmen yg amat tinggi. Namun memikirkan ramai lagi yang lebih sibuk dari saya boleh melakukannya, saya termalu sendiri. Lihat saja Ust Hasrizal, empunya blog Saifulislam.com, walaupun aktivitinya padat sepanjang hari, beliau masih berkesempatan menulis sebagai salah satu medium dakwahnya. Apalah sangat nak dibandingkan dengan saya...

Mempunyai blog memang bagus. Ia melatih kita untuk menulis dengan baik. Menerusi blog kita bebas mengutara pandangan dan berkongsi cerita. Blog juga menambah bilangan rakan kita. Namun ada juga yang menyalahgunakan blog, kekadang bertikam lidah sesama sendiri. Tidak setuju dgn pandangan si polan, di hentam pula dlm blog nya...tak elok lah begitu...
Nur Afiqah Collection ialah koleksi busana muslimah yg saya miliki. Bermula utk kegunaan saya sendiri, akhirnya saya mengambil keputusan utk menjualnya Alhamdulillah, hampir sepuluh tahun menceburi dunia perniagaan ini, saya semakin mencintainya. Saya semakin bersemangat selepas menemubual Pn. Hjh. Anizah Zainuddin, pemilik butik kanak-kanak al-Amin Kids. Beliau ingin melihat ramai orang Islam menceburi bidang perniagaan. Menurutnya lagi setiap orang Islam mesti menyimpan hasrat utk bergelar jutawan muslim utk memperkukuhkan ekonomi kita. Bukan sekadar kaya tetapi jutawan yg dermawan terhadap kerja2 Islam. Malangnya dunia perniagaan hari ini byk dipelopori bangsa lain, orang Islam lbh selesa makan gaji. Kita beranggapan utk berniaga memerlukan modal yg banyak, sedangkan ia boleh bermula walau dengan modal RM50! Dunia perniagaan mengajar kita erti kesabaran, memahami konsep rezeki dan sentiasa berfikir utk melakukan pembaharuan & kelainan terhadap produk kita. Saya mengkagumi peribadi isteri kesayangan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Bukankah beliau seorang jutawan, usahawan dan dermawan yang banyak menyumbang kpd usaha dakwah baginda.

Semoga usaha ini mendapat sokongan dan pandangan dari sahabat sekalian. Saya insan kecil yg baru berjinak dlm dunia ini dan mula merasai kemanisannya. Dan yg amat menggembirakan apabila pelanggan berpuas hati dengan produk saya...Selain menambah pendapatan, ia adalah usaha saya menggalakkan muslimah mengenakan busana menutup aurat...Allahu Aklam...
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•6:57 PM
4/3/2009 - Hari kedua saya berposting di blog ini. Tp entah bagaimana utk saya memulakan kisah ini yg mungkin pd org lain tiada maknanya ttp bg saya ia cukup mengesankan.


Ia cuma kisah seekor kucing peliharaan saya yg diberi nama Manja ..atau nama sebenarnya Manjalara..Ia berwarna putih bertompok kelabu. Saya mengambilnya ketika pulang dr rumah kakak selepas mengambil anak bongsu saya, Afwan. Kerana ia asyik mengekori kami, anak-anak meminta utk membawanya pulang utk dipelihara. Sememangnya saya peminat setia kucing dr kecil, cuma sejak berkahwin dan mempunyai anak saya tlh pun melupakan minat saya ini. Cuma thn lepas, saya mula kembali berminat membela kucing, itupun krn kucing2 itu yg dtg ke rumah. Kucing pertama juga bernama Manjalara, berbulu oren dan mempunyai sepasang mata yg amat cantik. Lama juga kami membelanya dr kurus kering hinggalah gebu comel. Malangnya ia hilang, tak tau sama ada dicuri, kemalangan atau di makan anjing. Memang kami anak beranak terasa kehilangannya ttp bkn spt perasaan ketika menghadapi 'pemergian' Manja (kelabu ) ini. Slps kehilangan Manja (oren) kami membela pula 2 ekor kucing lain iaitu Conan & Kitty. Tapi kedua2 juga hilang dan hanya sempat bersama kami tidak sampai sebulan! Berbalik kpd Manja (kelabu ) ini...(saya cuma lampirkan gambar seekor kucing seakannya yg saya ambil dr website) krn saya tidak mempunyai gambarnya...manja seekor kucing yg aktif.

Telatahnya menghiburkan kami sekeluarga. Suami kurang berminat dgn kucing ttp memberi sepenuh galakan kpd kami. Katanya jaga ia dgn baik krn ia juga makhluk Allah. Anak sulung, Muhd Ahnaf juga menyayanginya, cuma jarang bermain dgnnya. Peminat @ kakak angkatnya ialah anak kedua, Nur Afiqah. Dia yg memberi makan, mengingatkan saya ttg stok ikannya dan jadual mandinya. Balik sekolah mesti dia menjenguk Manja, dibelai dan di dukungnya sambil bercakap2 dgnnya. Yg ketiga, Nur 'Awatef, cuma usap sekali sekala, saya tdk begitu menggalakkannya krn beliau menghadapi asma. Dan si kecik, Afwan Imran (4 thn) walaupun lasak tp takut dgn si Manja. Dia cuma mengintai dr celah grill, bila Manja dtg ke arahnya, lintang pukang dia lari.

Rutin harian kami berjalan spt biasa dan di hujung minggu kami lbh byk masa dgn Manja. Jika blk ke kg, kami akan tinggalkan di rumah kakak atau meninggalkan kunci kpd kawan dan berpesan utk memberikan Manja makan. Saya akan menyiapkan stok ikan rebus di dalam peti. Hinggalah pd penghujung Januari lalu Manja diserang sakit mata. Afiqah akan mencuci matanya setiap kali balik dr sekolah. Saya spt biasa memberinya makan. Slps dua minggu, sakitnya tdk berkurang. Saya tdk risau sgt krn menganggap ia biasa pd kucing. Tambahan Manja yg aktif keluar bermain sepanjang hari, bercampur dgn kucing2 lain. Hinggalah masuk ke minggu ketiga matanya semakin kronik. Afiqah semakin panik. Saya sendiri tiada pengalaman menghadapi situasi ini. Saya berikhtiar, membuka laman sembang di internet di kalangan peminat kucing. Ada yg bercerita pengalaman mrk menghadapi kucing yg sakit mata. Salah seorang dr mrk menggunakan ubat sakit mata di farmasi, katanya ia sesuai dgn kucing. Ada yg mencadangkan spy membawa ke klinik veterinar.
Saya berbincang dgn suami, memandangkan situasi masa yg tdk sesuai kami mencuba dulu membeli ubat titis mata di klinik. Dlm seminggu masih tiada perubahan. Suami meminta utk membli ubat di klinik haiwan, ttp tdk boleh krn syarat mesti membawa 'pesakit'nya. Disebabkan susah utk membawanya ke klinik, hasrat itu tertangguh lagi. Afiqah bertambah risau, setiap hari meminta kami membawa Manja ke klinik. Hinggalah semalam (3.3.09) Manja semakin kronik. Matanya bernanah, tertutup. Saya menelefon suami menceritakan perihal Manja.

Suami mencadangkan kami membawanya pd sebelah mlm, malangnya klinik tutup di sblh malam. Sblm tidur mlm, tiba2 Afwan berlari ke arah saya mengadu Manja tidur di bwh katil dan dia hampir terpijak! Patutlah sepanjang petang saya mencarinya tiada, rupanya di bwh katil. Keadaannya cukup lemah, hati saya amat sayu. Terbayang telatahnya ketika sihat dulu. Kami amat merindui telatahnya. Hati saya berbisik , Ya Allah, selamatkanlah Manja. Saya tdk sampai hati utk meletakkannya tidur di luar. Lalu saya mengambil surat khabar dan tidur di ruang dapur kedua. Saya berbaring di sebelahnya. Sambil mengusap badannya saya berdoa semoga Allah mengampunkan saya krn membiarkan keadaannya sebegitu.
Sambil berbaring memerhatikannya, tiba2 Manja terjaga dan mengerang sambil menggaru2 matanya. Astaghfirullah...dia sakit! Anak2 keluar dr bilik. Saya memanggil suami. Sambil berpusing2 dia mengerang. Anak2 meraung. Saya ikut menangis krn melihat dia menggelupur kesakitan ttp tdk tahu utk berbuat apa. Suami juga tak tahu nak buat apa. Ahnaf spontan mengambil wuduk & terus membaca Yasin sambil menangis teresak2.

Saya benar2 panik dan terharu melihat kesungguhannya. Saya tahu niatnya murni, dia ingin selamatkan Manja dan menyerahkan kpd Allah SWT. Selesai baca Yasin, dia membaca salawat syifa' (kebetulan kami mmg mengikuti cerita Anak Betong setiap mlm, dipraktikkannya doa itu utk Manja). Situasi mlm tadi benar2 mengharukan. Afiqah & Awatef tersesak2 berpelukan. Tdk sampai hati melihat keadaan Manja & anak2 aku meminta suami agar meletakkan manja di luar. Rupa2nya dlm dia mendakap Afwan, saya juga terlihat linangan air mata di pipinya. Dia kata tak tergamak utk mengangkat Manja keluar, dia menyuruh saya, katanya hati saya lg kuat...
Saya kuatkan semangat membawa Manja keluar, sambil mengusap kepalanya, saya memohon maaf daripadanya. Saya memintanya bersabar krn pagi esok kami akan membawanya ke klinik.
Pagi ini, ketika bersiap ke sekolah, mereka semua mengingatkan saya utk membawa Manja ke klinik. Awatef mengejutkan saya jam 5.00 semata-mata utk mengingatkan saya membawa Manja.

Pukul 9.00 pg saya bersiap utk ke klinik. Manja saya balutkan dgn kain tuala kecil. Utk mengelakkan jammed, kami menaiki motor. Saya memangkunya di belakang, dia cuma duduk diam, cuma sesekali meronta, saya masih blh mengawalnya.

Setibanya di klinik dan mendaftar, saya bertemu doktor. Beliau terkejut melihat keadaan Manja, katanya telah teruk. Virus tlh menyerang keseluruhan matanya dan memasuki otaknya. Masya Allah, terpana saya mendengar kata2nya. Saya bertanya tdk ada rawatan utk mencuci matanya? Dia kata mata Manja sudah rosak. Hanya 2 cara, sama ada dikorek mata dan Manja akan buta atau diberi suntikan utk mematikan Manja! Aku dan suami terpaku. Astaghfirullah...apa yg sudah kami lakukan ini! Apa yg perlu kami ckpkan pd anak2 bila mrk bertanya nanti?

Kami bertanya Dr tersebut jika kami ingin terus menjaganya, bagaimana? Menurutnya, virus sudah menyerang otaknya, dia sudah tdk blh menerima makanan lg..keadaannya sudah kronik. Suami menelefon seorg ust bertanya pendapat & hukum. Menurut ust tersebut seandai memudaratkan kami dan Manja, ia tdk salah. Suami minta saya reda, niatkan saja ini cara utk kami tdk terus membiarkan dia menanggung kesakitan. Saya terus menangis, tdk mengendahkan Dr & kakitangan di situ lg. Saya cuma terbayangkan betapa terseksanya Manja & harapan anak2 ketika pulang dr sekolah nanti. Setelah berbincang dgn suami, setengah jam kemudian kami meminta izin dr Dr utk melawat Manja. Sayangnya, ia sudah terkulai...pergi mengadap Pencipta-Nya. Saya mengusap2 kepalanya, tdk tahu utk digambarkan perasaan ini. Perasaan bersalah benar2 menghantui kami.


Suami menenangkan saya dan meminta kami mengambil iktibar dr pengajaran ini. Sesungguhnya biarpun ia bkn manusia ttp ia juga memerlukan rawatan spt manusia. Dia juga makan, minum dan sakit spt manusia. Sekalipun saya biasa menghadapi kehilangan kucing sblm ini ttp pemergiaan Manja dgn cara begini di depan mata saya benar2 meruntun naluri halus saya...Saya tdk tahu mengapa terlalu sensitif ttp saya bersyukur krn saya & anak2 masih mempunyai sifat kasih syg yg begitu tebal terhadap haiwan peliharaan kami. Suami meminta agar kami terus menjaga kucing selepas ini dan menjaga dgn sempurna. Walaupun dalam beg tangan saya sentiasa tersedia kamera, tetapi saya tdk sanggup mengambil gambarnya. Biarlah hanya gambar yg membawa cerita gembira shj dipaparkan di blog ini. Saya tdk sanggup mengambil gambarnya terkulai dgn mata tertutup & bernanah di paparkan di entri ini....

Ya Allah, Engkau ampunkan dosa2 kami....Buat Ahnaf, Afiqah, 'Awatef dan 'Afwan, sesungguhnya Allah lbh menyayangi Manja...maafkan Umi & Abah atas segala yg berlaku ini....