Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•9:23 AM
La ni fikiran tengah merapu! Ala...sekali sekala, apa salahnya kan? Asyik post isu je...hehehe...
Tentu teman2 perasan kat side bar saya ni ada tambah gambar saya & habibi, Mr. Anis kan? Al-kisahnya, malam semalam dia baca blog saya. Kebetulan saya lalu, dia kata....
"Letak le gambar kita....tak ada langsung gambar saya...Budak2 aje ada..."
Ish..ish...sentimental juga pakwe saya ni rupanya. Saya cakap la ingat ni blog baju pd awalnya, lepas tu ada satu entri saya ceritakan kisah anniversary kami & letakkan gambar. Tapi saya terlupa yang lama2 entri tu jadi older post!
Bukannya apa, kami ni dua2 jenis kurang gemar sangat berposing. Saya? Lagilah...Kalau sipi2 atau blur2 tu boleh la...
Saya pun add la gadget di depannya...ambil gambar masa raya tahun lepas di rumah mertua. Ahnaf yg tangkap. Bukan senyum sbb bergambar tapi gelak dengan telatah Afwan yg mengacau abangnya tengah snap gambar!
Masa add tu saya tulis caption....Merajuk gambar dia tak de! Kabut dia kata jangan nanti orang baca. Saya kata tak apa....(sebenarnya saya nak delete la lps tu, slps view blog!)
Siap mengayat lagi tu....Uhibbuk! ( I love U lar...)
Ye la...bussinesman mcm dia mana ada masa nak layan blog2 ni! Tu pun kira ok la mlm tadi sempat jugak dia buka blog saya! Ni pun tgh buat entri ni dia takde! hehehe....entah bila pulak dia nak baca entri saya menyakat dia ni...ha...ha...ha...
Saya rajin pun sebab esok cutiiiii!!!!!
Selamat Hari Pekerja!!!! Surirumah pun anda adalah pekerja!!!! So esok kita rehat!!!!!!
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•12:32 AM
Minggu ni tepat dua minggu Abg Ahnaf mengikuti kelas tusyen di kawasan perumahan kami. Sblm ini dia mengikuti kelas di sebuah pusat tusyen yg baru dibuka tetapi selepas tiga bulan dia mahu berhenti dengan alasan suasana pembelajaran di sana tidak memberangsangkan.

Sebolehnya saya tdk mahu memaksanya. Biarlah dia belajar dengan hati yg tenang. Sebelum itu dia selalu bercerita tentang kawan2nya yg mengikuti kelas di perumahan kami itu. Menurut kawan2nya guru tersebut garang, tapi teknik pengajarannya bagus.

Akhirnya dia sendiri memberitahu saya yg dia setuju utk belajar di situ. Saya tanya, tak kisah ke kalau gurunya garang? Dia bersedia katanya...Setelah seminggu mengikuti kelas, ternyata gurunya bukan garang sangat, cuma tegas sahaja. Semestinya dalam memberi ilmu, guru perlu tegas, supaya pelajar tidak naik lemak. Menurut Abg lagi setiap pelajar mesti memahami setiap subjek yg diajar. Mereka dilatih menyiapkan latihan sehingga memperolehi jawapan yang betul. Maknanya jika jawapan seseorang itu salah, dia akan membuat latihan sehingga memperolehi jawapan sebenar.

Saya amat bersetuju dan memberi sepenuh kebebasan kpd anak sulung saya ini. Masa di tahap satu memang saya memantau pelajarannya, tetapi setelah dia berada di tahap dua, tahap kesabaran saya amat teruk. Saya tidak sabar melayan kerenahnya. Tidak menumpu, bersembang, bergaduh dgn adik2, dan byk lagi lah yg membuatkan hati saya... hmm...

Saya membenarkan dia mengikuti tusyen utk membolehkannya belajar dlm suasana aman, dikelilingi teman2 yg sama2 membuat kerja sekolah dpd terus kena marah & leter dpd saya!

Satu mlm dia bercerita, ada seorang pelajar di kelas tersebut amat lemah. Bkn setakat pelajaran yg memang susah (of course math & science la...) tapi BM pun dia lemah.

"Cikgu tu pukul kepala dia, Mi..."

"La...betul ke? Kalau marah atau rotan je takpe la...kepala ialah tempat terkumpulnya ilmu, mana boleh main ketuk suka hati aje..." balas saya.

"Tu la, budak2 lain pun gelak je. Abg diam je, kesian dia. BM pun dia tak pandai..."

"Budaknya macamana? Mesti pendiam kan?"

"Ha ah.."

"Itu maknanya dia malu. Dia malu dibuat mcm tu dan orng ketawakan pula..."

"Abg, macamana?"

"Abg budak baru. Mana ada kena apa2."

"Kalau teacher tu sentuh kepala, cakap je kepala anggota yg mulia, bukan utk diketuk. Kalau teacher nak rotan, tak apa. "

Hati saya amat tersentuh setiap kali mendengar anak2 bercerita perihal kawan2 sekolah yang lemah tahap akademiknya. Afiqah pernah bercerita ttg seorang teman sekelasnya, perempuan, warga Indonesia, lemah di dalam kelas.

Saya menasihatinya; "Tolong dia buat kerja sekolah, ajar sampai dia faham. Jgn hina dia, kasihan mak ayah dia. Tentu mereka sedih kalau kawan2 mengejek anak mereka."

Saya pernah mengikuti perbualan jiran saya, antara seorang guru dan ibu yang mengeluh perihal pengasingan kelas (yg lemah, cerdik dan....saya tak berapa pasti sbb semua saya sekolah swasta).
"Ida mengadu dia kena campur dgn budak lemah dalam kelas sebab periksa hujung tahun keputusannya menurun. Susah nak belajar katanya." kata si ibu.
"Memang tak boleh buat apa dah kalau budak2 kelas corot tu. Tak tau apa. Memang tension kalau dapat ngajar kelas tu..." balas si guru pula. Apa persepsi mereka mengenai anak2 lemah ini?
Setiap tahun akhbar cuma melaporkan berita kejayaan pelajar cemerlang. Memang ia baik sbg motivasi kpd pelajar2 yg bakal menghadapi peperiksaan utk tahun berikutnya. Tetapi apakah langkah kepada pelajar yg corot / lemah? Memang ada institusi kemahiran utk mereka selepas tamat persekolahan ttp bagaimana layanan yg diberikan kpd mereka ketika sesi pembelajaran?
Tdk dinafikan mereka dibiarkan duduk di dalam kelompok mrk, ada juga segelintir guru yg menggelar mrk dgn gelaran yg tidak sepatutnya. Mungkin guru2 tdk brsetuju dgn pendapat saya, tetapi ia realiti yg pernah berlaku di depan mata saya sendiri. Mereka didenda berdiri dlm kelas, disebut lembab, bangang dsbnya. Mungkin ketika itu umurnya baru 9 atau 10 tahun tetapi dia juga mempunyai perasaan spt kanak2 lain.
Situasi ini menyebabkan mrk tidak minat belajar. Sudahlah tak faham pelajaran di sekolah, kena marah, di rumah ibu bapa juga tak faham, nak hantar kelas tambahan, keluarga pula susah. Pernahkah kita terfikir apakah dilema kanak2 sebegini?
Tdk dinafikan profesion guru adalah profesion yg mulia. Di era yg mencabar ini guru turut tertekan menghadapi kerenah pelajar masakini. Ia jauh berbeza di zaman dahulu di mana guru dimulia, disanjung dan dihormati. Di zaman canggih ini murid sudah berani menampar dan menyaman guru!
Tiada kerja yg mudah di dunia ini. Kita memilih profesion menurut minat, kelulusan dan sumber pendapatan. Jangan dibiarkan generasi ini terus terkontang kanting, mrk perlu dahan utk berpaut. Insya Allah berkat kesabaran kita mendidik dan mengasuh mereka, besar ganjaran-Nya nanti.
Saya sering terfikir mengenai anak buah sebelah abg ipar saya. Berusia 9 tahun, kematian ibu ketika dia baru berusia 4 tahun. Bapa berniaga di pasar. Kini menumpang di rumah bapa & ibu saudara. Masih belum boleh membaca. pernah saya mengutarakan kpd anak2 saya.
"Nanti ajak la ...... datang rumah. Umi ajar ia membaca." (ketika itu dia darjah 2)
"Payah la Mi...dia tu nakal, degil, malas, nak main aje..." balas anak2 saya.
Sayu saya mengenangkan nasibnya. Hidup menumpang kasih dr satu rumah ke satu rumah saudara yg lain. Keluarga sendiri tdk memberikan kasih sayang. Sepupu pula asyik membuli dan memarahinya...Bagaimana nasibnya nanti?
Saya bersyukur kerana walaupun anak bukannya excellent spt Sufiah atau Adi Putra tetapi mereka mempunyai guru2, rakan2, persekitaran sekolah yg baik dan ibu bapa yang mengambil berat tentang persekolahan mereka. Setiap anak itu lahir dengan kemampuan tersendiri. Tidak ada istilah 'bodoh' atau 'bengap' pd mereka. Mereka bolah dilentur, dididik dan diasah minda mereka. Terpulang kpd cara dan usaha kita bagaimana...
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•6:56 PM
Hmm...hampir seminggu saya menyepikan diri. Banyak perkara yg perlu dibereskan dlm tempoh tersebut. Antara sebab utama ialah saya melahirkan 'anak' kedua. Nurafiqah Collections kini tlh terbahagi kpd dua iaitu blog peribadi (Menyelusuri Sebuah Perjalanan & Nur Afiqah Collections). Kiranya bg sesiapa yg ingin membaca catatan saya boleh ke blog pertama dan jika ingin mencuci mata melihat koleksi produk saya boleh pula ke NAC. Kepada Mek Za yg pernah tanya apasal blog bisnes tapi byk kisah kucing...pas ni hang boleh bukak NAC lak no...

Jutaan terima kasih diucapkan kpd adik shammujahidah yg banyak membantu 'menggudik' blog ini. Sudilah terima pemberian yg tak seberapa dari akak ni ye....

Cute kan kucin2 ni...yg besor tu Sham yg kecik tu akak...hahaha...jange mare!

Bermakna sekarang saya perlu bijak membahagikan masa utk memberi perhatian kpd kedua2 blog saya ini. Nampaknya semakin sibuk lah saya...

Dalam masa yang sama, saya bersama family bercuti ke Kelantan. Sementelah Cik Anis menerima jemputan sahabatnya, dia mengajak kami bersama. Kepenatan masih terasa, maklumlah perjalanan yg jauh dan menguruskan berbagai urusan di sana memang amat meletihkan.

Dan, sebelum ke Kelantan saya sempat mengunjungi Pesta Buku. Saya membeli buku anak2, kamus, biografi beberapa tokoh dan novel Setiap Jumaat karya Kak Norhayati Berahim (Sorry, Kak Yati, saya tak sempat berjumpa lama dgn akak). Biasa la saya, kalau first time berjumpa tu mmg agak blur sikit...apapun terima kasih utk Kak Yati, Kak Lily & Kak Ros yg begitu peramah dan masih berkesempatan melayani saya walaupun mereka mempunyai ramai lg peminat yg perlu dilayan...

Insya Allah, saya akan upload gambar selebihnya kerana kamera tertinggal kat rumah pulak...esok je la layan gambar ye...ari ni ada hadiah untuk Sham je...

Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•6:59 PM

maaf laman ini dalam proses penyelenggaraan.
segala kesulitan amat dikesali :(
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•7:53 PM
Maaf Kak Ain lewat ambik award ye...fuyoo.. byk nye...saya pilih dua ni ye..thanx ye coz bg kat saya....
(pilih yg pink je lak tu..feminin tul...)



Dan menjawab 2 tag yg juga tertangguh...dr Sham (mujahidah...hmm..tak abis honeymung lg nih...)

One picture that I love...



Bila kali terakhir makan pizza?
2 minggu lepas...beli kat pasar malam..pizza hut dah lama tinggalkan...

Lagu terakhir yang anda dengar?

Sunnah berjuang (Ahnaf tgh pulun berlatih kat umah)

Apa yang anda buat selain selesaikan tag ni?

Menyiapkan keje opis ...

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dengan nama apa?

Ainisrafie (combine my hubby & daddy...!)

Tag lagi lima (5) orang. Soalan seterusnya adalah kaitan dengan orang yang anda tag.

Hmm...masalah tul bab tag2 org nih...kwn maya ni ciput lg lar...

1) Kak Nik

2) Kak Mawar

3) Riz

4) Kak Ain

5) Kak Zara

No. 1 pada anda?


Minah hepi go lucky


Orang No. 3 ada hubungan dengan siapa?


Ngan org no 1 jgk...(ntah baca ke dak mamat sorang nih.heheh)


Sesuatu mengenai No. 5


klasik & misteri...


Orang No-4…


Caring...


Siapakah No. 2?

Teman cyber saya, nice to meet u...


Ok...Sham, akak dah jwb ek...ok la kot jawapan2 tu dak?


Yang ni pulak dr Kak Nik...

1) Nama timangan/family

Chu, Milah, Umi

2) Anda seorang yang

Pendiam... low profile (kunun2)

3) Insan istimewa dan kenapa dia teramat istimewa

Pastinya 'mak' yg telah melahirkan den...terlalu byk duka & kesedihan yg dilaluinya...


4) Lagu kesukaan sekarang

Ayat-ayat cinta (jiwang tuh!)

5) Warna kegemaran

Hijau (menyegarkan mata)

6) Benda wajib dalam handbag

Handphone, wallet, buku catatan wartawan, mp3, kad media, business card, pen, buku bank, kunci rumah, compact powder & lip gloss (kdg2 kertas kecik2 pun ada...). Tu pasal handbag mesti saiz L punya...

7) Kali terakhir menangis?

Alamak...tak ingat...sejak menjak ni dah lama tinggalkan aktiviti tangis menangis nih, tp rasanya slps marahkan my hero tu kot...

8) Tag ramai2 rakan anda

Ala...kita tak ramai geng tetingkap lar...

a) sham
b) riz
c) kak mawar
d) kak ain



Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•11:02 PM
Balik kg baru ni saya sempat bertemu bakal menantu! Hahaha....cucu jiran depan rumah. First time tgk saya dah geram...lupa pulak tanya namanya... 2thn lebih...Biasala saya, bila jumpa budak2 comel ni, saya mesti cubit pipi...kalau anak sendiri harus saya gigit2 tangannya..geram!!!
Kalau saya jumpa Qaisara anak Kak Yati pun, mesti saya cubit2 pipinya...dah memang habit....
Malu2 dong ah pulak....


















Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•10:57 PM

Alhamdulillah saya selamat pulang ke kampung di Manjung, Perak. Melepaskan kerinduan terhadap ibu tersayang, Hjh Teh Azizah Hj Mohammad. Di usianya mencecah 70-an ini sudah nampak tanda keuzuran pd dirinya. Sakit lututnya masih belum berkurang.

Ibu saya ni peramah orangnya. Sifatnya tak melekat pd saya! Saya byk menurut sifat arwah ayah...Insya Allah saya akan cuba meluangkan masa untuk menziarahinya. Walau sesibuk manapun kita, cuba curi masa untuk menjenguk mereka yg telah banyak berkorban utk kita...


di stesen bas Jln Duta, sempat lg membeli ultraman!


Mengapa kanta ini masih berkaca

Sedangku telah pun terima di dalam redha

Segala kepahitan

Pengalaman menjadi penawar

Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda

Bilakah akan ku kecapi kasturi

Penebus maruah

Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah

Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa

Sejuta haruman

Kini menjadi penjara jiwaku

Yang merindukan ketenangan

Duhai bonda

Hari-hariku kini berlalu

Bagaikan bahtera

Tanpa layar dan kemudi

Bonda

Akhirnya terbongkar jua rahsia

Tangisan dan gurindam

Keramat kasih sayangmu

Bonda

Saat dan pertemuan semula

Kita kali ini

Akan ku abadikan

Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda...bonda








Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•5:26 AM

Takde nak post apa cuma nak bagitau kita nak balik kg...so blog ni pun cuti la 3 ari...heheh....asyik busy je, dah lama tak jenguk bonda di kampung....ni pun balik dengan Afwan je...naik bas....ok...bye...bye...

















Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•7:11 PM
Pukul 4.30 petang semalam saya menerima sms berbunyi:
"Assalamualaikum, nie kak lydia tadi kena pergi ke mahkamah syariah di kuala langat utk memfailkan dan utk mendgrkan ttg lafaz cerai dan wang serta barang mas kahwin serta cincin yg dato ada memintak lydia pulangkan balik semuanya barang2 itu yg akan di dgr dan di sebutkan di mahkamah pd 30hb nie tidak jadi diatas sbb yg tidak blh dielakkan oleh pihak hakim jadi kes lydia akan di dgr pada 5/5 jam 9.00 di mahkamah yg sama ok...Pd lydia perkara perceraian lydia dgn "DATO" azhar tak menjadi masalah dan tak menjejaskan apa2 jua ttg diri dan rezeki serta keadaan lydia...Hari ini adalah hari yg paling gembira sekali buat lydia sekali kerana hari ini adalah harijadi lydia yg ke 43 dan hadiah yg istimewa yg lydia dpt adalah hadiah "Perceraian" dari "DATO" azhar ok...Dan jugak pd 5/5 dan 6/5 adalah harijadi anak lydia yg pertama munira dan yg ke siti...jadi harijadi anak2 lydia jatuh pada hari lafaz talak di mahkamah dan hadiah yg anak2 dpt dari lydia adalah "Perceraian" daripada "DATO" azhar!!! Jgn risau hadiah ini yg anak2 lydia mahukan agar kami anak beranak dpt tinggal serumah bersama mcm dulu ok... Jgn lupa pada 5/5/09 pukul 9.00 pagi ok bye."
Habis membaca saya membalas, "Semoga Kak Lydia tabah menghadapi dugaan dr Allah ini. Mungkin ada hikmah di sebaliknya."
Tidak lama kemudian dia membalas, "alhamdulillah. tq. amin3x. takbir!!!3x"
Nombor yg tertera bukan yang ada dlm simpanan saya. Saya pernah menemubual beliau untuk Muslimah keluaran 211, pelakon Lydiawati. Ketika itu beliau baru saja mendirikan rumah tangga, tapi saya tidak mengetahuinya jadi temubual itu hanya berkisar mengenai kariernya sahaja. Ketika itu memang dia ada membawa seorang budak kecil dan memanggilnya 'mama', tidak pula saya bertanyakannya, bimbang jika ia sensitif atau pada tanggapan saya mungkin itu anak angkatnya.
Berita mengenai keruntuhan rumah tangga keduanya memang ada disiarkan di dada akhbar baru-baru ini, saya mengambil sikap mungkin setakat itu jodoh mereka...
SMS itu mungkin dikirim untuk semua press. Dari pemahaman saya ternyata beliau sedang tertekan dengan masalah rumah tangganya. Saya amat bersimpati dan meminta dia banyak2 bersabar dan memohon pertolongan dan petunjuk dari Allah SWT.
Sebagai selebriti mungkin dia memerlukan orang media seperti kami untuk mengikuti kesnya. Tetapi kami pengamal media Islam, punya landasan tertentu yg perlu diikuti. Jika kami mengikuti kes ini pun, mungkin kami akan ambil dari sudut perundangan dan hak wanita dalam perceraian. Bukan bercerita kesalahan di pihak siapa bukan juga mengorek sedalam-dalamnya kisah rumah tangganya.
Teringat ketika saya mengikuti kes perceraian pasangan (bkn selebriti) suatu ketika dahulu. Paparan kami ialah mengenai kelewatan mahkamah syariah dalam menyelesaikan kes perceraian sehingga menyusahkan pihak wanita. Sumber ini sebagai rujukan kes. Tidak semena-mena bekas suaminya menelefon dan mengugut kami, menyalahkan bekas isteri yang bercerita di media. Kami diumpamakan menyebelahi bekas isterinya.
Kami sedar, pengamal media seperti kami bukan menulis sekadar 'syok sendiri'. Menyedari MUSLIMAH adalah media wanita Islam, maka kami bertanggungjawab terhadap apa yang kami laporkan. Media Islam mesti jujur, ikhlas, seimbang dan berani menanggung risiko.
Suatu kisah yang dipaparkan bukan berniat untuk membuka pekung di dada tetapi mesti ada input yang positif untuk pembaca. Pembaca membeli untuk memperoleh ilmu dan kami menulis pula untuk mengembangkan ilmu.
Amat rugi kepada pengamal media jika tugasnya menambah porak peranda masyarakat. Saya pernah menonton satu rancangan yang asalnya untuk menziarah si polan yang terlantar sakit. Wartawan terbabit bertanya perihal penyakit suami. Isteri menerangkan serba sedikit. Bila isteri tiada di sisi, si wartawan dengan tidak beretikanya bertanyakan suami tersebut. Dengan penuh kepayahan (strok) beliau cuba gagah juga menjawab. Paling menyakitkan hati saya, si wartawan ini boleh pula bertanya sepanjang sakit ni isteri kedua tak jaga ke? Apa yang dia buat? Kenapa dia tak menjenguk...bla...bla...bla...Bayangkan dalam keadaan menziarahi pesakit mereka boleh lagi membuat provokasi. Rancangan ini bukan ditonton seorang dua!
Mengapa perlu mencampuri urusan rumah tangga orang dan menjadi tontonan jutaan manusia? Di manakah etika kewartawanan mereka?
Amat menyedihkan bagi mereka yang memilih kerjaya ini jika tugasnya hanya untuk bercerita hal berkaitan tepi kain orang...mencari kesalahan orang itu orang ini, mengapi-apikan sesama mereka....apa yang mereka dapat? Apakah rating diukur sebagai kemuncak kejayaan kerjaya mereka? Fikir-fikirkanlah...
Buat Kak Lydia, saya berasa amat bersalah kerana tidak mampu melakukan apa-apa selain mendoakan akak tabah menjalani kehidupan mendatang. Anggaplah ia asam garam kehidupan yang perlu akak tempuhi. Mungkin ramai lagi yang meghadapi situasi yang lebih teruk dari akak. Banyakkan berdoa kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui untuk hamba-Nya...Amin
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•5:51 AM
Tak pernah2 saya menulis entri time malam2 gini kat rumah...hehehe...semangat tu...biasa lps breakfast kat ofis...kenapa semangat benor ni?
Sebelum bercerita, saya nak ucapkan ribuan ucapan terima kasih utk Kak Nik, Kak Ain, Kak Yati & Kak Mawar yg prihatin dgn si Uteh tu...
Petang tadi pulang dari kerja, Ahnaf, Afiqah & 'Awatef ajak saya sekali lg mencari Uteh. Kami berjalan di lorong belakang rumah sambil memanggil2 namanya. Sekali pusing, masih hampa. Kami pusing sekali lagi, terserempak dgn Hj Ya, jiran tiga pintu dari rumah kami (Hj ni peramah & kelakar sikit orgnya)
"Dari mana?" dia menegur anak2 saya.
"Cari kucing. Dah tiga hari hilang." Ahnaf menjawab.
"Kecik, besar? Warna apa?" dia menyoal lagi.
"Putih. Lebih kurang mcm ni." jawab Ahnaf sambil menunjuk Mayau Oyen.
"Hmm...tak perasan pulak. Kami tak bela kucing. Tapi ada baru seminggu ni ada kucing beranak kat belakang ni. Nak ambillah sekali dgn mak dia". Dia mempelawa kami, ada tiga ekor anak kucing dlm kotak belakang rumahnya. Saya geli.
Panjang juga dia berbual dgn Ahnaf.
"Orang sebelah ni suka juga kucing, tapi tak ada bela rasanya". Dia merujuk kepada jiran sebelah rumah saya.
"Tapi, pagi tadi rasanya ada seekor kucing putih semua, main pasir belakang rumah kamu".
"Ha? Putih semua, tak kecil sangat?" tanya Ahnaf penuh minat. Hati saya pun dah mula menaruh harapan bila dia kata begitu.
"Ya, putih semua. Besar yg macam kamu pegang ni la. Main2 sini je tadi." Mungkin mula2 berbual tadi dia tak teringat ttg Uteh. Dah lama berbual baru dia perasan agaknya.
Kami meminta diri utk beredar dan mencari satu pusingan lagi. Maknanya dia ada di kawasan ini. Pusing2 masih tak jumpa. Kami ingin berjumpa Hj Ya lagi utk meninggalkan pesanan seandainya esok dia terjumpa lagi kucing tersebut kami nak suruh dia perhatikan matanya.
Pukul 6.30 hubby telefon tanya kami di mana. Saya pun menerangkan yg kami dlm misi mencari & menyelamat. Dia tanya kami dah jumpa Uteh ke, saya jawab belum. Dia menyuruh kami pulang, dah petang katanya.
Kami pun pulang ke rumah. Masuk ke rumah, Afiqah terkejut. Uteh ada di dapur! Menurut suami ketika dia pulang dia terdengar spt pintu dapur ditendang2 & suara kucing mengiau. Tak mungkin Mayau katanya sbb kami bawa dia bersama. Bila buka pintu dia terkejut krn Uteh di muka pintu. Dia memberikan ikan rebus kpdnya. Memang Uteh lapar sangat.
Memang menghairankan. Tiga hari berturut kami mencarinya langsung tak nampak bayangnya. Telahan saya mungkin dia sesat, tak ingat rumah kami. Namun saya terfikir, umpama dia disorokkan di dlm rumah seseorang. Masakan sepanjang kami mencari tdk ternampak langsung kelibatnya tetapi slps sahaja perbualan kami dgn Hj Ya, tiba2 dia muncul di pintu rumah!
Mungkinkah dia cuma berada di sebelah rumah kami? Dan ada yg mendengar perbualan saya bersama Hj Ya dan terus mengeluarkan Uteh dr rumahnya? Memang pelik...namun kami beranggapan mungkin mrk tidak tahu ia kepunyaan kami...ttp mengapa dia bermain (keluar) ketika kami bekerja dan anak2 bersekolah?
Huh...pening juga memikirnya! Apapun syukur Alhamdulillah Manja Uteh telah kembali ke pangkuan kami. Barulah ceria wajah si Afiqah tu! Dia kata pagi tadi dia tak boleh buat hafazan kat sekolah tadi, asyik teringatkan Uteh katanya. Fuh! naya kalu camni!!!
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•6:06 PM
Baca entri Kak Mawar ttg Cinonet, Ateh, Musang & the gang rasa jeles pulak. Nak jugak postkan story anak2 angkat saya tu, tp minggu lepas agak busy sikit, hold la dulu...







Gambar dah lama ada dlm kamera, cuma tak upload lagi...biasalah...tangguh dulu...
At last, pagi Sabtu lalu, spt biasa aktiviti pagi mesti bagi 'diorang' makan...yang ada cuma Mayau @ Oyen...Manja Uteh tak ada...jarang dia tak ada time macam ni. Namun saya berprasangka baik...mungkin sikit lagi dia masuk..(maklumlah, minggu lepas dia terlajak merayap, lepas makan mesti keluar).

Hingga ke petang suami bgtau dia masih tak ada. Saya dah rasa tak sedap hati. Kebetulan weekend ni byk pula aktiviti saya. Baru petang semalam (Ahad) saya sempat keluar bersama Afiqah mencari. Tanya jiran semua tak tahu, tak nampak katanya. Dengan panjang lebar saya menerangkan,

"Bukannya apa, dia lawa sangat, putih melepak, gebu, mata sebelah hijau, sebelah biru, memang kalau orang tengok mesti berkenan. Kesian dekat budak2 ni, depa sayang sangat..."

Nasib ada budak2 tu, boleh la saya cover line! Yang sebenarnya saya sendiri gundah memikirkan kehilangannya!

Hari ni tepat tiga hari dia tak pulang2...Geram betul saya memikirkan jika benar dia diculik orang...Takkan tak tahu ia milik orang, peliharaan orang. Budak2 dah bising bagi cadangan,

"Umi, suruh abah print gambar Manja, tulis WANTED...MANJA UTEH, letak nombor telefon rumah dengan gambar dia sekali..."

Lor...kena ikut ke cadangan diorang ni!!?

Apapun kpd yang mengambil atau terambil 'dia', tolonglah kembalikan semula, kami baru sebulan bersamanya...Please.......Kesian dekat budak2..semua tgh kesedihan tu....
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•12:09 AM
Hari ni akhbar mcm goreng pisang panas. Msg2 nak tahu perkembangan terkini, maklumlah bahang PRK ketiga2 kerusi tengah panas ni...

Saya ada menerima beberapa mesej dr rakan terdekat bertanyakan perkembangan terkini di Bukit Gantang & Bukit Selambau. Saya kata kena tunggu pengumuman malam nanti sbb saya tak berada di sana. Petangnya saya menghubungi suami, maklumatnya, kedua2 bukit dikuasai Pakatan Rakyat. Ye lah, nak tunggu pengumuman tv, pukul 9 belum tentu umum!

Saya bukannya pandai mengulas bab2 politik ini. Cuma menjadi pemerhati sahaja. Namun saya suka mengikuti perkembangan politik krn jika tak ambil tahu langsung terasa mcm duduk di bawah tempurung pula.


PRK dua bukit ini memang mendapat perhatian terutama di Bukit Gantang selepas isu rampasan kuasa pd 5/2/2009 lalu. Di Bukit Selambau pula ia selepas perletakan jawatan Adunnya, V Arumugam dan di Batang Air pula selepas kematian Adunnya.

Kemelut di Perak terjadi selepas rumahtangga yang bahagia dicampuri pihak ketiga. Melihat kejayaan / keharmonian PR dan kebijaksaan MB nya menerajui Perak, strategi mula dijalankan utk menggugat kebahagiaan tersebut.

Semua bermula dgn kehilangan 3 orang Adunnya. Masing2 memberi alasan bercuti sakit yg akhirnya melompat serentak hingga terjatuhnya kerajaan Perak. Umum mengetahui ia satu perancangan, mustahil hilang serentak, sakit serentak dan muncul juga serentak melainkan adanya konspirasi.

Sejak itu, politik Perak mula meruncing hinggalah campur tangan istana yg juga tidak memihak. Ia bertambah mengeruhkan keadaan. Perak sehingga kini mempunyai dua Menteri Besar.

Kemuncaknya, Ahli Parlimen Bukit Gantang, YB Roslan Shaharum meninggal dunia akibat serangan jantung. Keengganan mengadakan PRK utk 3 kerusi (adun lompat), akhirnya akur utk mengadakan PRK di Bkt Gantang.

Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaluddin dipilih sbg calon utk kerusi tersebut. Tidak dinafikan aura beliau begitu kuat. Kemarahan rakyat dieksperiasikan menerusi PRK ini. Kesannya, beliau mendahului calon BN sebanyak 21 860 manakala Ismail Saffian 19 071 dengan majoriti 2 789. Majoriti beliau juga bertambah berbanding PRU 12 lalu iaitu sebanyak 1566 (Allahyarham Roslan). Malah peratusan mengundi juga bertambah.

Di Bukit Selambau pula calon PKR, Manikumar memperolehi 12 632 berbanding calon BN Datuk S. Ganeson memperolehi 10 632 dgn majoriti 2403.

Media mula menyiarkan keputusan PRK ini dgn ulasan dr penganalisis politik dan pimpinan parti yg bertanding. TPM baru, Tan Sri Muhyidin Yassin yg juga Pengarah Jentera Pilihanraya utk ketiga2 kerusi ini menyatakan ia bukan referendum rakyat spt dinyatakan pembangkang. Menurutnya ia bukan petanda rakyat menolak kepimpinan baru.

Keputusan ini merupakan satu peringatan kpd parti2 yg bertanding. Pakatan Rakyat mendapat kepercayaan rakyat manakala rakyat pula mempamerkan kemarahan menerusi pilihanraya slps tragedi rampasan tersebut.

Ada juga suara sumbang di belakang menanyakan kenapa perlu ada byk parti dgn ideologi masing2 yg cuma mengeruhkan suasana. Yg tidak faham pula bertanya mengapa perlu PAS lahir setelah adanya Umno yg memperjuangkan Melayu? Saya tertarik dgn ulasan Menteri Besar Kelantan. Beliau menyatakan, "Seandainya Umno memilih Islam sbg dasar perjuangan, maka secara automatik PAS dibubarkan."

Ia sungguh jelas utk menerangkan soalan2 nakal spt ini. PAS pernah bergabung dgn Perikatan (skrg Umno) pd thn 1969 malangnya slps itu PAS dicampak keluar krn dasar2 tertentu.

PAS pernah melalui zaman suram, pernah digelar parti kampung, ortodoks dsbnya. Namun ia terus bertahan malah kini mula diterima non muslim. Kerana apa? Kerana dasar perjuangan yg bersandarkan al-Quran & sunah.

Kekuatan PAS adalah pd ketaqwaan pemimpin dan istiqamah ahli2nya. Setiap wakil rakyat sbm dipilih sbg calon mrk perlu menjalani bai'ah. Mrk sedar ia bukan jawatan utk kepentingan peribadi ttp amanah yg akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Memetik kata2 Dato' Haron Din, " Mengundi adalah memilih pemimpin. Bagi pemimpin Islam, ianya tidak habis di dunia sahaja malah akan dipertimbangkan dan dipertanggungjawab oleh Allah sampai kiamat. Sehingga di kiamat ada satu episod dalam surah dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 berikut ;

"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah.

"Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya! "

PAS biasa diuji, namun krn pergantungan yg tinggi kpd Allah SWT, mrk berjaya dlm ujian2 tersebut. Saya masih ingat semasa pilihanraya umum 2004 PAS mengalami kekalahan teruk apabila Terengganu jatuh di tgn BN. Ketika itu Pak Lah baru menerajui negara manakala Dato' Seri Abd Hadi Awang pula baru memimpin PAS menggantikan Presiden PAS ketika itu, Allahyarham Dato' Fadzil Noor.

Namun sikap wala' (patuh pd pimpinan) menyebabkan tiada suara2 sumbang dr ahli yg meminta Tn Guru Abd Hadi meletakkan jawatan. Berkat pimpinan beliau & sokongan ahli akhirnya pd PRU 2008 PAS berjaya mengekalkan Kelantan dan menawan Kedah di samping Menteri Besar Perak di lantik dr PAS. Pembangkang berjaya mengurangkan majoriti 2/3 di Parlimen.

Kini, PAS berjaya melahirkan seorg lagi pemimpin. Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin amat disenangi di kalangan rakyat. 10 bulan menerajui Perak beliau berjaya melahirkan imej keadilan Islam kpd masyarakat bkn Islam. Ketua Penerangan DAP Perak, Dato' Ngeh Kor Him khabarnya mula menyelak tafsir al-Quran (bhs Inggeris) utk mencari ayat2 yg sering beliau bacakan setiap kali memulakan mesyuarat exco. Beliau juga mengikuti tazkirah yg disampaikan Dato' Seri di sebuah surau semasa sambutan Hari Raya korban. Malah beliau begitu menghormati agama Islam.

Tahniah kpd PAS krn tlh melahirkan seorg pemimpin yg suatu ketika dulu pernah membantu seorg pimpinan negeri mengganti tayar kereta di tepi lebuh raya sehingga basah baju pagodanya!






Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•9:28 PM
Mungkin ia menjadi antara nostalgia berharga dlm hidup mereka. Dunia persekolahan yg begitu manis, dilingkungi teman2 dan guru2 yang sentiasa memberi semangat dan perangsang. Ia permulaan baru sebelum mereka melangkah ke frasa seterusnya...

Yang pasti, bukan main gembira apabila masing2 berjaya membawa pulang medal...Dan...yang paling happy pastinya si abang apabila pasukannya (Usamah) dinobatkan sebagai juara keseluruhan! Syabas..!

Sekitar sukan tahunan Sek Ren Ibn Kathir, Gombak, Selangor pada 5/4/2009 di padang SMK Sg Pusu, Gombak.

Si comel anak2 Raudhah Ibn Kathir (tadika) yg turut mengambil bahagian

(mana Effa?)

Kump Usamah (sian Ahnaf, senior kena duk belakang!)


Kump Khalid

Afiqah (Ayyubi)

'Awatef dari rumah Ayyubi


Lari ikat kaki

Skipping - Afiqah
Anak gagak bawa batu

Saya suka tgk gambar ni...bersedia mendengar arahan

Pitt....wisel berbunyi terus lari...























































Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•5:07 AM
Stress ini melanda ketika berada di situasi ini....

Membaca Akhbar

-Satu mayat lelaki dalam keadaan mengerikan dijumpai di lombong

-Cucu menikam nenek, dipercayai enggan serah wang

-3 remaja ditahan kerana merempit

-Mangsa culik ala Nurin trauma

-3 cedera dalam kejadian rompak

-Suami tikam isteri, enggan izin berkahwin lain

- 2030 kes sosial dilaporkan dua bulan pertama tahun ini

-Berpuluh pendatang asing tidur bawah jambatan

- Lagi budak hilang

bla...bla...bla


Politik

- Lagi kes rasuah dilaporkan

-Ali Rustam tidak layak bertanding, kekal KM Melaka

-Pembangkang main kotor

-"Sayalah lelaki itu" - Soi Lek

- Adik menteri terlibat kes pengedaran dadah

- Tiada lagi projek mee segera

bla...bla...bla


Hiburan

- Suami artis ditangkap khalwat

- Pengurus kebas duit

- "Hubungan kami seperti adik beradik" - Zafrul, Azizah

- Artis lafaz cerai, perkahwinan paling singkat

- Artis rock antara yang ditahan malam tadi, positif dadah

- Lebih 50,000 hadir konsert Rihanna

- Gempar gambar b .... artis tersebar di internet

dan lagi....

Kalau tak baca / tonton nanti tak tahu perkembangan pula kan?

Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•2:23 AM
Tepat sebulan saya berjinak bergelar blogger. Itupun selepas Kak Nik asyik bertanya,
"Eh, ko ni bila nak buat blog hah? Nanti boleh ko buat slide show jubah2 ko tu..." Provok Kak Nik menerusi ym.
Maklumlah dia masa tu baru juga bergelar blogger Kembara Seorang Penulis.
"Ye la...nanti la stok jubah byk dulu, sok dah ada blog, tengok2 bajunya ciput!" jwb saya (jgn terkejut, bahasa kami kalau ber"ym" tu mmg kaw2 punye....maklumlah terlajak mesra!)
Bila dah start memblogging tu memanglah seronok...tapi mula2 jenuh jgk nak menghiasnya. Tambahan pula ilmu2 memblogging ni agak kureng...jadinya awal tu tunggang langgang jugak lah.
Biasanya memang waktu pagi saya peruntukkan hampir sejam utk melayari internet terutama membaca mengenai perkembangan isu semasa. Bila Kak Nik start memblog, dia pun promote la kat saya utk membaca blognya setiap kali ada posting baru. So...saya pun layanlah...
Bila dah start & mula promote kat kawan2, saya pun hairan, apasal la yg komen kat blog saya ni asyik2 Kak Nik...esoknya Kak Nik...lusanya Kak Nik lg...
Satu hari saya pun tanya la satu soalan kat Kak Nik,
"Apasal takde org masuk blog saya ha? Awak byknya kawan..."
"Lor...mmg la camtu baru2, ko kena rajin jenguk "rumah" org pastu invite diorang. Akak pun bknnya kenal dgn diorg semua tu, tp mesra sampai ada yg ajak akak blind date!"
"La...ye ke...saya ingat semua tu kawan Kak Nik, bkn main mesra berceloteh..ingatkan dah kenal lama."
Isk...isk...teruk betul saya. Punya la blur bab ni sampai ingatkan orang akan menjenguk kita sedangkan kita tak pernah menjenguk orang! (Tapi of course jugak sbb Kak Nik ni hantu novel, itu sebab "gang2 mesyuarat tingkapnya" majoriti terdiri dr novelis!. Kalu saya invite diorang, nanti segan pula saya sbb saya bknnya baca novel mrk pun...(mmg minat, tp asyik tak sempat nak ikuti novel2 mrk...byk sgt....Kak Nik lain la...sampai blh buat library novel kat rumahnya!).
Wartawan Muslimah, adik saya tu, Hidayah pun berkata yg sama kpd saya,
"Ala akak...mula2 mmg mcm tu, akak kena rajin masuk blog org, nanti baru org masuk blog akak."
Dan saya pun mulalah merajinkan diri. Org pertama yg saya jenguk & invite (sahabat maya la...bkn kwn yg dah mmg kenal) ialah Mawar. Mula2 saya membahasakan diri saya 'akak', kini dia pula membahasakan dirinya 'akak'! Alhamdulillah, saya pun dah mula merasakan kemesraan di antara kami, walau tdk pernah bersua, maklumlah tak pernah saya berkawan secara 'maya2' nih...
Hinggalah pagi semalam, buka blog, saya terlihat komen dr Sdr Abidabdi. Rasa2nya adik ni pernah berchatting dgn Ahnaf...Dgn mesranya saya mengucapkan terima kasih kpdnya kerana sudi menjenguk NAC dan menghulurkan salam perkenalan.
Balik kerja ptg tu dgn cerianya saya memberitahu Ahnaf,
"Bang, Abg Albo, ex MATRI (Maahad Tarbiyah Islamiah, Perlis) yg belajar kat Sudan yg selalu ym ngan abang tu masuk blog ummi! Dia tinggalkan komen....nanti abg bukalah blog dia, ramai abg2 SRIK (sekolah Ahnaf skrg) kat situ, abg blh buka blog diorang pulak..." dgn panjang lebar saya bercerita kpd Ahnaf.
"Tau...mlm tu abg ym dgn dia. Abg bagitau ummi ada blog, lps tu abg copy paste address blog ummi tu. Abg lupa nak bagitau ummi..."
Waduh! rupa2nya bkn Kak Nik & dayah je yg bg tips rupa2nya si anak bujang ni pun tlg promote jugak. Saya jugak yg ketinggalan rupanya!
Skrg baru start menjengah2 rumah org. Malu pulak rasanya nanti yg baca mesti ketawa kan! Tertinggal keretapi betul ummi Ahnaf ni! Apapun setiap perkara mesti bermula dr tidak tahu kan? Itulah proses belajar namanya. Apapun, saya mula rasa seronok dgn sahabat2 maya yg baru wujud dlm diri saya. Jika dulu terkenal dgn 'pen pal' atau 'Mekar Sejambak' (kalau tak silap saya) kini ia wujud di alam maya pula.
Apapun saya tabik kpd rakan2 maya ini krn dr segi tulisan dan nasihat menasihati tergambar keikhlasan di hati masing2. Mungkin saya masih kekok dgn persahabatan maya ini (maklumlah saya ni pemalu sikit!), tp saya akan cuba utk menghilangkan perasaan itu...
Kpd Kita Org KL, Mawar Merah Andalusia, Abidabdi, Kak Sarnia, Kak Yati, Casper a.k.a wife en.atan dan bbrp rakan lain saya mengucapkan selamat menjadi rakan saya...
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•7:28 PM
Entri saya kali ini mungkin anda berpendapat sesuai utk mereka yg sudah berumah tangga dan mempunyai anak sahaja...tetapi bagi saya, ia sesuai utk semua golongan. Yang bujang utk panduan masa depan dan yg sudah berumah tangga ia sbg muhasabah sesama kita...

Ia berkaitan pengaruh nama dan emosi ibu semasa mengandung. Mungkin kita boleh berkongsi kisah pula selepas ini...

Cd ini bagus utk panduan

Sesungguhnya alam rumah tangga satu alam yang penuh ceritanya. Bacalah sebanyak mana buku, hadirlah dua tiga kursus kahwin...walaupun ia membantu tapi praktikalnya ialah setelah kita sendiri mengalaminya...

Mengimbau pengalaman pertama melayari bahtera rumah tangga, ternyata ia banyak bermain dengan emosi. Di usia awal 20-an, pemikiran masih belum matang. Dek kerana pernah mengalami kegagalan utk melanjutkan pelajaran (naif sgt, tak terfikir pula utk mencuba lagi mengisi borang UPU pd thn berikutnya) membuatkan saya menerima tawaran bekerja sbg wartawan Muslimah. Dalam masa yg sama saya menerima tawaran menjalani Pengajian Awam Pengajian Syariah, UM yg baru diperkenalkan pd tahun tersebut. Saya mengambil peluang tersebut sementelah utk mengubat jiwa yg luka...(kini kursus tersebut sudah di peringkat Ijazah...bila nak start ni?).

Bekerja sambil belajar. Dalam masa sama saya mengambil keputusan utk mendirikan rumah tangga. Ada ketikanya kita buntu dalam membuat keputusan...saya berserah kpd Yang Maha Esa...

Dua bulan usia perkahwinan saya disahkan pregnant. Usia baru 22 thn (kahwin awal tahun, bersalin hujung tahun!) Di situ segalanya bermula, saya mengalami alahan yg teruk, kerjaya sbg wartawan menuntut pengorbanan yg besar. Assignment perlu pergi walau kepala pening2 lalat. Pernah sekali sblm masuk ke Kedutaan Indonesia, saya perlu mencari tandas dahulu untuk mengeluarkan segala isi yg membuatkan kepala saya berdenyut! Juga beberapa kali masuk ke toilet ketika menunggu Prof Zakiah Hanum di pejabatnya...
Hinggalah saat saya melahirkan putera sulung. Saat mencari nama, suami kata kalau boleh dia nak nama yg ada maksud 'agama'. Biasanya istilah arab ni mesti hujungnya Deen....cth Aminuddin...Khairuddin...tapi saya tak nak nanti orang akan panggil Din je nanti...Semasa mjd ustazah sandaran dulu, saya berkenan dgn seorang pelajar ni, namanya Ahnaf, saya minat sbb dia kecil, walau pelat tp dia berusaha menyebut makhraj dgn betul, walaupun tebal sebutan 'ra' nya. Selak buku, saya terjumpa 'Ahnaf' yg bermaksud " yg berpegang teguh kpd agama". Amat bertepatan dgn hasrat suami saya. Kami pun menamakannya Muhammad Ahnaf b Anissofian (mmg saya berhasrat nak bubuh nama anak bermula dgn A , sempena nama family suami!).

Alhamdulillah, mmg ada karektor beliau yg meminati kisah perjuangan sama ada sirah Rasulullah s.a.w, sahabat atau pejuang Islam di masa kini. Memang semangatnya ada (kaki demo nih!!!). Tapi satu yg tak best ...perangai dia byk dipengaruhi emosi saya sewaktu mengandung (saya tau la sbb saya yg peknen! hahaha). Mudah menangis, sikit baran, tdk sabar tapi cepat sejuk..Sebagai anak sulung memang dia mendominasi adik2nya. Dan, memang adik2 dia pun akan mengalah dgn dia (time ni dia suka sebut mcm iklan telekom satu masa dulu...aku kan abang!

Yang kedua perempuan. Memang afdal nama anak diberi oleh suami. Dia memilih nur Afiqah (cahaya , pemurah). Saya nak tambah Aida, sempena nama doktor yg menyambut kelahirannya. Dgn niat semoga dia penyabar mcm doktor tersebut. Suami pula tak setuju, panjang sgt katanya, Nur Aida Afiqah bt Anissofian (sampai skrg dia marah sbb namanya pendek!).

Dia ok tp sering menjadi mangsa saya semasa dia kecil. Maklumlah saya mengandungkan ketika Ahnaf baru 9 bulan...stress kerja, anak, penat membuatkan emosi saya lg sekali terganggu. kena pula masa kecil dia ni lasak sikit, tak mcm bdk pompuan, lg la mencabar. Dulu suami saya risau jgk, takut lasak katanya. Saya katakan kita kena yakin dgn anak kita sendiri...Skrg bila dah umurnya 10 thn dia risau sbb terlajak feminin pulak! Suka sgt cerita seberang (Indonesia la tu....). "Sudah..sudah kakak...tutup tv tu...." Dia bising setiap ptg!

Yang ketiga, saya menamakannya Nur 'Awatef (kesayanganku, perasaan). Nama ni saya berkenan masa Afiqah dulu (rupanya tak sesuai dgn karektor dia). Saya mengandungkan dia ketika mula berhenti dr Muslimah. Bekerja di tempat baru, suasana kerja yg bkn minat kita membuatkan saya tertekan sekali lagi. Saya byk menangis & mjd terlalu sensitif. Kesannya....anak dara ni pun lembut orgnya..sensitif.....suara tak dengar...!kena pulak dgn maksud namanya...sesuai sgt la tu....tp dia very caring...membantu saya buat kerja rumah....setiap ptg bila blk dr sekolah, soalan dia mesti..."Ummi sihat? I love U".

Dan...yg keempat ni 'lasak' sikit. Mungkin ketika mengandungkannya emosi dah stabil sikit kot! Tambahan usia masa tu tepat 30 tahun...Byk pengalaman dan mmg mudah menjaganya. Diberi nama Muhammad 'Afwan Imran (pemaaf, Imran tu nama tok belah suami, Tn Hj Subky Latif yg suggest, lekatkan nama keluarga, stail org Arab katanya).
Orgnya mmg mudah memaafkankan (kategori bdk 4 thn lah!). Sekejap je pujuk. Kalau tgh menangis tu kita bawa la lari tajuk sikit, terus dia menyampuk..."Ek?" lupa dah dgn apa yg ditangiskan tadi!
















Apapun anak adalah syurga rumah tangga dan amanah besar yg perlu ditanggung. Jika doktor ada menasihati utk menjaga emosi , memang benar..jika ustaz2 berceramah / buku2 mengatakan pengaruh nama amat besar dalam pembentukan anak2, itu juga benar...Jika boleh panggillah nama anak dengan nama penuh mrk kerana nama itu doa bg mereka....