Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•11:18 PM
Hari ni 12.02.2010 adalah hari lahir suami saya yang ke-40 (tak payah nak rahsia2lah!). Sblm ni mmg kami anak beranak ingat, tp hari ni blh terlupa plk. Sampai di ofis, alarm handphone saya berdering, reminder the date! Saya pun hantar lah mesej ke dia....kalau teringat pagi2 morning tadi blh la juga suruh budak2 wish kat abah mrk. Nak buat camne, pagi mmg waktu yg sibuk...


Dia? Takdenya ingat apa-apa! Kalau birthday saya, sebulan saya dah ingatkan! Anak2 pula mrk juga ingatkan, saya lagi la, mmg ingat birthday mereka.


Saya mendoakan kesejahteraan hidupnya dan dipanjangkan usia agar kami dapat menumpang kasihnya. Nak puji lebih....mmg kena puji lah dah dia insan yg terdekat dgn kami!


Alhamdulillah dia seorang suami & bapa yang penyayang. 13 tahun saya mengenalinya, sudah masak dgn perangainya. He's very cool. Mudah membantu, keluarga mahupun rakan. Di awal perkahwinan kadang2 saya merungut juga...awatlah baik benor..si polan ni takde org lain ke nak dipanggil? Dia juga? Sampai skrg, saya dah lali, sahabat meminta tolong hantar ke mana2, kereta rosak ke hinggakan ke Kelantan atau Terengganu balik hari pun pernah...


Saya nak bising pun tak boleh...sbb dgn kami pun dia tak berkira...dia kata, kalau penat, tak payah basuh pakaian, hantar dobi je. Kalau malas masak, beli aje...dia tak kisah...kalau tak larat sangat, biarkan saja rumah berterabur, tidur je bila penat, nanti bila dia free, dia kemaskan. Kalau anak menangis, jgn runsing anggap je itu muzik dalam rumah...masalahnya saya bukan mcm tu....!!!!


Bab duit pun mmg tak berkira. Kalau bershopping dgnnya saya yg perlu ingatkan. Kalau tak....dia kata, "Ambil je la...., biarlah, bukan selalu....ala budak2." Dgn saya pun mcm tu, nasib isterinya ni kuat iman, kalau tak mahu penuh koleksi handbag, kasut, bla..bla...

Gambar lama...birthday Afiqah...

Apapun, Allah dah mengatur jodoh yang terbaik buat kita. Pasti ada pro & kontranya. Kalau dua2 sama karektor, jenuh juga ya. Mcm saya agak tegas dlm sesuatu perkara, dia selamba aje...Dia tidak pernah membeza2 antara dua keluarga. Dia menghormati ahli keluarga saya malah ringan membantu di kala mereka memerlukan.


Terima kasih kerana menyayangi kami. Dan...bersabar & byk mengalah melayani karenah isteri dia yg mcm bdk2 ni...heheh..ramai bertanya, apa hadiah saya padanya? Mahal oo...dia tak dapat dari orang lain, melainkan dari saya je!!!!ha...ha..ha...

|
This entry was posted on 11:18 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: