Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•1:33 AM
Entah kenapa hati tersentak dan sebak tatkala mendengar berita kemalangan maut penyanyi Achik Spin. Walhal bukannya kenal atau peminatnya, mungkin krn beliau pergi di usia muda, baru 27 tahun dengan meninggalkan seorang balu dan dua orang anak yang masih kecil. Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yg beriman.
Sebentar tadi pula saya mendapat berita mengenai kematian anak jiran di kampung suami saya. Bukan orang lain juga kerana bapanya ada talian saudara dgn bapa mertua saya.
Kami memanggil Allahyarhamah dengan panggilan Dik Na. Usianya jika tdk silap saya akhir 20-an. Beliau merupakan anak perempuan tunggal dari 2 beradik.
Menurut bapa mertua beliau terlibat dgn kemalangan tengahari tadi (29.04). Difahamkan beliau keluar ke Pekan Slim River, Perak utk membeli keperluan pernikahannya yg akan berlangsung Jun nanti, jika tdk silap saya. Beliau menaiki motorsikal bersama tunangnya dan bertembung dgn sebuah kereta. Beliau tercampak di jalanraya dan maut di tempat kejadian.
Sudah lama saya tdk mengikuti perkembangan arwah Dik Na. Beliau mempunyai seorang anak lelaki seusia anak ketiga saya, 'Awatef (8 tahun). Pernikahan pertamanya ketika beliau baru berusia 20 tahun. Disebabkan tiada persefahaman, akhirnya mereka berpisah. Hinggalah baru2 ini ibu saya di kampung menceritakan teman sekampung saya (kawan baik semasa di sekolah rendah) berkahwin pd Januari lepas. Menurut ibu, dia berkahwin dengan seorang duda beranak seorang, bekas isterinya sekampung suami saya. Setelah diselidik, benarlah bekas suami Dik Na lah orangnya, kecil sungguh dunia ini!
Difahamkan bekas suaminya menyambung pelajaran di England, selepas berkahwin mereka kembali ke sana. Dan Dik Na pula tlh bertemu penggantinya dan akan memulakan kehidupan barunya tidak lama lagi. Namun qada' dan qadar Allah mengatasi segalanya. Dik Na juga dipanggil-Nya di usia yg begitu muda...meninggalkan seorang anak yg kehilangan ibu di saat baru mahu menyambut kehadiran bapa baru. Semoga roh Dik Na dicucuri rahmat dan semoga Allah memberi kekuatan kepada ibu Allahyarhamah yang baru kehilangan satu2nya anak perempuan kesayangan beliau...
**Difahamkan bekas suaminya pernah memohon hak penjagaan anak, diharapkan agar hak itu kekal kpd datuk dan nenek krn hanya cucu inilah harta peninggalan arwah...
Innalillahi wa Innailaihi Rajiun...
|
This entry was posted on 1:33 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

3 comments:

On May 13, 2010 at 9:36 AM , Anonymous said...

Salam,
entahla...mungkin sy dh berada ditmpt balu achik.cuma lg awal Allah menjemput suami sy drpd arwah acik w/pun mereka sebaya cuma dikala ank kami yg br nk pandai memanggilnya 'papa'.Sy t'paksa menjadi tabah bila ujian ini m'dtg.Tiada pilihan lain selain 'tabah & sabar'.Apatah lg skrg sy terpaksa fight harta sepeninggalan dengan keluarga mentua dimahkamah syariah.Dimaki dan dicaci keluarga mentua.Tiba2 ibu sy disahkan kena kanser. Sbnrnya itula dikatakan kehidupan,penuh dgn ujian sbg hambaNye.Apa yg pasti sy semakin seronok dengan perjalanan hidup ini.Terasa semakin hari semakin disayangi Tuhan.Apapun sy b'syukur kerna masih diberi peluang utk m'besarkan ank kami dan masih dpt menghirup udara dan yg paling penting sy dpt beramal dgn penuh bermakna kerana sy tahu perjalanan sy sbg hambaNya masih byk perlu diperbaiki sblm Dia menjemput sy....Syukur Alhamdulillah diatas ujian ini.

 
On May 17, 2010 at 7:30 PM , Jamilah Aini Mohd Rafiei, 33 said...

Subhanallah....Begitu besar dugaan yg perlu puan lalui...semoga ia akan lbh meninggikan keimanan Puan...sbg saudara seIslam, saya mendoakan kesejahteraan Puan...hanya itu yg mampu saya berikan...

 
On June 19, 2010 at 9:51 PM , Belalang O Belalang said...

Assalamu'alaikum w.w.

Maaf kerana komen ini tidak berkaitan dengan catatan puan.

Puan,saya ada membaca satu artikel yang mungkin sudah lama diterbitkan bertajuk "Temuramah ekslusif bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah, bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei". Justeru itu saya ingin bertanya, adakah sahih artikel tersebut ditulis oleh Puan didalam majalah Muslimah?

Ini adalah salah satu link kpd artikel tersebut:

http://shareknowledgewithme.blogspot.com/2010/02/temuramah-bersama-bekas-paderi-besar.html


Mohon agar puan menjawab soalan tersebut. Jawapan puan akan terus dihantar ke email saya.

Wassalam