Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•8:11 PM
Sayu hati membaca entri Anak-Anak Kita dari blog Kak Norhayati Berahim. Penulisan yg lahir dr hati, begitu ikhlas, terbuka. Alangkah bagusnya jika ramai berpandangan seperti beliau.
Ikhlas begitu mudah dilafazkan ttp utk mempraktikkannya bkn mudah, krn ia terletak jauh di sudut hati. Bukan org lain, ttp ingatan untuk diri sendiri.
Pengumuman UPSR Khamis lalu memberi khabar gembira buat ibubapa yg anak2nya berjaya. Pada mrk yg memperolehi keputusan kurang memberangsangkan, pasti berasa kecewa dgn apa yg diperolehi. Buat pertama kali dlm hidup, saya mengalami perasaan sedemikian. Abg Ahnaf memperolehi keputusan yg kurang excellent walaupun dia lulus kelima2 mata pelajaran. Sebagai ibubapa kami bersyukur dan redha dgn ketentuan ini.
Menurut Kak Yati lagi, ibubapa terlalu obses dgn A anak2. Kerana apa? Kerana bangga utk diceritakan kpd keluarga dan rakan2? Akhirnya anak menjadi mangsa, kita tdk sedar setiap kemampuan anak itu berbeza malah UPSR bkn kayu pengukur pengakhiran hidup anak2 tersebut.
Ptg slps pengumuman, seorg rakannya dtg ke rumah kami. Mengajak anak saya keluar. Bila saya bertanyakan keputusannya, dia tunduk dan menjawab , teruk. Dia gagal dua kertas. Menurutnya ibubapanya tidak tahu lagi, dia cuma memberitahu abangnya sahaja. Dia mengajak Ahnaf bermain bola, walaupun pd awalnya Ahnaf menolak, saya menyuruhnya menemani temannya itu. Dari raut wajah anak itu, dia benar2 tertekan. Suami mengurut belakang badannya, sambil memberi perangsang yang beliau masih mempunyai jalan dan harapan, jangan mudah berputus asa dan kecewa.
Itulah jiwa kanak2. Walau mrk masih mentah tetapi mrk tetap mempunyai perasaan cuma tdk boleh diluahkan kpd org dewasa melainkan di kalangan rakan sebaya mrk. Mrk punya cita2 dan impian utk membahagiakan hati orang yang mereka sayang, namun ada ketika mrk tersasar jua. Kita sbg org dewasa sepatutnya lbh memahami perasaan mrk. Malangnya di kala mrk memerlukan kata2 semangat dan perangsang, kita tdk pernah memberi malah memperlekehkan mrk. Antaranya,
"1A je...kenapa tak 2A ?"
Atau gagang telefon terus diletakkan sebaik mengetahui keputusan anak2 ini. Mana kata-kata perangsang yg sepatutnya mereka dengar dari saudara terdekat mereka? Di kala jiwa mereka sesak dengan keputusan yang diperolehi, keluarga menjauhkan diri malah mengeluarkan kata-kata sinis tanpa menyedari mereka juga punya naluri kemanusiaan spt orang lain.
Di kesempatan ini jutaan penghargaan dan terima kasih buat Kak Ana yang banyak menasihati saya. "Ala....semua tu halwa telinga saja, banyak lagi peperiksaan yang akan datang selepas ini, jangan mudah kecewa".
Begitu juga sahabat saya Na, "Jangan kecewa sangat, ok apa result dia. Bayangkan ada anak yang dapat 5E. Bayangkan macamana pula perasaan mak ayah dia. Ahnaf ok, ada juga A".
Dan dua orang sahabat suami saya, Ust Halim, "Ok sangat tu, saya dulu lagi teruk langsung takde A, akhirnya masuk juga al-Azhar."
Dan dari bussiness partner suami saya, "Pak cik dulu lagi teruk, takde A, lepas menengah pak cik usaha sungguh2 sampai masuk UTM..."
Terima kasih kpd mereka yang begitu memahami dan ikhlas memberi kata semangat. Juga kepada abang saya, Andak dan abang sepupu yang terus memberi motivasi kepada Ahnaf malah menganggapnya seperti anaknya sendiri. Di kala ini baru kita dapat menilai sejauh mana keikhlasan orang2 di sekeliling kita.
Dan, pesanan yang tidak putus2 saya titipkan kepadanya agar terus lekat di jiwanya ialah,
"Abang...ummi tidak pernah mengharapkan apa-apa melainkan sebagai anak sulung, abanglah harapan kami untuk menjadi imam jenazah ummi dan abah nanti. Wali kepada adik2 seandainya abah menutup mata ...."
Dan kata-kata sepupu saa menerusi perbualan dengan Ahnaf pada suatu hari, "Dia cakap kat akak dia sedih sebab dah kecewakan umi dia sebab umi nak sangat hantar dia ke Kelantan. Katanya dia nak belajar sampai Jordan..."
Syukur , Alhamdulillah...sekurang2nya ada cita-citanya untuk menimba ilmu di bumi anbiya'....
This entry was posted on 8:11 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 comments:

On December 4, 2009 at 8:42 AM , mujahidah said...

kak milah, bergenang ayaq mata cheq..mesti akak kata sham ni minah leleh kan? tak kisahlah. yg pnting tulisan akak kali ni betul2 menyentuh hati sham, sham masih punya adik yg sedang belajar. Sham faham apa yg akak dan abg anis rasa lebih dari itu sham faham apa yg ahnaf rasa, hakikatnya sebuah kejayaan bukan terletak kepada segulung ijazah, itu hakikat kehidupan yg belajar dan perjalanan hidup shams sendiri, Itu tidak bermakna kita tidak perlu belajar dan menuntut ilmu kerana menuntut ilmu itu satu kewajipan! Shams sendiri bakal menyambung pengajian, inshaAllah. Akak, mcm mana akak harapkan yg terbaikl dr ahnaf mcm tu dia berharap utk memberikan yg terbaik untuk akak! rezeki bukan milik dia. Akak, suami sham juga tidak la cemerlang mana dalam upsrnya tp Alhamdulillah kini dia pemegang ijazah kejuruteraan dengan pointer yg agak memberangsangkan! Sedikit masa dahulu suami shams adalah anak malaysia yg menjadi jurutera di Kota Singa, katakan ini kepada Ahnaf. Allah tidak pandang hasil yg kt perolehi tetapi Allah pandang usaha kita, jadi kita harus berusaha semaksimum mungkin tanpa sebarang alasan. Bila dah berusaha, hasil yg positif InshaALlah ALlah akan bagi. Dan bg anak sekecil Ahnaf UPSR bukanlah penilainya tp penilainya ada pada mata akak dan abg anis yg memerhatikan akhlak seharian. Sejauh yg sham kenal akak dan keluarga.. Anak2 akak sememangnya penyejuk jiwa akak dan suami dan sham yakin Ahnaf mampu dan akan menjadi Imam yg berjaya di hadapan Allah nanti.. tidak cukupkah itu utk akak dan keluarga bahkan tidak cucukupkan kejayaan itu kelak untuk ummat ini? Shams yakin shams akan menerima khabar berjayanya anak-anak akan kerana taqwa mereka.InshaAllah...Doa acik shams buat Ahnaf, moga dirimu akan menjadi permata yg akan bersinar indah dan mengenggam erat tngan ummi, abah dan adik-adik menuju syurga! Allah memilihnmu untuk menghayati ISLAM dari usia kecil ini, siapakah yg lebih beruntung darimu wahai anak? Bersyukur dan berdoalah! Selamat meniti tangga kejayaan yg sedang menantimu di hadapan sana :)

 
On December 8, 2009 at 5:23 PM , Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Terima kasih Sham...sesungguhnya kata-kata semangat & perangsang dari sahabat2 yg amat akak perlukan di saat kritikal begitu...thanx a lot...Love You....

 
On December 9, 2009 at 7:07 PM , umi_e said...

salam... kak e ada 3 orang anak dan kak e faham apa yang dirasa. Tahun lepas anak kak e yang no2 ambil UPSR, keputusan juga tidak seperti yang diharapkan oleh semua ibu bapa... namun kami terima dan memberitahunya UPSR bukan segalanya, dia boleh cuba lagi pada PMR - Result akhir tahun dia baru ni (Ting. 1) memang mengecewakan! Terus nasihat supaya dia belajar lebih rajin kerana ada 2 tahun lagi untuk dia memperbaiki diri...

* Nak marah2 pun tak guna sebab keputusan dah diperolehinya...

* Seperti kata Shams, apa yang lebih penting anak2 kita menjadi anak2 yang bertaqwa...

 
On May 14, 2010 at 3:30 AM , 日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片