Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•6:47 PM
Klise sgt bunyinya tajuk ni kan? Tp saya nak jgk bgtau yg dua tiga menjak ni saya terlalu sinonim dgn istilah tu....hmm....alahai....

Nasib baiklah penulisan blog tak sama mcm penulisan magazine yg ada deadline, tatabahasa, ejaan kena betul dan mcm2 lagi tu...kalau dak, mmg berbulan la NAC ni bersawang rasanya!

Kesibukan brtambah krn 'deadline' tertentu yg perlu saya kejar. Komitmen di ofis & rumah tak pernah selesai. Tambahan pula saya perlu menyiapkan bhn utk Muslimah utk 3 bln, dan skrg nampaknya pc di rumah saya sentiasa menyala sepanjang malam dan sambil tersengguk2 saya menyiapkan artikel2 ke Muslimah sblm Kak Nik bising...

Tiada apa yg ingin dibicarakan cuma ada sedikit kisah yg saya & suami baru mengetahuinya hari Isnin lalu. Balik sekolah dgn cerianya Awatef menunjukkan RM4.00 kpd abahnya. Hasil jualan sticker katanya. Ooo...baru saya tahu kenapa dua beradik tu rajin benar membeli sticker di kedai. Rupa2nya mrk ceraikan sticker2 tersebut dan jual kpd kawan2 di sekolah. Rupa2nya bkn mrk berdua saja, ramai lg pelajar puteri yg bisnes mcm tu!
Suami tanya brp adik jual? Ada yg 20 sen, 30 sen dan yg besar 50 sen. Saya tak galakkan krn kasihan dekat kwn2 nya, mesti mrk menggunakan wang belanja yg diberi ibubapa. Suami bertanya lg, "mcm adik jual?"..."Taburkan je atas meja, kwn2 pun datanglah..." Aduh...mana plk la dia dpt teknik ni? Maknya jual jubah je...tak pernah pula mengajar cara bisnes....rupa2nya diorg ni ada agenda sendiri pulak....


Satu hari saya tanya pulak anak Kak Nik, Dikman yg sekolah sama mrk. "Iman pun ada jual sticker jugak ke?" Dgn selamba dia jawab, "Ha ah, sticker Upin Ipin..." Isk...isk...rupa2nya umi dgn abahnya pun tak tahu! Samalah kita Kak Nik oii...like father mother, like daughter! hua...hua...hua...






This entry was posted on 6:47 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

5 comments:

On July 29, 2009 at 11:37 PM , ain said...

kat sekolah anak akak pun ada gak yg jual sticker cam ni. dulu anak ada jual gak. tp sy tak kasi...beri aje la kat kwn2 tu sbb bdk2 ni kdg2 depa sanggup tak mkn sbb nak beli benda2 cam ni. so beri aje la...dpt le dia org mkn rehat kan.

 
On July 29, 2009 at 11:58 PM , Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

tu la, saya pun kata takyah jual la...yg kelakar tu, stiker tu beli kat kedai blkg sekolah je...lupa plak nak tanya minggu ni depa jual lg ke tak...rupa2nya sampai ke Johor trend ni ye!

 
On July 30, 2009 at 9:38 PM , Mujahidah said...

masa sham kecik2 pon ada trend mcm ni..lagi teruk sham rembat sticker tu kt kedai ayah.hohohoho

 
On July 31, 2009 at 2:43 AM , Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

he eleh Sham...dah lama rupanye trend ni , akak tak tau pun.......

 
On July 31, 2009 at 10:42 AM , Nik Fauziah Nik Hussin said...

waaa..nama den pun ada kat sini ek..itular bebudak ni pandai je..mmg lar klu tahu takde jual2nya.. beri je.. klu kat rumah tupn berterabur je dorang main.isk2