Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•12:28 AM
Bersempena kedatangan Ramadan al-Mubarak yang bakal menjelang, saya mengambil kesempatan memohon ribuan ampun, maaf zahir dan batin dari semua sahabat2 dan rakan2 blogger sekalian...(syahdu la plak).

Insya Allah saya bersama suami akan berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah pada 9 hingga 27 Ogos ini. InsyaAllah penerbangan kami pada jam 4.00 ptg 9 Ogos menerusi Air Lanka Airlines.

Kpd sahabat2 yg mungkin saya pernah menyakiti hati kalian, ribuan ampun dan maaf dipinta. Terlalu daif diri ini, tidak lari dari salah dan silap. Doakan semoga perjalanan kami dipermudahkan dan memperolehi umrah maqbullah. Doakan juga semoga dikurniakan kesihatan yang baik serta bersabar menghadapi segala ujian yang datang....maklumlah ia pengalaman pertama buat kami.

Inilah antara faktor yg menjadikan rutin harian saya terlalu sibuk sejak kebelakangan ini. Banyak perkara yang perlu saya selesaikan krn akan bercuti lebih daripada 2 minggu. Seminggu ini saya sibuk menyiapkan kelengkapan keluarga dan anak2, yelah mereka akan tinggal bersama atuk dan opah (mertua saya) di sini. Saya perlu pastikan keperluan harian dan persekolahan mereka semuanya selesai. Alhamdulillah... segalanya berjalan lancar.

Sekian, wassalam.....Bertemu kembali di bulan Ramadan nanti....
Labbaikallahu Malabbaik....
"Hambamu datang menyahut panggilan-Mu
Ya Allah,
Hambamu datang menyahut panggilan-Mu
Hambamu datang menyahut panggilan-Mu,
Tidak ada sekutu bagiMu,
Hambamu datang menyahut panggilan-Mu
Sesungguhnya segala pujian
Dan nikmat
Dan pemerintahan adalah kepunyaan Mu
Tidak ada sekutu bagi Mu…"
This entry was posted on 12:28 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

7 comments:

On August 5, 2009 at 2:20 AM , ain said...

Alhamdulillah...akak doakan semoga perjalan milah dan suami diberkati Allah. Akak juga nak minta maaf jika ada tersilap kata sepanjang perkenalan kita. Take care!!

 
On August 5, 2009 at 5:30 AM , Nik Fauziah Nik Hussin said...

lah.. akak rasa sedih lar plak...anyway akak doakan ko dpt ibadah yang mabrur.. jmpa dulu sblm ko pegi ek?

 
On August 5, 2009 at 9:24 AM , zara aluwi said...

Akak doakan semoga Allah swt memberkati perjalanan Ainis dan suami untuk menunaikan ibadah yang mabrur. Maafkan akak sekiranya ada bahasa terkasar di sepanjang perkenalan kita.

 
On August 5, 2009 at 5:35 PM , Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Terima kasih atas ingatan dan doa sahabat2 semua. Saya juga mendoakan kesejahteraan kalian. Kak Nik, kita mmg nak gi rmh awk pun, ada baju & tudung nak bg kat mek Nurul...hihihi

 
On August 6, 2009 at 1:44 PM , NORHAYATI BERAHIM said...

Selamat berangkat Milah..akak pun mohon maaf kalau ada salah dan silap..
Moga2 dapat beribadat dengan tenang..rindunya dengan kaabah...

 
On August 6, 2009 at 9:27 PM , mawar merah said...

Selamat menunaikan ibadah umrah, bestnyer...rindu nak rasa ketenangan yang tak kan ditemui di mana2 lokasi kat dunia....semoga diberkati dan dirahmati dan dipermudahkan segala urusan.

 
On May 14, 2010 at 3:28 AM , 日月神教-任我行 said...

成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女,視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,a片