Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•6:05 PM
Sejak dua menjak ni saya rajin mengikuti kursus. Kursus apa? Hehehe....saya baru menceburi perniagaan berkonsep e-learning. Baru nak mencuba....
Saya dikategorikan seorang yang anti MLM (maaflah...mungkin sbb tak pandai bercakap byk & cepat bosan menyebabkan saya tak pandai dlm bidang ini). Saya berhati2 utk menjadi ahli kpd sesuatu syarikat. Biasanya saya gunakan hanya utk diri sendiri. Contohnya Nona Roguy, produk herba yg amat saya senangi dan masih mengamalkankannya sehingga kini....
Hati saya tergerak dgn konsep e-learning ini setelah diperkenalkan seorang kenalan, pensyarah pendidikan di sebuah institusi pengajian tinggi awam. Melihat kpd modul dan prospek yang menarik, hati saya tertawan. Apatah lagi ia amat berguna utk pembelajaran anak2 saya...alternatif kpd mrk dpd asyik mengadap games saja...
Kali pertama mengikuti kursus, hati kecil saya tdk menafikan kebaikan program ini. Tambahan ia diiktiraf malah dirasmikan Menteri Pendidikan Malaysia, menambah keyakinan saya.
Sepanjang mengikuti kursus, saya dapat membuat satu kesimpulan. Income! Wang! Duit!!! Semua yg hadir meletakkan pendapatan lumayan sbg sasaran utama. kenapa saya membuat rumusan sedemikian? Dalam satu sesi 'terjah' apabila ditanya kpd peserta rata2 menyebut tujuan utama mrk menceburi perniagaan ini adalah utk menambah pendapatan (mungkin teruja dgn pendedahan pembentang yg menunjukkan angka RM yg berlipat kali ganda..). Seorang peserta berharap beliau dapat memberi ibunya RM2000 setiap bulan (bermakna brp RM kah yg diberinya sblm ini?).
Nampakkan? Wang begitu menghimpit kehidupan kita seharian. Saya terfikir, jika niat utama saya menceburi sistem ini adalah utk pembelajaran anak2 saya, namun hakikatnya saya tdk dpt lari bahawa saya juga memerlukan satu 'income' bg menampung bahagian2 yg 'lompang'..
Pembentang turut menyebut mungkin ramai tdk bersetuju apabila disebut 'wang adalah segala-galanya'. Tetapi sedarkah kita sebenarnya ia menjadi segala2nya jika keperluan kita benar2 mendesak? Contohnya, seorang anak terpaksa berkorban utk tdk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi krn kesempitan wang. Jika berjaya sekalipun mrk akan terhimpit dgn bebanan hutang sebelum mendapat pekerjaan. Mrk akan mengambil jalan bekerja dgn menggunakan sijil kelulusan PMR atau SPM yg pastinya dgn pendapatan yg tdk seberapa, hidup mrk akan terus tdk kecukupan. Masalah bertambah rumit jika tinggal di kota metropolitan Kuala Lumpur ini. Jangan terkejut jika dikatakan pendapatan RM 3000 sebulan dikategorikan masih berada di paras miskin!
Tidak dinafikan konsep reda dlm memperolehi rezeki, namun bukankah Islam juga menganjurkan berusaha krn bimbang kemiskinan akan membawa kpd kekufuran. Tidak salah kita mencari rezeki lebih asalkan kegunaannya utk manfaat umat Islam seluruhnya.
This entry was posted on 6:05 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: