Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•1:44 AM
Dalam entri lepas saya bercerita pasal anak sulung saya, Muhammad Ahnaf. Nampaknya kali ini pun bercerita pasal dia lagi.
Minggu ni merupakan minggu kedua dia tinggal di asrama. Dua tiga hari selepas menghantar dia, hati benar2 tak keruan. Lihat drawer pakaian dia, meja belajar dia, menyiksakan! Minggu pertama, kami suami isteri jadi begitu sensitif...sedih...perbualan berkisar dia pasti berakhir dgn titisan air mata....
Malam kelima, saya menerima panggilan telefon dari seorang ibu yang anaknya turut belajar di MATRI. Kak Zah bercerita perihal anaknya, Muaz yg menelefonnya setiap hari sambil menangis2. Nak balik katanya, tak nak bersekolah di situ.
Kak Zah bertanya Muaz knp dia beria2 nak balik, adakah dia dibuli atau tak dapat menyesuaikan diri dengan sekolah. Jawabnya semua ok cuma dia nak umi....nak sekolah dengan umi....hanya itu alasannya!
"Ahnaf macamana?" Kak Zah bertanya saya.
"Saya tak tahu keadaannya. Dia tak pernah telefon. Kami call sekolah pun tak dapat."
"Cuma telefon wardennya, ada nombor telefon pd kertas kuning yang sekolah beri masa pendaftaran dulu." Kak Zah memberitahu saya.
Masya Allah, macamana saya langsung tak perasan ada nombor telefon wardennya di situ?
Setelah menceritakan perihal Muaz, suami taksedap hati. Kami menelefon warden asrama putera. Telefon ditutup, ada program agaknya.
Keesokannya kami mencuba lagi,masih gagal menghubunginya. Selepas meninggalkan pesanan, di sebelah petang saya menerima panggilan dari cikgu tersebut.
"Siapa ni?" Suara halus di talian.
Oh...hampir seminggu saya tidak mendengar suara itu!
"Umilah....abg ok?" saya bertanya.
"Ok..."dia menjawab.
Seterusnya perbualan kami berkisar hal persekolahan. Seminggu dgn orientasi yg penuh taklimat. Perbualan tdk begitu rancak, setiap pertanyaan cuma dijawab dengan ok...ok...best...Cuma dia ketawa bila mendengar kisah adiknya yg selamba naik van di hari pertama sekolah...
Hilal Asyraf, pemilik blog langitilahi.com, melakarkan pengalamannya sbg pelajar MATRI di dalam novel VT
Pulang ke rumah saya menceritakan kpd suami. Senang hati kami dgn perkembangannya. Selang dua malam, suami pula menelefon warden tersebut.
"Nak dengar suara abang Ahnaf," suami berkata pd saya.
Jam 10.00 mlm warden mengatakan dia tak ada, supper di dewan makan. bila dah balik nanti, dia mesej ke suami saya, katanya.
Jam 10.30 mlm, suami menelefon. Dialog pertama suami,
"Assalamualaikum, abg Ahnaf. Apa khabar, ini abah." Lama suami terdiam.
Rupa-rupanya dia teresak-esak sebaik mendengar suara abahnya (umi telefon hari tu tak nangis pun...)
Lama suami memujuk. Minta dia bersabar dan tabah menghadapi situasi baru di sana. Semua org mengalami perasaan serupa. Sedih dan rindu bila pertama kali berpisah.
Rupa-rupanya jiwa halusnya begitu merindui kami ttp tdk mahu diluahkan. Sepanjang seminggu di sana dia cuma menahan perasaan. Tak mahu telefon katanya, takut dia menangis, umi dan abah akan sedih. Kami memujuknya.
Sebelum merasai pengalaman tinggal di asrama, kami selalu membiarkannya tidur di rumah sepupu saya yg ketiga2 anak lelakinya bersekolah di MATRI. Mrk akan bercerita ttg sekolah, guru2, ustaz dan disiplin di situ. Malah dua minggu sebelum ke sana saya menghadiahkannya novel karya bekas pelajar MATRI, Hilal Asyraf yg kini sdg melanjutkkan pelajaran di Jordan. Novel V.T (Volleyball Team) mengisahkan pemain bola tampar MATRI. Ia mengisahkan suasana di MATRI, guru2 dan aktiviti di sana. Ia sbg gambaran awal utk dia menyesuaikan diri.
Semoga dia semakin tabah pada hari2 mendatang. Jika sblm ni kami tak berhajat utk menjenguknya, nampaknya akhir bulan ini kami suami isteri akan ke sekolahnya. Dia pun dah bagitahu yang cuti tahun baru Cina nanti dia akan pulang dgn abg2 senior. Biarlah, kata suami. Bagi dia masa menyesuaikan diri, sekurang2 kita dekat di hatinya!
Teringat lagu dr kumpulan Spoon....Rindu......rindu serindu rindunya.....Afwan pun meraung mendengar suara abangnya di corong telefon!!!
This entry was posted on 1:44 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 comments:

On January 11, 2010 at 8:09 AM , mujahidah said...

mcm mana ni kak, air mata sham pon bergenang..sungguh berat..sham pernah merasainya semasa melepaskan adik ke alam kampus dulu..cuma yelah dia dah besar masa tu kan..but still sbg insan yg sentiasa melihat dia membesar depan mata tiba2 hilang memang haru la kak..ermm..esok2 nk hntr anak ngaji jauh2 mcm mana la ek?? ahnaf dulu akak balik umrah pun dia peluk abah dia baru nangis kan? dia pandai control macho la depan akak..

 
On January 11, 2010 at 10:55 PM , NIk Fauziah Nik Hussin said...

alah milah..
akak yang baca ni pun dah mengalir air mata.. sedihnya dpt bayangkan sedihnya dia cakap dengan abah dia.. hai..mcm manalah agaknya ye nak lepaskan anak2 belajar jauh dah hidup sendiri nanti

 
On January 11, 2010 at 11:53 PM , Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Sham..Kak Nik.....

Uhuk....uhuk.....sedey.....sedey....

 
On February 3, 2010 at 5:57 AM , Anonymous said...

sabar......