Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•11:47 PM
Begitu cepat berlabuhnya tirai 2009. 2010 pula menampakkan wajahnya. Semoga di tahun baru ini kita semua memperoleh nikmat dan rahmatNya.

Menunggu di lobi hotel, check-in


Tahun baru juga permulaan pembukaan sekolah, bermacam2 cerita gelagat anak2 yg masuk sekolah. Jika org lain teruja, kami sekeluarga lain pula perasaannya. Tahun ini dua hero saya memasuki alam baru persekolahan. Si abg Form 1 dan si adik 5 tahun. Apa perasaan kami? Huh, sukar digambarkan apabila trpaksa melepaskan anak sulung nun jauh ke utara Semenanjung!



Paksa dia bergambar dgn uniform sekolah, di balkoni hotel


Hari Jumaat (01.01.2010) kami sekeluarga menghantar abg Ahnaf ke Beseri, Perlis. Walau mental tlh bersedia sekian lama yg beliau akan bersekolah asrama & dia pun nak, tp bila tiba harinya.....tak tau nak ckp mcamana....

Kami mendaftar Ahnaf pd hari Sabtu (02.01). Semua brjalan lancar walau mlm sebelum itu kami masih bershopping di pekan Kangar utk membeli brg keperluannya (alhamdulillah, walau walk-in booking, hotel kami betul2 terletak di pusat bandar, brhadapan The Store & mcm2 kemudahan lain).

Ahnaf bersekolah di Maahad at-Tarbiyah al-Islamiyah (MATRI). Alhamdulillah beliau terpilih krn difahamkan lebih 400 permohonan sedangkan pengambilan cuma 140 org shj. Ramai yg bertanya knp begitu jauh kami menghantarnya, kami cuma tersenyum. Letih sebenarnya nak ulas panjang lebar...
Sblm ni dia tak nak pakai jubah, sekolah ni wajib pakai jubah ketika solat Jumaat...ha...ha...ha (kena ikut juga!)

Walaupun berat, namun kami perlu terima hakikat dia anak sulung lelaki kami. Spt yg kami selalu pesan kpdnya, lelaki perlu kuat, utk menjadi pemimpin mesti bermula dr rumah. Mesti kuat, berdikari. Dan.....dia mmg kategori yg wajib tinggal di asrama. Tiada lg tidur di bilik mandi setiap pg sebelum ke sekolah, terjerit2 meminta adik2 ambilkan towelnya, tiada lg mencari2 seluar, stokin & peralatan sekolahnya dan bla....bla....bla....Ini masa terbaik utk dia mendisplinkan dirinya.

Dan semasa taklimat yg disampaikan salah seorg guru penolong kanan MATRI beliau mengingatkan pelajar dan ibubapa sbg motivasi,

"Menuntut ilmu merupakan satu jihad fi sabilillah (berjihad di jalan Allah). Selagi seseorg itu berada di jalan menuntut ilmu selagi itu dia sdg berjihad. Bukan mudah meninggalkan segala kesenangan / kemudahan di rumah, berpisah dgn keluarga. Inilah harga pengorbanan dan pahala yg Allah kurniakan kpd kamu..."


Heroes in my life...

Alhamdulillah kata2 itu mjd perangsang kpd kami suami isteri. Kami reda krn ini jln yg beliau pilih. Syukur krn stlh enam tahun beliau bersekolah agama, utk ke peringkat menengah pun beliau masih mahu bersekolah aliran agama.

Sbg ibu terkadang kita merasa anak kita masih kecil. Saya masih mahu membelinya minyak rambut Johnsons baby oil, dan kids shampoo! Sdgkan pilihannya kini ialah minyak rambut Follow Me & shampoo Sunsilk atau Clear! Dan saya menjahit nama di semua bajunya (marker nanti tulisannya hilang). Bahkan buku2 latihannya saya tulis nama2nya, risau dia lupa dan org akan terambil bungkusan bukunya. Saya juga beria2 mahu mengambil gambarnya dgn alasan nanti bila sekolah umi tak dpt tgk abg pakai uniform. Begitu juga dgn uniform2 hostelnya (setiap aktiviti asrama mempunyai uniform). Mungkin tak selesa dgn tindakan saya atau segan teman2 perhatikan dia selamba dia berkata, "Hish.....straightnya security ni.....!" Semua mrk ketawakan saya, termasuk Mr Hubby!!! geramnya......Tak habis di situ, saya ajak dia bergambar pun bkn main payah, jenuh paksa. Sblm berangkat pulang, kami memeluk & menciumnya, sempat dia lap pipinya! aduss......Ketika kami mahu ke dalam kereta kami bertembung dgn bekas mufti Perlis, Dr Asri (Dr MAZA) beliau turut mendaftar anak lelakinya di situ...(segan la plak nak snap gambarnya...)

Itu kisah si abang, lain pulak kisah si kecik ni.....superhero dlm family kami...



Semalam (04.01.2010) hari pertama dia ke sekolah. Jika org lain bimbang, kami sebaliknya. Tak risau ttg dia sesuaikan diri atau menangis di sekolah cuma risaukan perangainya yg 'terlajak berani, & selamba!'.

Dan spt dijangka mmg dia relax je di hari pertama persekolahannya. Cikgu pimpin masuk kelas dan terus duduk. Selesai urusan pendaftaran saya kembali ke pejabat.

Disebabkan saya mengambil pakej nurseri, selepas waktu pejabat kami menjemputnya di sekolah. Setibanya di sekolah, mata saya tertancap di rak kasut. Kasutnya tiada! Slps memberi salam, pengasuh nurseri keluar dan memberitahu cuma ada seorang shj pelajar perempuan ketika itu. Berderau darah saya! Saya bertanyakan hal anak saya. Nampak dia kaget. Kami telefon merata. Yg pertama pastinya pemandu van tadika, kebetulan kenalan suami saya. Di sebelah pg mmg suami ada memberitahunya yg dia cuma perlu menjemput 2 org kakaknya g bersekolah rendah, sbb mungkin dia tak cam lg anak saya si kecik tu. Dia mengangguk faham. Dia kata tak ada anak kami naik van pd sesi pg itu. Kami telefon rumah kalau2 dia ada bersama kakak2nya. Pun tak ada. Semua org yg kami telefon semua jwb tak ada. Allah.....risaunya kami. Hampir setengah jam kami menelefon sambil dibantu sepupu saya yg anaknya pun bersekolah di situ. Stlh buntu, saya meminta suami menelefon kakak saya (dia mengasuh anak saya sblm ini). Suami saya ketawa besar.


"Ya Allah....semua org kecoh cari dia hilang!"

Rupa2nya dia pulang ke rumah kakak saya menaiki van. Dlm masa sama pemandu van yg tak sedap hati meround ke rumah2 pelajar baru yg dia hantar pagi tadi. Baru dia teringat dia ada menghantar seorg bdk di satu rumah. Beliau ke sana dan bertanyakan kakak saya, yelah, mana dia perasan, dia cuma tahu rumah kami!

Cepat2 dia menelefon kami dan berkali meminta maaf. Suami kata tak mengapa. Biasalah, di hari permulaan sekolah, mesti terjadi perkara2 kecoh begini. Suami pun terangkanlah ttg perangai anak saya yg mmg tak takutkan org ni....

Si pemandu tu kata, mmg ada senarai bdk2 yg menaiki van. Yg lucunya, dia awal ada dlm van (hingga cikgu pun tak perasan). Lps tu siap ckp dia tinggal di Taman Melewar. Gayanya langsung bkn mcm bdk baru. Bila masuk satu simpang, dia pun bg direction ke rumah kakak saya, mana la dia nak perasan yg itu anak kami! Mcm dah biasa sgt naik van tu! Dan kakak saya ingatkan hari tu mmg kami nak hantar ke rumahnya walau sebelum tu kami bagitau yg dia tak duduk di rumahnya dah. Kakak saya menjangkakan dia tak nak tinggal di nurseri!

Huh, org lain pening dgn kisah anak menangis / tak mau sekolah, saya pening dgn dia tak langsung tak kisahkan org. Sifat peramah dan terlajak beraninya mmg memeningkan kami! Itulah Muhammad 'Afwan Imran b Anissofian!







This entry was posted on 11:47 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

On January 5, 2010 at 2:22 AM , ain said...

Tahniah along dah dok asrama. Anak akak ikram pun doh asrama gak. ikram lbh senang berbanding kakak dia. mungkin sbb ikram lelaki, dia berani dh mdh berkawan!!!

psst...kelakar bc kisah ur superhero.mmg berani!!!

 
On January 5, 2010 at 8:32 AM , Packy @ Mawar Merah said...

Salam Milah...hee, agenda ibu2 bila buka sekolah, sibuk risaukan anak, kalau yg independent ok..kalau yg manja pening kepala jugak nak tolerate noo. Next time kalau lalu kat kepala batas tu keloi ler....