Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•8:51 PM
Sejak pulang, ramai kawan saya tanya knp lambat update blog...ala..sori la...selain 'bertapa', kesibukan saya berganda2 pula selepas kembali ke tanahair ni. Masa lagi sehari dua nak balik, hati saya berkata, "aku nak balik jumpa anak2 je...tp malasnya nak berdepan kembali dgn rutin harian...kerja rumah...ofis...kerenah manusia...bla...bla...bla"

Tp mana boleh beribadat tanpa bekerja kan? Kita ada kehidupan dan tanggungan sendiri...bila berfikir begitu barulah muncul semangat semula.

Walaupun ramai rakan2 blogger bercerita ttg puasa & Ramadan, spt yg dijanjikan saya kena habiskan juga kisah2 sepanjang berada di dua Tanah Haram. Lagipun, puasa dan persediaan Syawal saya sama spt tahun2 lalu...tiada bezanya...biasa2 saja...Di kesempatan ini saya mendoakan semoga Allah menerima segala amalan kita di sepanjang Ramadan ini... Semoga ketemu lagi Ramadan akan datang dan Selamat Menyambut Eid Mubarak...Maaf Zahir Batin seandainya sepanjang coretan2 saya ada bahasa2 yang menyentuh hati kalian....Di kesempatan ini juga saya mendoakan semoga kesihatan bapa mertua saya (yg baru semalam, 15/09, menghidapi minor stroke) cepat sembuh dan kembali ceria bersama kami...

Ok, kita sambung semula...

Hikmah pantang larang

Perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil masa kira2 enam jam. Di dalam perjalanan kami diberi tazkirah. Setibanya di Bir Ali, kami berniat ihram. Jika dahulu ibadah ini cuma belajar secara teori saja, ttp setelah mempraktikkannya ia tidak sesukar yg disangka. Saya teringat semasa taklimat sblm pergi dulu mengenai hukum wanita uzur yg perlu juga berniat ihram dan berpantang sepanjang tempoh sehingga suci. Walaupun nampak berat, ttp apabila kita menghadapinya, ia tdk sesusah mana. Bayangkan, sehingga memicit jerawat pun tdk dibenarkan krn ia termasuk memisahkan anggota badan. Seorang jamaah bertanya ttg hikmah pantang2 larang tersebut. Ust Rosli menjawab, ia sebagai tanda ketaatan kita kpd-Nya. Katakan, kita dihidangkan dgn satu hidangan daging spt daging ayam masak merah. Kita mkn dgn penuh berselera. Jika kita tahu ia adalah daging anjing, pasti kita tidak makan. Daging anjing rasanya tiada beza dgn daging ayam, bermakna Allah mahu melihat sejauh mana ketaatan kita mengikut perintah-Nya. Begitu juga Allah SWT menjadikan tanah Mekah yang kering kontang. Seandainya subur dan dipenuhi bunga2 cantik, berapa ekor kambing lah agak2nya kita kena dam sebab terlanggar pantang!

Sepanjang perjalanan, laungan talbiah bertalu-talu. Air mata menitis laju...masih terasa seolah bermimpi krn saya berada di antara tetamu-Nya...Tatkala memasuki kota suci Mekah, hati girang tidak terkata. Setiba di hotel kira2 jam 1 pagi. Jemaah lain memulakan umrah, saya pula terus tidur krn terlalu letih menguruskan beg2 jemaah yg tersangkut.

Keesokannya saya bersama suami mencari sarapan pagi. Hotel kami trletak di Jalan Ibrahim Khalil, tdk jauh dari pintu 1, King Abd Aziz. Disebabkan suami tlh selesai berumrah, dia mengajak saya ke Masjidil Haram. Rupa2 masjid cuma di belakang hotel kami! Subhanallah....cantiknya Masjidil Haram ini! Tak tergambar dek kata-kata utk org yg pertama kali menjejakkan kaki spt saya ini...

Tak sabar rasanya menanti tempoh saya berakhir. Bermakna saya berpantang selama dua hari di Mekah. Saya mencari peluang berjalan2 di sekitar hotel jika tiada program ziarah. Ketika itu saya masih berani berjalan seorang diri!

Tidak sah sekiranya sampai di Mekah kita tidak merasai kelazatan ais krimnya. Mmg terkenal, sampaikan ada jiran kwn saya pesan kalau sampai di Mekah jgn lupa beli ais krim! Kakak saya juga menceritakan hal serupa. Tanpa membuang masa, saya yg memang peminat ais krim tdk ketinggalan membelinya. Memang benar, yummy....& hampir setiap hari saya membelinya!



Lupa nak ambil gambar ais krim...tinggal bekasnya saja...2 org guard Arab yg menawarkan diri utk bergambar!

Saya memulakan umrah bersama Usth Nuridah. Pertama kali memandang Kaabah....hanya air mata menggantikan kata2. Alhamdulillah saya berjaya menyelesaikan umrah pertama walaupun pertama kali kaki saya mengalami kesakitan. Mungkin tiada pengalaman, jd saya melakukannya dlm keadaan tergesa2 sedangkan sebenarnya tawaf dan sai'e boleh dilakukan dlm keadaan tenang krn ia cuma melibat fe'li (perbuatan), tiada bacaan wajib yg perlu dihafal (qauli).


Umrah kedua, suami mengajak melakukan bersamanya. Kami lebih santai dan kaki saya semakin pulih. Puas rasanya tatkala dpt menunaikan solat sunat di hadapan Multazam & Hijr Ismail (Multazam lbh selesa krn ada ruang berbanding Hijr Ismail).


Istimewanya di sini kita bebas beribadah tanpa sebarang bebanan. Tiada tugas yg perlu difikir, lupa sebentar soal dunia. Soal memasak, membasuh, anak2 semua ditolak ke tepi. Kita juga mampu mengkhatam al-Quran dalam masa seminggu atau mungkin kurang dpd itu!



Sepanjang perjalanan dr Safa ke Marwah, hati terkenangkan betapa sukarnya Siti Hajar berulang alik demi mencari setitis air utk anak tercinta, Ismail. Kita begitu mudah, jalan ditile cantik, air zam zam ada sepanjang jalan, sedangkan Siti Hajar berjalan krn mencari air sedangkan kita air tersedia setiap ketika...Semoga kita juga dikurniakan kesabaran setanding Siti Hajar...

Dan berada di dalam Masjidil Haram yg indah membuatkan jiwa kita tenang setenang2 nya. Bacaan imam Syeikh Sudais yg sblm ini saya mendengarya menerusi kaset atau CD kini saya mjd makmumnya...alangkah indahnya...Dan di waktu senggang mjd hobi saya melihat telatah wanita2 Arab. Tidak dinafikan, mrk mmg wajib mengenakan niqab krn raut wajah mrk membuatkan kita tdk jemu memandang. Usth Nuridah pernah berkata (semasa kami merayap di Bin Dawod, pasaraya terkenal di sana), "Bila tengok mak2 Arab dgn Pak2 Arab ni terbayang macam ni lah agaknya keadaannya di syurga nanti, dipenuhi bidadari2 yg cantik2 dan bidadara (?) yg hensem2...."

Betul...saya setuju dan dalam hati saya pula terdetik, jika masyarakat Arab begitu tampan dan rupawan, bagaimana pula rupa rasul junjungan kita? Mesti terlalu tampan ditambah dengan nur iman di wajahnya. Jika wanita2nya begitu menawan, bagaimana pula rupa Saidatina Khadijah? Bagaimana pula rupa nabi Allah Yusuf a.s? Jika kesemua wanita memandangnya boleh terhiris jari masing2, bermakna, sehandsome manakah dia? Jika tidak masakan Zulaikha sanggup memfitnahnya semata2 ingin memilikinya! Subhanallah.....Semoga kita digolongkan di antara ahli Jannah.....Allahu Akbar....








This entry was posted on 8:51 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

On September 16, 2009 at 5:19 AM , ain said...

Insyaallah...satu hari nanti, kalau di perkenankan Allah..akak sampai jugak ke Mekah. seronok bc pengalaman milah!!

SELAMAT HARI RY AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN UTK MILAH SEKELUARGA!!

 
On September 16, 2009 at 9:42 PM , Mawar Merah said...

Hmm....baca entry kali ni, wat akak rindu nak kembali ke sana, rindu serindu rindunya. Dulu masa balik umrah org tanya apa perasaan, setiap kali nak jwb...rasa airmata bergenang, sebab keindahan perasaan tu tak tercerita dengan kata2. dan setiap orang akan melalui keindahan tu dengan cara dan pengalaman dan berbeza...
Dulu selalu heran naper ler ada org buat umrah tiap2 tahun, dalam hati cakap...kan ke baik duit tu hantar org yang tak mampu jer. Tapi bile kita jejak kaki ke sana...baru kita faham, rasa rindukan madinah dan cintakan mekah tu akan buatkan kita kalau termampu nak kesana setiap tahun....huh, panjangnya komen....