Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•1:14 AM
Melihat kpd keadaan laman yg 'beku' hampir seminggu ini saya gagahi juga menitipkan kata-kata utk posting terbaru ini. Hampir seminggu saya biarkan ia kaku, bkn sengaja ttp byk perkara yg perlu diselesaikan. Mungkin entri kali ini merangkap 2 dalam 1...bermakna minggu hadapan pula baru saya update!
Bkn bermakna saya tdk menjenguk blog saya ni, cuma bersihkan saja, mengisi dgn benda baru masih belum berkesempatan. Begitu juga dgn blog rakan2, adakalanya saya cuma sempat membaca tajuk sahaja, terpaksa hold dahulu krn byk perkara yg perlu saya selesaikan dahulu...
Seminggu ditinggalkan dgn penuh peristiwa. Jika minggu ini org bercerita pasal Hari Ibu, saya belum sempat menitipkan apa2. Mcmana pun ingin juga mengucapkan terima kasih kpd 'lover' yg menghadiahkan digital Quran dan......muah.....
Mengenai Hari Ibu, saya tlh mengalami dua peristiwa yg akan saya rakamkan utk posting kali ini. Pertama, kejadian pd minggu lalu. Kami sampai ke rumah lbh kurang pukul 6.00 ptg. Suami menghantar saya dulu krn dia mahu menghantar pesanan pelanggan di kawasan perumahan kami.
Saya membuka gril, tetapi pintu kayu pula dikunci dari dalam. Saya ketuk berkali2 (tiga org anak saya pulang pukul 4 ptg, dihantar rakan teman saya). Saya mendail nombor rumah, hampir 10 kali, masih tak berjawab. Hingga suami pulang hampir pukul 7 mlm. Dia melakukan perkara serupa, masih tiada respon. Saya menyuruhnya membuka gril pintu dapur (biasanya kalau tidur, mrk tidur di bilik belakang).
Suami ketuk berkali2, masih tak berjawab. Dia mencuba membuka tingkap nako di dapur. Prang....cermin kaca berderai....dan jarinya luka terkena cermin tingkap. Darah keluar dgn byk, tanpa henti.
Azan maghrib berkumandang. Darah tidak berhenti2 di jarinya. Dia mula menghidupkan suis motor. Mengajak saya solat maghrib dulu di rumah kakak saya. Langkah terakhir saya mengetuk pintu hadapan dgn kuat. Tidak lama kmd, ternampak bayang seseorg membuka pintu. Sambil terkulat2 menggosok mata.
"Mata dgn telinga adik macam kosong. Tak dengar umi ngan abah ketuk..." ujar Awatef yg terdengar ketukan saya.
Suami meluru ke dapur, mencari kain utk membalut jari yg darah masih terus menitis. Saya menjenguk di dlm bilik blkg...seorg tidur atas katil, seorg di bwh ....siap bentang tilam & pasang kipas lagi! Terpaksa dikejut krn tidak sedar kepulangan kami!
Dipendekkan cerita, mlm itu suami ke klinik dan doktor melakukan burning dijarinya utk menghentikan pendarahan.....melayang RM120!
Dan minggu ini dua hari dua org anak dara saya tu tak ke sekolah. Kedua-duanya demam sejak malam Ahad lalu. Untuk keselesaannya, mereka mahu tinggal di rumah. Jika ke rumah kakak saya, ramai budak2 kecil katanya. Panas & bising katanya (mungkin bila badan panas mrk tak selesa dgn suasana begitu).
Saya menyediakan makanan dan selepas menghantar saya, suami akan pulang ke rumah menguruskan mrk. Kebetulan tugas suami saya yg byk berulang antara Jln Pudu dan Gombak dan tdk terikat dgn masa memudahkannya utk menjenguk mrk. Tgh dia akan menjenguk semula dan pergi semula dalam pkl 3 ptg.
Semalam (Isnin, 11/5) Awatef menelefon saya. "Ummi, adik nak minum milo".
"Kakak mana?", soal saya.
"Kakak tidur."
Saya mengajarnya membancuh milo dlm botol, senang, mengikut sukatan.
Inilah dilema ibu bekerjaya. Walaupun pd hari ibu lalu (Ahad) kami telah membawa mrk ke 'Pet House' ttp ketika mrk terbaring saya cuma merawat mereka menerusi telefon. Namun saya bersyukur krn mrk begitu berdikari. (Saya rasa kalau saya yg demam, saya lebih meragam!!) hahahah!!!!
Seandainya tugas / kerjaya saya tdk melibatkan cabang dakwah, mungkin saya akan mengorbankan kerjaya saya. Biarlah suami yg mencari rezeki dan dia tdk perlu bersusah lg menguruskan anak2 ketika ketiadaan saya. Tetapi...ini jln yg saya pilih dan suami merestuinya. Menurutnya, anak perlu dilatih erti pengorbanan dan faham perjuangan ibubapanya.
Dan...saya akui...Alhamdulillah, anak2 begitu memahami tugas dan perjuangan kami. Kesannya, anak-anak saya begitu mudah ditinggalkan bersama ahli keluarga atau keluarga mertua, tanpa sebarang ragam krn mrk faham tugas kami...Doa kami, semoga Allah merestui perjalanan hidup kami.
Maafkan Umi, terlalu byk kekurangan yg ada pd diri Umi. Umi akui...Umi cuba utk menjadi ibu yg terbaik, walaupun terlalu byk ranjau yg perlu dilalui....
|
This entry was posted on 1:14 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

6 comments:

On May 12, 2009 at 3:45 AM , ain said...

berbeza dgn anak2 akak. semuanya masih dibawah ketiak kami. serba serbi kami yg kena buat. anak2 akak x betah tinggal kat umah org even rumah atok mereka. mungkin akak dan suami terlalu melindungi mereka sampai mereka sukar utk berdikari. Mawar tau, sampai sekrg akak masih basuhkan kasut sek mereka. akak sedar ianya salah tapii...ntah ye, mungkin rasa sayang . akak harap sayang ini tidak le menghancurkan mereka nanti. 1 bnda x tau buat.

 
On May 12, 2009 at 4:48 AM , Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

hehehe....saya Jamilah la akak...saya dulu mmg diorg basuh kasut sndiri, tp selalunya asyik berendam jer...dpd saya bising, last2 adik2 ipar suggest masuk wshing machine je...mula2 tu time emergency je...la ni dah jd amalan lak!

Tu la, kami ni selalu out station, jd diorg dah biasa tinggal di rmh kakak / atuk mrk...tp time blk tu siap la mcm2 present diorg, apalagi syok la depa....lupa dah yg kena tggal sblm tu!

 
On May 12, 2009 at 5:00 AM , ain said...

laaa...sori la dear...melalut pulak akak ni. almaklum la dah tuaaaaa!!!!hihihi

 
On May 12, 2009 at 1:17 PM , Mujahidah said...

kak milah tangkap sadis ni...terbaynag awateef yg kecik comey tu...sayu sangat... Moga Allah merahmati keluarga akak...dan untuk akan selamat hari ibu..

 
On May 12, 2009 at 7:27 PM , Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

K ..Sham....projek camne? Ke nak 'same time' ngan akak? Hahahahahh..........!

 
On May 18, 2009 at 8:02 PM , zara said...

Nyilunyer dengar luka luka ni, terasa tangan kita pula yg luka...

Semoga cekal dalam menghadapi segala rintangan.