Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•7:28 PM
Entri saya kali ini mungkin anda berpendapat sesuai utk mereka yg sudah berumah tangga dan mempunyai anak sahaja...tetapi bagi saya, ia sesuai utk semua golongan. Yang bujang utk panduan masa depan dan yg sudah berumah tangga ia sbg muhasabah sesama kita...

Ia berkaitan pengaruh nama dan emosi ibu semasa mengandung. Mungkin kita boleh berkongsi kisah pula selepas ini...

Cd ini bagus utk panduan

Sesungguhnya alam rumah tangga satu alam yang penuh ceritanya. Bacalah sebanyak mana buku, hadirlah dua tiga kursus kahwin...walaupun ia membantu tapi praktikalnya ialah setelah kita sendiri mengalaminya...

Mengimbau pengalaman pertama melayari bahtera rumah tangga, ternyata ia banyak bermain dengan emosi. Di usia awal 20-an, pemikiran masih belum matang. Dek kerana pernah mengalami kegagalan utk melanjutkan pelajaran (naif sgt, tak terfikir pula utk mencuba lagi mengisi borang UPU pd thn berikutnya) membuatkan saya menerima tawaran bekerja sbg wartawan Muslimah. Dalam masa yg sama saya menerima tawaran menjalani Pengajian Awam Pengajian Syariah, UM yg baru diperkenalkan pd tahun tersebut. Saya mengambil peluang tersebut sementelah utk mengubat jiwa yg luka...(kini kursus tersebut sudah di peringkat Ijazah...bila nak start ni?).

Bekerja sambil belajar. Dalam masa sama saya mengambil keputusan utk mendirikan rumah tangga. Ada ketikanya kita buntu dalam membuat keputusan...saya berserah kpd Yang Maha Esa...

Dua bulan usia perkahwinan saya disahkan pregnant. Usia baru 22 thn (kahwin awal tahun, bersalin hujung tahun!) Di situ segalanya bermula, saya mengalami alahan yg teruk, kerjaya sbg wartawan menuntut pengorbanan yg besar. Assignment perlu pergi walau kepala pening2 lalat. Pernah sekali sblm masuk ke Kedutaan Indonesia, saya perlu mencari tandas dahulu untuk mengeluarkan segala isi yg membuatkan kepala saya berdenyut! Juga beberapa kali masuk ke toilet ketika menunggu Prof Zakiah Hanum di pejabatnya...
Hinggalah saat saya melahirkan putera sulung. Saat mencari nama, suami kata kalau boleh dia nak nama yg ada maksud 'agama'. Biasanya istilah arab ni mesti hujungnya Deen....cth Aminuddin...Khairuddin...tapi saya tak nak nanti orang akan panggil Din je nanti...Semasa mjd ustazah sandaran dulu, saya berkenan dgn seorang pelajar ni, namanya Ahnaf, saya minat sbb dia kecil, walau pelat tp dia berusaha menyebut makhraj dgn betul, walaupun tebal sebutan 'ra' nya. Selak buku, saya terjumpa 'Ahnaf' yg bermaksud " yg berpegang teguh kpd agama". Amat bertepatan dgn hasrat suami saya. Kami pun menamakannya Muhammad Ahnaf b Anissofian (mmg saya berhasrat nak bubuh nama anak bermula dgn A , sempena nama family suami!).

Alhamdulillah, mmg ada karektor beliau yg meminati kisah perjuangan sama ada sirah Rasulullah s.a.w, sahabat atau pejuang Islam di masa kini. Memang semangatnya ada (kaki demo nih!!!). Tapi satu yg tak best ...perangai dia byk dipengaruhi emosi saya sewaktu mengandung (saya tau la sbb saya yg peknen! hahaha). Mudah menangis, sikit baran, tdk sabar tapi cepat sejuk..Sebagai anak sulung memang dia mendominasi adik2nya. Dan, memang adik2 dia pun akan mengalah dgn dia (time ni dia suka sebut mcm iklan telekom satu masa dulu...aku kan abang!

Yang kedua perempuan. Memang afdal nama anak diberi oleh suami. Dia memilih nur Afiqah (cahaya , pemurah). Saya nak tambah Aida, sempena nama doktor yg menyambut kelahirannya. Dgn niat semoga dia penyabar mcm doktor tersebut. Suami pula tak setuju, panjang sgt katanya, Nur Aida Afiqah bt Anissofian (sampai skrg dia marah sbb namanya pendek!).

Dia ok tp sering menjadi mangsa saya semasa dia kecil. Maklumlah saya mengandungkan ketika Ahnaf baru 9 bulan...stress kerja, anak, penat membuatkan emosi saya lg sekali terganggu. kena pula masa kecil dia ni lasak sikit, tak mcm bdk pompuan, lg la mencabar. Dulu suami saya risau jgk, takut lasak katanya. Saya katakan kita kena yakin dgn anak kita sendiri...Skrg bila dah umurnya 10 thn dia risau sbb terlajak feminin pulak! Suka sgt cerita seberang (Indonesia la tu....). "Sudah..sudah kakak...tutup tv tu...." Dia bising setiap ptg!

Yang ketiga, saya menamakannya Nur 'Awatef (kesayanganku, perasaan). Nama ni saya berkenan masa Afiqah dulu (rupanya tak sesuai dgn karektor dia). Saya mengandungkan dia ketika mula berhenti dr Muslimah. Bekerja di tempat baru, suasana kerja yg bkn minat kita membuatkan saya tertekan sekali lagi. Saya byk menangis & mjd terlalu sensitif. Kesannya....anak dara ni pun lembut orgnya..sensitif.....suara tak dengar...!kena pulak dgn maksud namanya...sesuai sgt la tu....tp dia very caring...membantu saya buat kerja rumah....setiap ptg bila blk dr sekolah, soalan dia mesti..."Ummi sihat? I love U".

Dan...yg keempat ni 'lasak' sikit. Mungkin ketika mengandungkannya emosi dah stabil sikit kot! Tambahan usia masa tu tepat 30 tahun...Byk pengalaman dan mmg mudah menjaganya. Diberi nama Muhammad 'Afwan Imran (pemaaf, Imran tu nama tok belah suami, Tn Hj Subky Latif yg suggest, lekatkan nama keluarga, stail org Arab katanya).
Orgnya mmg mudah memaafkankan (kategori bdk 4 thn lah!). Sekejap je pujuk. Kalau tgh menangis tu kita bawa la lari tajuk sikit, terus dia menyampuk..."Ek?" lupa dah dgn apa yg ditangiskan tadi!
















Apapun anak adalah syurga rumah tangga dan amanah besar yg perlu ditanggung. Jika doktor ada menasihati utk menjaga emosi , memang benar..jika ustaz2 berceramah / buku2 mengatakan pengaruh nama amat besar dalam pembentukan anak2, itu juga benar...Jika boleh panggillah nama anak dengan nama penuh mrk kerana nama itu doa bg mereka....
This entry was posted on 7:28 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

6 comments:

On April 1, 2009 at 11:18 PM , abid abdi said...

keluarga bahagia. didiklah anak dengan panduan rasulullah . insyallah.. moga allah merahmati dan meredhai akak sekeluarga..

 
On April 1, 2009 at 11:52 PM , Kita orang KL said...

Itu lah jodoh pertemuan, kita merancang, ALLAH yg menentukan. Semoga bahagia dan diberkati hingga akhir hayat. - Kak Nora.

 
On April 1, 2009 at 11:55 PM , Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Abid & Kak Nora...

Terima kasih atas doa...Semoga kita sama2 memperolehi mawaddah & rahmah Nya...

 
On April 2, 2009 at 1:57 AM , Mujahidah said...

ehemm...mcm bg peringtn buat diri nmpak..kite tau la akak dok mnanti team akak btambh..he he he ada tnda2 ke?

 
On April 2, 2009 at 11:57 PM , Mawar Merah said...

Rasanya payah sggh nak didik anak zaman sekarang, macam2 pengaruh buruk yg menanti di luar...semoga dapat didik mereka jadi manusia beriman walau apapun dugaan menanti...bertuah dapat didik anak sendiri kan!

 
On April 3, 2009 at 2:21 AM , Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Mmg...mencabar sungguh mendidik anak zaman IT ni...mrk lbh advance dr kita...Tp saya berpegang pd nasihat Dr. Che Noraini Hashim, (Jab Pendidikan UIAM), "Mndidik anak umpama bermain layang2, boleh lepaskan ia terbang sebebas mana, tp jgn terus direntap, tali akan putus dan layang2 terbang entah ke mana...."