Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•6:57 PM
4/3/2009 - Hari kedua saya berposting di blog ini. Tp entah bagaimana utk saya memulakan kisah ini yg mungkin pd org lain tiada maknanya ttp bg saya ia cukup mengesankan.


Ia cuma kisah seekor kucing peliharaan saya yg diberi nama Manja ..atau nama sebenarnya Manjalara..Ia berwarna putih bertompok kelabu. Saya mengambilnya ketika pulang dr rumah kakak selepas mengambil anak bongsu saya, Afwan. Kerana ia asyik mengekori kami, anak-anak meminta utk membawanya pulang utk dipelihara. Sememangnya saya peminat setia kucing dr kecil, cuma sejak berkahwin dan mempunyai anak saya tlh pun melupakan minat saya ini. Cuma thn lepas, saya mula kembali berminat membela kucing, itupun krn kucing2 itu yg dtg ke rumah. Kucing pertama juga bernama Manjalara, berbulu oren dan mempunyai sepasang mata yg amat cantik. Lama juga kami membelanya dr kurus kering hinggalah gebu comel. Malangnya ia hilang, tak tau sama ada dicuri, kemalangan atau di makan anjing. Memang kami anak beranak terasa kehilangannya ttp bkn spt perasaan ketika menghadapi 'pemergian' Manja (kelabu ) ini. Slps kehilangan Manja (oren) kami membela pula 2 ekor kucing lain iaitu Conan & Kitty. Tapi kedua2 juga hilang dan hanya sempat bersama kami tidak sampai sebulan! Berbalik kpd Manja (kelabu ) ini...(saya cuma lampirkan gambar seekor kucing seakannya yg saya ambil dr website) krn saya tidak mempunyai gambarnya...manja seekor kucing yg aktif.

Telatahnya menghiburkan kami sekeluarga. Suami kurang berminat dgn kucing ttp memberi sepenuh galakan kpd kami. Katanya jaga ia dgn baik krn ia juga makhluk Allah. Anak sulung, Muhd Ahnaf juga menyayanginya, cuma jarang bermain dgnnya. Peminat @ kakak angkatnya ialah anak kedua, Nur Afiqah. Dia yg memberi makan, mengingatkan saya ttg stok ikannya dan jadual mandinya. Balik sekolah mesti dia menjenguk Manja, dibelai dan di dukungnya sambil bercakap2 dgnnya. Yg ketiga, Nur 'Awatef, cuma usap sekali sekala, saya tdk begitu menggalakkannya krn beliau menghadapi asma. Dan si kecik, Afwan Imran (4 thn) walaupun lasak tp takut dgn si Manja. Dia cuma mengintai dr celah grill, bila Manja dtg ke arahnya, lintang pukang dia lari.

Rutin harian kami berjalan spt biasa dan di hujung minggu kami lbh byk masa dgn Manja. Jika blk ke kg, kami akan tinggalkan di rumah kakak atau meninggalkan kunci kpd kawan dan berpesan utk memberikan Manja makan. Saya akan menyiapkan stok ikan rebus di dalam peti. Hinggalah pd penghujung Januari lalu Manja diserang sakit mata. Afiqah akan mencuci matanya setiap kali balik dr sekolah. Saya spt biasa memberinya makan. Slps dua minggu, sakitnya tdk berkurang. Saya tdk risau sgt krn menganggap ia biasa pd kucing. Tambahan Manja yg aktif keluar bermain sepanjang hari, bercampur dgn kucing2 lain. Hinggalah masuk ke minggu ketiga matanya semakin kronik. Afiqah semakin panik. Saya sendiri tiada pengalaman menghadapi situasi ini. Saya berikhtiar, membuka laman sembang di internet di kalangan peminat kucing. Ada yg bercerita pengalaman mrk menghadapi kucing yg sakit mata. Salah seorang dr mrk menggunakan ubat sakit mata di farmasi, katanya ia sesuai dgn kucing. Ada yg mencadangkan spy membawa ke klinik veterinar.
Saya berbincang dgn suami, memandangkan situasi masa yg tdk sesuai kami mencuba dulu membeli ubat titis mata di klinik. Dlm seminggu masih tiada perubahan. Suami meminta utk membli ubat di klinik haiwan, ttp tdk boleh krn syarat mesti membawa 'pesakit'nya. Disebabkan susah utk membawanya ke klinik, hasrat itu tertangguh lagi. Afiqah bertambah risau, setiap hari meminta kami membawa Manja ke klinik. Hinggalah semalam (3.3.09) Manja semakin kronik. Matanya bernanah, tertutup. Saya menelefon suami menceritakan perihal Manja.

Suami mencadangkan kami membawanya pd sebelah mlm, malangnya klinik tutup di sblh malam. Sblm tidur mlm, tiba2 Afwan berlari ke arah saya mengadu Manja tidur di bwh katil dan dia hampir terpijak! Patutlah sepanjang petang saya mencarinya tiada, rupanya di bwh katil. Keadaannya cukup lemah, hati saya amat sayu. Terbayang telatahnya ketika sihat dulu. Kami amat merindui telatahnya. Hati saya berbisik , Ya Allah, selamatkanlah Manja. Saya tdk sampai hati utk meletakkannya tidur di luar. Lalu saya mengambil surat khabar dan tidur di ruang dapur kedua. Saya berbaring di sebelahnya. Sambil mengusap badannya saya berdoa semoga Allah mengampunkan saya krn membiarkan keadaannya sebegitu.
Sambil berbaring memerhatikannya, tiba2 Manja terjaga dan mengerang sambil menggaru2 matanya. Astaghfirullah...dia sakit! Anak2 keluar dr bilik. Saya memanggil suami. Sambil berpusing2 dia mengerang. Anak2 meraung. Saya ikut menangis krn melihat dia menggelupur kesakitan ttp tdk tahu utk berbuat apa. Suami juga tak tahu nak buat apa. Ahnaf spontan mengambil wuduk & terus membaca Yasin sambil menangis teresak2.

Saya benar2 panik dan terharu melihat kesungguhannya. Saya tahu niatnya murni, dia ingin selamatkan Manja dan menyerahkan kpd Allah SWT. Selesai baca Yasin, dia membaca salawat syifa' (kebetulan kami mmg mengikuti cerita Anak Betong setiap mlm, dipraktikkannya doa itu utk Manja). Situasi mlm tadi benar2 mengharukan. Afiqah & Awatef tersesak2 berpelukan. Tdk sampai hati melihat keadaan Manja & anak2 aku meminta suami agar meletakkan manja di luar. Rupa2nya dlm dia mendakap Afwan, saya juga terlihat linangan air mata di pipinya. Dia kata tak tergamak utk mengangkat Manja keluar, dia menyuruh saya, katanya hati saya lg kuat...
Saya kuatkan semangat membawa Manja keluar, sambil mengusap kepalanya, saya memohon maaf daripadanya. Saya memintanya bersabar krn pagi esok kami akan membawanya ke klinik.
Pagi ini, ketika bersiap ke sekolah, mereka semua mengingatkan saya utk membawa Manja ke klinik. Awatef mengejutkan saya jam 5.00 semata-mata utk mengingatkan saya membawa Manja.

Pukul 9.00 pg saya bersiap utk ke klinik. Manja saya balutkan dgn kain tuala kecil. Utk mengelakkan jammed, kami menaiki motor. Saya memangkunya di belakang, dia cuma duduk diam, cuma sesekali meronta, saya masih blh mengawalnya.

Setibanya di klinik dan mendaftar, saya bertemu doktor. Beliau terkejut melihat keadaan Manja, katanya telah teruk. Virus tlh menyerang keseluruhan matanya dan memasuki otaknya. Masya Allah, terpana saya mendengar kata2nya. Saya bertanya tdk ada rawatan utk mencuci matanya? Dia kata mata Manja sudah rosak. Hanya 2 cara, sama ada dikorek mata dan Manja akan buta atau diberi suntikan utk mematikan Manja! Aku dan suami terpaku. Astaghfirullah...apa yg sudah kami lakukan ini! Apa yg perlu kami ckpkan pd anak2 bila mrk bertanya nanti?

Kami bertanya Dr tersebut jika kami ingin terus menjaganya, bagaimana? Menurutnya, virus sudah menyerang otaknya, dia sudah tdk blh menerima makanan lg..keadaannya sudah kronik. Suami menelefon seorg ust bertanya pendapat & hukum. Menurut ust tersebut seandai memudaratkan kami dan Manja, ia tdk salah. Suami minta saya reda, niatkan saja ini cara utk kami tdk terus membiarkan dia menanggung kesakitan. Saya terus menangis, tdk mengendahkan Dr & kakitangan di situ lg. Saya cuma terbayangkan betapa terseksanya Manja & harapan anak2 ketika pulang dr sekolah nanti. Setelah berbincang dgn suami, setengah jam kemudian kami meminta izin dr Dr utk melawat Manja. Sayangnya, ia sudah terkulai...pergi mengadap Pencipta-Nya. Saya mengusap2 kepalanya, tdk tahu utk digambarkan perasaan ini. Perasaan bersalah benar2 menghantui kami.


Suami menenangkan saya dan meminta kami mengambil iktibar dr pengajaran ini. Sesungguhnya biarpun ia bkn manusia ttp ia juga memerlukan rawatan spt manusia. Dia juga makan, minum dan sakit spt manusia. Sekalipun saya biasa menghadapi kehilangan kucing sblm ini ttp pemergiaan Manja dgn cara begini di depan mata saya benar2 meruntun naluri halus saya...Saya tdk tahu mengapa terlalu sensitif ttp saya bersyukur krn saya & anak2 masih mempunyai sifat kasih syg yg begitu tebal terhadap haiwan peliharaan kami. Suami meminta agar kami terus menjaga kucing selepas ini dan menjaga dgn sempurna. Walaupun dalam beg tangan saya sentiasa tersedia kamera, tetapi saya tdk sanggup mengambil gambarnya. Biarlah hanya gambar yg membawa cerita gembira shj dipaparkan di blog ini. Saya tdk sanggup mengambil gambarnya terkulai dgn mata tertutup & bernanah di paparkan di entri ini....

Ya Allah, Engkau ampunkan dosa2 kami....Buat Ahnaf, Afiqah, 'Awatef dan 'Afwan, sesungguhnya Allah lbh menyayangi Manja...maafkan Umi & Abah atas segala yg berlaku ini....

This entry was posted on 6:57 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

On March 5, 2009 at 7:32 PM , Jamilah Aini Mohd Rafiei, 33 said...

2 comments: Nik Fauziah Nik Hussin said...
Ya Allah Milah, sedihnya... Nangis akak! Mesti kucing yang hari tu ko citer tu kan.. huhuhu

March 3, 2009 9:54 PM
Jamilah Aini Mohd Rafiei, 33 said...
mmg sedih...entahlah...pengalaman ini mmg cukup bermakna bg family kami...

March 4, 2009 12:50 AM

 
On March 6, 2009 at 2:51 AM , Mawar Merah said...

Sedih cerita tu, so kita sama2 peminat kucing ler yer. Thanks lawat blog saya moga kita boleh jadi kawan di alam maya.