Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•9:00 PM
Dua tiga bulan lalu saya ditugaskan mencari bahan berkaitan seorg penulis era 50-an yg dikenali dgn nama 'Cikgu Ustaz'. Tulisan beliau disiarkan di majalah Hiboran antara tahun 1954-1956. Juga artikel mengenai Dr Burhanuddin al-Helmy yg disiarkan di majalah yg sama.

Maka bermulalah sesi mentelaah saya di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa & Pustaka. Hampir 2-3 minggu juga saya menjadi pengunjung tetap sana hingga kenal pak cik2 staf di sana (maaf...kena panggil pak cik, tak kan abg kot!).

Suasana library yg sunyi amat menenangkan...bertahun saya tak menjengah library. Walaupun mata saya sungguh tak tertahan di antara jam 11-12 tgh! Sunyi & sejuk membuatkan tulisan2 kat majalah2 tu saya nampak mcm bantal2 je.....!

Hari terakhir saya di sana, tugas saya selasai awal. Dalam pkl 3.30 ptg. Malas nak ambil cab...susah jgk area tu...jd saya pun turun ke ting 2. Aras yg menempat bahan penulisan.

Leka btul saya melihat buku2 yg ada....Sejarah Melayu, tokoh2 sasterawan...biblografi...bla..bla..mcm2 ada...Minat lama muncul kembali...kesibukan membuatkan saya tak sempat pergi ke tempat sebegini...Mata saya tertangkap pd sebuah buku yg mmg saya cari2. Sblm ni masa pergi ke Pertama Complex dgn Kak Nik pernah tanya buku ni, tp dah habis. Kena pesan la pulak...pernah jugak singgah kedai buku lain sblm ini, jawapan sama...dah habis...tggu stok baru...

Apa lagi...saya pun ambil baca...satu helaian...satu...mengasyikkan...nak habiskan hari tu tak sempat...so...terfikir..nak pinjam ke tak nak....nanti mcm pulak nak memulangnya? Saya dah tak dtg ke sini lps ni, tp tak puas kalu baca trgantung...nak beli kena singgah kedai lain la pulak...tp bila nak perginya? Hmm...mcm2 fikir, tgh syok baca tiba2 tergantung tak best la pulak....

Fikir2..pinjam jugak la...sekurang2nya semangat membaca tu msti tinggi sbb ada 'deadline' utk hantar! Tp tak kan sebuah je kot...dan cari lg...jumpa sebuah lg...Ilmu Mengarang Melayu, Edisi Ejaan Rumi Baharu, Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba). Wow! alang2 dah minjam elok ni, pinjam dua sekali...tak la segan ngan pak cik kat kaunter tu nanti!

Dan...buku ini mmg betul2 best. Bkn sebarang buku motivasi. Semua org blh menulis buku motivasi tp pengalaman itu lbh berharga utk memotivasi org lain.

Saya pernah bertemu penulis dlm satu sesi temubual...seorg yg lemah lembut & berwibawa. Tokoh pendidik yg brjaya keluar dr kepompong kemiskinan. Bkn sdkit cabaran yg beliau hadapi...pengalaman memasuki sekolah Inggeris dlm keadaan tdk faham langsung bahasa itu benar2 menyebabkan beliau tertekan. Kata2 gurunya yg amat pedih..."Hey Sidek! You better go back to kampung, tanam kacang lagi baik!" . Kalau tak kuat semangat mau berhenti sekolah dibuatnya.

Malah byk lg perkara2 yg menguji ketahanan beliau. Saya begitu kagum dgn semangatnya. Kekentalan jiwanya. Membuang rasa malu dan rendah diri semata2 utk menambah ilmu di dada...Baginya kemiskinan hanya blh dibasmi menerusi pelajaran...Betapa beliau terpaksa menduduki peperiksaan Higher School Certificate (HSC) sebanyak tujuh kali semata2 utk memperolehi Sijil Penuh iaitu syarat minima utk menjejakkan kaki ke Universiti Malaya. Tidak kisah digelar mahasistua...malah dirinya sudah lali dgn kata nista masyarakat sekeliling..

Tdk cukup rasanya utk saya mengulas panjang lebar di sini melainkan kita perlu membaca sendiri dan menjadikannya koleksi di rumah... Saya sdg berusaha utk membelinya utk dijadikan tatapan anak2 saya. Saya menceritakan serba sedikit mengenai tokoh ini kpd Ahnaf, dan dia benar2 berminat dgn perjalanan hidup beliau...Ia tdk sama dgn kisah drama tv kerana dia tahu itu lakonan...ini adalah susur galur kehidupan yg beliau sendiri alami...

Saya berjanji kpd Ahnaf utk membawanya menziarahi tokoh ini..(bila dah beli buku ler...nak signature) krn rumahnya dekat je dgn kami...!

Kata2 yg menyayat hati...

Mendengar tangisan ayah pd waktu mlm amat menyayat hatiku utk dikenang. Mendengar batuknya yg bertalu2 mengocak hening malam menjadikan aku hiba. Betapa luhurnya hati seorg insan kerdil spt ayahku, seorg ayah yg tdk pernah putus harap utk berdoa dan mengadu kpd -NYA..
|
This entry was posted on 9:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

2 comments:

On March 25, 2009 at 10:03 PM , NIk Fauziah Nik Hussin said...

Lah, akak suggest ko baca gak buku Memotivasikan Anak secara Positif.

 
On March 25, 2009 at 11:53 PM , Anonymous said...

sapa punya?