Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•6:53 PM
Selesai mesyuarat mlm Jumaat lalu spt biasa slps makan hidangan yg disediakan, saya dan kakak2 cawangan bersembang sekejap. Biasanya hal semasa atau keluarga masing2. Saya lihat Kak Kamariah & Kak Ros begitu khusyuk bercerita. Saya menghampiri mrk utk mengetahui hal yg dibincangkan. Bila masuk separuh, mana la nak faham apa yg diceritakan.
Nada mrk begitu serius. Bila saya bertanya, alangkah terkejutnya saya ttg apa yg dibicarakan. Ia mengenai jiran Kak Kamariah (deret hujung rumah saya). Seorg wanita tua berusia 90 thn lebih, tinggal bersama anak lelakinya dlm lingkungan 50-an. Menurutnya anak lelaki itu bersara dari tentera atau diberhentikan, kami tdk pasti. Lelaki ini menghidap penyakit kulit. Menurut mrk, dia selalu ke kedai berhampiran dgn ber t-shirt dan berkain sarung sahaja.
Khabarnya sudah lama mereka menyewa di perumahan ini, tetapi saya tdk perasan pula sblm ini. Kehidupan mrk susah. Semua bermula slps seorg anak perempuan lelaki ini yg berusia 18 tahun datang ke KL utk mencari pekerjaan. Menurut Kak Ros, lelaki ini tlh berpisah dgn isterinya kira-kira 15 thn lalu. Anak2 bersama bekas isteri di Terengganu.
Sblm ini khabarnya kakak perempuan itu terlebih dahulu dtg ke KL dan tlh bekerja di kedai buku bersebelahan kedai Kak Ros. Jadinya, kakaknya memperkenalkan adiknya kpd Kak Ros, dan Kak Ros mengambil adiknya bekerja di kedai pakaian Kak Ros.
Adik ini rajin bekerja dan Kak Ros amat menyenanginya. Hinggalah satu hari ketika masuk bekerja sambil menangis teresak2 dan tangan terketar-ketar beliau menemui Kak Ros.
"Kak Ros....tolong saya...saya takut...."
"Kenapa". Kak Ros bertanya kepadanya.
"Saya takut, malam tadi ayah dtg masuk bilik, selak kain saya...saya takut..."
"Astaghfirullahal azim....Dia ada buat apa2 dekat kamu tak?" tanya Kak Ros.
"Tak...saya lari, menjerit, keluar bilik.."
Kak Ros memberitahu suaminya. Suaminya mengambil sebatang kayu dan meninjau2 kawasan luar kedai. Tdk lama kemudian nampak kelibat bapa gadis tersebut seperti mencari sesuatu. Kak Ros memberitahu hal tersebut kepada kakak gadis tersebut di kedai sebelah. (Di fahamkan kakak gadis ini kurang cerdik sikit berbanding adiknya).
Malam itu Kak Ros tidak membenarkannya pulang ke rumah, sebaliknya tidur di kedai saja. Keesokannya Kak Ros memberikannya gaji utk bulan itu dan memintanya pulang ke kampung atau mencari pekerjaan lain, untuk keselamatannya. Dengar khabar, kini dia dan kakaknya sudah bekerja di Ampang.
Berderau saya mendengar cerita ini. Ia bukan cerita rekaan, bukan juga drama televisyen, malah berada di sekitar kejiranan saya. Kak Ros dan Kak Kamariah meminta kami mengawasi anak perempuan masing-masing.
Teringat saya kisah Allahyarhamah adik Nur Syuhada, Nurul Huda, Nurin Jazlin dan beberapa lagi kanak-kanak yang menjadi mangsa manusia berjiwa syaitan ini. Apabila nafsu menguasai diri, tdk dikira lagi sama ada anak kandung, anak tiri atau kanak-kanak yang tidak mengenal apa-apa. Itulah sifat si syaitan ini!
Mengetahui kebimbangan saya, Kak Ros dan Kak Kamariah menasihati saya, banyakkan berdoa kepada Allah SWT agar menjauhkan kita dari perkara yg tidak diingini. Hanya kepada Nya kita berserah dan berlindung...Na'uzubillah minzalik...
This entry was posted on 6:53 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

4 comments:

On March 31, 2009 at 2:19 AM , NIk Fauziah Nik Hussin said...

mmg tak guna btol manusia cam tuh.. geram btol..

 
On March 31, 2009 at 5:49 PM , Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Masalahnya duk area situ...risau tul di buatnya!

 
On April 1, 2009 at 3:08 AM , abdullah luqman osman said...

dunia hampir kiamat. macam2 benda yang takterduga boleh berlaku.sesamalah kita minta perlindungan dari allah, kerna diayang maha kuasa diatas segala sesuatau

 
On April 1, 2009 at 9:34 PM , Madam Casper said...

ISHH GERAM LA BACA
LAHANAT NYA BAPA TU...TAK PADAN DGN BERPENYAKIT