Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•8:00 PM
Sabtu lps (14/3) tailor saya dr Klang dtg ke rumah. Kebetulan ada kenduri kahwin di Gombak, dia singgah ke rumah. Kebetulan mmg ada kain2 yg perlu ditempah (bln Mei ni baru siap!) , sekurang2nya mudah sikit kerja saya, tak perlu ke Klang utk hantar kain2 tu. Spt biasa slps memberi lakaran fesyen yg perlu dibuat, kami berbual2. Agak lama juga tak berjumpa dgnnya, cuma berhubung menerusi sms saja.

Lama berbual baru dia teringat, katanya dia sekarang baru nak cuba menjual biskut tart nenas yg diambilnya dari kampung, Kuala Pilah. Diberi sample kpd saya. Hmm...mmg sedap pd perkiraan saya. Dohnya dibuat dr mentega (buttercup) dan intinya pula dimasak sendiri (nenas diparut & dimasak, bkn ready made).

Mungkin beliau menganggap saya ramai kenalan yg boleh di 'promote' lalu melantik saya sbg salah seorg agennya. Utk tdk menghampakan harapannya, saya bersetuju dan membeli sebalang (50 biji, RM19). Kebetulan, si hero, Ahnaf mmg peminat tart.


Suami saya melintasi kami ketika sesi 'perbincangan' tu. Kwn saya ni secara spontan berkata, "Cik Anis, kita ni baru nak start berniaga..nak tolong suami..." Sambil ketawa saya mencelah...."Ye la.sorang jual baju, sorang pulak jual tart!."

Slps kepulangannya, kata2nya terngiang2 di telinga saya. "Kami ni nak tolong suami.." Sblm tu ada juga dia merungut..."Kita ni walau tak bekerja, tapi duduk rumah mcm2 kerja buat, uruskan anak2 sekolah & menjahit tempahan baju. Kdg2 masak lambat dia bising jgk, padahal utk tolong dia jugak!"

Kami tertawa...mungkin ia hanya gurauan atau mungkin juga hakikat. Ya...ramai wanita bekerja krn niat utk meringankan pendapatan keluarga. Mgkin org bujang mempunyai tuntutan tertentu ttp bg yg berkeluarga ia amat membantu utk saat2 getir, tambahan di saat org berbicara mengenai kegawatan ekonomi kini. Apakah wujud seorg isteri bekerja semata2 utk kepuasan dirinya? Kewangan rumahtangga biar suami yg urus, kan itu tanggungjwb dia. Duit aku, duit aku, duit dia duit aku! Huh...parah kalau ada isteri mentaliti mcm ni.
Apapun rata2 isteri berasa bertanggungjawab utk membantu suami masing2. Yg bergaji besar mgkin tdk begitu terbeban, bgmana jika suami bergaji sederhana, isteri tdk bekerja, anak ramai, pasti kekangan kewangan memerlukan mrk berusaha lbh demi utk menjamin kehidupan sekeluarga.

Jika anda juga ingin menambah pendapatan lebih, blh bermula dgn bisnes tart ni. Mana tahu, melihat usaha anda , suami akan lebih menghargai anda & menambah keharmonian rumah tangga anda!

This entry was posted on 8:00 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: