Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•7:51 PM
Sempena sambutan Maulidur Rasul pd 12 Rabiul Awal (9 Mac), berbagai sambutan diadakan. Memang digalakkan kita memperingati junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w. Bukan ketika 12 Rabiul Awal saja, malah sepanjang tahun kita wajib mengingati & mengasihi Baginda.

Tahun lalu saya berpeluang menonton teater muzikal Sirah Junjungan, hasil karya sutradara terkenal, Erma Fatima. Saya pergi bersama rakan setugas, Ria dan jurufoto, Farid. Kedua-dua mrk begitu teruja dgn pementasan ini. Sekembali dr menonton saya bercerita kpd suami dan saya berhasrat utk membawa anak2. Namun hasrat itu tak terlaksana krn saya pergi di minggu terakhir pementasan.


Minggu lalu, ketika menonton berita keluar mengenai pementasan teater ini utk kali kedua. Keesokannya saya menghubungi Istana Budaya meminta no tel Nanee (pa Erma - saya dah kehilangan nombornya!). Spt biasa, Nanee memberikan kerjasama yg amat baik..thanx Nanee...tp kali lain sikit, selain coverage saya ingin membawa anak2 menonton.

Saya meminta Nanee menyediakan 3 tiket kanak2 (kadar pelajar sekolah) .
Malam smlm, saya menyuruh mrk bersiap. Ahnaf dah tahu sblm ni, cuma Afiqah yg masih terpinga2. Saja nak surprisekan dia. Kebetulan anak buah tidur di rumah (Syuhada - 10 thn) saya pun bawa dia sekali menggantikan 'Awatef yg tak blh pergi , demam...siannya (hantar kat lobi je).

Tiba di IB, memang teruja bdk2 tu...Maklumlah bkn budaya kami bab menonton wayang atau teater ni.. Cuma bila teater memperingati baginda Rasulullah, adalah sikit kelonggarannya.

Spt dijanjikan saya bertemu Nanee. Ucapan terima kasih kpd Nanee krn tlh memberi empat tiket percuma kpd kami (tq daun keladi!)

Sempat lagi Ahnaf berposing main-main

Saya bkn pandai bab2 karya seni ni. So, bg saya ia satu karya yg hebat. Sekurang2nya ada inisiatif utk mementaskan teater sebegini walaupun mgkin sambutannya tdk seperti teater muzikal lain. Usaha perlu ada & berterusan. Dan sambutan yg saya lihat mlm tadi, tingkat bawah penuh, cuma tingkat kami (atas), byk juga kosong. Ok juga, blh la anak2 saya duduk di hadapan.

Ini merupakan hari pertama yg mempersembahkan Dato' Siti Nurhaliza sbg penyanyi jemputan. Mungkin ini juga faktor yg menarik penonton, entahlah. Tidak dinafikan aura Siti mmg tersendiri. Lagu2 yg dibawa mmg menusuk kalbu, ttp bagi pandangan peribadi saya, saya lebih puas jika Jamal Abdillah yang menyanyikannya spt Sirah Junjungan I dulu. Seperti persembahan Jamal, pementasan kali ini Siti bergandingan dgn Salleh dari kumpulan Brothers.

Selesai persembahan saya bertanya Ahnaf, "Macamana, seronok?"

"Ok, jugak, tapi kenapa tak ada perang Khandak, perang2 lain. Kenapa tak ada kisah Khalid al-Walid? Menari byk sangat, buang masa je..."

Hmm...boleh tahan jgk budak ni komen. Kata hati saya. Saya menerangkan, kisah2 tertentu saja dipaparkan. Mana sempat nak buat semua kisah. Tapi bagus juga, sekurang2nya apa yg dipelajari dri teori di sekolah byk digambarkan dlm teater ini.

Apapun, keperibadian Baginda membuat kita merindui Baginda. Spt kata2 perantara, Mazlan , "Walau sudah beribu tahun berlalu, walau tidak pernah kami menatap wajahmu, kami terus merinduimu, kami mohon ya Allah, agar kami dapat bertemu dengan mu, Ya Rasulullah..."
This entry was posted on 7:51 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

6 comments:

On March 19, 2009 at 6:58 PM , Nik Fauziah Nik Hussin said...

wah2 dpt free tiket lagi ek.. baguslah.. nnti jgn lupa cover untuk sana sini ek.. marah dak nani kang!

 
On March 21, 2009 at 3:00 AM , Mawar Merah said...

Hmm...bestnyer, akak mmg minat teater, masa baca kt metro tu rasa teringin sangat nak menonton. tapi almaklum jauh di Penang, macam tak berbaloi nak turun KL just for that, may be depa boleh consider pentaskan kat Penang.

 
On March 22, 2009 at 6:00 PM , Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

hehehe....mmg le Kak Nik, Nani tu mmg best...tambahan kali ni lbh pd tarian...tp memukau gak tarian dia, tak lah lenggok over sgt...ha la.nanti kita buat la sana sini...bila la pulak Erma nak buat teater lain plk lps ni...blh den ngendeng!

 
On March 22, 2009 at 6:02 PM , Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Oo...Kak Mawar peminat teater ye? Saya sjk tonton teater Sirah Junjungan I thn lpas terus jatuh hati dgn teater. Bila tau je dia SJ II ni dipentaskan terus call PR Kak Erma. Best sgt...moga2 satu ari nanti ia akan dipentaskan di Penang pula...atau mai la turun KL..

 
On March 25, 2009 at 9:43 PM , Anonymous said...

Waaahhh..sy pn nk g tgk tp x de kwn...huhu..K.Milah, nnt klau ad teater lain gtaw sy ek...hehe..nk tumpang skali..haha..

-Amirah Fauzi-

 
On April 1, 2009 at 1:26 AM , Auni Nabilla Antari said...

Salam...Sy bkesempatan menonton Muzikal Sirah Junjungan Tahajud Cinta pd 18 Mac lepas. Salah satunya atas sbb keperluan subjek, selainnya adalah sbb mmg dah lama nak tengok. Masa 2 Siti Nurhaliza yg menyanyikan semua lagu2 Sirah Junjungan tersebut. Apa yg saya nak komen cuma
- lakonan para pelakon kurang best sbb mereka berlakon seperti para pelakon zaman greek yg pd sy agak kaku dan 'bertopeng'. bkn semua pelakon, ttp kebanyakannya. Tiada dinamik dlm intonasi dialog sesama pelakon. dan kurang tenaga serta aura yg dpt dilontarkan.
- audio terganggu selama beberapa minit terutama sekali ketika babak Hindun. Tidak tahu sama ada kesilapan pada pergerakan Hindun yang keterlaluan atau pengawalan koordinator audio.
- para penonton yg tidak tahu menghormati produksi teater tersebut. Sirah Junjungan adalah sebuah teater islam, seharusnya penonton faham akan etika berpakaian, walaupun ia adalah sebuah teater muzikal.
Apa yg ingin saya puji pd produksi ini pula ialah
- narator yang byk membantu penonton memahami cerita dan berjaya membawa penonton utk sama-sama menghayati kisah nabi junjungan tersebut.
-nyanyian mendayu-dayu oleh Siti yg byk mempengaruhi emosi penonton untuk terus menghayati kisah tersebut.
Akhir sekali saya ingin mengucapkan ribuan tahniah kepada produksi Sirah Junjungan Tahajud Cinta 2 ini atas inisiatif menyebarluaskan syiar islam ini.
Wassalam. Hrp maaf jika ada salah silap atau terkasar bahasa.