Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•3:32 AM
Rasanya masih blum terlambat utk saya mengucapkan "Selamat Menyambut Ulangtahun Yg Ke-12" kpd diri sendiri & my hubby..hehehe...Sebenarnya tarikhnya jatuh pd 02/03/2009 yg lalu ttp disebabkan blog ini lahir pd 03/03 jadi tak sempat saya nak post kan ucapan ini. Tambahan pula kesibukan tugas harian membuatkan saya kiv dulu hasrat tu...

Sbnarnya sambutan tlh pun diadakan pa 01/03/09 lalu di rumah. Kebetulan keluarga mertua ada di rumah, jd saya buat la majlis makan2 sikit. Tp kami mention pd keluarga majlis tu bersempena harijadi Afwan (03/03)...suami cover line konon...jadinya tak ada la sapa2 yg wish kat kami...
Teruja!
Bila mengenangkan, alhamdulillah telah 12 thn kami mengemudi bahtera rumah tangga ini. Bak kata org 'sedangkan lidah lg tergigit, inikan pula suami isteri'. Mmg rumahtangga pernah trgigit tp taklah sampai berdarah! (jgn ada yg anggap lain ayat nih!).


Pg 02.03.2009 sambil mengucapkan ucapan selamat pd suami (Anissofian Amran) saya mengajukan satu soalan. 12 tahun kita melayari hidup berdua...Saudara saya (A) bermadu ketika usia perkahwinannya 11 thn, saudara (B) pula suaminya mula bermain cinta ketika usia perkahwinannya 10 thn dan seorang teman pula (C) juga mula main2 cinta juga ketika usia perkahwinannya 10 tahun. Soalan saya, apakah seorang lelaki mula ingin mencari 'spare part' ketika usia perkahwinan begitu? Tp biasa la pakwe saya ni jarang nak serius kalau bab2 ni...jawapannya..nak ke? Ishk...main2 plk...akhirnya dia jwb, itu semua bergantung pd individu tu...selalunya berasal dr melayan..kalau satu pihak mungkin tak jadi...bila dua2 melayan maka perasaan pun terbuai lah...


Apapun saya tak lah nak komen panjang lebar isu ini, cuma meminta kalau boleh fikirlah hal ini semasak2nya. Fikirkan tanggungjawab, kasih sayang dan kewangan yg jadi berganda. Dan jika menambah 'cawangan' juga, jgn sesekali dikecewa hati isteri pertama. Ramai yg saya tgk mula memburukkan isteri walhal selama berbelas thn boleh pulak tahan, tapi bila jumpa yg baru tiba2 keluar yg buruk2 ttg isteri tu...Sebolehnya hargailah perasaan isteri anda, abaikan kesilapannya selagi ia tidak melanggar akidah...jgn dijadikan alasan isteri tdk pandai bergaul, memasak atau mengemas rmh sbg alasan yg akan mengguris nalurinya...
This entry was posted on 3:32 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: