Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•2:33 AM
Sabtu lalu satu perhimpunan 100 ribu rakyat menentang pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik telah diadakan di Istana Negara. Himpunan anjuran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) ini berjaya menuju matlamatnya dgn kehadiran rakyat Malaysia yg prihatin dgn isu ini .

Ia diketuai bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa, Dato' Dr Hassan Ahmad. Turut serta beberapa tokoh sasterawan negara. Himpunan ini agak lain dr demo2 sblm ini kerana ia dihadiri tokoh2 akademik. Ya lah..sebut demonstrasi yg terlintas di fikiran kita pasti anjuran parti pembangkang melibatkan isu politik negara.


Tapi ini bkn isu politik, ia isu bahasa dan anak bangsa. Umum mengetahui tuntutan2 GMP yg paling utama iaitu menggesa kerajaan menghentikan pengajaran kedua2 subjek ini di sekolah. Sudah tujuh tahun ia dilaksanakan, namun pencapaiannya 'suam2 kuku'. Anak-anak kita masih terpinggir malah kita sudah letih mendengar hasil2 dari perbincangan meja bulat yg menyakitkan hati.

Jika dianjurkan parti pembangkang pasti jawapan/ulasan yg diterima menyakitkan tapi rupa2nya situasi tetap sama. Mereka masih prejudis dgn mengatakan perhimpunan ini didalangi pihak tertentu di belakang GMP! Kenapa masih berburuk sangka? Mereka ahli akademik, pakar bahasa, mereka tahu betapa rosak dan rendahnya martabat bahasa apabila ia tidak lagi digunakan dlm pengajaran di sekolah. Mereka berjuang atas kesedaran sendiri tanpa ada suntikan dr mana2. Sudah2lah dgn keegoan sendiri, terimalah hakikat bahawa ia mesti dihapuskan segera. Tidak salah kita mengakui kesilapan untuk masa depan generasi akan datang. Kasihanilah mereka yg terangkak-rangkak memahami fakta sains & matematik ini. Ibu bapa di rumah bertambah pening memikirkan cara terbaik utk mengajar anak2. Bg yg berkemampuan byk inisiatif blh diambil, bgmana dgn keluarga yg rezekinya umpama 'kais pagi makan pagi, kais ptg mkn ptg'?

Sepatutnya 'mereka' perlu mengkaji kaedah pengajaran yg diamalkan negara luar. Tak perlu pergi jauh, di Malaysia ini pun ada. Di mana, sistem apa? Yg saya maksudkan ialah Pusat Perkembangan KUMON, iaitu sistem pengajaran yg diasaskan di Jepun. Saya lihat sistem ini amat bagus utk perkembangan anak. Ia melatih tubi kebolehan anak. Cuma dua subjek di sediakan di sini iaitu Matematik & English (pelajar boleh pilih). Cuma bayarannya agak tinggi iaitu RM120 utk satu subjek. Nampaknya Kementerian Pelajaran kena belajar dr pengasas Kumon sbg persediaan utk menggantikan PPSMI!

This entry was posted on 2:33 AM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: