Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•7:15 PM
Alhamdulillah, setelah begitu lama menyimpan hasrat utk mempunyai blog sendiri akhirnya tercapai juga. Semestinya aktiviti utama saya di awal pagi melayari internet (esp website politik) dan blog2 tertentu. Hari ini saya pula berjinak utk bergelar blogger! Ramai juga teman2 yg bertanya bila nak start ada blog sendiri? Bila mengenangkan kekangan masa membuatkan saya terfikir apakah saya mampu menghasilkan yg terbaik? Mengambil jalan mudah, saya mendapat idea utk menghasilkan blog berkaitan perniagaan saya di selang selikan sedikit kisah-kisah peribadi dan isu semasa utk sedikit kelainan. Untuk pertama kalinya, perasaan itu agak teruja.

Kadangkala saya terfikir, mampukah aku meng'update' blog ku ini? Dgn kerjaya sbg petugas parti, editor Muslimah, businesswoman (cewah!-kecil-kecilan je la..) isteri dan ibu menuntut komitmen yg amat tinggi. Namun memikirkan ramai lagi yang lebih sibuk dari saya boleh melakukannya, saya termalu sendiri. Lihat saja Ust Hasrizal, empunya blog Saifulislam.com, walaupun aktivitinya padat sepanjang hari, beliau masih berkesempatan menulis sebagai salah satu medium dakwahnya. Apalah sangat nak dibandingkan dengan saya...

Mempunyai blog memang bagus. Ia melatih kita untuk menulis dengan baik. Menerusi blog kita bebas mengutara pandangan dan berkongsi cerita. Blog juga menambah bilangan rakan kita. Namun ada juga yang menyalahgunakan blog, kekadang bertikam lidah sesama sendiri. Tidak setuju dgn pandangan si polan, di hentam pula dlm blog nya...tak elok lah begitu...
Nur Afiqah Collection ialah koleksi busana muslimah yg saya miliki. Bermula utk kegunaan saya sendiri, akhirnya saya mengambil keputusan utk menjualnya Alhamdulillah, hampir sepuluh tahun menceburi dunia perniagaan ini, saya semakin mencintainya. Saya semakin bersemangat selepas menemubual Pn. Hjh. Anizah Zainuddin, pemilik butik kanak-kanak al-Amin Kids. Beliau ingin melihat ramai orang Islam menceburi bidang perniagaan. Menurutnya lagi setiap orang Islam mesti menyimpan hasrat utk bergelar jutawan muslim utk memperkukuhkan ekonomi kita. Bukan sekadar kaya tetapi jutawan yg dermawan terhadap kerja2 Islam. Malangnya dunia perniagaan hari ini byk dipelopori bangsa lain, orang Islam lbh selesa makan gaji. Kita beranggapan utk berniaga memerlukan modal yg banyak, sedangkan ia boleh bermula walau dengan modal RM50! Dunia perniagaan mengajar kita erti kesabaran, memahami konsep rezeki dan sentiasa berfikir utk melakukan pembaharuan & kelainan terhadap produk kita. Saya mengkagumi peribadi isteri kesayangan junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. Bukankah beliau seorang jutawan, usahawan dan dermawan yang banyak menyumbang kpd usaha dakwah baginda.

Semoga usaha ini mendapat sokongan dan pandangan dari sahabat sekalian. Saya insan kecil yg baru berjinak dlm dunia ini dan mula merasai kemanisannya. Dan yg amat menggembirakan apabila pelanggan berpuas hati dengan produk saya...Selain menambah pendapatan, ia adalah usaha saya menggalakkan muslimah mengenakan busana menutup aurat...Allahu Aklam...
This entry was posted on 7:15 PM and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: