Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•8:04 PM



Saya sibuk berjual, depa dua beradik berposing rupanya!

Dunia kanak-kanak penuh kegembiraan. Mrk cuma berfikir soal main dan ada keluarga yg menjaga mrk. Mrk ketawa ketika gembira dan menangis jika bergaduh, sakit atau tak dapat apa yg dihajati. Mrk ketakutan jika tiada ibubapa di sisi. Selebihnya masa mrk dihabiskan dgn aktiviti yg menceriakan.
Mrk belum lg mengerti erti kesusahan hidup. Tekanan menghadapi peperiksaan spt yg tlh dialami kakak dan abg2 mrk. Yg mrk tahu, bila pergi ke kedai, dapat beli ais krim atau gula2, sudah memadai.
Mereka belum menghadapi zaman remaja yg penuh cabaran, dunia mahasiswa yg menekan emosi dan alam pekerjaan yang menuntut berbagai dugaan dan tekanan.

Ketika dia mula memasuki tahun 1 ('Awatef) saya kata pd suami saya, "Dah besar dia. Rasa mcm baru smlm dia baby. Rasa mcm tak nak je bg dia besar..."

Sebabnya? Dia manja, lemah lembut & sensitif. Merenung redup matanya, menyejukkan jiwa kami. Pantang sesiapa naik suara, dia menundukkan wajahnya. Ada air jernih bertakung di kelopak matanya.

Ketika bersekolah tadika dulu, dia sering menyebut nama guru2nya. Mjd tabiatnya bila tiada murid2, dia akan duduk di sebelah guru dan bercerita macam-macam. Bila masuk darjah satu dia masih berperangai begitu, hingga mjd 'isu' oleh si kakak dan abang, "Umi, adik ni mengadalah, dia peluk ust Solehin!" Si abang mengadu.

"Tak boleh la dik....masa tadika boleh lah, cikgu perempuan bolehlah, ni cikgu lelaki, tak eloklah..." Terang saya.

Mungkin sifat manjanya mjd kan dia tak dapat membezakan situasinya kini. Si kakak pula mengadu, "Adik ni semua benda nak bawak sekolah bagi cikgu, sampai gelang2 manik Umi pun dia bawak ke sekolah, bagi Cikgu Asiah, seronok kena cium la tu!"
Oh....baru saya tahu kenapa rajin benar dia bawak brg2 ke sekolah, cikgu cium rupanya!
Itulah jiwa anak-anak. Suka bila diberi perhatian. Bila melihat giginya patah dua minggu lepas, hati saya terdetik, ini satu lagi petanda proses kematangan usianya. Dia semakin membesar. Tidak lama lagi akan memasuki tahun 2 pula. Apakah dia terus-terusan manja begini? Setiap petang dia akan menelefon saya di pejabat. Dgn kata2 manjanya yg pasti akan diakhiri,
"Bye Umi, I love U".
Selalu jugak suami saya mengusik, "Siapalah agaknya suami adik nanti, camne lah agaknya dia jaga adik." (Walaupun ada seorang adik, panggilan 'adik' masih lekat pdnya!).
Ketika harijadinya saa membelikan set pari-pari padanya. Seronok sangat dia. Setiap kali lepas main, dibungkusnya mainan tu, tabiatnya mmg begitu menghargai pemberian orang. Saya kata pd suami, "Biarlah dia teroka zaman kanak-kanaknya (suami bimbang sbb dia kuat berangan!). Kita kena layan dia sesuai dgn usianya. Ia akan menjadi kenangan bila dia besar nanti. Zaman kanak-kanaknya takkan berulang..."
Begitu, macamana sikap saya bila mrk dewasa besar nanti ye? Bagaimana perasaan ibubapa di saat melepaskan anak di tangan orang lain? Mungkin mak lebih memahami kerana telah melepaskan 9 orang anak perempuannya kepada orang!




Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•12:25 AM
Ketika mula berblogging dulu saya menganggap blog seumpama sebuah diari, catatan peribadi. Tapi tak juga sebab tdk semua cerita kisah boleh kongsi bersama. Apa part2 tertentu yg perlu kita rahsiakan. Ketika mengedit satu bahan, hati tersentuh dgn artikel ini. Terasa seperti ia ditujukan kpd kita. Teringat pertanyaan Ahnaf pd satu malam, "Umi, Ust Solehin kata, semasa peristiwa Isra' Mikraj Nabi lihat ramai orang perempuan dlm neraka, betul ke Mi, kenapa Mi?".
Jawab saya, "Betul, kerana orang perempuan byk buat dosa....."
Jawapan itu membungkam jiwa saya. Begitu payah menepis anasir2 yg berlegar di sekeliling kita. Spt sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia berkata yang baik atau hendaklah ia diam."
Artikel di bwh ini adalah sbg peringatan untuk diri kita...(Akan tersiar dlm MUSLIMAH bil 216)
Setiap muslim wajib memelihara lidahnya dari menuturkan perbualan yang tidak berfaedah, buruk dan kotor, sembang kosong, mengumpat-keji dan mengadu-domba. Lidah anugerah Allah kepada setiap manusia bukan untuk digunakan sewenang-wenangnya tanpa sebab. Memang benar lidah itu tidak bertulang dan sentiasa meluncur laju ujaran yang dikeluarkannya. Ingatlah akan pesanan Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

"Dan janganlah kamu berbicara dengan satu perbicaraan yang akan menyebabkan kamu terpaksa meminta maaf esoknya."

Imam Syafiei pula menyatakan , "Jagalah lidahmu agar ia tidak menyengatmu, kerana lidah tidak ubah seperti ular berbisa. Ramai orang binasa akibat lidahnya, padahal dahulu mereka dihormati kawan-kawannya".
Islam telah memberi garis panduan yang lengkap dan sempurna tentang perilaku penggunaan lidah agar umatnya tidak terpesong daripada landasan Islam.
Justeru, marilah kita menjadikan akal fikiran yang berpaksikan tuntutan agama sebagai pengatur lidah dalam masa kita berkomunikasi dengan orang lain agar ia menyenangkan dan membuahkan keharmonian. Lidah yang tutur katanya baik dan menyenangkan itu lambang kemoralan hati dan jiwa pemiliknya.

Lidah walaupun merupakan komponen paling kecil berbanding anggota lain yang terdapat pada diri seseorang manusia, tetapi fungsinya amat besar. Baik atau buruk peribadi seseorang itu boleh tergambar melalui apa yang diluahkan melalui lidahnya. Jika tutur katanya penuh sopan dan lembut bicara, maka orang lain akan menganggapnya sebagai seorang yang berperibadi luhur dan berwibawa tinggi. Pengaruhnya cepat menular dan sentiasa disenangi sesiapa sahaja. Manusia yang baik tutur katanya mempunyai ramai teman dan mereka sentiasa hidup dalam suasana harmoni dan aman tenteram.

Buangkan naluri hasad dengki dan berburuk sangka. Ingatlah pada pesanan Saidina Ali Abi Talib yang bermaksud, "Orang yang paling lemah ialah orang tidak berhasil mendapatkan saudara (teman). Orang yang paling lemah lagi ialah orang yang kehilangan teman- teman."

Jadi, tidak mustahil seandainya seseorang pemimpin bermulut lancang mengeluarkan tutur kata yang buruk dan sentiasa mempamerkan tabiat buruk, maka mereka akan kehilangan ramai teman dan menambahkan jumlah musuh.
Rasulullah s.a.w juga pernah menjelaskan kesan lidah terhadap peribadi manusia dan tingkah laku seseorang. Menurut baginda, "Lidah yang beristiqamah akan menghasilkan jasad yang istiqamah juga. Manakala lidah yang menyeleweng akan menyelewengkan jasad keseluruhannya".
Dalam satu hadis lain baginda bersabda,
" Setiap pagi apabila anak Adam bangun dari tidur, seluruh anggotanya akan memperingatkan lisan. Anggota tersebut berkata: Takutlah akan Allah demi kami sesungguhnya banyak bergantung kepada kamu, jika engkau lurus, kami pun lurus, jika engkau bengkok, bengkoklah kami"
Sesungguhnya mengucapkan ucapan atau kata yang buruk lagi kotor dengan pelbagai bentuk adalah amat mudah dilakukan oleh lidah manusia, jika di dalam jiwa manusia itu tiada ketakwaan dan iman yang nipis. Keburukan dalam berkata-kata meninggalkan banyak kesan yang amat buruk dalam hubungan kemasyarakatan. Lidah yang kotor dan mengeluarkan kata-kata buruk menggambarkan kekosongan jiwa dan ketandusan panduan agama yang tulen. Orang yang tahu menilai masa dalam kehidupan sehariannya, malah sentiasa beranggapan masa itu adalah modal utama dalam perjalanan hidupnya di dunia ini akan menahan lidahnya daripada bercakap kosong, buruk atau sesuatu yang tidak bermanfaat. Hanya orang yang mempunyai hati yang tidak sihat sahaja akan menggunakan lidahnya kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan dosa kerana penyakit keracunan hati yang dialaminya mendorongnya untuk berbuat demikian.
Manusia yang meninggalkan zikrullah dan lupa untuk bersyukur kepada Allah akan cepat terjerumus untuk menuturkan kata-kata yang buruk dan mendatangkan dosa. Orang-orang seperti itu boleh diumpamakan sebagai manusia yang dianugerahkan berlian yang berkilau indah, tetapi berlian tersebut semakin malap kilauannya lantaran debu-debu dosa yang dilakukan. Tabiat atau budaya berbual kosong, memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat seolah-olah menjadi budaya hidup di kalangan masyarakat. Masuk sahaja ke dalam kedai kopi maka terdengarlah kata bualan caci keji dan umpatan yang tidak pernah ketandusan. Inilah senario semasa dalam sesetengah golongan yang lupa bahawa apa yang diucapkan mendatangkan dosa kepada mereka.
Nabi s.a.w mengatakan bahawa, "Di antara keelokan Islam seseorang itu ialah ia meninggalkan sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan dirinya".

Lukmanul Hakim pernah ditanya, "Setakat manakah tahap hikmah anda". Beliau menjawab, "Ke peringkat aku tidak meminta lagi sesuatu yang sudah mencukupkan keperluan aku dan aku tidak akan bercakap sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan diriku".

Demikianlah sikap yang sepatutnya manusia amalkan dalam kehidupan di dunia ini. Sebagai Islam, kita hendaklah sentiasa ingat akan pesan Nabi s.a.w sebagai panduan kita menggunakan lidah kurniaan Allah ini.
Antaranya Baginda berpesan ,"Orang yang dimurkai di sisiku dan paling jauh dariku pada hari Kiamat kelak ialah orang yang paling buruk akhlaknya dari kalangan anda sekalian, yang banyak bercakap, banyak berbicara dan banyak berbelit-belit dalam percakapannya".
Sesungguhnya lidah seseorang boleh menjadi senjata syaitan jika tidak diawasi dan digunakan sebaik mungkin mengikut piawaian garis panduan yang ditetapkan Islam. Lidah yang kotor dan buruk tuturkatanya melambangkan kotor dan buruknya sanubari hatinya. Bahaya yang mengancam hilangnya pahala ibadah dan merosakkannya sebahagian besar adalah disebabkan oleh lidah. Seorang penyair Arab ada menyatakan,

"Jika seorang warak sibuk mencari-cari cacat kekurangan orang yang bukan warak maka sama saja dengan penderita (penghidap) sakit yang sibuk mencari-cari penyakit semua orang yang tidak sakit".

Kesimpulannya sebagai manusia beriman dan bertakwa, lidah semesti dimanfaatkan untuk diri sendiri dan orang lain. Tunjukkan tanda syukur kepada Allah SWT dengan mengeluarkan tutur kata dan bicara yang jujur, bijaksana dan berhemah agar diri kita mendapat keredhaan-Nya. Dengan memelihara lidah dengan hanya berkata-kata yang hak dan berlaku jujur akan menjana situasi hidup berkomuniti yang kondusif lagi dirahmati Allah. Tidaklah lagi timbul gejala negatif seperti fitnah, berkelahi dan berburuk sangka dalam sesebuah masyarakat.
Satu fenomena yg buruk di kalangan pengamal media, menulis / melapor sesuatu yg belum tentu benar faktanya. Kini ia berjangkit pula di kalangan blogger (politik). Mjd trend pula individu2 tdk bertanggungjawab ini meghasilkan blog2 menghentam individu di samping komen2 yg amat tdk bertanggungjawab. Ingat, jari anda akan ditanya nanti!!
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•9:33 PM
Sebelum memulakan bicara, saya lafazkan kalimah Assalamualaikum w.b.t kpd teman2 yang dikasihi....lama benar rasanya saya tdk menjengah blog ini...alasan biasa...busy...hehehe....dan antara lain, akhir2 ini saya mengambil keputusan utk ber'uzlah'...rasanya pada masa tertentu kita perlu bersendirian kan?

Dua minggu menyepikan diri rasanya byk cerita yg sudah ketinggalan. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ungkapan "Selamat Pengantin Baru" utk anak buah kesayangan Dzul Fadzlie Mohd Salleh & Afnis dan teman Muslimah, Nor Hidayah (empunya blog youmustthink.blogspot.com) & Rashid yg melangsungkan perkahwinan mrk pd 30 Mei lalu.

Anak buah saya ni membesar bersama kami selama enam tahun. Jadi hubungan kami sangat rapat, tambahan pula dia ni jenis gila2 & berkemahiran lawak antarabangsa sikit. Yang lucunya, dlm macho2 & gila2 nya di hari perkahwinannya dia menitiskan air mata di atas pelamin bila keluarga terdekat menepung tawar! Syahdu atau mungkin hatinya tersentuh melihat wajah2 org tersayang walaupun slps tu dia bkn duduk jauh pun....dpt org satu kawasan je....(Manjoi, Ipoh). Tapi saya amat mengenalinya....walaupun nampak mcm tu, sebenarnya jiwa dia lembut, sensitif.... (hmm...Chu kenallah Peli!)


Semoga berbahagia....Peli & Afnis

Ini anak buah yg kedua yg kahwin, kakaknya, Kak Yong baru dapat baby kedua, Uzair....(lupa nama penuh dia) 2 bulan....Saya ckp kat anak buah, pangkat saya dgn mrk ialah Chu dgn cucu saudara pula Uchu (depa ketawakan saa sbb tak nak ada Wan atau Opah di depannya. Perasan muda! )

Antara kesibukan kedua pula seperti yg sedia maklum, sepanjang muktamar lalu saya telah membuka booth. Walaupun hampir sebulan berlalu, saya nak jugak post kan di sini...hahaha...

Ia merupakan percubaan pertama saya. Sblm ini saya lbh tertumpu pd jualan kecil2an. Kebetulan ia diadakan di Lembah Klang, saya mengambil kesempatan. Alhamdulillah, sambutan menggalakkan, walaupun sambutan sungguh sengit. Sebanyak 500 gerai mengambil bahagian (difahamkan ada yg tak buka sebab lokasi tak sesuai). Gerai pakaian usah cakaplah, mmg tumpuan muktamar pd pakaian. Cuma saya beruntung krn pakaian saya menggunakan jenama sendiri, jd pelanggan saya juga tersendiri. Paling mendapat sambutan Gaun Ai'syah....hasilnya di hari terakhir cuma ada sehelai berbaki...dan soalan cepumas yg byk diajukan pd saya ialah....."Kedai kat mana ye?....boleh beri bussiness card?"....Adus...
Ni nak berniaga ke, berposing?
Empat hari tiga malam sepanjang di sana, berbagai pengalaman baru saya tempuhi. Dgn dibantu pakwe saya (mcm chipsmore) dan dua org anak dara saya, kami benar2 teruja. Ribuan terima kasih diucapkan kpd dua pembantu bidan terjun saya, Natrah & Kak Ar yg tidak lokek membantu. Saya memperolehi pengalaman sbg usahawan. Saya mendapat kwn2 baru. Msg2 bertanya bagaimana 'sales' dsbnya. Tak kurang juga yg mengeluh jualan tdk memberangsangkan. Jelas kekecewaan di wajah mrk. Kwn sebelah gerai saya memberitahu seorg peniaga meminta doa dr suaminya (seorg ust) krn gerainya langsung tidak berjalan. Sayu saya mendengarnya. Inilah rencah kehidupan sbg usahawan, saya yg baru bermula belum lagi berhadapan dgn sepak terajangnya, sdgkan mrk?
Khabarnya, si Natrah dah syok berniaga. Siap plan nak ajak saya join sekali. Insya Allah ye Na...tunggu plan B akak pulak! Kah 3x...
Assistant bidan terjun...jage mare !
Bila berakhirnya muktamar 'Awatef bertanya saya, "Umi, kita tak buka kedai lagi ke?"
Walaupun hari pertama dia monyok semacam, boring agaknya, lama kelamaan dia seronok. Mana tak syok, sekejap beli air....sekejap beli itu lah...ini lah..
Badan memang letih. Setiap malam balik jam 1 pagi. Tapi, biarlah...ia kenangan dan latihan utk anak2 melihat bagaimana sukarnya mencari rezeki. Sbg upah, selesai berkemas saya belanja pakwe & daughters ke Restoran Mukmin, restoran makanan Cina Muslim bersebelahan De Palma Hotel, Shah Alam. Hmm....mablos....siap bertanya lagi si Awatef, "Bila kita nak ke restoran Mukmin lagi?". Insya Allah....sbb saya sendiri pun teringatkan masakannya!
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•8:23 PM

Penyakitku menyerang kembali! Apalagi kalau bukan penyakit M......! Heheheh.....akhir2 ni terasa malas dan mood mcm tak de je nak post apa2...Mungkin penat sbb jadual yg padat sepanjang hari dan hari minggu. Tambahan masalah mata saya yg amat sensitif jika mengadap pc lama2. Ditambah pula dengan server yg 'gelong' akhir2 ni...

Semua org ada perasaan ni kan? Rasanya tak salah sekali sekala kita bermalas2an. Ya lah, bila setiap hari kita asyik sibuk je sampai takde masa utk diri sendiri, sekali sekala kita nak jgk privacy kan? Tp walau malas mcmanapun, kerja2 di ofis dan di rumah kena dibereskan, walaupun bdn mcm melayang2. Boleh gak settle kan beberapa perkara walaupun fikiran merewang2 entah ke mana...hish...teruk tul...

Blk kerja dgn selambanya saya cakap kat Mr Anis, saya tak ada idea merangkap mood nak masak apa2. Dia pun tak kata apa2, dia pun buntu gak kot tak tau nak makan apa. Jam dah menunjukkan pkl 6 ptg, sblm Maghrib kena settle bab makan sblm sibuk plk dgn urusan mengaji & budak2 buat kerja sekolah. Sambil mengangkat kain di jemuran, saya biarkan dia buat keputusan....susah2 sgt beli je nasi pattaya kat restoran seberang jalan depan rumah kami....senang cerita...

Jam 7.15 mlm pintu rumah diketuk, hmm....Pak Cik Domino sampai.....selesai masalah....

Chicken lasagna


Lupa namanya...hmm..sedap...ayam panggang & black pepper souce

Seafood pizza

Meat Mania


Alhamdulillah, sejak kempen boikot barangan Disember 2008 lalu, sepanjang tempoh itu kami tidak lagi menjamah Pizza Hut dan seandainya Domino juga mempunyai masalah lain, boleh la bagitau kami ye...takpe...Zan Pizza, Pah Pizza kan ada....tak pun buat sendiri jer guna roti Arab lagi spesel....

Satu ketika pernah seorg teman (ala2 bos...lelaki) mempelawa utk belanja KFC. Saya saja bertanya, tak boikot ke? Dgn selambanya dia kata owner KFC org Melayu Johor la....bla...bla...Saya kata ia tetap bayar utk jenama KFC (francais) ke Amerika. Tp macam2 lah jawabnya siap perli lagi ke semua brg Amerika saya tak pakai?

Mmg isu boikot ni sudah lama, tp saya katakan pdnya saya rasa bersalah jika makan di blkg anak2 saya (tanpa pengetahuan mrk) sedangkan semasa pencerobohan Amerika di Palestine hujung tahun lalu, setiap hari mrk menceritakan perihal kempen boikot ini kpd kami. Utk menjaga hati si bos tadi saya katakan..."Kalau tak boikot pun, simpan je lah niat utk berjimat..."

Wlbagaimanapun seandainya ia tdk menjejaskan kita pd saya ia terpulang kpd individu. Sejauh mana keprihatinan dan sensitif kita pd isu Palestine ini. Di peringkat awal kempen ini ada badan yg menyeru agar ia dilaksanakan utk tempoh enam bln sahaja. Ttp jika mampu utk tempoh yg lebih lama, lg baik!


Kembali ke penyakit M saya tu, selain itu saya juga sibuk dgn persiapan terakhir utk jualan di Muktamar PAS di Stadium Malawati pd 5-7 Jun nanti. Saya akan menjual jubah2 , gaun kanak2 , T-shirt labuh wanita dan beberapa barangan lain. Kebiasaannya, muktamar menjadi medan bg mrk yg memakai busana muslimah utk mencari koleksi jubah krn terdapat banyak gerai menjual pakaian di sana. Bayangkan, sebanyak 500 gerai jualan disediakan!

Ini merupakan kali pertama saya melibatkan diri dlm jualan menerusi program besar. Biasanya program kecil2 je....doakan segala urusan dipermudahkan ya! Kini saya cuma menanti stok pakaian dari tailor2 saya yg akan siap dlm minggu ni.

Ahad lepas saya bersama para model tlh menjalani sesi shooting NAC di Gombak. Persediaan utk 2 bunting & 1 banner NAC. Yg sekeping ni dr kamera saya...dr profesional photographer, Mr Fredo, CDnya masih di opis pakwe saya...



Dan...nampaknya cuti sekolah ni budak2 akan berkurung lg la...Sabtu Ahad baru bawa mrk ke booth NAC dan selepas tu duk rumah je la...Umi tak tau nak bawa ke mana....melainkan ke Pet House lagi!


Dan....blog ni pun akan zzzz ...kembali.....to be continue after 8th!

Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•2:18 AM

Dalam satu artikel saya ada membaca, salah satu cara untuk menghilangkan tekanan ialah dengan memelihara haiwan peliharaan.



Ya...memang betul...sejak saya memelihara dua ekor kucing ni, menjadi amalan saya mesti melayan mrk setiap pagi. Kebiasaannya sebelum makan pagi saya suka lihat gelagat mrk mengiau2 kelaparan. Dengan bulu yang cantik gebu, saya akan pangku dan mencubit2 pipinya...hmm..geramnya....





Melihat aksi mereka bermain2 mmg mendamaikan. Boleh ralit dibuatnya. Selain Manja Uteh & Mayau Oyen , kami ada seekor anak kucing angkat. Disebabnya ia masih mempunyai ibu, jadi anak2 saya akan mengambilnya utk bermain2 saja dengannya. Kami namakan, Baby Dear. Lucu bila suami saya kata dia nak kucing ni, nak jaga, "Ni abah punya..." Aik...bila pulak dia jadi peminat kucing ni? Nampaknya dah terkena penangan saya!

Baby Dear

Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•1:07 AM
Kejadian semalam, lawak ada, tragis pun ada..Kisahnya, ptg semalam kami menerima panggilan telefon menyatakan seorang teman ditahan polis kerana disyaki menaiki motor curi. Motor EX5 itu pernah dilaporkan hilang oleh seorang pengadu pada tahun 2004.
Dipendekkan cerita, ia adalah motor kami yang suami saya beli menerusi pejabat lamanya. Kami sempat menggunanya hampir 4 tahun. Tahun lepas kami membeli sebuah motor baru. Suami saya tak menjual EX5 itu sebaliknya diberikan kepada seorang temannya, Z.

Kebetulan si Z berulang dgn van syarikat ke pejabat, jd EX5 itu cuma duduk diam di rumahnya. Kebetulan juga motor si S dah tak berfungsi, jadi dia pun pinjam EX5 dr Z.

Semasa dia parking motornya, tiba2 datanglah pegawai polis menahannya. Terkejut la kawan saya ni. Dia dibawa ke balai polis berhampiran.

Semasa kami menerima berita tersebut, saya dan suami menghadiri satu majlis pelancaran di Palace of Golden Horses di Sri Kembangan. Slps maghrib saya pulang ke rumah sebaliknya suami terus ke balai utk mengurus hal si S...Ia tdk dapat diselesaikan krn laporan polis di buat di balai polis Shah Alam. Jam 10 malam mrk berlepas ke Shah Alam menaiki jip polis!

Walaupun suami membawa geran motor tersebut, masalah masih belum boleh diselesaikan. Stlh berbincang, jam 1.00 pg baru beliau dibebaskan dengan jaminan polis.
Suami tiba di rumah hampir pkl 2.00 pg. Hari sebelumnya beliau pulang jam 3.00 pagi kerana mempunyai urusan selama dua hari di Pahang dan Johor.
Selain iktibar supaya berhati2 dgn segala kemungkinan, apa yg menarik ingin saya kongsikan di sini ialah nilai persahabatan antara mereka. Sejurus mendapat panggilan, mrk memanjangkan kpd sahabat2 yg lain. Mrk berlima dan dua abang kandung S bersama2 di balai polis sehingga jam 1.00 pagi. Bersama2 berurusan dengan pegawai polis. Tiada istilah letih atau urusan keluarga yg membuatkan salah seorg dpdnya pulang ke rumah. Sebaliknya menunggu sehingga segalanya selesai.
Kesimpulannya, ketika susah, yg datang menghulurkan bantuan kpd kita, dialah 'sahabat' sejati. Sebaliknya berhati2 dgn mereka yg menghimpit kita ketika kita senang!
Bravo utk Zali, Champ, Midun & Bob...
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•1:14 AM
Melihat kpd keadaan laman yg 'beku' hampir seminggu ini saya gagahi juga menitipkan kata-kata utk posting terbaru ini. Hampir seminggu saya biarkan ia kaku, bkn sengaja ttp byk perkara yg perlu diselesaikan. Mungkin entri kali ini merangkap 2 dalam 1...bermakna minggu hadapan pula baru saya update!
Bkn bermakna saya tdk menjenguk blog saya ni, cuma bersihkan saja, mengisi dgn benda baru masih belum berkesempatan. Begitu juga dgn blog rakan2, adakalanya saya cuma sempat membaca tajuk sahaja, terpaksa hold dahulu krn byk perkara yg perlu saya selesaikan dahulu...
Seminggu ditinggalkan dgn penuh peristiwa. Jika minggu ini org bercerita pasal Hari Ibu, saya belum sempat menitipkan apa2. Mcmana pun ingin juga mengucapkan terima kasih kpd 'lover' yg menghadiahkan digital Quran dan......muah.....
Mengenai Hari Ibu, saya tlh mengalami dua peristiwa yg akan saya rakamkan utk posting kali ini. Pertama, kejadian pd minggu lalu. Kami sampai ke rumah lbh kurang pukul 6.00 ptg. Suami menghantar saya dulu krn dia mahu menghantar pesanan pelanggan di kawasan perumahan kami.
Saya membuka gril, tetapi pintu kayu pula dikunci dari dalam. Saya ketuk berkali2 (tiga org anak saya pulang pukul 4 ptg, dihantar rakan teman saya). Saya mendail nombor rumah, hampir 10 kali, masih tak berjawab. Hingga suami pulang hampir pukul 7 mlm. Dia melakukan perkara serupa, masih tiada respon. Saya menyuruhnya membuka gril pintu dapur (biasanya kalau tidur, mrk tidur di bilik belakang).
Suami ketuk berkali2, masih tak berjawab. Dia mencuba membuka tingkap nako di dapur. Prang....cermin kaca berderai....dan jarinya luka terkena cermin tingkap. Darah keluar dgn byk, tanpa henti.
Azan maghrib berkumandang. Darah tidak berhenti2 di jarinya. Dia mula menghidupkan suis motor. Mengajak saya solat maghrib dulu di rumah kakak saya. Langkah terakhir saya mengetuk pintu hadapan dgn kuat. Tidak lama kmd, ternampak bayang seseorg membuka pintu. Sambil terkulat2 menggosok mata.
"Mata dgn telinga adik macam kosong. Tak dengar umi ngan abah ketuk..." ujar Awatef yg terdengar ketukan saya.
Suami meluru ke dapur, mencari kain utk membalut jari yg darah masih terus menitis. Saya menjenguk di dlm bilik blkg...seorg tidur atas katil, seorg di bwh ....siap bentang tilam & pasang kipas lagi! Terpaksa dikejut krn tidak sedar kepulangan kami!
Dipendekkan cerita, mlm itu suami ke klinik dan doktor melakukan burning dijarinya utk menghentikan pendarahan.....melayang RM120!
Dan minggu ini dua hari dua org anak dara saya tu tak ke sekolah. Kedua-duanya demam sejak malam Ahad lalu. Untuk keselesaannya, mereka mahu tinggal di rumah. Jika ke rumah kakak saya, ramai budak2 kecil katanya. Panas & bising katanya (mungkin bila badan panas mrk tak selesa dgn suasana begitu).
Saya menyediakan makanan dan selepas menghantar saya, suami akan pulang ke rumah menguruskan mrk. Kebetulan tugas suami saya yg byk berulang antara Jln Pudu dan Gombak dan tdk terikat dgn masa memudahkannya utk menjenguk mrk. Tgh dia akan menjenguk semula dan pergi semula dalam pkl 3 ptg.
Semalam (Isnin, 11/5) Awatef menelefon saya. "Ummi, adik nak minum milo".
"Kakak mana?", soal saya.
"Kakak tidur."
Saya mengajarnya membancuh milo dlm botol, senang, mengikut sukatan.
Inilah dilema ibu bekerjaya. Walaupun pd hari ibu lalu (Ahad) kami telah membawa mrk ke 'Pet House' ttp ketika mrk terbaring saya cuma merawat mereka menerusi telefon. Namun saya bersyukur krn mrk begitu berdikari. (Saya rasa kalau saya yg demam, saya lebih meragam!!) hahahah!!!!
Seandainya tugas / kerjaya saya tdk melibatkan cabang dakwah, mungkin saya akan mengorbankan kerjaya saya. Biarlah suami yg mencari rezeki dan dia tdk perlu bersusah lg menguruskan anak2 ketika ketiadaan saya. Tetapi...ini jln yg saya pilih dan suami merestuinya. Menurutnya, anak perlu dilatih erti pengorbanan dan faham perjuangan ibubapanya.
Dan...saya akui...Alhamdulillah, anak2 begitu memahami tugas dan perjuangan kami. Kesannya, anak-anak saya begitu mudah ditinggalkan bersama ahli keluarga atau keluarga mertua, tanpa sebarang ragam krn mrk faham tugas kami...Doa kami, semoga Allah merestui perjalanan hidup kami.
Maafkan Umi, terlalu byk kekurangan yg ada pd diri Umi. Umi akui...Umi cuba utk menjadi ibu yg terbaik, walaupun terlalu byk ranjau yg perlu dilalui....
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•12:10 AM
Dua benda yg membuat saya mengigau ....hahaha!!!!

Yg no 1 ni 3-4 bulan nanti boleh la kot....(Music Express pun baru pakai setahun!! hua...hua...)

Yg no 2 ni ....3-4 thn lagi la kot....hehehe...(WHA tu pun baru je habis hutang bank...takkan la nak menambah lg! Bg la peluang kami nak honeymoon dulu!!!!

Teruk tul saya ni!!! (saja nak release tension...)

Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•6:28 PM
Minggu ni kita bercuti tiga hari termasuk Hari Pekerja yang jatuh pd hari Jumaat. Jumaat tu saya hanya duduk di rumah membuat rutin biasa membasuh, mengemas, mengemop dsbnya. Kebetulan 3 orang tu tidur di rumah kakak saya, jd tak lah sibuk sgt saya.

Keesokannya, 2/5 kami bertolak ke Sg Rambai, Melaka menghadiri perkahwinan kawan opis lama dulu, Kak Suria Janib (pen. pengarang Dewan Masyarakat). Kami sampai tepat pukul 12.30 tgh. Dia tgh bersiap masa tu. Saya tak nak menganggu dia, walaupun riuh mulutnya nak berceloteh dgn saya sedangkan mukanya sedang disolek!

Kami sekeluarga menjamah nasi kenduri...hmm..berselera saya mkn lauk moden & Jawa ini. Sdg makan saya disapa seseorang, Normi rupanya! Juga geng ofis lama dulu. Dia dtg dgn husbandnya (Din, yg cool sokmo) dan 3 orng anaknya termasuk baby yg baru berusia 3 bulan.

Dr kiri, Kak Ana, Normi & baby, den dan anak Normi, Irfan....muka msg2 toya...panas!

Kami berbual2. Maklumlah hampir 4 tahun tak berjumpa. Tidak lama kemudian seorang lg sahabat tiba, Kak Ruhana (bekas editor Muslimah) & Cahaya Rohani (jgn hairan tau, mmg nama betul dia!). Apalagi, kecoh la suasana, mcm reunion pula majlis tu. Masing2 bertukar cerita, anak masing2 pun dah besar2.


Selamat Pengantin Baru Kak Suria & Heddry


Apa yg dibualkan Abg Din tu (suami Kak Ana, orgnya pendiam tp sekali keluar blh tahan gak lawaknya!)

Mengikut perancangan awal ramai lagi yg nak menghadiri majlis Kak Su ni, tp last minute byk pula halangannya. Kak Zue & Sharbi masing2 kereta sakit.

Saya memang merancang awal utk menghadiri majlis ini. Maklumlah, saya merupakan org pertama Kak Su beritahu ttg berita pertunangannya. Sepanjang saya membuat research di DBP saya sering bertemu & berbual dgn Kak Su. Saya dah booking date ni dgn pakwe saya. So dia dah tahu awal bln Mei kami akan ke Melaka. Kebetulan adiknya yg bertugas di Maldives baru pulang dan keluarganya akan membuat BBQ pd sebelah mlm nanti..so nampaknya dr Melaka kami akan terus pulang ke Perak!

Balik dr kenduri kami singgah ke pekan Tangkak. Pekena Mee Bandung Muar, Otak2 Muar & Asam Pedas. Ini mmg stail kami kalau berjalan, mesti pekena makanan tradisi mengikut negeri yg dilawati.

Dalam perjalanan pulang saya menerima SMS dr Kak Su mengucapkan terima kasih krn kehadiran kami bg memeriahkan majlisnya. Begitu juga Kak Ana yg teruja dgn pertemuan ini. Saya juga bersyukur krn bertemu sahabat lama. Walaupun byk kali merancang utk membuat reunion, namun asyik tertangguh shj krn masing2 mempunyai jadual sendiri.

Ribuan terima kasih kpd 'my lover' krn sudi meluangkan masa menghadiri majlis ini. Saya menghargai apabila dia begitu menghargai sahabat2 yg berada di sekeliling saya (ini rahmatnya apabila kwn kita, kwn dia juga!). Pd saya jemputan perkahwinan adalah tanda kita menghargai sahabat kita, maklumlah menghadiri majlis yg bermakna bg dirinya, sekali dlm hidupnya. Rasa amat bersalah jika tdk memenuhi jemputan tanpa ada sebarang keuzuran. Pastinya kehadiran sahabat2 lama akan menambah kegembiraan dlm dirinya. Adakalanya kita mudah menulis & bercakap mengenai persahaban ttp bagaimana kita melaksanakannya?

Hati tersentuh dgn SMS dr Kak Ana, "K. Ana sgt sayang dgn grup kita semua, kita kawan dunia akhirat."

Kami sampai di Perak jam 8.30 mlm. Kali ni cukup korum 6 beradik suami saya. Mrk membakar ayam , udang, sosej, ikan dan mcm2 lg lah...(malu lak nak terkedek2 snap gambar!).

Seawal 7.00 pg kami pulang ke KL. Ahnaf ada tusyen jam 9.00 pg. Anak dara berdua tu bising sbb blk awal & tergendala rancangan mrk utk mandi sungai di depan rmh opah mrk. Suami saya dgn ringan mulutnya mengofer utk mandi sungai di KL ptg nanti. Apalagi, menuntut la anak2 dara tu....Waduh! pukul 5 ptg kami ke Alang Sendayu, Gombak pula. Siap bawak belon berisi air lg budak2 tu... Syuhada anak buah saya pun ikut serta (dari Melaka ke Perak kami bawak dia).


Acara baling belon anak & abah


Badan?....Huh...letihnya tak terkata. Ingatkan blh rehat hari minggu ni, rupanya full!! Apapun saya berasa puas krn dpt melegakan beberapa hati....Hati kawan, suami, mertua & anak2.....Alhamdulillah.....4 in one....




Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•9:23 AM
La ni fikiran tengah merapu! Ala...sekali sekala, apa salahnya kan? Asyik post isu je...hehehe...
Tentu teman2 perasan kat side bar saya ni ada tambah gambar saya & habibi, Mr. Anis kan? Al-kisahnya, malam semalam dia baca blog saya. Kebetulan saya lalu, dia kata....
"Letak le gambar kita....tak ada langsung gambar saya...Budak2 aje ada..."
Ish..ish...sentimental juga pakwe saya ni rupanya. Saya cakap la ingat ni blog baju pd awalnya, lepas tu ada satu entri saya ceritakan kisah anniversary kami & letakkan gambar. Tapi saya terlupa yang lama2 entri tu jadi older post!
Bukannya apa, kami ni dua2 jenis kurang gemar sangat berposing. Saya? Lagilah...Kalau sipi2 atau blur2 tu boleh la...
Saya pun add la gadget di depannya...ambil gambar masa raya tahun lepas di rumah mertua. Ahnaf yg tangkap. Bukan senyum sbb bergambar tapi gelak dengan telatah Afwan yg mengacau abangnya tengah snap gambar!
Masa add tu saya tulis caption....Merajuk gambar dia tak de! Kabut dia kata jangan nanti orang baca. Saya kata tak apa....(sebenarnya saya nak delete la lps tu, slps view blog!)
Siap mengayat lagi tu....Uhibbuk! ( I love U lar...)
Ye la...bussinesman mcm dia mana ada masa nak layan blog2 ni! Tu pun kira ok la mlm tadi sempat jugak dia buka blog saya! Ni pun tgh buat entri ni dia takde! hehehe....entah bila pulak dia nak baca entri saya menyakat dia ni...ha...ha...ha...
Saya rajin pun sebab esok cutiiiii!!!!!
Selamat Hari Pekerja!!!! Surirumah pun anda adalah pekerja!!!! So esok kita rehat!!!!!!
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•12:32 AM
Minggu ni tepat dua minggu Abg Ahnaf mengikuti kelas tusyen di kawasan perumahan kami. Sblm ini dia mengikuti kelas di sebuah pusat tusyen yg baru dibuka tetapi selepas tiga bulan dia mahu berhenti dengan alasan suasana pembelajaran di sana tidak memberangsangkan.

Sebolehnya saya tdk mahu memaksanya. Biarlah dia belajar dengan hati yg tenang. Sebelum itu dia selalu bercerita tentang kawan2nya yg mengikuti kelas di perumahan kami itu. Menurut kawan2nya guru tersebut garang, tapi teknik pengajarannya bagus.

Akhirnya dia sendiri memberitahu saya yg dia setuju utk belajar di situ. Saya tanya, tak kisah ke kalau gurunya garang? Dia bersedia katanya...Setelah seminggu mengikuti kelas, ternyata gurunya bukan garang sangat, cuma tegas sahaja. Semestinya dalam memberi ilmu, guru perlu tegas, supaya pelajar tidak naik lemak. Menurut Abg lagi setiap pelajar mesti memahami setiap subjek yg diajar. Mereka dilatih menyiapkan latihan sehingga memperolehi jawapan yang betul. Maknanya jika jawapan seseorang itu salah, dia akan membuat latihan sehingga memperolehi jawapan sebenar.

Saya amat bersetuju dan memberi sepenuh kebebasan kpd anak sulung saya ini. Masa di tahap satu memang saya memantau pelajarannya, tetapi setelah dia berada di tahap dua, tahap kesabaran saya amat teruk. Saya tidak sabar melayan kerenahnya. Tidak menumpu, bersembang, bergaduh dgn adik2, dan byk lagi lah yg membuatkan hati saya... hmm...

Saya membenarkan dia mengikuti tusyen utk membolehkannya belajar dlm suasana aman, dikelilingi teman2 yg sama2 membuat kerja sekolah dpd terus kena marah & leter dpd saya!

Satu mlm dia bercerita, ada seorang pelajar di kelas tersebut amat lemah. Bkn setakat pelajaran yg memang susah (of course math & science la...) tapi BM pun dia lemah.

"Cikgu tu pukul kepala dia, Mi..."

"La...betul ke? Kalau marah atau rotan je takpe la...kepala ialah tempat terkumpulnya ilmu, mana boleh main ketuk suka hati aje..." balas saya.

"Tu la, budak2 lain pun gelak je. Abg diam je, kesian dia. BM pun dia tak pandai..."

"Budaknya macamana? Mesti pendiam kan?"

"Ha ah.."

"Itu maknanya dia malu. Dia malu dibuat mcm tu dan orng ketawakan pula..."

"Abg, macamana?"

"Abg budak baru. Mana ada kena apa2."

"Kalau teacher tu sentuh kepala, cakap je kepala anggota yg mulia, bukan utk diketuk. Kalau teacher nak rotan, tak apa. "

Hati saya amat tersentuh setiap kali mendengar anak2 bercerita perihal kawan2 sekolah yang lemah tahap akademiknya. Afiqah pernah bercerita ttg seorang teman sekelasnya, perempuan, warga Indonesia, lemah di dalam kelas.

Saya menasihatinya; "Tolong dia buat kerja sekolah, ajar sampai dia faham. Jgn hina dia, kasihan mak ayah dia. Tentu mereka sedih kalau kawan2 mengejek anak mereka."

Saya pernah mengikuti perbualan jiran saya, antara seorang guru dan ibu yang mengeluh perihal pengasingan kelas (yg lemah, cerdik dan....saya tak berapa pasti sbb semua saya sekolah swasta).
"Ida mengadu dia kena campur dgn budak lemah dalam kelas sebab periksa hujung tahun keputusannya menurun. Susah nak belajar katanya." kata si ibu.
"Memang tak boleh buat apa dah kalau budak2 kelas corot tu. Tak tau apa. Memang tension kalau dapat ngajar kelas tu..." balas si guru pula. Apa persepsi mereka mengenai anak2 lemah ini?
Setiap tahun akhbar cuma melaporkan berita kejayaan pelajar cemerlang. Memang ia baik sbg motivasi kpd pelajar2 yg bakal menghadapi peperiksaan utk tahun berikutnya. Tetapi apakah langkah kepada pelajar yg corot / lemah? Memang ada institusi kemahiran utk mereka selepas tamat persekolahan ttp bagaimana layanan yg diberikan kpd mereka ketika sesi pembelajaran?
Tdk dinafikan mereka dibiarkan duduk di dalam kelompok mrk, ada juga segelintir guru yg menggelar mrk dgn gelaran yg tidak sepatutnya. Mungkin guru2 tdk brsetuju dgn pendapat saya, tetapi ia realiti yg pernah berlaku di depan mata saya sendiri. Mereka didenda berdiri dlm kelas, disebut lembab, bangang dsbnya. Mungkin ketika itu umurnya baru 9 atau 10 tahun tetapi dia juga mempunyai perasaan spt kanak2 lain.
Situasi ini menyebabkan mrk tidak minat belajar. Sudahlah tak faham pelajaran di sekolah, kena marah, di rumah ibu bapa juga tak faham, nak hantar kelas tambahan, keluarga pula susah. Pernahkah kita terfikir apakah dilema kanak2 sebegini?
Tdk dinafikan profesion guru adalah profesion yg mulia. Di era yg mencabar ini guru turut tertekan menghadapi kerenah pelajar masakini. Ia jauh berbeza di zaman dahulu di mana guru dimulia, disanjung dan dihormati. Di zaman canggih ini murid sudah berani menampar dan menyaman guru!
Tiada kerja yg mudah di dunia ini. Kita memilih profesion menurut minat, kelulusan dan sumber pendapatan. Jangan dibiarkan generasi ini terus terkontang kanting, mrk perlu dahan utk berpaut. Insya Allah berkat kesabaran kita mendidik dan mengasuh mereka, besar ganjaran-Nya nanti.
Saya sering terfikir mengenai anak buah sebelah abg ipar saya. Berusia 9 tahun, kematian ibu ketika dia baru berusia 4 tahun. Bapa berniaga di pasar. Kini menumpang di rumah bapa & ibu saudara. Masih belum boleh membaca. pernah saya mengutarakan kpd anak2 saya.
"Nanti ajak la ...... datang rumah. Umi ajar ia membaca." (ketika itu dia darjah 2)
"Payah la Mi...dia tu nakal, degil, malas, nak main aje..." balas anak2 saya.
Sayu saya mengenangkan nasibnya. Hidup menumpang kasih dr satu rumah ke satu rumah saudara yg lain. Keluarga sendiri tdk memberikan kasih sayang. Sepupu pula asyik membuli dan memarahinya...Bagaimana nasibnya nanti?
Saya bersyukur kerana walaupun anak bukannya excellent spt Sufiah atau Adi Putra tetapi mereka mempunyai guru2, rakan2, persekitaran sekolah yg baik dan ibu bapa yang mengambil berat tentang persekolahan mereka. Setiap anak itu lahir dengan kemampuan tersendiri. Tidak ada istilah 'bodoh' atau 'bengap' pd mereka. Mereka bolah dilentur, dididik dan diasah minda mereka. Terpulang kpd cara dan usaha kita bagaimana...
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•6:56 PM
Hmm...hampir seminggu saya menyepikan diri. Banyak perkara yg perlu dibereskan dlm tempoh tersebut. Antara sebab utama ialah saya melahirkan 'anak' kedua. Nurafiqah Collections kini tlh terbahagi kpd dua iaitu blog peribadi (Menyelusuri Sebuah Perjalanan & Nur Afiqah Collections). Kiranya bg sesiapa yg ingin membaca catatan saya boleh ke blog pertama dan jika ingin mencuci mata melihat koleksi produk saya boleh pula ke NAC. Kepada Mek Za yg pernah tanya apasal blog bisnes tapi byk kisah kucing...pas ni hang boleh bukak NAC lak no...

Jutaan terima kasih diucapkan kpd adik shammujahidah yg banyak membantu 'menggudik' blog ini. Sudilah terima pemberian yg tak seberapa dari akak ni ye....

Cute kan kucin2 ni...yg besor tu Sham yg kecik tu akak...hahaha...jange mare!

Bermakna sekarang saya perlu bijak membahagikan masa utk memberi perhatian kpd kedua2 blog saya ini. Nampaknya semakin sibuk lah saya...

Dalam masa yang sama, saya bersama family bercuti ke Kelantan. Sementelah Cik Anis menerima jemputan sahabatnya, dia mengajak kami bersama. Kepenatan masih terasa, maklumlah perjalanan yg jauh dan menguruskan berbagai urusan di sana memang amat meletihkan.

Dan, sebelum ke Kelantan saya sempat mengunjungi Pesta Buku. Saya membeli buku anak2, kamus, biografi beberapa tokoh dan novel Setiap Jumaat karya Kak Norhayati Berahim (Sorry, Kak Yati, saya tak sempat berjumpa lama dgn akak). Biasa la saya, kalau first time berjumpa tu mmg agak blur sikit...apapun terima kasih utk Kak Yati, Kak Lily & Kak Ros yg begitu peramah dan masih berkesempatan melayani saya walaupun mereka mempunyai ramai lg peminat yg perlu dilayan...

Insya Allah, saya akan upload gambar selebihnya kerana kamera tertinggal kat rumah pulak...esok je la layan gambar ye...ari ni ada hadiah untuk Sham je...

Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•6:59 PM

maaf laman ini dalam proses penyelenggaraan.
segala kesulitan amat dikesali :(
Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•7:53 PM
Maaf Kak Ain lewat ambik award ye...fuyoo.. byk nye...saya pilih dua ni ye..thanx ye coz bg kat saya....
(pilih yg pink je lak tu..feminin tul...)



Dan menjawab 2 tag yg juga tertangguh...dr Sham (mujahidah...hmm..tak abis honeymung lg nih...)

One picture that I love...



Bila kali terakhir makan pizza?
2 minggu lepas...beli kat pasar malam..pizza hut dah lama tinggalkan...

Lagu terakhir yang anda dengar?

Sunnah berjuang (Ahnaf tgh pulun berlatih kat umah)

Apa yang anda buat selain selesaikan tag ni?

Menyiapkan keje opis ...

Selain nama sendiri anda suka dipanggil dengan nama apa?

Ainisrafie (combine my hubby & daddy...!)

Tag lagi lima (5) orang. Soalan seterusnya adalah kaitan dengan orang yang anda tag.

Hmm...masalah tul bab tag2 org nih...kwn maya ni ciput lg lar...

1) Kak Nik

2) Kak Mawar

3) Riz

4) Kak Ain

5) Kak Zara

No. 1 pada anda?


Minah hepi go lucky


Orang No. 3 ada hubungan dengan siapa?


Ngan org no 1 jgk...(ntah baca ke dak mamat sorang nih.heheh)


Sesuatu mengenai No. 5


klasik & misteri...


Orang No-4…


Caring...


Siapakah No. 2?

Teman cyber saya, nice to meet u...


Ok...Sham, akak dah jwb ek...ok la kot jawapan2 tu dak?


Yang ni pulak dr Kak Nik...

1) Nama timangan/family

Chu, Milah, Umi

2) Anda seorang yang

Pendiam... low profile (kunun2)

3) Insan istimewa dan kenapa dia teramat istimewa

Pastinya 'mak' yg telah melahirkan den...terlalu byk duka & kesedihan yg dilaluinya...


4) Lagu kesukaan sekarang

Ayat-ayat cinta (jiwang tuh!)

5) Warna kegemaran

Hijau (menyegarkan mata)

6) Benda wajib dalam handbag

Handphone, wallet, buku catatan wartawan, mp3, kad media, business card, pen, buku bank, kunci rumah, compact powder & lip gloss (kdg2 kertas kecik2 pun ada...). Tu pasal handbag mesti saiz L punya...

7) Kali terakhir menangis?

Alamak...tak ingat...sejak menjak ni dah lama tinggalkan aktiviti tangis menangis nih, tp rasanya slps marahkan my hero tu kot...

8) Tag ramai2 rakan anda

Ala...kita tak ramai geng tetingkap lar...

a) sham
b) riz
c) kak mawar
d) kak ain



Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•11:02 PM
Balik kg baru ni saya sempat bertemu bakal menantu! Hahaha....cucu jiran depan rumah. First time tgk saya dah geram...lupa pulak tanya namanya... 2thn lebih...Biasala saya, bila jumpa budak2 comel ni, saya mesti cubit pipi...kalau anak sendiri harus saya gigit2 tangannya..geram!!!
Kalau saya jumpa Qaisara anak Kak Yati pun, mesti saya cubit2 pipinya...dah memang habit....
Malu2 dong ah pulak....


















Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•10:57 PM

Alhamdulillah saya selamat pulang ke kampung di Manjung, Perak. Melepaskan kerinduan terhadap ibu tersayang, Hjh Teh Azizah Hj Mohammad. Di usianya mencecah 70-an ini sudah nampak tanda keuzuran pd dirinya. Sakit lututnya masih belum berkurang.

Ibu saya ni peramah orangnya. Sifatnya tak melekat pd saya! Saya byk menurut sifat arwah ayah...Insya Allah saya akan cuba meluangkan masa untuk menziarahinya. Walau sesibuk manapun kita, cuba curi masa untuk menjenguk mereka yg telah banyak berkorban utk kita...


di stesen bas Jln Duta, sempat lg membeli ultraman!


Mengapa kanta ini masih berkaca

Sedangku telah pun terima di dalam redha

Segala kepahitan

Pengalaman menjadi penawar

Mengejar impi ke pintu Syurga

Duhai bonda

Bilakah akan ku kecapi kasturi

Penebus maruah

Dan semangat lama

Mengapa sinar neon dan gedung indah

Kotaraya yang menjanjikan sejuta rasa

Sejuta haruman

Kini menjadi penjara jiwaku

Yang merindukan ketenangan

Duhai bonda

Hari-hariku kini berlalu

Bagaikan bahtera

Tanpa layar dan kemudi

Bonda

Akhirnya terbongkar jua rahsia

Tangisan dan gurindam

Keramat kasih sayangmu

Bonda

Saat dan pertemuan semula

Kita kali ini

Akan ku abadikan

Keramat kasih sayangmu

Oh! bonda...bonda








Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•5:26 AM

Takde nak post apa cuma nak bagitau kita nak balik kg...so blog ni pun cuti la 3 ari...heheh....asyik busy je, dah lama tak jenguk bonda di kampung....ni pun balik dengan Afwan je...naik bas....ok...bye...bye...

















Author: Jamilah Aini Mohd Rafiei
•7:11 PM
Pukul 4.30 petang semalam saya menerima sms berbunyi:
"Assalamualaikum, nie kak lydia tadi kena pergi ke mahkamah syariah di kuala langat utk memfailkan dan utk mendgrkan ttg lafaz cerai dan wang serta barang mas kahwin serta cincin yg dato ada memintak lydia pulangkan balik semuanya barang2 itu yg akan di dgr dan di sebutkan di mahkamah pd 30hb nie tidak jadi diatas sbb yg tidak blh dielakkan oleh pihak hakim jadi kes lydia akan di dgr pada 5/5 jam 9.00 di mahkamah yg sama ok...Pd lydia perkara perceraian lydia dgn "DATO" azhar tak menjadi masalah dan tak menjejaskan apa2 jua ttg diri dan rezeki serta keadaan lydia...Hari ini adalah hari yg paling gembira sekali buat lydia sekali kerana hari ini adalah harijadi lydia yg ke 43 dan hadiah yg istimewa yg lydia dpt adalah hadiah "Perceraian" dari "DATO" azhar ok...Dan jugak pd 5/5 dan 6/5 adalah harijadi anak lydia yg pertama munira dan yg ke siti...jadi harijadi anak2 lydia jatuh pada hari lafaz talak di mahkamah dan hadiah yg anak2 dpt dari lydia adalah "Perceraian" daripada "DATO" azhar!!! Jgn risau hadiah ini yg anak2 lydia mahukan agar kami anak beranak dpt tinggal serumah bersama mcm dulu ok... Jgn lupa pada 5/5/09 pukul 9.00 pagi ok bye."
Habis membaca saya membalas, "Semoga Kak Lydia tabah menghadapi dugaan dr Allah ini. Mungkin ada hikmah di sebaliknya."
Tidak lama kemudian dia membalas, "alhamdulillah. tq. amin3x. takbir!!!3x"
Nombor yg tertera bukan yang ada dlm simpanan saya. Saya pernah menemubual beliau untuk Muslimah keluaran 211, pelakon Lydiawati. Ketika itu beliau baru saja mendirikan rumah tangga, tapi saya tidak mengetahuinya jadi temubual itu hanya berkisar mengenai kariernya sahaja. Ketika itu memang dia ada membawa seorang budak kecil dan memanggilnya 'mama', tidak pula saya bertanyakannya, bimbang jika ia sensitif atau pada tanggapan saya mungkin itu anak angkatnya.
Berita mengenai keruntuhan rumah tangga keduanya memang ada disiarkan di dada akhbar baru-baru ini, saya mengambil sikap mungkin setakat itu jodoh mereka...
SMS itu mungkin dikirim untuk semua press. Dari pemahaman saya ternyata beliau sedang tertekan dengan masalah rumah tangganya. Saya amat bersimpati dan meminta dia banyak2 bersabar dan memohon pertolongan dan petunjuk dari Allah SWT.
Sebagai selebriti mungkin dia memerlukan orang media seperti kami untuk mengikuti kesnya. Tetapi kami pengamal media Islam, punya landasan tertentu yg perlu diikuti. Jika kami mengikuti kes ini pun, mungkin kami akan ambil dari sudut perundangan dan hak wanita dalam perceraian. Bukan bercerita kesalahan di pihak siapa bukan juga mengorek sedalam-dalamnya kisah rumah tangganya.
Teringat ketika saya mengikuti kes perceraian pasangan (bkn selebriti) suatu ketika dahulu. Paparan kami ialah mengenai kelewatan mahkamah syariah dalam menyelesaikan kes perceraian sehingga menyusahkan pihak wanita. Sumber ini sebagai rujukan kes. Tidak semena-mena bekas suaminya menelefon dan mengugut kami, menyalahkan bekas isteri yang bercerita di media. Kami diumpamakan menyebelahi bekas isterinya.
Kami sedar, pengamal media seperti kami bukan menulis sekadar 'syok sendiri'. Menyedari MUSLIMAH adalah media wanita Islam, maka kami bertanggungjawab terhadap apa yang kami laporkan. Media Islam mesti jujur, ikhlas, seimbang dan berani menanggung risiko.
Suatu kisah yang dipaparkan bukan berniat untuk membuka pekung di dada tetapi mesti ada input yang positif untuk pembaca. Pembaca membeli untuk memperoleh ilmu dan kami menulis pula untuk mengembangkan ilmu.
Amat rugi kepada pengamal media jika tugasnya menambah porak peranda masyarakat. Saya pernah menonton satu rancangan yang asalnya untuk menziarah si polan yang terlantar sakit. Wartawan terbabit bertanya perihal penyakit suami. Isteri menerangkan serba sedikit. Bila isteri tiada di sisi, si wartawan dengan tidak beretikanya bertanyakan suami tersebut. Dengan penuh kepayahan (strok) beliau cuba gagah juga menjawab. Paling menyakitkan hati saya, si wartawan ini boleh pula bertanya sepanjang sakit ni isteri kedua tak jaga ke? Apa yang dia buat? Kenapa dia tak menjenguk...bla...bla...bla...Bayangkan dalam keadaan menziarahi pesakit mereka boleh lagi membuat provokasi. Rancangan ini bukan ditonton seorang dua!
Mengapa perlu mencampuri urusan rumah tangga orang dan menjadi tontonan jutaan manusia? Di manakah etika kewartawanan mereka?
Amat menyedihkan bagi mereka yang memilih kerjaya ini jika tugasnya hanya untuk bercerita hal berkaitan tepi kain orang...mencari kesalahan orang itu orang ini, mengapi-apikan sesama mereka....apa yang mereka dapat? Apakah rating diukur sebagai kemuncak kejayaan kerjaya mereka? Fikir-fikirkanlah...
Buat Kak Lydia, saya berasa amat bersalah kerana tidak mampu melakukan apa-apa selain mendoakan akak tabah menjalani kehidupan mendatang. Anggaplah ia asam garam kehidupan yang perlu akak tempuhi. Mungkin ramai lagi yang meghadapi situasi yang lebih teruk dari akak. Banyakkan berdoa kerana hanya Dia Yang Maha Mengetahui untuk hamba-Nya...Amin